Bab 5 Tangkap
Note : Cover book kedua. Sayang tak guna. Sebab dua2 cantik. Den agak mengalami kesukaran untuk memilih. Jd jgn ajak den shopping. Haha.
Seminggu berlalu, giliran Daim untuk menjaga kucing tersebut. Untuk memudah lidah menyebut nama kucing itu, dia sebut nama kucing itu Eko. Neko itu kucing. Buang N. Atas alasan yang tertentu, dia terpaksa menjaga Eko di dalam pejabatnya. Dia agak khusyuk dengan kerjanya hingga dia tidak menyedari Eko pergi. Kemudian dia melepaskan lelahnya dan barulah dia perasan kucing itu tiada.
Daim : hah?! Mana pula dia ni?!
Daim betul-betul terkesima. Eko boleh buat rahsianya pecah. Alisya sekarang sudah berkerja di Syarikatnya.
Daim : ah sudah, kena cari ni.
Daim terus pergi ke bilik kawalan dengan erti kata lain bilik sekuriti. Dia berjumpa dengan ketua sekuriti.
Daim : haa Haris. Kucing aku hilang. Ni gambarnya. Kalau kau atau salah seorang team kau dapat tangkap kucing ni, aku bagi cuti 3 hari gaji jalan. Siap bonus RM300.
Haris : baik Tuan! Saya akan pastikan kucing itu akan jumpa sebelum waktu habis kerja!
Daim : bagus bagus. Pekerja semangat macam ni yang aku nak.
Daim pun berlalu dari situ. Kemudian dia terfikir sesuatu.
Daim : kejap. Bahaya juga. Kalau kucing tu pergi ke department Alisya habis aku. Baik aku arahkan department lain tolong carikan.
Dia pun mundar-mandir ke department lain ke satu department yang lain. Dia memberi mereka bonus sama seperti tadi. Ramai orang mula tertarik. Bukan selalu dapat cuti. Apatah lagi dapat duit.
Daim : tapi kerja kena jalan. Ingat! Pandai-pandai lah cari masa macamana.
Di bilik pengawasan kamera.
Haris : izad, apa status?
Izad : bos bukan sahaja mengarahkan kita tapi pada perkerja lain juga. Tapi...
Haris : tapi apa?
Izad : ada satu department dia tak pergi. Tingkat 2.
Haris : nampak nya bos kita dah mula perang. Tak boleh jadi ni. Kita kena cari kucing tu juga!
Haris ketua sekuriti itu menampakkan wajah yang serius. Bagaikan di filem-filem action dan spy.
Misi : tangkap kucing. Start!
Ramai yang mencari kucing eko itu. Hampir semua tempat mereka cari.
Pekerja 1 : woi aku nampak kucing tu!
"Manaaaaa?"
Mereka semua meluru ke arah ditunjuk oleh orang itu. Haris sedang berlari di lorong mendengar seseorang memberi laporan melalui alat pendengar kawalan jauh.
"Ketua! Saksi mengatakan kucing itu ada di tingkat 3"
Haris : kunci semua pintu! Buka bila aku suruh.
"Baik! Tiada apa yang tak boleh saya buat"
"Apa ni? Kenapa pintu lorong ni tak boleh buka?"
"Lift tiba-tiba berhenti"
Alisya : haaaa penatnya. Huh? Apa kecoh-kecoh ni?
Haris : bilik pengawasan? Apa status? Ada kelibat kucing tu tak?
"Kami masih belum jumpa apa-apa"
Haris : tak guna! Mungkin sebab banyak kamera yang baru di pasang. Jadi banyak kamera yang masih belum berfungsi.
Telefon berbunyi.
Daim : jangan sampai kantoi dengan member aku. Nama dia alisya.
Haris : saya tak kenal bos.
Daim : dia kerja di departmen tingkat 2.
Haris : cakap lah macamana pun saya tak kenal dan tak tahu.
Daim : aduh. Haa macam ni la. Kalau jumpa perempuan tanya nama dia. Kalau Alisya kau lari.
Haris : baik bos!
"Ketua! Kucing itu kelihatan di department tingkat 2"
Haris : apa?! Arah kan beberapa orang pergi ke sana. Aku akan menyusul.
