4☺

Baju Shah yang sudah siap basuh aku keringkan dan jemur di bawah kipas. Aku kemudiannya mengambil bandana kepunyaan Shah dan melipat dan masukkan ke dalam beg plastik.

Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilikku diketuk. "Masuk" muncul wajah kembarku yang aku benci. "Kau nak apa Haqiem?" Soalku.

"Ibu tanya kenapa kau tak turun makan. Nanti" Haqiem mendekati mukaku. Aku seboleh-boleh taknak pandang dia. "Kenapa muka kau?" Soalnya. Aku menepis tangannya.

"Takde papelah. Kau jangan risau" aku senyum hambar.

"Macam nie kau kate takde pape? Ade orang buli kau ke?"

"Taklah. Aku terlanggar pintu tandas kat sekolah tadi" aku mencipta alasan. Wajah Haqiem menampakkan dia tak percaya dengan alasan aku.

"Okay... Kalau sakit esok tak payah datang sekolah" Haqiem mengusap kepalaku. "Hum? Baju siapa nie asal besar sangat? Cam saiz aku je nie"

Aku merampas baju di tangan Haqiem. "Tak payah sibuk boleh tak? Keluar" ujarku dingin. Haqiem mengangkat kening.

"Aku tahu. Kau tak okay sekarang nie. Kenapa? Citerlah. Aku kan kembar kau" ujar Haqiem lembut. Aku diam. Air mataku mengalir. Haqiem memelukku. "Shhh.... Kau ade masalah eh kat sekolah?" Aku mengangguk.

Setelah agak tenang aku mula menceritakan segalanya kepada Haqiem. Abang aku. Kawan aku. Kenbar aku. Dia sebahagian dari hidup aku. "Memang tak patut diorang buat kau macam tu. Siapa diorang tu kau bagitahu aku biar aku ajar cukup²" ujar Haqiem. Hati dia panas bila dengar ade orang pukul adik kesayangannya.

"Takpelah. Aku okay. Lagipun benda nie dah jadi kan. Nak buat macam mana" ujarku.

"So. Siapa laki yang selalu tolong kau tu?" Soal Haqiem menukar topik.

"Urm... Shah. Dia kawan Luqman"

"Dia tolong kau?! Pastu masa kau tengah kena buli dia tengok je?" Soal Haqiem. Aku mengangguk.

"Qiem.... Tolong aku... Tolong ada dengan aku kat sekolah. Aku tak mungkin nak harapkan Shah tolong aku sepanjang masa" kataku. Aku memengang lengan baju Haqiem. Haqiem diam.

||||||||

"LYSAA!!!!" Namaku dijerit. Aku menoleh belakang. Farhanah sedang berlari ke arahku. Aku dipeluk olehnya.

"Hanah! Aku tak boleh bernafas!!" Ujarku didalam pelukannya. Hanah ketawa. Ahh aku rindu dia. Walau baru sehari aku kenal dia. Dialah yang selalu ada untuk aku.

"Maaf. Macam mana semalam okay?" Soal Farhanah. Aku senyum. "Kau senyum tak ikhlas tu maknanya tak okaylah kan? Apa diorang buat kat kau? Biar aku belasah diorang balik" ujar Farhanah. Aku ketawa.

"Tak papelah. Seyes aku okay. Macam mana pertandingan kau? Menang tak?" Soalku. Farhanah membuat muka sedih. Aku memegang bahunya. "Takpa. Mungkin bukan rezeki kau kot. Lain kali kau boleh cuba lagi" ujarku memberi semangat.

"Apa cuba lagi? Ini Hanahlah! Of cause aku menang. Emas lagi" Farhanah menunjukkan medal emas kepadaku. Semalam Farhanah takde sebab dia masuk pertandingan pedang peringat daerah.

"Wahhh!!! Tahniah!!" Aku menepuk tangan.

💮💮💮💮💮

Keadaan kelas yang sangat bosan. Cikgu menganjar di depan tidak menarik minatku. Mejaku pon bergoyang. Bukan sebab apa. Aliean belakang aku nie tak sudah tendang kerusiku. Aku malas nak layan.

"Ehh. Kau nak tahu tak? Tadi aku pergi tandas. Aku lalu depan pejabat" cerita Farhanah sambil menyalin nota.

"Jup. Bukan ke jalan hala tandas dengan pejabat lain? Kau pergi mana?" Soalku. Aku kedepankan lagi kerusiku.

"Aku jalan. Hilangkan ngantuk. Eh kau nie! Aku nak cerita jangan nyampuk boleh tak" Farhanah menepukku. Aku ketawa.

"Haa ceritalah" aku menupukan sepenuh perhatian kepadanya.

"Aku ada nampak mamat hensem kat pejabat!! Dia pakai uniform sekolah wei!!" Ujarnya dengan excited.

"Ouwh. Budak barulah nie?" Soalku. Ceh ayat macam kau nie dah lama sekolah kat sini pulak.

"Yup" perbualan kami terganggu bila bunyi ketukan pintu menganggu kententaraman(?) awam.

"Baiklah kelas. Hari ini kamu ada kawan baru lagi. Sila kenalkan diri kamu"

"Hi. Nama aku Haqiem. Just call me Haqiem" Haqiem senyum manis yang mana boleh membuatkan semua orang cair.

"Baiklah kamu boleh du—" ayat cikgu tidak habis bila Haqiem terus bergerak ke arah aku dan duduk di sebelahku.

"I'm come to you~" Haqiem mengwink kearahku. Aku menutup mukanya dengan buku latihan.

"Taknak kawan dengan kau nie" aku terus memandang ke hadapan. Tetapi Haqiem tetap kacau aku. Tanpa kami berdua sedar kami diperhatikan.

Luqman mengengam buku limanya. Tunggu saja berlepas ke arah sasarannya. "Wei Muizh. Aku nak kita buat rancangan seterusnya" ujarnya tanpa memandang Muizh. Muizh hanya mengangguk menandakan faham.

'Apa salahnya kalau kau ngaku kau suka dia?'

*tbc*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top