+ 009
— ✯ —
Seminggu berlalu dengan cepat. Dalam masa seminggu ketiadaan coach Azwan untuk memantau mereka, Anaqi berhempas-pulas melatih ahli pasukannya.
Derap kaki coach Azwan semakin mendekat. Tangannya memegang satu clip board. Dia dah rancang latihan terbaik untuk SK dalam menempuh ujian yang bakal dihadapi dalam Malaysia Basketball Cup tahun ini.
Kehadiran coach Azwan mematikan perbualan ahli kumpulan SK yang sudah berkumpul. Mata mereka tertumpu sepenuhnya pada jurulatih di hadapan mereka.
"Assalamualaikum semua! Jadi hari ini, tak ada lagi masa yang boleh dibazirkan, kita akan berlatih untuk MBC bawah 18," ujar coach Azwan lantang.
"Perlawanan senior korang dah habis dah pun. Jadi sekarang saya akan fokus seratus peratus pada awak semua." Bibirnya tersenyum penuh makna. Satu persatu wajah ahli ditatap.
Sekonyong-konyong, Mikael mengangkat tangan lalu bertanya.
"Kalah ke menang cikgu senior kita orang?"
Coach Azwan tersenyum kelat dua saat. Agak perit untuk disebut. Kenyataan yang pahit perlu diterima.
"Mereka kalah. Everk menang dengan 70-59. SK gagal mara ke pusingan akhir." Keluhan daripada pelajar di depannya kedengaran serba sedikit.
"Apa pasal SK pun boleh kalah?" Luthfan agak tidak percaya. Ahli Silver Knight universiti semua handal handal kot.
"Everk, kau tak kenal?" Ammar menyenggol lengan Luthfan di sebelahnya. Everk yang popular nak mampus tu, Luthfan tak kenal?
"Power sangat ke? Sampai tahap 5 prodigy dalam Kuroko no Basket tu ke?" Ammar menggeleng drastik selepas mendengar balasan Luthfan.
"Kapten dia power gila! Kalau leader dah power, ahli pun mesti power jugak. Lagi-lagi bila ada duo Fiqri-Irfan. Memang tak ada chance lah kau." Ibu jari Ammar menolak sedikit hidung mancungnya.
"Kapten Everk, Izz Irfan tu. Fuh, memang idola akulah!" Aryan mencelah. Izz Irfan, shooting guard yang handal dalam gelanggang. Handsome pun ya. Taken pun ya.
"Sudah, sudah. Jangan fikir fasal orang lain, diri sendiri pun kena handal dalam basketball. Saya nak tanya, tahun ini apa azam korang semua dalam MBC?" Coach Azwan menyoal.
"Juara. Kita kena dapat juara. Itu tujuan kita." Agak serius Anaqi bersuara. Yang lain menoleh ke arahnya. Dapat mereka lihat api semangat yang membara-bara pada anak mata Anaqi.
Wajah Daniel turut berubah serius. Kekalahan mereka pada Owls tahun lepas menjadi asbab mereka berlatih lebih keras tahun ini.
"Tempat ketiga dalam MBC 2022 cukup membanggakan saya. Tapi kena ingat, every day, every seconds, a new rival will always be born. Never let your guard down and do not underestimate anyone." Pesanan ringkas diberikan kepada anak buahnya. Coach Azwan percaya persaingan tahun ini lebih sengit.
Ahli-ahli SK tekun mendengar. Begitu juga dengan Levi. Dia agak kagum dengan semangat manusia-manusia di sekelilingnya.
Pritt!
Latihan bermula. Dua kumpulan dibahagikan dengan lengkap. Ammar, Levi, Luthfan, Anaqi dan Jay satu kumpulan. Airel, Aryan, Mikael, Ivan dan Daniel membentuk kumpulan lagi satu.
Tiada lagi terkurang satu atau terlebih satu selepas kemasukan Levi di dalam SK. Levi dan Mikael dipisahkan daripada menjadi satu kumpulan.
