Sincerely, Tira.
Assalamualaikum.
Sebelum saya mulakan apa-apa, saya nak minta maaf terlebih dahulu kalau kata-kata saya mungkin akan menyakitkan hati sesetengah orang.
Setakat ni, banyak luahan yang saya dapat adalah berkenaan persahabatan. Saya tak kesah pun, cuma kalau boleh, saya minta sangat-sangat, jangan kutuk kawan-kawan awak di sini. Walaupun sekadar kutukan biasa-biasa. Sebab saya di sini hanya terima luahan dari sebelah pihak, jadi saya tak tahu sama ada saya lakukan perkara yang betul atau tak.
Ada satu perkara yang bermain di fikiran saya, macam mana kalau kalian berbaik dengan kawan kalian tapi disebabkan luahan ni kalian bergaduh semula? Kalau perkara tu betul-betul terjadi, saya juga perlu bertanggungjawab sebab dah update perkara macam ini. Saya tak nak disebabkan buku ini, semakin ramai orang yang bergaduh sebab memang terang-terangan itu dah lari dari tujuan utama saya publish buku ni. Saya kalau boleh harap, melalui buku ni, kalian boleh tenangkan hati kalian.
Ada sesetengah ayat yang agak saya kalau boleh nak elakkan daripada ada di buku ni. Contohnya, kau tak layak jadi kawan aku, kau fikir kau siapa, manusia macam kau memang bla bla bla..
Janganlah macam itu :"(
Bagi saya setiap orang ada sisi buruk dan sisi baik yang tersendiri. Dan manusia tak lari daripada lakukan kesilapan. Jadi siapa kita untuk nilai orang lain? Kalau ada yang perlu berubah dalam persahabatan, itu bukannya orang lain tapi diri sendiri. Mungkin melalui perubahan kita orang akan sedar, kan? Siapa tahu? Hidayah Allah tak boleh dijangka :)
Lumrah kalau kita ada masalah dalam persahabatan ni, memang lumrah. Saya rasa semua orang pernah alami benda yang sama, dikhianati, ditipu, ditinggalkan. Tapi kita tak boleh nak salahkan orang lain juga. Mungkin ada kesilapan diri sendiri yang kita terlepas, siapa tahu?
Jadi saya hanya nak jelaskan bahawa tujuan saya publish buku ni hanya untuk meluah, tak salah pun kalau kalian meluah seperti dear friend, aku perasan yang kebelakangan ni kita dah jarang bersama. Kalau ada apa-apa salah yang aku buat, aku minta maaf. I miss you, my friend :")
Haa kan lebih baik bunyinya..
Akhir kata dari saya, perbaikilah kesalahan diri sendiri dan dalam masa yang sama, kita boleh perbaiki kesalahan orang yang dekat dengan kita. In Shaa Allah persahabatan boleh berkekalan, amin :")
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top