Just a reminder 💕

Assalamualaikum,

Tujuan saya publish buku ni bukan untuk dapat read atau apa. Niat saya ikhlas, saya mahu tolong sesiapa yang mahu luahkan perasaan, tapi tak mahu dikenali. Tapi ada beberapa perkara yang saya nak kalian patuhi, apa yang perlu dilakukan, dan apa yang kalau boleh jangan dilakukan.

1. Kepada yang ingin meluah

Kalian boleh hantar mesej secara private kepada saya melalui dm, dan tuliskan apa luahan yang mahu diluahkan di situ juga. Tapi saya tak galakkan permintaan melalui komen ya, takut saya terlepas pandang. Kalian boleh pilih sama ada mahu dikenali dengan username dan nama samaran ataupun tak, terpulang. Kalau boleh saya minta jangan gunakan terlalu banyak shortform, takut susah difahami. Dan luahan kalau boleh jangan ditulis dengan tujuan untuk menyindir orang lain atau mengutuk, sebab itu memang lari dari tujuan utama saya publish buku ni.

2. Kepada pembaca

Saya minta kepada pembaca supaya jangan tinggalkan komen yang akan meruntuhkan lagi semangat semua yang ingin meluah di sini. Kita tak tahu sebanyak mana perkataan-perkataan itu boleh mempengaruhi setiap orang. Kalau komen yang naikkan semangat dan berniat baik contohnya seperti nasihat, itu saya galakkan. Doakanlah setiap orang yang ingin meluah di sini supaya dapat jalankan kehidupan dengan lebih baik. Amin :")

Terima kasih,

xoxo♥

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top