+ 014
- ✯ -
"Airel, sekejap." Baru saja Airel ingin melangkah keluar, begnya ditarik Aidan dari belakang.
"Scarlett nak adakan karnival ke?"
"Haah." Airel angguk.
"Apesal tak bagitahu aku?"
"Kau tak tanya."
Okay, Aidan rasa nak tumbuk Airel sekarang. Nasib baik dia stalk akaun Instagram milik Daze. Katanya masa karnival nanti Daze akan perform. Walaupun hanya cover lagu artis lain dan bukannya lagu sendiri tetap dapat sambutan hangat.
Nak harapkan adik depan mata tu bagitahu? Memang taklah. Mulut macam simpan emas.
"Lagu apa yang Daze cover?" Aidan menyoal.
"Manalah aku tahu. Lepaslah, aku dah lambat ni." Airel jauhkan tangan Aidan daripada terus memegang begnya. Laju Airel mendapatkan superbike miliknya lalu terus membelah jalan raya menuju ke Scarlett.
Tatkala Airel baru saja selesai memakirkan motosikalnya, dia buah lori besar masuk ke dalam perkarangan sekolah. Terpampang besar tulisan Scarlett High pada kontena yang dibawa. Karnival akan bermula beberapa hari saja lagi. Tak mustahil esok, apabila pelajar cuti selama dua hari, helikopter datang untuk membuat persiapan. Betul kata Anaqi, karnival tahun ini ada funfair.
Airel bergerak ke kantin. Dia mahu bersarapan. Aidan pagi tadi malas memasak walaupun sebenarnya Airel tak kisah kerana dia selalu mengambil makanan di kafeteria sahaja.
Kad pelajar diimbas. Satu cheese bun, sekotak air Milo dan dua sosej untuk Asyle dibeli.
"Airel. Nak breakfast ke? Jomlah join kita orang sekali." Levi mengajak. Di tangannya memegang fries yang masih panas.
"Ada Mikael dengan adik dia sekali." Airel pandang Levi. Lama. Tanpa bersuara dia terus beredar pergi membiarkan pelawaan Levi tidak terjawab.
Levi sendiri terdiam. Dia memeriksa dirinya sendiri. Takut tiba-tiba dia ada superpower yang boleh buatkan dia jadi halimunan sampai Airel tak layan dia langsung.
"Kenapa lama sangat kau ni?" Mikael mengerut kening apa Levi baru kembali ke meja mereka. Mikayla di sebelah pula sibuk dengan telefon.
Fries, Levi letak atas meja. "Aku jumpa Airel tadi. Aku pun ajaklah dia sekali nak breakfast sama. Tapi dia diam je, pastu dia jalan." Levi menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Biarlah dia. Aku pun dah biasa kena palau dengan Airel," balas Mikael sambil tangannya menyuap fries ke dalam mulut.
Ketawa Mikayla mencuri perhatian Mikael. Adiknya itu menaip sesuatu di telefon sambil tersengih-sengih. Tatkala Mikael mendekat ingin mencuri pandang telefon Mikayla, Mikayla dengan pantas tekan butang off. Telefon dijauhkan.
"Ish, apa ni tengok-tengok telefon orang?" Nada Mikayla berbaur geram. Dia berganjak ke tepi menjauhi Mikael.
"Sorok-sorok macam tu, mesti ada boyfriend kan?" Mikael serkap jarang.
"Hari-hari jugak kau tersenyum-senyum macam orang gila." Mikael menambah.
"Eleh, biarlah. Kalau betul aku ada boyfriend pun kenapa? Ada masalah?" Balasan Mikayla membuatkan Mikael merenungnya tajam.
"Dahlah, aku pergi kelas dulu. Bye." Mikayla menyandang beg sambil telefonnya dipegang kemas. Langkahnya dibawa keluar dari kafeteria.
"Kenapa?" soal Levi apabila melihat Mikael mengeluh. Wajah Mikael agak berkerut selepas Mikayla pergi.
"Tak ada apalah. Aku fikir adik aku tu, tapi biarlah dia." Mereka berdua menghabiskan fries sehingga licin sebelum berjalan menuju ke kelas.
- ✯ -
Airel tolak pintu besi. Dia mencari Asyle. Rumah khas sudah dia sediakan untuk kucing kelabu itu.
