BAB 2.1
Bertungkus-lumus aku menjawab kertas Sejarah tadi. Rasa macam lancar saja aku menjawab. Rasa yakin untuk dapat A, tak macam dua paper sebelum ni. Iyalah, mana taknya, sebelum ni kan family aku ada lagi jadi aku memang tak banyak masa nak buat ulangkaji. Tiga hari sebelum kertas Sejarah ni, lepas saja aku hantar kuih dekat Kak Lili, balik tu terus aku study sampai tengah malam. Semangat betul aku study sampai tak terasa nak tidur pun. Tapi kena tidur juga karang lemau pula nanti.
Masa family aku ada lagi kadang-kadang aku sengaja balik lewat dari sekolah, aku menipu kata ada kelas tambahan yang cikgu wajibkan untuk hadir. Padahal aku stay library buat ulangkaji dan tugasan yang cikgu bagi. Kalau dah balik rumah tu memang tak ada masa lah nak buat semua tu. Nak kena melayan karenah family aku saja sampai lah tengah malam. Lepas diorang tidur baru aku boleh rehat. Masa tu dah penat sangat, terus tidur sajalah.
Mana taknya, boleh dikatakan hari-hari aku kena mop lantai rumah sampai licin berkilat, lantai tiles dengan lantai kayu kat tingkat atas. Kalau mak aku tak puas hati dengan kelicinan lantai, siaplah muncung aku melekap ditonyoh-tonyoh kat lantai tu. Apahal yang dia nak lantai sampai berkilat tu aku pun tak tahu, tak pernah pula nak tanya. Esoknya datang sekolah kena leterlah sebab kerja tak siap. Tak kan lah aku nak cerita semua tu kat cikgu kan? Lagipun aku rasa cikgu mana saja yang akan percaya?
Dan satu lagi benda, aku perasan yang stress aku dah makin berkurang. Apa yang aku study jadi senang nak masuk dalam otak. Aku tak pasti sama ada sebab family aku dah tak ada nak menyusahkan aku, atau sebab aku dah lepaskan kemarahan aku dengan aktiviti seksa dan bunuh Juhairi. Dua-dualah kot. Kena berterima kasih jugalah dekat Juhairi. Teringat pasal Juhairi, aku rasa nak tergelak. Kenapa entah.
Aku bergerak ke tempat letak motosikal lepas dah keluar dan ambil beg yang aku letak dekat tepi dewan peperiksaan tadi. Dulu aku naik basikal pergi sekolah, sekarang dah boleh guna motor. Senang sikit hidup aku. Elok sampai saja dekat sebelah motor, aku dengar suara perempuan yang paling aku benci dekat sekolah ni. Aku roll eyes siap-siap.
"Family kau dah takde senanglah kau nak buat aktiviti pelik kau kat rumah tu kan? Hahaha.." Kata-kata dia tu diikuti dengan gelak ketawa beberapa lagi perempuan sengal yang lain.
Aku memang ada isu dengan dia ni, sejak tingkatan empat. Aku senyap saja, hanya memandang dia dengan pandangan malas. Memang aku dah malas nak layan pun. Kalau dah sejak kau tingkatan empat dia asyik mengusik tanpa jemu, rajin lagi ke kau nak layan, nak marah apa semua? Tapi rasa nak pelangkung tu still ada lah, walaupun dah jemu dengar dia dok ejek aku. Dulu aku ada terfikir juga nak buat benda-benda kejam dekat dia ni. Macam-macam aku fikir. Tapi aku nak buat benda-benda kejam tu dekat mana? Nak sorok dia dekat mana? Lagipun masa tu aku masih budak baik lagi. Jadi aku pendamkan sajalah.
"Boleh ke kau puaskan perempuan, Yun? Aku nak try lah..boleh?" Dan dia bersama kawan-kawannya gelak lagi. Gelak ala-ala gedik cover ayu macam tu. Geli aku. Apa yang seronok sangat entahlah. Aku start motor dan blah.
Atiqah, bermaksud 'yang mulia' atau 'yang dipilih'. Mulia kebendanya kalau dialah yang jadi salah sorang yang musnahkan hidup aku kat sekolah ni? Nak tau dia buat apa? Dialah antara yang sebar berita palsu pasal aku dekat sekolah ni. Aku tak kisah sangat kalau dia memang dapat info tu dari mulut aku tapi dia main teka saja, lepas tu sebarkan sampai satu sekolah pandang keji kat aku. Lagipun apa yang dia cakap tu bukan betul pun.
Aku dengan Atiqah dulu berkawan agak rapatlah sampai boleh bertukar nombor phone. Aku jenis pendiam dan jarang nak berkawan dengan orang, apatah lagi nak bertukar nombor phone bagai. Tapi masa tu aku tak pakai phone lagi, nak call atau mesej hal-hal penting kena pakai phone ayah aku.
Satu malam masa aku masih di tingkatan empat, phone ayah aku yang sedang dicas dekat ruang tamu berbunyi tanda mesej masuk. Aku yang baru nak turun ke bilik tak jadi nak turun, terus tengok phone. Ada mesej dari nombor yang aku tak kenal.
"Salam. Ni Yuniza kan? Selamat berkenalan. Saya Azly abang kepada Atiqah. Saya dah lama perhatikan awak kat sekolah. Saya minat kat awak. Boleh tak awak jadi girlfriend saya? :)" Masa tu zaman mesej pesanan ringkas (sms), itu yang mesej dia panjang tu. Jimat kredit.
"Ok. Tapi saya tak suka awak. Maaf ye." Tanpa berfikir panjang aku terus menaip dan menekan butang send.
Bukannya apa, aku kenal Azly ni yang mana satu. Kelas kedua dari belakang, berapa hari dia datang sekolah pun boleh dikira dengan jari. Dah lah merokok, banyak awek pulak tu. Macam mana awek boleh minat entahlah. Mungkin sebab rupa. Azly ni boleh tahan handsome, atlit pula, badan lawa. Itu sajalah kelebihan dia. Tapi satu saja yang aku respect pasal mamat ni. Dia sayang adik dia. Selalu keluar jalan-jalan dengan Atiqah, belikan itu ini sampai kadang-kadang ada orang ingat adik dia tu makwe dia.
"Aku akan buat kau menyesal."
Apahal dia ni? Nak ugut-ugut orang pula. Aku padam saja mesej itu. Karang kalau ayah aku baca lagi haru. Kepala aku pening, rasa macam lantai yang aku pijak ni tak rata. Mungkin sebab tak cukup rehat. Aku turun ke bilik dan cuba tidur. Aku ni pelik sikit, kalau pening lagi susah nak tidur. Kalau migraine lagilah payah.
Esoknya aku tak hadir ke sekolah sebab demam. Ini semua pasal mak aku yang dok lenjan aku suruh kemas barang dia sebab nak ke Cameron Highlands ikut ahli rombongan melancong yang selalu dia join. Kakak aku pun sama, dah tua bangka pun tak reti-reti nak kemas baju sendiri bila nak balik universiti. Aku juga yang jadi mangsa. Bilik dia pun aku kena kemas. Kerja-kerja rumah tetap kena buat tanpa alasan. Menyusahkan orang. Kena pula masa tu dua hari berturut-turut ada tempahan karipap dari pelanggan Kak Lili untuk majlis kesyukuran. Memang tak cukup rehatlah jadinya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top