#39
From : Someone
To : Bias
*****
Aku tak tahu kenapa aku masih fikirkan kau setiap malam walaupun aku tahu yang kau tak pernah fikirkan aku dan tak pernah kenal aku. Tapi aku masih berharap agar satu hari nanti kita dapat berjumpa dan kau menjadi milik aku.
Haha, itu angan-angan sahaja kan ? Aku tahu itu , tapi maaf.. Aku terpaksa menipu diri aku sendiri . Walaupun aku tahu bahawa aku akan sakit pada suatu hari nanti, tetap.. Aku teruskan perasaan ni.
Banyak lelaki yang sukakan aku, nasib mereka malang sebab aku sukakan kau, bukan mereka. Padahal mereka selalu bagitahu aku yang kau takkan pernah tahu aku. Ya, aku tetap tahu pasal itu.
Aku terlalu muda untuk ada perasaan ini. Oh, ya.. Aku geli untuk katakan ini tapi aku rasa kau bagaikan dadah . Aku penagihnya..
Dan aku obses .
Sincerely, Heart
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top