Geotaman
Geotaman,
Adalah sebuah lapangan pembelajaran,
Bagi rakyatnya yang dahagakan sejarah bangsa,
Kenal akan adat unggulnya,
Sebuah kawasan singkapan batuan,
Dengan berbilang lembaran spesies fosil,
Tersentil di antara perlapisan demi perlapisan,
Sebagai bukti kewujudan,
Sebagai penanda usia kehidupan.
Geotaman,
Ialah sebuah perpustakaan yang cukup luas,
Bagi manusia yang bercakap dengan batu,
Tempat untuk membelek-belek sang singkapan,
Tempat untuk mencerap perlapisan,
Sambil mencatat sesuatu.
Geotaman,
Adalah taman-taman permainan,
Sekelompok hidupan liar kuno,
Yang menjadikan lokaliti itu,
Sebagai habitat kehidupan mereka,
Beranak pinak dan mati mengeras.
Geotaman,
Adalah sebuah dataran rimba raya,
Dengan berlatarbelakangkan kehijauan,
Di latari bunyi kebingitan kenyamanan dan kehijauan,
Dan dihuni keluarga sang binatang masakini,
Yang datangnya daripada berbagai habitat dan spesies.
Geotaman,
Ialah penerus warisan bangsa waja,
Pencetus kesinambungan pembangunan jati diri,
Pendamping semangat cintakan alam sekitar,
Pembangkit semangat para insani,
Yang dahagakan ilmu sains dan alam,
Untuk tatapan generasi akan datang.
Hdin Hafizuddin, 6 Julai 2022
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top