Haris terus berlari menuruni anak tangga. Memang nasibnya baik, kucing itu betul-betul ada di depannya ketika dia mahu masuk di ruangan department itu. Namun kucing itu lari.
Haris : jangan lari!
Kucing itu terus menuju ke tempat Alisya.
Alisya : eh eko? Apa kau buat kat sini.
Haris : err siapa nama cik?
Alisya : Alisya. Kenapa?
Haris terus menyambar kucing itu dan terus berlari.
Alisya : woi! Jangan curi. Kucing aku tu!
Haris tak mempedulikan sahutan Alisya. Dia terus berlari.
Alisya : nasib tak pakai kain hari ni.
Alisya mengejar ketua sekuriti itu. Sampai di suatu tempat , dia terlanggar Faruq.
Alisya : Faruq?
Faruq : apa awak buat sini?
Alisya : saya kerja sini. Awak apa buat?
Faruq : sama lah.
Alisya : nanti la kita cerita. Saya nak tangkap kucing saya.
Mereka terus mencari-cari kucing tersebut. Berkerjasama. Kemudian dia terlihat Haris menuju ke tangga tingkat 4.
Haris : bos , saya datang ! Yeahh!
Faruq : tunggu.
Alisya : wei, kucing aku tu!
Faruq dapat menangkap kakinya hingga haris jatuh tersungkur di ruangan tingkat 4.
Alisya : hm luas juga tingkat 4 ni.
Faruq : ni tempat ceo je ni.. bos la katakan. Hahaha.
Alisya : kenapa kucing ni ada kat kau?
Alisya mengugut ketua sekuriti itu.
Alisya : cakap! Kalau tak aku patahkan leher kau.
Haris : aku tak kan dedahkan misi aku.
Alisya : ohh tak nak cakap ye.
Haris : tidakkk !!
Daim keluar dari blok bangunan.
Daim : apa bising-bising ni?
Alisya : Daim ?
Air di tangan Daim jatuh tertumpah.
Daim : alamak.
Alisya : Faruq? Awak cakap ni tempat bos-bos kan? Kenapa Daim ada kat sini?
Faruq : eh awak ni ? Kerja sini tapi tak tahu siapa pengasas.
Alisya : whaaaat?!
Daim : hehe, Haris. Terima kasih. Kau dah boleh ke tempat kau.
Haris : err macamana dengan bonus tu?
Daim : mestilah kau dapat. Lagi pun budak ni baru kerja. Mana boleh dapat cuti. Ye idok?
Haris : terima kasih bos!
Dia mengucapkan ribuan terima berkali-kali pada Daim. Rupanya-rupanya, dia jarang mendapat cuti. Malah kebetulan anak pertama nya yang berusia 6 tahun ingin pergi ke pantai.
Di kafe kopi....
Alisya : kau tak cerita pun yang kau pengasas syarikat ni?
Daim : ehh kau pun tak cakap yang Faruq ni tunang kau. Bermakna kita seri.
Alisya : tapi aku tak tipu. Kau tipu. Kata kerja kerani.
Daim : errr? Eh bila kau orang kahwin?
Faruq : 2 tahun lagi.
Daim : lamanya!!
Faruq : biasa lah. Banyak pakai duit. Mana nak simpan lagi.
Daim : kalau aku jadi kau. Aku buat gaya kampung sudahlah. Tak yah lah mewah-mewah ni. Janji happy.
Faruq : mana boleh. Kita ni sehari je jadi raja sehari.
Daim : lantak kau la.
Faruq : jadi kau orang kawan lama? Sekelas?
Alisya : ye. Dia ni pendiam. Dululah.
Daim : haha diam je la. Eh aku gerak dulu lah. Penat hari ni.
Daim terus keluar dari kafe itu. Dia berjalan menuju ke parking.
Daim : tunang? Hahaha pada akhirnya aku tetap sendirian. Seseorang itu tak wujud di dunia ni. Aku masih mencari-cari dimana? Hampir serata dunia aku jelajahi tapi masih tak bertemu. Aku.... Kesepian.
"Tiada seseorang yang melihat dalam diriku"
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top