#14

From : Alya
To : Unknown

*****

Awak tahu bagaimana perasaan saya bila tali persahabatan kita yang dijaga rapi akhirnya terputus? Sejak tu, saya rasa keseorangan. Kawan lain juga mula menjauhkan diri daripada saya. Oh, dan saya juga mudah berubah daripada seorang periang kepada pendiam yang tidak pandai bergaul kerana awak.

Ya, awak.

Yang pernah kita sesama sendiri menganggap sahabat, akhirnya saya seorang sahaja menganggap awak sebagai sahabat. Walhal, awak bersama sahabat baru. Sebelum masuk tadika lagi persahabatan kita terjalin. Sementara dia dan awak? Belum sampai 2 tahun lagi persahabatan korang terjalin.

Since that, saya hanya ada kawan di internet sahaja. Mereka penghibur dan selalu mendengar luahan saya. Bukan itu sahaja, beberapa orang guru juga tidak menyukai saya. Kenapa? Saya pun tidak tahu. Mungkin salah saya juga kerana membuat andaian sendiri bahawa mereka membenci saya. Tiada apa-apa yang menggembirakan saya. Sampaikan seolah-olah hanya kawan lelaki saja yang mengambil berat tentang saya. Lawak mereka.. hmm.

Entahlah. Sekarang, saya bertekad ingin lupakan awak. Buang masa silam kita yang awak sudah lama buang. Saya cuma berharap Allah temukan saya in the future.. dengan sahabat yang sentiasa bersama saya disaat susah dan senang. Maaflah. Saya memang jenis yang pemendam. Mengalami, depression? Entahlah. Saya tak nak fikirkan tu.

Semoga kita dipertemukan sahabat yang baik. Yang sudah mempunyainya, jagalah dan hargai mereka sebaik mungkin. Jika sudah hilang, susah ingin mencari yang baru.

Dan kepada si dia, saya sentiasa doakan kebahagiaan awak dari jauh. Kalau ada rezeki, jika kita dipertemukan kembali.. saya harap awak sudah lupa semuanya tentang saya. Jangan risau. Awak tiada salah dengan saya. Anggaplah bahawa kita cuma stranger. Saya faham. Allah mahu menguji persahabatan kami. Cuma.. saya yang tak tahu jalan untuk menyelamatkan ikatan persahabatan tu.

Assalamualaikum, semua. ;)

Terima kasih sudi mendengar luahan daripada saya.

Sincerely, heart.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top