Bola tinggi dirampas. Ammar menggelecek bola ke kawasan pihak lawan. Bola dijaga sehabis baik, matanya melingas keadaan sekeliling.
Ammar mengangkat dua jari. It is time to use the new strategy.
Dengan pantas, Levi berlari ke bahagian kiri, menunggu dengan setia di luar bulatan tiga mata.
Luthfan dan Anaqi menghalang Ivan di bawah bulatan. Double screen. Pergerakan Ivan terbatas. Pada masa yang sama, Ammar melangkah ke hadapan. Sewaktu dia dihalang Airel cepat-cepat bola dihantar kepada Levi.
Pantas Levi menjaringkan bola. Tepat bola tiga mata masuk ke dalam keranjang.
"Lah bila masa pulak Levi kat situ?" Aryan menjerit.
Kumpulan Ammar kembali ke kawasan mereka, pertahanan dibentuk dengan kadar segera. Sempat juga Levi dan Ammar high-five.
Jay dibawah jaring bersedia dengan segala kemungkinan. Airel dari pihak lawan berhadapan dengan Anaqi.
Airel ke kiri, Anaqi ke kiri. Agak sukar untuk melepasinya. Bola dihantar kepada Mikael di sebelah kanannya.
Bola kembali lagi ke tangan Airel. Badannya berpusing sekali. Tangannya membaling bola melalui bawah kaki Anaqi.
Airel pass bola kepada Aryan tanpa melihat. Aryan mendekati goalpost, lay up dibuat. Bola tersasar sedikit menyebabkan bola tidak masuk. Daniel di bawah jaring pula melompat tinggi dan tangannya menampar bola masuk ke dalam jaring.
Zap!
Rebound berjaya.
"Let's go!!"
30 minit berlalu, mereka masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda penat. Latihan masih diteruskan.
Bola sekarang berada di tangan Jay. Dia menggelecek bola mendekati goalpost. Daniel dan Aryan menghalangnya. Jay menghantar bola ke luar bulatan. Anaqi menyambut, dua saat kemudian bola dilontar.
Zap!
Three pointer kali keempat Anaqi untuk hari ini.
Pritt!
Coach Azwan meniup wisel. Semuanya berkumpul di hadapan jurulatih dengan keadaan mengah. Peluh membasahi anak rambut dan juga dahi.
"A tight match, there is not much gap in the score. 79-77." Papan markah digital juga menunjukkan angka yang sama.
"Team Aryan menang."
"Nice geng!" Aryan mengangkat kedua tangannya. High five dilakukan bersama ahli kumpulannya, Daniel, Ivan, Mikael dan Aryan.
"Itu nasib je tadi Anaqi tak sempat shoot three pointer lagi." Ivan bersuara. Baju yang dipakainya dikipas-kipas agar peluh lebih cepat tersejat.
"Tadi saya nampak kumpulan Ammar apply team play baru. Apa benda dua jari tu?" soal coach Azwan.
"Hehe. Nama dia Burger, coach." Ammar mengangkat dua jarinya seperti tadi.
"Burger?" Yang lain mengerutkan kening. Burger? Logik?
"Haah. Burger. Double screen tu jadi roti, yang kena screen tu jadi patty." Tangan yang mengangkat dua jari tadi bertukar kepada thumbs up. Ammar menayangkan senyuman bangga.
"Dia buat lawak ke?" Aryan menggaru kening.
"Siot. Aku tak melawak. Ini analogi aku je." Nasib baik Aryan jauh dua meter, kalau tak memang dah melayang tangan Ammar ke lengan Aryan.
"Belum apa-apa team play dah mantap eh, walaupun ada member baru?" komen coach Azwan. Mereka hanya tersengih mendengarnya.
"Nice strategy. Keep up the good work. Korang semua boleh rehat," arahnya. Satu persatu ahli duduk di atas bangku. Segelintir mereka mengelap peluh dengan tuala yang tersedia.
