#34
From : Dania
To : Dania
*****
Hai diri yang dulu.
Sebelum ni kau agak lemah. Aku pun dapat rasa kelemahan kau. Tapi lepas kes kau dgn seseorang tu, kau berubah dari perwatakan kau yang sebelumnya. And kau puas hati dengan perubahan kau tu, aku pun.
Sebelum ni orang ejek kau, kau hanya tersenyum malu. Dalam hati kau terluka. Orang lain perasan kau ini memang suka tersenyum dan ketawa, tapi tidak tahu apa yang kau rasa. Kenapa kau terlalu lurus bendul dahulu? Kau berkali kali disisihkan, tapi masih terhegeh hegeh mahu bergaul dengan mereka.
Tapi sekarang, kau kuat. Terima kasih untuk yang mengubah kau itu. Prinsip 'kau hormat aku, aku hormat kau' tu memang kau pegang erat. Tetapi, aku sedar kau ada kalanya dingin dan pendiam. Lebih lebih lagi di rumah. Panas baran. Tidak suka bergaul kecuali berada di sekolah. Kau selesa bergaul dengan rakan sekelas kau.
Kau sudah luahkan masalah kau dengan kawan kawan kau yang lain. Tapi hatimu masih tidak puas. Masih sedih. Entah apa yang kurang.
Kau ketawa dengan lawak hambar kawan baik kau. Tetapi apabila berada di rumah kau terus diam. Aku tidak tahu kenapa. Aku harap kau okay. Aku betul betul harap kau okay ')
Sincerely, Heart.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top