#12
From : Insan biasa
To : Makhluk ciptaan Tuhan.
*****
Sahabat.
Mungkin semua orang mempunyai sahabat, tapi ada juga yang tiada. Sahabat yang kononnya menjadi peneman setia yang sentiasa memahami kita, namun diakhiri dengan pengkhianatan. Sahabat yang kononnya menjadi cermin diri kita bertukar menjadi syiling apabila mereka tikam di belakang kita. Dan orang yang mengalaminya? Masih tabah untuk menjalani hidup, masih berpura-pura untuk senyuman di depan sahabat dia walaupun dikhianati. Meskipun dia tidak kuat, namun dikuatkan diri juga iaitu berdoa pada Penciptanya.
"Kenapa awak masih nak kawan dia? Dia kan tikam belakang awak?"
"Aku sentiasa berdoa pada Tuhan, agar suatu hari nanti dia akan bertukar untuk menjadi sahabat yang baik. Tapi kalau aku rasa dah tak kuat.."
"..aku akan pergi dari hidupnya buat selamanya."
*****
Kehilangan.
Dalam hidup kita pasti ada sahaja yang akan hilang. Tak terkecuali siapa-siapa, setiap manusia yang hadir di atas dunia ini pasti akan pulang ke pangkuan Tuhan juga pada suatu hari. Semuanya sudah tertulis, sama juga dengan kita semua. Pasti akan diambil semula. Persoalannya, kuatkah kita untuk hadapi kehilangan orang yang kita sayang? Sememangnya tidak.
Oleh itu, kita haruslah bersedia dengan segalanya. Semuanya hanya pinjaman buat sementara, tiada yang selamanya. Jadilah manusia yang bersedia dan tabah untuk menghadapinya, sekian itu sahaja daripada insan ini.
Sincerely, Heart.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top