+ 011
- ✯ -
Pusingan awal Malaysia Basketball Cup 2021 akan bermula hari ini. Awal pagi lagi ahli-ahli SK sudah sampai sekolah menunggu bas khas Scarlett High untuk menghantar mereka ke destinasi.
Daniel yang mengantuk duduk di atas bangku. Kepalanya dialaskan dengan lengan. Anaqi, Ivan dan Jay sibuk membazirkan air liur dengan berborak. Airel dalam dunianya sendiri mendengar lagu dari airpods yang telah disumbat ke telinga. Levi dan Mikael hilang pergi ke 7E sekolah.
Jeritan Ammar memecahkan suasana hening pada pagi itu.
"Aryan! Bagi balik. Kalau tak siap kau nanti." Aryan melarikan diri dengan buku Harry Potter milik Ammar.
Luthfan yang dari lahir lagi memang seorang yang chill hanya memerhati. Aiskrim di tangan lebih menarik. Tidak semena-mena, satu kasut terapung di udara dan akhirnya mendarat ke belakang kepala coconut Aryan.
Buk!
Aryan jatuh tersembam. Buku Harry Potter and the Philosopher's Stone terlepas dari tangannya. Ammar mengutip kembali bukunya.
"Kau dah kenapa baling-baling kasut? Kena dekat kepala aku pula tu!" Aryan merenung tajam Ammar di depannya.
"Sebab kau ambil buku aku la!"
"Lah, nak belek kejap aje."
"Dah tu kenapa lari?"
"Aku nak cari tempat yang lebih tenanglah. Hesh." Aryan menjawab. Makin dilayan Aryan ni, makin marah Ammar jadinya. Mata mereka bersabung. Seakan ada elektrik yang menjalar dari mata ke mata.
"Jangan gaduh-gaduh. Tak baik. Allah yang satu." Luthfan mencelah. Jari telunjuk kirinya diangkat. Sambil-sambil itu aiskrim di tangan dijilat.
"Aku dah kata dah beli tiga, kau tak nak dengar." Suara Mikael membebel kedengaran. Levi pula buat-buat tak dengar. Dia minum Vitagen tanpa membuka keseluruhan plastik dan memegang kelima-limanya dengan tangan kanan.
"You don't to need eat so much, Mikael. Apa jadi kalau kau tiba-tiba nak terberak bila match nanti?"
"Time-out jelah kan senang. Tukar player. Adoi, kau ni." Mikael mengeluarkan roti dari plastik.
Pin! Pin!
Bas kelabu Scarlett High berhenti di depan mereka. Coach Azwan turun dari bas sambil bercekak pinggang.
"Apa tercegat lagi tu? Cepat masuk!" Coach Azwan memerintah. Ahli SK melangkah bagai itik pulang petang. Rasanya kena rotan satu-satu kat punggung baru cepat berjalan.
Masuk saja ke dalam bas, Levi terpegun. Elegan dan selesa. 15 kerusi kesemuanya dan satu kerusi khas di depan sekali yang Levi rasa akan diambil oleh Coach Azwan.
Di paling belakang sekali, wujud 4 kerusi yang bercantum.
Levi bergerak ke belakang, mengikuti Airel yang duduk di baris ketiga. Tempat kosong di sebelah Luthfan menjadi pilihan memandangkan tempat duduk yang menghadap tingkap semua dah kena kebas.
Mikael duduk di sebelah Airel yang sedang termenung melihat ke luar tingkap. Airel rasa terganggu tetapi dia malas nak bersuara. Mikael menoleh ke kanan. Levi mengeluarkan telefonnya untuk mendengar lagu.
Ammar duduk seorang sambil membaca buku. Lebih suka masuk ke dalam dunia Harry Potter untuk hilangkan rasa nervous. Aryan pula berbaring di belakang sambil tangannya ligat berperang di PUBG. Nasiblah kalau dia jatuh bila bas berhenti mengejut.
Bas mula bergerak. Daniel dan Jay memilih untuk tidur. Jay sudah pun melelapkan mata bersandar pada bahu Ivan.
Mikael menggigit roti yang dibelinya tadi. Lambat-lambat dia mengunyah. Keningnya terkerut-kerut.
"Kenapa rasa dia lain? Aku tak suka betul la macam ni. Kalau makanan Malaysa tak sedap macam mana negara kita nak bangkit? Macam mana pelancong nak masuk ke dalam negara? Kalau negara kekurangan pelancong eknomi Malaysia apa jadi?" Ada banyak lagi Mikael nak tanya tetapi terhalang apabila Airel sudah tak tahan.
"Diam boleh tak?" Pancake disumbat ke dalam mulut Mikael. Terdiam terus Mikael apabila mulutnya mengunyah sesuatu.
