Twelve

"Morning Cik Martha,"Eunha menyapa Martha yang duduk di atas kerusi menghadap tingkap. Mungkin Martha terlalu ralit mengelamun, dia tidak menyahut panggilan Eunha.

"Hei,"bahu Martha disentuh.

"Eunha ke tu?"balas Martha. Dia hanya dapat mengencam kehadiran Eunha melalui intonasi suara jururawat itu yang sentiasa kedengaran lembut. Tidak seperti jururawat lain yang melayan pesakit dengan garang dan kasar. Disebabakan itu Martha lebih rapat dengan Eunha. Martha meraba raba dinding untuk menoleh kepada jururawat itu. "Ada apa Eunha?"

"Someone nak jumpa awak?"

"Ahjumma ke?"

"Tak,"

"Sorry, saya tak nak jumpa sesiapa pun selain dari ahli keluarga saya,"tolak Martha.

"Orang tu cakap dia nak bincang hal penting. Dia jugak bagitahu saya dia kawan rapat awak. Dah lama dia nak jumpa awak. Apa dah nama dia tadi. Saya lupa la!"Eunha mengaru garu dahinya, cuba untuk mengingati sepatah nama itu. "Luke? Err Lokman?"

"Lucas," celah Martha.

"Yahh, Lucas! Cik Martha betul betul kenal dia ke?"

Martha diam menggamit ke hadapan.

"Kalau Cik Martha tak nak jumpa dia takpelah, saya suruh dia balik sekarang,"

"Wait! I need to see him too,"

*    *    *    *

Eunha memimpin Martha ke meja di tengah bilik yang kosong itu khusus untuk pesakit berbicara dengan pelawat. Lucas tarik kerusi untuk Martha duduk. Dia agak terkejut melihat Martha dengan muka separuh berbalut dengan kain putih. Hanya hidung dan mulutnya yang kelihatan.

"Betul ke ni Martha?"soal Lucas sangsi.

Jurutrawat itu mengangguk. "20 minutes only. Cik Martha saya tunggu kat luar ye," si jururawat meninggalkan Martha dan Lucas di dalam bilik itu. Dalam beberapa saat mereka diam saja sebelum Lucas menuturkan sepatah dua kata dengan agak kekok.

"How are you, Martha?"

"Macam ni la keadaan aku,"

"Serius aku betul betul tak tahu kau kat sini sekarang. Ni pun aku dapat cari kau sebab aku tanya ahjumma kau,"

"Orang gila macam aku ni cuma layak dikurung kat dalam ni je," sesekali jari Martha mengetuk permukaan meja.

"Mata kau tu kenapa?"

"Tak penting pon untuk kau tahu,"Martha melepaskan ketawa kecil. "Ada apa kau jumpa aku ni? Pasal Martin? Kau dah jumpa dia ke?soalnya penuh teruja.

Lucas pandang Martha dengan serba salah. "Sorry Martha. Aku gagal cari dia. Lagipun, dah sebelas tahun Martin hilang. Mustahil kalau dia masih hi..."

Martha laju memotong kata kata Lucas. "YES HE'S ALIVE. Aku sendiri dapat rasa. Martin tak pernah mati. DIA HIDUP!" Martha menumbuk meja. Bukan itu yang ingin didengari keluar dari mulut Lucas. Pantas dia bangun tapi Lucas menghadangnya semula ke kerusi.

"Bertenang Martha!"

"Kau nak apa lagi Lucas. Kalau kau datang sini cuma nak bagitahu MARTIN DAH MATI, no aku takan percaya! NO!"Martha menolak kasar tubuh Lucas.

"ANAK AKU PUN HILANG! Aku buntu nak cari anak aku kat mana. Kau kena tolong aku Martha. Kau mesti tahu sesuatu kan pasal Slenderman?"

"Jadi Slenderman dah ambik anak kau pulak hahahahaha,"Martha gelak menyindir.

"Martin hilang disebabkan Slenderman tu kan?"teka Lucas.

"Ya. Terpulang kau nak percaya ke tak,"

"Apa lagi yang kau rahsiakan dari aku? Kenapa kau bagi buku tu pada aku. Semua ni salah kau tahu tak. Kalau anak aku tak jumpa buku tu, benda ni takan jadi,"Lucas meramas rambutnya.

Martha tersenyum sinis. "Fine, aku bagitahu kau apa yang jadi sebenarnya pada Martin,"Martha kembali duduk dengan tenang. "Masa first time kita bertiga panggil Slenderman dalam hutan Gojung, Martin sebenarnya buat permintaan pada Slenderman,"

"Permintaan apa?"Lucas mengerutkan dahi.

"Dia nak Slenderman bunuh appa dan omma kitorang,"

"Korang berdua gila ke apa?"

