#27

From : Unknown
To : Nobody

*****

Haii. Saya merupakan anak yang paling bongsu dalam adik beradik saya. Saya ada seorang kakak. Hidup keluarga saya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Saya bukan macam kawan-kawan saya yang lain, diorang minta je apa-apa, pasti ibu dan ayah diorang bagi. Saya ingat lagi, saya pernah minta nak beli buku latihan matematik tapi ibu saya tak bagi sebab dia tahu saya tak akan buat. Ya, memang betul. Jadi saya hanya senyap. Tapi ibu saya nak saya dapat semua A untuk ujian besar. Saya tak mampu.

Jujur saya cakap, waktu saya UPSR, saya langsung tak belajar. Saya baca subjek BM sahaja sebab saya suka subjek tu. Subjek lain, saya mengharapkan apa yang saya telah belajar. Malam sebelum UPSR, saya tak belajar malah saya melukis. Ayah saya marah, suruh saya belajar tapi saya tak suka belajar. Dan sampai waktu UPSR, saya cuba buat yang terbaik dan Alhamdulillah semuanya lancar.

Keputusan UPSR tiba, saya dan kakak saya pergi ke dewan. Masuk je saya dalam dewan tu kawan saya kata, “Awak jangan nangis, tahniah dapat semua A.” Saya tak tahan sebak, jadi saya nangis. Saya nak bagitahu, ujian percubaan UPSR saya, saya dapat 1A, 1B, 2C dan 1D. Tapi bila ujian sebenar saya dapat semua A.

Saya nak bagitahu, walau apapun keputusan awak, jangan cepat mengalah. Allah's plan is better than yours. Tolong ingat benda tu.Saya sedar, kalau saya jaga hubungan saya dengan ibu bapa, dan juga Allah, insya Allah, Allah akan tolong saya.

Jadi, mana-mana kamu yang tak dapat keputusan yang baik jangan risau, risaukan dulu hubungan awak dengan Tuhan dan kedua-dua ibu bapa awak. Bye, saya sayang awak semua sebab itu saya nak kongsi benda ini.

Jadi, hargailah kedua ibu bapa awak sebab kejayaan awak bukannya 100% datang dari awak sendiri, tetapi hanya 5% sahaja usaha awak dan yang selebihnya ibu bapa awak yang sentiasa mendoakan kejayaan awak ;)


Sincerely, Heart.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top