"Aish, main sumbat aje. Aku tak baca bismillah lagi." Dalam mengunyah dia berbicara. Elok sangatlah tu perangai.
"Unik rasa dia. Mana beli?"
"Aku masak." Mikael menoleh. Airel dipandang dengan tatapan yang sukar dipercayai.
"Ini cubaan nak melawak ke?" Airel diam. Dengan senyap dia menikmati pancake blueberry buatan sendiri. Kesian Mikael, kena palau.
- ✯ -
"Dah sampai! Dah sampai!" Ammar berteriak. Perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam akhirnya berakhir.
"Ha, mana? Mana?" Jay masih mamai. Matanya separa terbuka.
Semua memandang ke luar tingkap. 500 meter ke depan Etoile Stadium yang gah menjadi tatapan.
Bas berhenti di salah satu ruang tempat letak kereta. Dari luar, bas-bas sekolah lain juga ada yang sudah sampai.
Sebelum turun, Coach Azwan memberi beberapa pesanan. Jangan jauh dari antara satu sama lain. Jangan merayau sana sini. Jangan pergi tanpa pengetahuan sesiapa. Paling penting, jangan sesat.
Semuanya turun dari bas. Segar-bugar mata mereka apabila melihat Etoile Stadium di depan mata.
"Kita datang lagi." Aryan bersuara. Dia menghirup udara segar.
Levi pergi ke arah Daniel.
"Daniel, pinjam topi boleh?"
Walupun pelik, Daniel serahkan juga topinya kepada Levi. Levi ingin menyorokkan rambut dan mata birunya. Walaupun dia tahu dia bukan istimewa mana kerana dia nampak pelajar lain yang juga mempunyai warna rambut yang berbeza.
"Berbaris. Ikut saya. Dan ingat, jangan jauh dari satu sama lain." Coach Azwan berkata tegas.
Levi berbaris di belakang Mikael. Beg biru gelap Mikael dipegang oleh Levi
Pelajar-pelajar dari sekolah lain mengalihkan perhatian mereka ke arah ahli Silver Knight. Menjadi top 3 dalam MBC 2020 semestinya menjadi perhatian orang ramai. SK kumpulan yang sukar dikalahkan selain daripada Owls dan Kings.
Koridor stadium sesak dengan homosapiens. Levi berjalan sambil menunduk. Tangannya memegang erat beg Mikael. Bahunya sesekali berlanggar dengan orang yang lalu-lalang.
Akibat matanya tertumpu hanya pada lantai, bahu Levi dilanggar kuat. Dia ke belakang beberapa tapak. Pegangan pada beg Mikael terlepas.
"Jalan tengok depan boleh tak?" marah seseorang dengan kuat.
"Maaf, salah saya." Levi mengangkat kepala sekejap sebelum mengangguk-angguk. Lelaki di depannya itu lebih tinggi dan mempunyai parut kecil di bahagian kiri keningnya.
Lelaki itu mendengus kasar sebelum melangkah pergi. Levi kemam bibir, menarik nafas dalam dan kemudian dihembuskan. Dia kembali mencari Mikael di depan lalu begnya dicapai lagi.
Suasana yang bingit lama-lama berubah menjadi sunyi. Levi mengangkat wajah. Tiada lagi orang di sekeliling. Tiada dinding hanya ada pokok hiasan dan kolam besar di tengahnya.
"Macam mana boleh sampai sini?" Suara asing menerjah pendengaran Levi. Ini bukan suara Mikael.
"Eh?" Dua suara serentak berbunyi.
"Kau siapa?" Lagi sekali, bagaikan kedua-dua mereka berkongsi sel otak yang sama.
"Jangan cakap yang aku sesat dan kau pun sama." Levi mengangguk.
"Macam mana kau boleh ada kat sini?"
"Aku ikut kau. Aku ingat kau kawan aku," jawab Levi.
Lelaki itu menyerabutkan kepalanya sebelum merengus kasar. Telefonnya berbunyi dan dia segera mengangkat panggilan.
"Awisy! Kau bodoh ke bengap?" Suara di hujung talian menjerit kuat sehingga lelaki itu menjauhkan telefonnya dari telinga. Levi di depan pun boleh dengar.
"Aku kat kolam ni." Panggilan terus dimatikan.
"Awisy?" Levi mengangkat sebelah kening.
"Haah. Iman Darwisy. Kau?"
"Asyraf Levi." Levi membetulkan topinya.
"Kau macam mana? Boleh kumpul balik dengan team kau ke tak?"
"Tak apa, aku dah mesej kawan aku tadi." Levi mengangkat sedikit telefonnya. Darwisy angguk.