Mata coach Azwan setia memerhati Levi. Levi pula meneguk rakus airnya di sebelah Mikael. Tak sedar dari tadi dia sebenarnya diperhati.
"Levi, ikut saya kejap." Coach Azwan melangkah ke tengah gelanggang.
"Bawa bola tu sekali," tambahnya lagi.
Levi memandang Mikael. Keningnya diangkat seperti bertanya kepada Mikael. Wajahnya jelas menunjukkan reaksi - aku ada buat salah ke? Kalau aku pergi serupa dengan masuk ke dalam kadang harimau lah kan?
"Kau pergi jelah. Bawa bola tu," ujar Mikael.
Tanpa banyak soal, bola di sebelahnya diambil. Langkah coach Azwan diekori dengan pantas ke kawasan D.
"There it is. One on one lesson with coach." Daniel bersuara. Anaqi mengangguk. Air di tangan diteguk lagi bagi menghilangkan haus.
Coach Azwan menampar bola pada lantai gelanggang beberapa kali. Levi hanya diam, air liurnya ditelan kesat.
"Cuba shoot lagi." Bola diberikan kepada Levi.
Levi menampar sekejap bola pada lantai gelanggang. Kemudian, cubaan shoot three pointer dibuat. Masuk. Sama, tiada cacat cela seperti latihan tadi.
Coach Azwan menjauhi kawasan D dan ke tengah gelanggang.
"Cuba dari sini pula."
"Eh?" Terkejut Levi. Terbeliak matanya. Tak rasa jauh sangat ke?
"Cuba dulu. Belum cuba, belum tahu."
Levi menghembus nafas. Jantungnya berdetak lebih kencang. Macam mana kalau tak masuk?
Bola dilontar. Tak masuk malah jarak bola dengan cincin sangat ketara. Levi mengejar bola dan membawanya kembali kepada coach Azwan.
"Kamu ragu-ragu tadi sebab itu tak masuk," komen coach Azwan.
"Cuba lagi," arahnya.
Levi menarik nafas dalam. Cuba tenangkan diri. Matanya dipejam sekejap. Lutut dibengkokkan.
Seketika kemudian, dia melompat tinggi dan melontar bola.
Zzap!
"Half line siot! Power gila!" jerit Ammar. Bola masuk juga walaupun Levi seperti tidak percaya.
Ahli lain yang melihat turut terkilan. Luthfan bertepuk tangan. Bukan senang nak shoot dari jarak yang jauh. Paling tak pun Anaqi seorang saja boleh buat. Itupun jarang-jarang sebab risiko bola gagal masuk ke dalam jaring sangat tinggi.
"Well done. Basic kamu dah bagus. Try work on this and our team will be much stronger." Coach Azwan menepuk bahu Levi dan melangkah pergi ke bangku semula.
Latihan petang itu diteruskan. Selesai mengemop lantai yang basah barulah coach Azwan menyuruh mereka pulang.
"Aku balik dulu," ucap Levi. Dia menyandang begnya.
"Lah awal." Baru saja Mikael nak ajak lepak sebelah mesin gedegang.
"Ayah aku tunggu. Bye." Levi melangkah pergi. Sekejap saja, bayangan dirinya menghilang daripada pandangan Mikael.
Daniel di sebelah hanya mendiamkan diri. Anaqi di depan pula sibuk melihat telefon. Mikael hanya mampu termenung.
"Oh mak kau!" latah Mikael.
Dahinya berlanggar dengan tapak tangan Airel. Di depannya pula wujud satu tiang besi. Kalau tadi tangan Airel tak ada boleh benjol agaknya dahi dia.
"Lain kali jalan tu tengok depan sikit," nasihat Airel. Dahi Mikael ditepuk kuat. Terkebelakang Mikael beberapa langkah.
"Oi!" jeritnya kuat.
