#45

From : Unknown
To : Someone

*****

Hai, jadi luahan ni tentang Online Friend. Maaf, kalau terlebih panjang. Aku tak tahu kenapa, kalau di realiti hati ni keras sekeras-keras batu kerikil. Tapi sampai di atas talian, hati jadi lembut sangat selembut-lembut tauhu. Di realiti, bergurau kasar itu biasa. Di atas talian, perkataan 'bodoh' atau carutan kasar lain je dah boleh buat terasa hati. Sedikit lah. Kebanyakan macam tu, pada pandangan aku.

Kelemahan berkawan online ni, ia senang terputus. Misal kata kalau terjadi pergaduhan, mungkin salah seorang akan block tanpa sempat kita minta maaf dan ingin membaiki hubungan. Tetapi jujur aku katakan, rakan atas talian ini lebih baik, sporting, caring dan penyayang dari rakan di realiti.

Aku pernah terasa seperti aku ni hyde and jekyll juga. Sebab personaliti aku berubah di dua tempat iaitu realiti dan alam maya. Di alam maya, aku cepat sangat terasa. Lebih cepat cemburu.

Jadi ia tentang seorang rakan atas talian aku. Kami terjumpa di satu group k-idol imagine. Dialah kawan pertama aku di atas talian. Dan kami rapat sangat-sangat. Makin rapat dan suka berkongsi masalah antara satu sama lain. Media sosial yang menghubungkan kami adalah Whatsapp dan Wattpad.

Kami suka bercakap tentang author-author di Wattpad. Cerita mana-mana yang best, tentang plot-plot dan kehebatan author tu menulis cerita. Dan satu hari ni, aku kenalkan dia dekat seorang author yang orang selalu kata 'Senpai'. Masa tu, aku cuma budak-budak noob. Belum sampai ke tahap yang dikatakan 'Senpai' dan tak akan pernah sampai. Author tu sporting juga orangnya. Kami ada juga berbual-bual dan bertanya tentang masing-masing. Dan bila aku kenalkan pada kawan aku, dia pun cubalah mendekati author tu. Aku pun tak kisah sebab apa salahnya berkawan kan?

Tapi aku perasan, sejak dia kenal dan mula rapat dengan author tu.. Sikap dia berubah. Mesej yang dulunya panjang lebar kini hanya menjadi sepatah dua sahaja. Layan pun macam nak tak nak. Aku pernah juga stalk Message Board author tu. Aku tengok kawan aku nampak seronok sangat dengan author tu. Mula-mula aku tahankan saja. Di online, mustahil kawan hanya seorang kan. Aku terjumpa dengan rakan-rakan lain dan juga menjadi rapat, sehingga kini.

But one day, kawan aku tu tegur aku. Tanya khabar apa semua, aku pun jawab jelah macam biasa. Act like nothing happenned. Perlahan-lahan dia cuba meluahkan pada aku sesuatu. Akhirnya aku pun bertanyalah, "Kau ada nak cakap apa-apa ke?" dan dia pun membalas "Ya.. Kalau kau tak kisah, aku nak luah sesuatu."

Dia pun bercerita tentang dia dengan author tu. Aku setia membaca setiap apa yang dia taip. Dia kata yang author tu marah dia sebab tak layan sangat dia walhal dia dah bagitau yang dia sangat busy. Kemudian author tu ada kawan baru dan tak pernah bertegur dengan dia dah. At last luahan dia, dia minta maaf dengan aku. Dan aku pun luahkan lah apa yang aku rasa selama dia berkawan rapat dengan author tu.

And dia ajak aku untuk bukak buku baru. Tapi aku tengok buku tu still macam buku lama. Dia ada kawan baru yang lain. But still dia cakap yang dia layan aku dan orang lain sama rata. Tapi dia pun jarang sangat mesej aku selepas tu. Sedangkan aku tengok banyak mesej-mesej dia di Message Board kawan baru dia. Kadang-kadang aku terasa sedih juga. Mungkin aku tiada jodoh untuk berkawan dengan rakan pertama yang aku kenal. Tapi aku nak kau tahu, aku still sayang dan anggap kau sebagai kawan aku. Walaupun kita tak serapat dulu.

Sincerely, Heart.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top