"First time kat sini? I mean first time join MBC?"
"Yep."
"Samalah." Selepas itu, mereka berdua senyap. Darwisy tidak bertanya lagi. Dia berjalan mendekati kolam mungkin ingin menenangkan diri.
"Ah, bodohlah!" Jeritan Darwisy buat Levi terperanjat. Rasa nak tercabut jantung dia tadi.
Darwisy mencangkung. Batu-batu kecil yang dia jumpa dilontarkan ke dalam kolam yang ada air pancut.
"Kalau aku jumpa Haykal, mampus dia aku kerjakan. Aku dah cakap dah aku tak nak masuk Ravens. Dipaksa jugak. Apa dia kata? Nama kita sama-sama Iman? Sengal." Darwisy berkata dengan marah.
"Gila la. Macam mana aku boleh terjebak dengan basketball ni?" Darwisy menggumam perlahan. Levi serba sedikit dapat mendengar apa yang Darwisy bebelkan.
"Awisy!" Seorang lelaki dari jauh menjerit dan berlari laju ke arah mereka berdua.
Belakang Darwisy ditepuk kuat oleh lelaki itu. "Kau gila ke? Baru first time datang sini dah buat hal eh? Kau tahu tak aku ingat kau dah lari balik rumah?"
"Diam la, Haykal. Aku tak masuk match nanti kang baru tahu."
"Dah, jom jom. Kita dah lambat ni." Haykal terus menarik Darwisy. Darwisy pasrah, dengan wajah muram dia melambai ke arah Levi.
Telefon Levi berbunyi. Mikael menelefon tetapi panggilan mati sebelum Levi sempat menjawab.
"Levi!" Mikael datang berlari.
"Macam mana kau boleh sesat jauh ni? Sumpah, tadi coach bising. Jom, cepat. Kita lawan dengan Warriors hari ni." Levi laju mengikuti langkah Mikael.
Nampak saja batang hidung Levi, coach Azwan dan kapten menghembus nafas lega.
Perlawanan pertama Silver Knight dengan Warriors akan bermula tak lama lagi. Kesemua ahli pasukan sedang memanaskan diri di dalam gelanggang.
Warriors pasukan dari Bronze Highschool. Mereka juga kuat, tapi ini kali pertama SK bersaing dengan mereka selama tiga tahun mereka menyertai MBC.
Coach Azwan memilih Anaqi, Daniel, Airel, Mikael dan Luthfan sebagai starting lineup. Mereka yang lain duduk di bangku.
Wisel berbunyi. Pengadil melontar bola ke udara dia antara dua pasukan. Tip off.
Anaqi mendapat bola. Dia dengan ahli pasukannya terus menyerang. Selepas melepasi pertahanan Warriors, dua mata dijana apabila Mikael membuat lay up.
Papan markah digital bertukar angka dari 0-0 ke 2-0. Para penonton bersorak.
Pasukan yang berjaya mendapat mata terlebih dahulu sebenarnya membuka peluang besar untuk menang. Biasanya pihak lawan akan rasa tertekan sekiranya mereka gagal mendapat mata pertama.
Permainan diteruskan. Bola di tangan Warriors sekarang.
SK dalam posisi bertahan. Mereka menggunakan man to man defense seperti yang diarahkan coach Azwan.
Apabila salah seorang dari Warriors menghantar bola, Anaqi dengan cepat merampas. Cut pass!
Mikael segera berlari laju ke arah tiang gol pihak lawan. Lariannya yang berkelajuan cahaya membuatkan dia sampai ke sana dengan sekelip mata. Anaqi menghantar bola tinggi kepada Mikael dari halfline. Mikael menerima bola dan dia terus menjaringkannya. Itu dia swift attack dari Mikael!
Suku kedua akhirnya tamat. Masa rehat selama 10 minit diberikan sebelum permainan diteruskan.
Wisel sekali lagi berbunyi. Kali ini Levi masuk ke dalam gelanggang mengganti Luthfan. Begitu juga Ivan menggantikan Anaqi. Aryan, Ammar dan Jay bermain dalam suku kedua tadi.
Ivan, Daniel, Airel, Mikael dan Levi masuk ke dalam gelanggang bagi suku ketiga.
Bola di tangan Warriors kerana suku
kedua berakhir dengan SK menjaringkan 3 mata. Three pointer dari Anaqi.
Warriors berjaya melepasi pertahanan SK. Dua mata dijana oleh Warriors.
Airel berlari ke tengah gelanggang diikuti dengan Levi. Airel pass bola tanpa melihat. Levi maju ke depan untuk shoot.
Ahli Warriors yang mempunyai nombor 5 di belakang baju menghalang Levi dengan tangan. Bola terlepas dari tangan Levi. Dia gagal menjaring.