Airel pergi meninggalkan Mikael dan yang lain. Akibat tak puas hati, kakinya memecut mengejar Airel.
Airel memperlahankan langkahnya apabila Mikael tidak lagi kelihatan. Tepuk sikit pun nak bising ke?
Pap!
Satu makhluk melompat keluar dari tepi bangunan. Dia mendarat tepat di depan Airel. Akibat terkejut, Airel memejam rapat matanya. Untung saja beg gitar di tangan tak terlepas.
"Ha kau! Kau tahu tak aku dah lama cari kau!" Diana mencekak pinggang. Punyalah payah nak cari Airel. Sudahlah beberapa hari ni tak ada langsung kat rooftop. Daniel itu pula tak boleh harap langsung, jawab nak tak nak aje.
"Apa kau nak?" Airel menyoal. Nafas dihembus kasar. Rasa malas nak layan orang di hadapannya.
Diana mengeluarkan sesuatu dari poket hoodie miliknya. Rantai kunci paus milik Airel ditayang.
"I wonder... ni siapa punya?" Diana memusing-musingkan rantai kunci.
"Bagi balik." Tatkala Airel ingin menyambar rantai kunci itu, cepat-cepat Diana menariknya kembali.
"Ingat senang-senang macam tu je ke aku nak bagi?"
Airel berdecit geram. Matanya dijuling ke atas tanda menyampah.
"Bagi tahu nama kau, baru aku bagi balik," pinta Diana. Bibirnya tersenyum sinis.
"Kau ambil la benda tu, aku tak nak." Airel ingin melangkah pergi tetapi sekali lagi langkahnya terbantut tatkala dua suara memekik kuat.
"Ehh!!"
"Woi!!"
Jeritan Diana dan Mikael bergabung serentak.
"Kau serius tak nak keychain ni? Aku buat harta pusaka nanti kang," ujar Diana.
"Siapa ni? Kawan kau ke?" soal Mikael. Diana di sebelahnya dipandang atas bawah.
"Bukan." Airel menjawab sepatah. Terpaksa juga dia menoleh sekejap untuk menjawab soalan Mikael. Kemudian, langkah disambung.
"Jangan ingat kau boleh lari Airel. Eh, eh, sedap mak nenek atok dia je ek." Bagaikan baru saja guruh berdentum di sebelah telinga Airel. Dia pantas menoleh. Mikael direnung tajam.
"Airel? Nama dia Airel ke?" Belum sempat Mikael ingin membalas, Airel cepat-cepat mencelah.
"Nama aku bukan Airel."
"Pulak.... Macam tu aku panggil kau Ishraq lah. Nama kau kan Airel Ishraq." Airel di sudut sana sudah mengetap rahangnya. Kalau dia ada stapler sekarang, memang kena stapler dah mulut Mikael tu.
Tolonglah, dia tak nak Diana tahu nama dia.
"I see, nama dia Airel Ishraq. Dia kelas 4 Emerald kan?" Diana bertanya kepada Mikael. Mikael yang tak tahu apa-apa hanya mengangguk.
"Thanks." Diana tergelak, merasakan lelaki di depannya comel. Mikael blur. Diana melontar rantai kunci milik Airel kepada Mikael dan terus beredar pergi.
"Dah kenapa dia tu? Gelak tiba-tiba," komen Mikael. Airel mendekati Mikael, rantai kunci paus dirampas. Sikunya diangkat seperti ingin membuat tindakan maut pada Mikael. Kalau boleh hempuk Mikael gitar pun bagus juga.
Mikael yang perasan dirinya terancam terus mengelak. Buruk benar muka Mikael. Sebelum marah menguasai diri melayan kerenah Mikael, Airel terus pergi melangkah jauh.
Mikael terkebil-kebil. Bahunya diangkat sekali. Mesin gedegang yang berdekatan dituju. Satu tin minuman dibeli lalu kembali ke arah kumpulannya tadi.
"Mana Airel?" tanya Anaqi.
