#46
From : Seseorang yang masih menempuhi hidup yang sakit
To : Nobody
*****
Aku cuma nak bagitau serba sedikit saja tentang hidup aku. Aku tak tahu nak mula dari mana tapi aku akan cuba pendekkan benda ini sebab aku tahu tak ramai dan tak semua pun nak dengar cerita kita.
So ceritanya aku dapat tekanan dari kecil lagi. Aku ada family besar. Adik beradik aku ramai. Ramai dari apa yang kau jangkakan. So aku anak tengah. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa tekanan yang gila hebat. Sampai satu tahap aku boleh jadi gila. Aku pernah je pukul diri sendiri tapi tak pernah fikir jauh sampai bunuh diri.
And latest ni dengar pasal jonghyun bunuh diri sebab depressed. Allahu aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi aku yang rasa tekanan sikit ni pun dah tak tahu nak hidup.
Okay aku muda lagi. Spm pon belum. Tapi stress tu macam terlalu sakit. Adik beradik aku ramai lelaki. Dan semua panas baran. Aku selalu kena marah kena maki semua ada. Dah lali. Tapi setiap kali kena tu setiap kali tu lah sakit.
Aku. Kena pukul? Selalu. Kerap. Dari kecil. Masa aku darjah enam, aku ingat. Serius tahun tu susah gila. Serius rasa tak nak hidup. Aku cuma jeles tengok orang lain. Umur aku diorang happy. Tak kena tekanan. Tak kena abai. Aku selalu menangis sorang-sorang. Sebab memang awkward lah weh nak nangis kat mak aku. Tapi aku tahu family aku sayang aku.
Korang tak kenal aku so aku boleh cerita benda ini. Aku tak minta ambil pengajaran atau apa sebab cerita ni memang takda pengajaran. Aku selalu kena pukul dengan abang and ayah aku. Sebab diorang panas baran. Orang Malaysia selalu cakap perempuan selalu menang dengan lelaki. Tapi tak bagi aku. Dalam family aku, aku tak pernah menang. Even dengan adik, dengan abang. Aku pernah kena pukul pagi-pagi masa pergi sekolah.
Aku tak minta simpati tapi tak tahulah. Aku cerita kat kawan-kawan aku rasa malu pula kan? Abang aku. Saiz dia berganda la weh dari aku. Aku selalu ja kena sepak terajang dengan dia atas alasan yang sangat tidak patut. Aku tak tahu nak buat apa. At last mak aku akan salah kan aku. Aku menangis sampai dah takda airmata. Benda ni real. Bukan drama.
Tapi bila pergi sekolah, aku ni jenis bising orangnya. So bila kau ada kawan bising jangan fikir dia tu happy. Cuma fikir dalam-dalam perasaan dia. So bila aku pergi sekolah aku nak ada mood sedih tapi tak pernah nak boleh. Aku rasa happy bila kawan aku layan aku dengan baik. Diorang anggap aku macam family.
Aku bukan tak suka family aku. Aku terlalu sayang diorang. Tapi kadang-kadang aku tak tahan. Aku kena bezakan. Aku kena macam-macam. Aku nak rasa happy je. Susah ke weh? Cerita ni agak dengar simple tapi penderitaan dia dahsyat. Aku ingat lagi masa darjah enam aku balik sekolah aku menangis. Sebab kawan aku tuduh aku macam-macam. And that time aku menangis teresak-esak depan kawan aku sorang ni. Aku tau dia tak faham. Aku tahu dia rasa pelik kenapa benda remeh aku menangis. Tapi aku terlalu sedih. Aku rasa macam semua orang benci aku.
Aku selalu tanya diri sendiri. Kenapa aku lahir. Kalau aku kena macam ni Aku ada fikir nak mati awal. Tapi aku fikir balik. Amalan aku sikit weh. So aku tahan. Aku selalu dapat result cemerlang. Tapi itu jugalah modal diorang nak caci aku. Akhlak takde. Adab takde. Tau ayat paling aku sakit? Bila orang cakap "Kau fikir semua orang suka kau ke?"
Simple tapi sakit.
Aku fikir semua orang tak sayang aku. Aku fikir nak mati. Apa aku buat semuanya salah. Segalanya. Aku dah buat terbaik.Aku admit aku pentingkan diri sendiri. Tapi aku tak kuat lah. Aku tak kuat. Aku lemah macam ni. Aku lagi sanggup sakit fizikal dari mental. Percayalah,sakit mental tu boleh buat kau menderita. Mental aku sakit. Serius aku sakit bila family and orang terdekat cakap aku tak berguna. Aku ni semuanya yang buruk.
Aku ada seorang kawan yang selalu bagi semangat. Dia kata "Kau jangan fikir orang tak sayang kau, ramai yang sayang kau." Aku tak percaya. Lama-lama timbullah percaya sikit. Sikit jelah. Sebab benda tu kadang-kadang je ada. Aku cuma tak tahan. Aku tak pernah tunjuk nangis depan orang. Sebab aku takut diorang cakap aku tak kuat. Lembik. So aku just nak cakap aku merana. Aku tak sanggup nak hidup lagi. Lebam kat badan tak sama.
Sakit macam sakit mental, dan aku rasa aku dah taip terlalu panjang. Sori tau! ≧﹏≦
Aku cuma nak kata hargai orang sekeliling. Aku belum rasa kehilangan tapi aku tak nak rasa. Kalau kau ada kawan yang periang tu, cuba kau selami dia. Aku tau dia perlukan satu ruang untuk dia bercerita, lepaskan segalanya. Dalam hidup ni kita kena kuat. Aku tau kita boleh. Kita tak lemah. Perempuan tak lemah. Jangan fikir perkara bodoh okay. Kita tak diuji atas kemampuan kita walaupun kau tau ianya dah terlalu melampau. Just cuba je okay. Pelangi keluar selepas hujan. I believe that.
Sincerely, Heart.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top