Wisel berbunyi. Foul dikenakan kepada lelaki bernombor 5 itu kerana melanggar peraturan. SK dihadiahkan dengan dua free throw di mana pihak lawan tidak akan menghalang ketika jaringan cuba dilakukan.
Mengikut peraturan Levilah yang perlu menjaringkan bola. Levi berdiri di foul line ataupun dipanggil juga sebagai free throw line. Dia membengkokkan kaki, cuba untuk menjaring.
Kedua-dua bola masuk. Dua mata dijana dengan mudah untuk SK. Untung saja kali itu mereka sudah berlatih shoot bola di foul line atas cadangan Airel.
Permainan diteruskan. SK berlari laju ke belakang lalu membentuk defense 3-2. 3 orang menjaga di depan. 2 orang menjaga di bawah jaring.
Warriors cuba shoot three-pointer. Bola terkena cincin. Gagal. Daniel dengan cepat mengambil rebound. Bola terus dihantar ke arah Airel yang memegang posisi point guard.
Airel cekap dalam mengatur strategi sebab itu dia menyandang gelaran brain of the court. Matanya yang tajam bak helang mampu memerhati keadaan ahli lain untuk dia memilih strategi yang sesuai.
Airel di tengah gelanggang menampar bola berkali-kali ke arah lantai. Jari telunjuk dan jari hantu kirinya berjumpa dengan ibu jari berkali-kali.
Elevator.
Ivan berlari ke tengah kemudian Mikael menjadi screen apabila Ivan keluar dari kawasan D. Airel terus menghantar bola kepada Ivan. Ivan shoot three-pointer dengan tepat.
Zap!
Bola masuk.
Suku keempat bermula, perlawanan hampir tamat. Giliran Warriors untuk menyerang. Levi menjaga lelaki yang memakai baju bernombor 10.
Lelaki bernombor 10 itu merenung tajam mata Levi sebelum kembali fokus pada bolanya. Dia menggelecek ke kiri dan kanan tetapi masih tidak mampu melepasi Levi. Lelaki itu menapak selangkah lalu membuat gerakan untuk menjaring. Levi tertipuu dia melompat tinggi untuk menghalang bola.
Dengan kesempatan itu lelaki bernombor 10 terus menggelecek dan membuat lay up. Dia tersengih sinis. Tak sangka Levi akan tertipu dengan jab step yang dia buat tadi.
Levi rasa diperbodohkan. Bola sekarang di tangan SK. Daniel pass bola kepada Airel. Levi pula menyambut bola yang dilontar Airel.
Levi berhadapan lagi dengan lelaki bernombor 10 itu. Sekarang dia pula yang tersengih melihat lawannya. Levi bergerak ke kiri dan ke kanan lalu mengacah untuk pass kepada Anaqi yang menjaga dia bahagian kiri. Dengan cepat dia memesong ke kanan apabila lawannya terpadaya. Lay up dibuat.
Zap!
Sorakan penonton bergema di seluruh stadium. Seribu kali tidak percaya semudah itu lelaki yang berambut coklat mampu menewaskan Warriors.
Anaqi yang sedang berlari ke arah jaring milik SK tersenyum. Dia nampak keistimewaan Levi. Semuanya bermula dari hari mereka test skill ahli baru itu.
'Copy paste skill,' bisik hati Anaqi.
Permainan diteruskan sehingga wisel berbunyi. Tepukan diberikan kepada SK yang memenangi perlawanan ini dnegan 101-83.
Seorang lelaki di tempat duduk penonton melihat perlawanan SK dan Warriors yang baru saja tamat. Lelaki yang berambut coklat itu berjaya menjaringkan dua mata tepat-tepat shot clock menunjukka angka 00 : 00.
"Power juga Levi rupanya." Darwisy datang dekat.
"Siapa?" Iman Haykal, kapten Ravens menyoal.
"Levi. Lelaki yang sesat dengan aku dekat kolam tadi." Haykal mengangguk.
"Kau ada kenal sesiapa ke dekat Silver Knight?" Darwisy tanya lagi. Mana tahu kapten dia ada kawan yang power basketball juga.
"Entah. Dah jom balik." Haykal menepuk bahu Darwisy agak kuat. Darwisy mengerut kenngnya, menahan sakit. Sebab Haykal kapten tak beranilah dia nak balas balik.
"Orang tanya tak nak jawab, pastu pukul-pukul orang pulak." Darwisy merungut tidak puas hati.
'Kita akan jumpa lagi wahai excellent student,' detik hati Haykal. Dia tersenyum lebar.
[ bersambung ]
last update bila ek hahah
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top