"Entah. Tadi aku beli air kejap. Tengok-tengok hilang dah dia. Padahal kaki dia pendek je." Mikael buka air tin soya lalu meminumnya.
"Bukan sama je ke tinggi kau dengan dia?" Anaqi menyoal lagi.
"Sorry sikit. Aku tinggi 1 cm daripada dia tau." Anaqi dipandang tidak puas hati. Tak suka betul bila orang bagi salah info pasal tinggi sendiri.
"Ely!"
Anaqi pergi mengejar seorang perempuan di hujung sana. Tali beg bahagian kiri dilepaskan. Tangannya mengeluarkan fail milik Elyssa.
"Nasib aku jumpa kau. Malas sebenarnya nak pegang buku orang ni, aku takut lupa."
"Thanks. Banyak aku tak masuk kelas lately ni, sibuk berlatih." Buku dipegang kemas. Senyuman manis terukir di bibir seorang perempuan bernama Elyssa Nadia.
"Kau join debate kan? Esok bertanding? Ayok." Anaqi saja ingin menakut-nakutkan gadis di depannya.
"Woi, jahat! Aku takut. Macam mana kalau aku tak boleh buat?" Beberapa hari ini Elyssa sendiri tak dapat tidur nyenyak. Tak habis-habis berlatih seperti tiada hari esok.
"Kau boleh buat, tengok effort kau mesti boleh menang punyalah." Anaqi memberi kata-kata semangat.
"Siapa dia tu?" Mikael merapatkan dirinya ke arah Daniel untuk bertanya. Dari tadi mereka berdua memerhati kapten mereka.
"Entah. Kawan dia mungkin," balas Daniel.
Sedar akan diri Mikael yang terlalu rapat dengannya, dia berganjak ke tepi sedikit. Mikael mengurangkan lagi jarak mereka. Dia masih menempel.
"Sana sikitlah sengal." Daniel menolak Mikael jauh ke tepi. Rimas.
"Jom tengok siapa perempuan tu." Mikael maju ke depan. Daniel turut mengekori. Jangan salah faham, Daniel bukan jenis menyibuk macam Mikael. Nak tak nak memang kena lalu jalan yang sama untuk ke tempat letak kereta.
"Oh, Ely! Hai!" tegur Mikael selepas melihat orang di depan Anaqi dengan lebih jelas.
"Eh, Mikael! Baru habis latihan ke ni?" Elyssa memandang Mikael dan Anaqi silih berganti. Kewujudan Daniel turut disedari Elyssa.
"Haah." Mikael menjawab. Daniel macam biasa, dia lebih rela tidak disapa dan hanya menjadi tiang.
"Korang kenal?" Anaqi menyoal.
"Mentor kimia aku dalam program mentor-mentee."
"Bukan kau pandai ke?"
"Fizik, Addmath boleh ceritalah. Kalau Kimia aku terus tingtong." Mikael menolak kepalanya sendiri dan bergetar seperti spring.
Elyssa tergelak. Dia terus meminta diri selepas telefon di tangannya berdering.
"Bye!!" Elyssa melambai tangan. Kakinya terus melangkah melepasi pagar sekolah.
"Uish, kapten ada awek tak bagitahu kita langsung!" Lengan Anaqi ditampar Mikael.
"Itulah aku pun tak tahu. Kawan baik sendiri pula tu." Daniel buat muka sedih. Tangannya diletakkan di atas bahu Anaqi.
Anaqi pula mengecilkan matanya. Dah kenapa dua orang ni? Merepek apa?
"Alah, cakap jelah yang Elyssa tu girlfriend kau." Mikael tersenyum miang sambil keningnya diangkat berkali-kali.
Tanpa amaran, kepala Mikael diketuk. Mikael mengaduh sakit. Fuh, sakit dia bukan main-main!
"Jangan sebar fitnah. Nanti aku yang kena sebat dengan mak aku."
[ bersambung ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top