+ 003
— ✯ —
Petang itu, Mikael berjalan di sisi padang sekolah. Pokok-pokok yang berdaun hijau kuning menghalang sinaran matahari daripada membakar kulitnya. Sambil berjalan, Mikael menggunakan telefonnya.
Dia perlu balik lewat hari ini kerana ada latihan bola keranjang. Adiknya Mikayla pula ada study group di perpustakaan.
Bukan Mikael tak tahu, Mikayla sebenarnya tak ada study group cuma dia ingin baca novel di perpustakaan. Alasannya, tak nak susahkan Pak Mail, driver Encik Fahri ulang-alik menjemput mereka dua pulang secara berasingan.
Mikael menggunakan laluan berbumbung ke arah gimnasium bola keranjang. Seorang lelaki sedang duduk di tepi dengan kucing di sebelahnya. Tahulah Mikael yang itu Daniel.
"Uit, Daniel." Bahu Daniel ditepuk.
"Hm."
Itu sajalah jawapan Daniel. Susah betul Daniel nak bercakap. Macam simpan emas dalam mulut.
Mikael mencangkung memerhati gerak-geri kucing itu. Berselera sungguh kucing itu makan makanan yang dibeli Daniel. Ke dia berselera sebab tengok wajah kacak Daniel? Jangan kata kucing pun pilih kasih.
"Berapa kau beli ni?" soal Mikael.
"RM 5."
"Mak aih. Mahalnya." Mikael tenung bungkusan makanan kucing itu, RM 5.20. Masih ada lagi tanda harganya.
"Dengan kucing pun nak berkira ke?"
"Okay," jawab Mikael perlahan. Agak sentap sedikit, tapi tak apa. Untunglah kau kucing bila dapat jumpa Daniel yang pencinta kucing ini. Bagi makanan pun mahal-mahal.
Tangan Mikael naik mengusap kepala kucing itu. Tiba-tiba, Daniel dengan cepat menepis kuat tangan Mikael membuatkan Mikael mengaduh kesakitan.
"Kau asal?" soal Mikael, bengang. Dia tak marah cuma terkejut dengan tindakan Daniel.
"Janganlah kacau dia makan," ujar Daniel tenang. Dia tidak peduli jelingan tajam Mikael terhadapnya.
"Semua dah sampai ke?" tanya Mikael. Dia bangun daripada mencangkung dan memerhati sekeliling.
"Ramai yang belum."
"Itu yang lain dah nak sampai tu. Jom masuk," ajak Mikael. Dari jauh dia sudah nampak Aryan, Luthfan dan Ammar dengan beg masing-masing.
Mikael masuk ke dalam gimnasium bersama Daniel. Ivan dan Jay tengah duduk di tepi gelanggang sambil melihat telefon.
"Yo Jay!"
"Yo Ivan!" tegur Mikael.
Ivan mengangkat kepalanya daripada terus memandang skrin telefon dan mengangkat tangan.
"Ssup?" tanya Ivan.
"Sup ayam," balas Mikael. Daniel di situ hanya diam melihat mereka bertiga.
Derapan tapak kaki dan suara orang berbual baru sahaja melepasi pintu gimnasium. Aryan, Luthfan dan Ammar bergerak ke arah mereka.
"Ha, kenapa lambat?" soal Mikael. Dia mencekak pinggang memandang tiga juniornya yang baru saja sampai.
"Ala, lambat lima minit je. Bukan lama sangat pun," jawab Ammar. Pelajar tingkatan 3.
"Ewah, banyaklah kau punya lima minit je. Cuba jangan Melayu sangat, kita ni kena tepati masa."
"Cuba tengok Ivan dengan Jay ni, balik-balik Chinese juga yang datang awal. Jangan jadi macam classmate aku tu, pergi lab pun 10 minit dah masuk waktu baru nak gerak. Ha, mulalah cikgu membebel Melayu ni tak steady la, lambatlah, malaslah, apa la," bebel Mikael. Panjang betul dia membebel. Nampak sangat dia tak puas hati.
"Ye ke? Tapi kelas kita orang okay je, punctual juga. Kelas kau je kot yang selalu lambat," balas Luthfan.
Luthfan menahan senyum, takut nanti Mikael betul-betul sedang marah. Lagipun bukan boleh percaya marah Mikael, selalunya dia suka main-main.
"Ek eleh, kau muda setahun kau apa tahu?" ujar Mikael.
"Eh?" Aryan bersuara.