Semasa Airel menoleh ke kanan, Asyle sibuk menikmati sesuatu padahal dia belum lagi beri apa-apa kepada kucing itu. Airel terkejut akan hal itu, tetapi Diana di sebelah Asyle lebih mengejutkan Airel.
"Eh, hai Airel!" Lama dah tak nampak kau!" Diana menyapa riang. Baru kali ini dia dapat berjumpa lagi dengan lelaki rooftop itu. Rantai kunci milik Airel juga masih ada di tangannya.
Airel menggulingkan bebola mata. Perasaan tidak senang menguasai diri. "Kau buat apa kat sini?"
"Bagi Asyle makanlah. Kenapa? Salah ke apa yang aku buat?"
"Tak payahlah. Biar aku je yang bagi dia makan." Airel mendekati Asyle yang sibuk menikmati makanan basah jenama Whiskas pemberian Diana. Kepala Asyle dibelai.
"Congrats menang preliminary kalitu."
"Mana tahu?" tanya Airel. Biasanya pertandingan pusingan awal orang tak berapa kisah. Final saja orang nak tahu siapa pemenangnya.
"Daniel." Airel angguk. Dia malas nak ambil tahu apa hubungan Diana dengan Daniel.
Setitis demi setitis air jatuh ke atas konkrit. Makanan Asyle juga sudah bercampur air. Gerimis mula menurun walaupun tidak banyak awan hitam yang berarak. Laju mereka mencari tempat untuk berteduh.
Diana memandang bungkusan makanan di tangan Airel. Airel perasan.
"Hulur tangan kau."
Diana tanpa fikir panjang mengeluarkan tangan kanannya. Sosej Asyle, Airel berikan kepada Diana lalu dia terus menuruni tangga dengan cepat kerana kelas sekejap lagi akan bermula.
"Apa benda sia mamat ni?" Diana bingung, kemudian dia tersengih sendiri.
Dalam perjalanan ke kelas, Airel ditegur seorang guru. Dia dahlah dah lambat, tiba-tiba makin lambat pulak.
"Tolong cakap pada Anaqi dari kelas 5D yang Madam Eisha nak jumpa dekat library waktu rehat nanti." Madam Eisha tersenyum.
Sejurus guru itu melangkah pergi, Airel menghela nafas. Kaki dengan cepat mencari Anaqi.
Kapten dia itu memang selalu dipanggil. Bukan dalam kalangan guru saja dia popular, classmates perempuan Airel pun selalu bercakap tentang Anaqi.
"Weh Anaqi handsome gila! Nasib baik aku masuk English club. Mantap mat dia jadi president. Bila dia speaking, gila ah, seksi nak mampus."
"Assalamualaikum, saya cari Anaqi." Airel masukkan kepalanya untuk memanggil Anaqi. Beberapa pelajar 5 Diamond melihat ke arahnya sekilas sebelum kembali melakukan aktiviti mereka.
"Ada apa?" soal Anaqi.
"Madam Eisha nak jumpa kat library masa rehat."
"Sebab apa?"
"Madam tak cakap."
"Okay, noted with thanks." Tangan Anaqi tunjuk okay.
"Baliklah kelas cepat, waktu pertama dah nak mula." Airel angguk dan dia terus beredar pergi dengan sepantas kilat.
"Siapa pula yang panggil kau ni?" Qayyum datang menepuk bahu Anaqi.
"Madam Eisha."
"Kesiannya jadi kau. Situ sini kena panggil. Wanted always, macam penjenayah dah. Pastu selalu busy kalah perdana menteri." Anaqi tergelak. Dia bukannya kisah sangat kalau kena panggil. Kalau kena panggil dengan pengetua baru dia cuak.
"Qayyum, tengok girlfriend kau ni! Suka hati aje tiru homework orang." Nasha di belakang menjerit. Perempuan di sebelahnya buat tak peduli sambil tangannya laju menyalin jawapan.
"Shh." Qayyum letakkan jari telunjuknya di atas bibir. Bila tengok muka dia macam nampak tak malu. Satu kelas tahu Qayyum dengan Farra couple. Anaqi di sebelah hanya memerhati.
'Tapi peliklah. Kenapa couple satu kelas eh? Sebab dapat selalu berjumpa ke? Ke mata dua orang ni tak cukup luas untuk tengok lelaki yang lebih kacak dan cantik di luar sana?' Anaqi garu kepala yang tak gatal. Banyak soalan yang bermain di mindanya.
