BAB 2

Barang semua aku dah beli dekat pasar tadi. Aku sampai rumah masa pukul 4 lebih macam tu sebab lepak warung Kak Senah pekena mi kari. Dah habis simpan barang-barang aku terasa macam tak sabar pula nak test masak daging Juhairi. Aku macam nak tau sedap ke tidak daging dia tu. Apa salahnya kalau aku masak untuk diri aku sekali. Barulah ada keyakinan nak buat kuih pakai daging tu esok. Daging lembu, ikan dengan ayam yang aku beli tadi tu simpan sajalah dulu. Boleh juga berjimat.

       
Aku pun keluarkan daging Juhairi yang bahagian tangan. Aku asingkan setiap bahagian dalam beg plastik semalam. Ada daging bahagian tangan, badan dengan kaki. Banyak jugalah daging dia ni sebab badan dia tak gemuk tak kurus, cukuplah kalau nak makan daging hari-hari selama seminggu macam tu. Organ-organ dia aku macam geli nak makan jadi aku bagi sajalah balik dekat maklong semalam. Lagipun aku tak rajin nak korek jantung, hati dia apa semua tu.

     
Nak masak apa? Aku rasa macam nak makan daging masak hitam. Tu antara makanan kesukaan aku. Tak ada risiko daging liatlah kot kalau masak masakan ni sebab kena masak agak lama. Lagipun masa aku lapah dan hiris daging dia semalam tak lah susah mana pun, cuma anu dia tu lah liat sikit nak potong. Aku pun bertungkus lumus mengupas bawang, kisar cili kering, rebus dulu daging dengan kicap dan lain-lain, bagi menyempurnakan misi memasak daging Juhairi.

*****

     
Aku terjaga apabila terdengar bunyi alarm yang aku set pukul empat pagi. Semalam aku terus tertidur lepas habis makan nasi berlaukkan daging Juhairi masak hitam. Not bad, sedap juga daging dia. Aku ingat kot la berbau hanyir ke apa tapi daging dia tak ada bau pun masa aku nak masak tu. Ada rasa seakan-akan daging rusa macam tu tapi lagi sedaplah, lembut, manis dan juicy, sampai aku boleh menambah nasi dua setengah pinggan. Aku rasa macam daging yang paling sedap pernah aku makan. Ke sebab kemahiran memasak aku meningkat?

     
Aku ada lah rasa macam bersalah semalam masa lapah daging Juhairi dan tinggal sisa dia kat rumah maklong. Tapi bila aku fikir balik, nak kesian buat apa? Dia pun dah rosakkan aku. Mak dia pun dah banyak sakitkan hati aku, sejak aku kecil tapi malaslah nak cerita. Tak ada apa yang best pun fasal family aku. Lagipun aku rimaslah dengan Juhairi tu. Tak habis-habis nak try aku dari aku tingkatan satu lagi. Kalau nak kahwin pun aku tak nak lah kahwin dengan sepupu. Balik-balik muka tu saja, serupa, sepesen, tak unik. Dan aku pernah terbaca masa sekolah dulu, kahwin dengan sepupu ni tak digalakkan sebab risiko untuk dapat anak cacat dan tak cerdik tu tinggi. Walaupun aku ni tidaklah lawa sangat tapi aku pun ada taste juga. Tipulah kalau sesiapa kata dia tak ada taste. Bukanlah taste tu pada rupa saja, tapi pada aspek lain juga. Takkan lah kau nak main hambat saja kahwin dengan sesiapa pun.

     
Sedang dok berfikir dan teringat-ingat tu aku mula kupas ubi kentang dan hiris daging Juhairi yang aku dah letak siap-siap dalam peti ais bahagian bawah semalam, senang sikit tak payah nak tunggu cair dulu baru nak masak. Aku panaskan sedikit minyak dan tumis bawang yang dah ditumbuk, lepas tu aku tumis sekali rempah kari dan cili kisar. Aku masukkan daging Juhairi yang dah dicincang kemudian kentang. Lepas tu aku masukkan air. Bila mendidih semerbak bau kari menerpa hidung. Sementara tunggu inti karipap siap, aku bancuh tepung dengan garam, minyak serta air dan uli adunan tu untuk buat kulitnya.

     
Lepas kira-kira dua jam, siaplah tiga jenis kuih untuk aku hantar ke gerai Kak Lili pagi ni. Kuih karipap, pau daging dengan kuih cara berlauk. Esok aku rasa macam nak buat roti goreng salut serbuk roti, inti daging. Tadi nak buat tapi tak sempat. Nak tunggu adunan untuk roti tu naik, perlukan masa lebih kurang dua jam macam tu baru boleh goreng, campur dengan masa untuk bancuh adunan dan bentukkan lagi. Bukan ke ambil masa yang lama juga tu. Aku isikan kuih-kuih tadi ke dalam bekas dan dua ketul kuih setiap satu aku asingkan letak dalam pinggan, nak makan sebagai sarapan. Aku bawa bekas-bekas kuih tu dan hantar dekat gerai Kak Lili yang terletak berhadapan dengan sekolah aku. Kalau nak pergi sekolah aku ambil masa 20 minit macam tu lah untuk sampai.

 
"Maaflah kak, saya tak hantar kuih dua tiga hari ni. Cuti kejap..hehe.."

 
"Ehh Yun, takpe. Akak faham. Lagipun kau sekarang sorang-sorang kan. Akak kesian jugak dekat kau. Kalau nak akak teman ke bagitau akak. Nak datang rumah akak pun datang je. Ehh..baru perasan. Yun potong rambut iye?"

 
"A'ah kak..potong sendiri je.. sebab rimas. Okey kak. Terima kasih." Aku senyum sebelum menyambung. " Karipap hari ni 50 biji inti daging dengan kentang, pau daging 30 biji, cara berlauk 30 biji. Saya balik dulu, kak."

Holy shit! Comel gila Kak Lili senyum, geram pula aku. Ohh..aku lupa bagitau. Aku ni ada kecelaruan sikit. Kecelaruan yang macam mana? Aku suka tengok lelaki handsome dan aku juga suka tengok perempuan cantik. Tengok tu bukan setakat tengok saja, aku teliti habis. Kalau kau bijak mesti kau tahu kecelaruan aku tu dipanggil sebagai apa.

     
Aku kembali ke kereta sambil berkira-kira nak masak apa untuk makan tengah hari nanti. Daging bakar cicah air asam pun macam sedap juga. Nak pakai arang ke oven? Pakai aranglah, lagi sedap bau daging tu nanti. Bahagian tangan lagi ke bahagian paha? Paha kot. Banyak sikit lemak. Tak ada lah kering sangat nanti lepas bakar.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top