"Omma dengan appa kitorang selalu dera kitorang. Aku kena rogop banyak kali dengan appa aku sendiri, omma aku pulak biarkan saja appa aku buat kerja terkutuk tu. Martin tak sanggup tengok aku terseksa, jadi dia cuba selamatkan aku. Pada malam tu, aku ingat aku akan mati lepas teruk dikerjakan oleh appa aku, Martin pulak dipukul sebab cuba halang appa aku. Tapi......" pipi Martha kelihatan basah. Dia jeda sekejap untuk menarik nafasnya dalam dalam. Lucas mengenggam tangan Martha untuk meredakan tangisan Martha.

Martha menyambung setelah mendapat sedikit kekuatan. "Aku bernasib baik sebab Slenderman datang untuk tunaikan permintaan yang Martin buat. Semuanya berlaku dengan pantas dalam sekelip mata. Bila aku sedar jer, aku dapat tahu omma dan appa aku dah mati, and Martin he's gone untill now,"

"Maksud kau Slender Man betul betul boleh tunaikan semua permintaan yang kita mintak? Anything? That's so shittt,"

"Aku tak pasti yang tu. Tapi bayaran bagi setiap permintaan yang dibuat adalah nyawa. Tak kira lah kau korbankan nyawa kau sendiri, atau pun nyawa orang lain. Dan Martin pilih untuk bagi nyawa dia, supaya aku terus hidup sampai ke hari ni,"

"Shittttt! Habis tu kat mana Slenderman bawak Martin?"

"Slenderman akan bawak nyawa nyawa yang dituntut itu ke dunianya. Dunia ghaib. Aku percaya Martin ada kat sana. Dia terperangkap, dia tak boleh keluar,"

"Ok, now aku sure yang anak aku dah buat permintaan pada Slenderman untuk hidupkan semula wife aku yang dah meninggal,"

"Dan Slenderman dah ambik nyawa anak kau?"


Lucas mengiyakan. "Kau tahu cara nak keluarkan orang yang terperangkap dalam dunia Slenderman tu? Kat mana aku boleh cari dunia Slenderman tu,"

Martha menggeleng. "Sorry Lucas, aku tak tahu. Dalam buku tu sendiri takde dijelaskan,"

"Impossible kau tak tahu. Tiga helai muka surat paling belakang buku tu hilang dikoyakkan. Kau yang sorokkan kan. Tell me Martha. Aku perlu selamatkan anak aku secepat mungkin,"Lucas mencengkam tangan Martha lebih erat sehingga kukunya menyiat kulit Martha. Martha meronta minta dilepaskan.

"Lepaskan aku! Aku betul betul tak tahu,"

"KAU TIPU AKU! KAU TIPU!"

"Lucas sakitlah,"Martha menjerit. Lucas menolaknya sehingga terjatuh dari kerusi.

Jururawat di luar bergegas masuk ke dalam bilik. Beberapa orang jururawat lain menahan Lucas. Eunha lekas memeluk Martha yang ketakutan.

*    *    *    *

Lucas dihalau keluar. Dia melintasi wad wad pesakit yang lain. Dah nama pun hospital mental, setiap pesakit berkelakuan pelik. Ada yang menjerit jerit tak tentu hala, ada yang diikat di atas katil, yang mendodoi sambil bercakap dengan anak patung, yang menghantukkan kepala ke dinding sehingga berdarah. Macam macam lagi. Kerana ralit memerhatikan pemandangan itu, Lucas tidak sedar dia berada di laluan koridor yang panjang. Kiri dan kanannya merupakan pintu pintu bilik pesakit. Tapi yang menghairankan Lucas, di setiap pintu tidak terdapat nombor bilik melainkan hanya ada simbol berbentuk pangkah di dalam bulatan. Lucas jadi panik. Dia mengetuk satu persatu pintu pintu itu, dan cuba untuk membukanya tapi gagal. Dia berlari mencari jalan keluar, tapi seakan koridor yang panjang ini tidak berpenghujung.

Kreekkk! Krekkkk!

Kesemua pintu dikiri dan kanannya dikuak. Pesakit yang berada di dalam bilik bilik itu keluar berdiri di muka pintu dengan kepala menunduk ke lantai. Mereka mengangkat kepala serentak, mempamerkan wajah yang kosong. Lucas tahu apa yang dilihat sekarang hanyalah sekadar halusinasi di dalam fikirannya. Matanya dipejamkan rapat. Fikiran dikosong, mengusir segala yang berlegar dalam otak. Dia membuka semula matanya setelah berasa betul betul tenang. Visual yang dilihat tadi hilang. Dia melurut dadanya, bersandar sekejap di dinding.

Seorang lelaki yang berketinggian mencecah siling berjalan ke arah Lucas. Wajah lelaki itu tidak kelihatan kerana ditutupi topi fedora. Kedua dua tangannya diselukkan ke dalam kot berwarna hitam yang dipakai. Merasakan lelaki itu kelihatan sangat ganjil, Lucas cepat cepat melangkah laju ke arah yang bertentangan. Dia berselisihan dengan lelaki itu tanpa sedikit pun berpaling.





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top