Qayyum dan Anaqi duduk di tempat mereka.
"Nah, Anaqi." Elyssa pulangkan nota fizik yang dipinjam. Anaqi balas dengan anggukan. Matanya mengekori Elyssa sehingga perempuan itu kembali ke tempat duduknya.
"Elyssa tu senyap kan? Walaupun dia kawan dengan Nasha dengan Farra, aku jarang nampak dia bercakap. Tapi dia talented weh. Tiba-tiba aje tahun lepas jadi pengacara Majlis Hari Raya."
"Karnival nanti dia juga yang host," balas Anaqi.
"Ya ke? Wow."
"Aku selalu juga nampak kau dengan dia. Rancak korang borak. Cakap pasal apa?"
"Entah." Anaqi angkat bahu. Makan malam semalam pun dia tak ingat, inikan pula topik yang dia borak dengan Elyssa.
"Memang orang pandai selalu kawan dengan orang pandai eh? Tak habis- habis muka korang dua jugak yang top dalam batch, top dalam kelas. Kalau bukan kau nombor satu, mesti Elyssa." Ada sedikit rasa tidak puas hati oleh Qayyum. Dia pun nak juga merasa menjadi nombor satu, tetapi nombor tiga sajalah rezeki dia. Turun pernah, nak naik nombor tu jangan haraplah.
Anaqi keluarkan gula-gula epal dari poket seluarnya. Plastik yang membalut manisan itu dibuka kemudian gula-gula perisa epal dimasukkan ke dalam mulut. Sekelip mata, rasa manis epal menjelajah di dalam mulutnya.
"Nak sikit. Makan sorang." Qayyum meminta.
"Beli sendiri."
"Kedekut. Dari dulu macam tu. Padahal murah je." Qayyum menggulingkan bebola mata ke atas.
Anaqi tak tersinggung dengan kata-kata Qayyum. "Kalau murah, belilah sendiri."
Qayyum menghela nafas. Dia sambung berkata lagi. "Pastu kan, aku perasan anak cikgu ni semua cantik, semua handsome. Macam kau. Nak tanya lah eh. Best tak jadi anak cikgu?"
Soalan Qayyum, soalan yang Anaqi terima buat kali ke-500 dalam hidupnya.
"Best bila 16 May."
"16 May? Hari Guru?" Anaqi angguk.
"Apa yang bestnya?"
"Dapat unboxing hadiah banyak-banyak."
"Ceh, jadi kaulah yang habiskan coklat-coklat yang mak kau dapat?"
"Of course." Anaqi senyum bangga. Anak Cikgu Afieya ada seorang je. Kalau dia tak habiskan siapa lagi?
Hari Guru memang syurga bagi Anaqi yang bergigi manis. Macam-macam jenis coklat dia dapat, kek coklat pun ada. Cikgu Afieya pula hanya mahu barang-barang dan surat yang ditulis pelajarnya sahaja.
"Benefits lain?" Qayyum tanya lagi.
"Dapat makan tempat kafe guru, duduk dalam pejabat and yes dengar gosip panas. Dengar jelah, nak join sekali tak boleh." Dekat pejabat guru boleh dengar macam-macam. Kucing beranak, cikgu bercerai, pelajar kegemaran, pelajar bermasalah dan macam-macam lagilah.
"But still, there's a darkside of it," balas Anaqi. Jadi anak cikgu bukannya semua indah belaka.
"Apa darkside dia?"
Kedatangan Sir Firash ke dalam kelas menghalang Anaqi untuk terus bercerita. Sir terus sahaja mengajar bab keempat untuk Fizik iaitu Electromagnetism.
- ✯ -
Masa rehat tiba. Anaqi terus menerjah Daniel di kelasnya. Dia tahu Daniel jarang keluar kelas sewaktu rehat sebab itu dia tak perlu susah-susah mencari Daniel.
"Nah, strawberry sando. Pagi tadi punya." Anaqi tolak sandwich yang dibeli pagi tadi ke Daniel.
"Thanks." Anaqi duduk.
"Kau mesti bosan kan? Kalau bosan jom dengar aku bebel." Mukadimah Anaqi dimulakan. Dia tepuk meja sekali kemudian memandang Daniel.
"Apa dia?" Daniel layankan sahaja.
Anaqi tidak terus bercakap. Dia tiba-tiba mengeluh. Kepala dia rehatkan di atas meja.
"You like each other then what? Kenapa eh orang kalau confess, dorang ambil couple as the next step?" Anaqi bengang. Daniel hanya setia mendengar.
Daniel saja tempat Anaqi berkata itu ini. Nak cakap dengan Qayyum nanti terasa pulak member.
"Entahlah, mungkin sebab sekarang kita masih remaja. Remaja yang masih buntu macam mana nak kawal fikiran dan perasaan sendiri. Kalau tak cukup berfikir ke depan, tak fikir kesannya, biasanya dorang pilih kebahagiaan lah macam couple tu," balas Daniel.
"Benda ni macam dah dinormalisasikan. Aku fahamlah waktu remaja nilah kita diuji dengan perasaan cinta dan suka. Tapi benda tu fitrah and it is based on what we do after we get that feeling. Kenapa diorang tak boleh simpan je perasaan dorang tu? Tak payah confess kan senang. Tak pun kalau dah confess, jangan ambil next step, which is couple." Kening Anaqi sedikit berkerut apabila dia cuba keluarkan fikiran dia.
"Faham." Daniel angguk.
"Still, bahaya jugaklah Anaqi. Walaupun kita cakap itu ini, kita tahu apa yang dorang buat tu salah. Tapi sebenarnya, kita pun kena hati-hati, takut dah kena kat diri sendiri baru tahu rasa susah nak elak daripada terjerumus dalam lubang maksiat." Pesanan Daniel membuatkan Anaqi terdiam. Ada betul juga kata Daniel. Cakap memang senang, tetapi bila dah ada kat tempat orang yang diuji kita pun tak tahu kita mampu hadap atau tidak.
"Kau ada volunteer apa-apa tak bila karnival nanti?" Anaqi mengubah topik perbualan.
"Tak ada rasanya. Junior semua dah isi nama. Excited betul aku nampak dorang. Melainkan kalau cikgu panggil, aku okay aje nak tolong."
"Weh, haahlah! Aku lupa!" Daniel terperanjat. Anaqi di depannya sudahpun bangkit daripada duduknya.
"Aku pergi dulu tau. Aku lupa yang Madam Eisha panggil aku pergi library." Anaqi laju meninggalkan kelas 5S manakala Daniel hanya mampu menggeleng.
Anaqi menjejakkan kakinya di perpustakaan Scarlett. Matanya terus menangkap Madam Eisha yang duduk berdekatan rak yang menempatkan majalah.
"Sorry cikgu, saya lambat." Anaqi meminta maaf.
"Tak apa, saya yang patut minta maaf sebab ganggu waktu rehat awak. Mesti tadi makan laju laju kan?"
"Ha ya, haha." Anaqi senyum kekok sambil tangannya menggosok-gosok leher. Dia tak makan pun, dia sibuk bincang hal negara dengan Daniel tadi.
"Awak tak ada volunteer untuk apa-apa kan waktu karnival nanti?"
"Haah cikgu. Kenapa tu?"
"Bagus. Kalau macam tu saya nak awak jadi fotografer untuk booth kelab saya. Tak lama pun. Sekejap je, 3 jam." Madam Eisha memandang Anaqi dengan penuh berharap.
"Tapi saya tak pro cikgu. Risau nanti gambar yang saya ambil tu buruk. Lari nanti pelanggan cikgu."
"Tak apa. Itu jangan risau. Saya rasa awaklah yang akan jadi penarik pelanggan masa karnival nanti. Awak kan handsome." Madam Eisha memuji.
"Cikgu minta tolong saya sebab rupa saya ke cikgu? Sedih saya cikgu." Anaqi tepuk dada sendiri, buat-buat terasa. Setakat muka dia ni berlambak je kat tepi jalan.
"Mana ada, ish kamu ni. Sekejap saja, tak lama pun. Dari pukul 9 hingga 12. Habis saja pukul 12 tu, awak boleh pergi. Saya bagi chance kat awak tengok Daze perform okay?" Madam Eisha tunjuk kedua-kedua ibu jarinya dengan semangat. Bibirnya yang tersenyum lebar membuatkan Anaqi tidak sanggup menolak dan akhirnya dia mengangguk setuju.
Habislah kau, Anaqi.
[ bersambung ]
taking a long break after this. rasa macam dah tawar hati dengan cerita ni sgsikabdns hahahah takdelah. busy study. have a nice day bro n sis!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top