"Eh?" Kali ini Jay pula mencelah.
"Dah kenapa main eh eh ni?" soal Mikael.
"Sebenarnya, Daniel yang sampai dulu tadi sebelum kita orang," ucap Jay.
Serentak semua di situ memandang Daniel yang baru saja keluar dari bilik persalinan. Bila masa dia pergi tukar baju?
"Ha, korang kena contohi Daniel ni. Barulah Malaysia boleh maju. Ha gitu!" Tangan Mikael naik ingin menepuk bahu Daniel. Satu saat kemudian dia teragak-agak. Tangannya disimpan diam diam.
"Dah, jangan nak merepek. Pergi tukar baju sebelum Anaqi sampai," arah Daniel.
"Eh, haahla. Kapten tak sampai lagi rupanya," ucap Ammar. Matanya melingas sekeliling mencari kelibat lelaki yang disebut Daniel.
Sreet. Sreet.
Bunyi kasut bergesel dengan lantai gelanggang menarik perhatian mereka. Wajah Airel yang baru saja sampai menjadi tatapan mereka berenam. Macam biasa, Airel sudah menukar bajunya sebelum melangkah masuk ke dalam gimnasium.
"Itu Airel baru datang, marah dia jugak Mika," ujar Ammar.
"Tak jadilah, tengok muka dia mood macam tak okay je," jawab Mikael.
"Muka dia kan memang macam tu, dingin sokmo. Takut eh?" tanya Aryan. Keningnya diangkat beberapa kali seperti mencabar Mikael.
"Haah. Kau berani kau pergilah cakap hai." Mikael menolak badan Aryan ke arah Airel. Sikit lagi Aryan nak terjatuh apabila badannya ditolak secara tiba-tiba.
"Tak jadilah. Nak pergi tukar baju dulu!" Dengan sepantas kilat Aryan berlari menuju ke bilik persalinan. Dia patah balik selepas separuh jalan berlari. Begnya di atas lantai diambil dan sambung berlari semula.
Daniel pula melangkah ke stor untuk mengambil beberapa biji bola. Dia kembali kepada rakan sepasukannya yang sudah berpakaian baju sukan.
"Assalamualaikum, sorry geng sebab lambat," ujar Anaqi.
Dia masih lagi berpakaian uniform sekolah. Kemeja putih yang sedikit renyuk, tali leher hitam yang sedikit longgar dan rambut yang serabut. Sekali pandang macam badboy sekolah.
"Bro, asal lambat?" Danial menyoal.
"Macam biasa, ada cikgu suruh aku tolong dia," jawab Anaqi. Begnya diletakkan di atas lantai lalu bajunya dikeluarkan.
"Susahkan jadi popular dalam kalangan cikgu ni? Kesian kau, Anaqi." Mikael tiba-tiba mencelah. Dia mengangkat telefonnya menghadap Anaqi. Satu cahaya menyala di kamera telefon menandakan dia baru saja menangkap gambar Anaqi. Kalau jual kat fans dia ni memang laku teruk.
"Tak apa, dapat pahala," balas Anaqi.
"Mula dah ayat klise dia." Daniel mengguling bebola matanya malas. Anaqi tergelak kecil.
"Korang warm-up dulu. Nanti lepas aku siap, baru kita lari," arah Anaqi.
"Baik!!"
Selepas berlari 10 pusingan keliling gelanggang bola keranjang atas arahan Anaqi, mereka semua berkumpul di tengah. Sekarang mereka sedang berbincang membahagikan kumpulan.
"Tak cukup sorang ni," kata Ammar.
"Mana coach eh? Kalau tak boleh ajak dia main sekali." Aryan bersuara.
"Kalau macam tu dah sah sah siapa dapat coach dia menang." Sikit lagi Mikael nak tonjol dahi Aryan. Nasib baik Aryan sempat mengelak.
"Coach busy la lately ni, dia sibuk pantau Sknight kat universiti sebelah sebab ada pertandingan minggu depan," jawab Anaqi.
"Habistu kenapa kita turun hari ni?" tanya Daniel.
Semua mata tertumpu kepada Anaqi, kapten pasukan Sknight bagi sekolah menengah. Kening Anaqi berkerut kerana dia menjadi perhatian ahli pasukannya.
"Eh, apa pandang-pandang? Semalam siapa cakap kat grup WhatsApp, dah lama tak main basketball la, rindu nak berpeluh, teringin nak lari 10 lap bagai?" soal Anaqi panjang lebar.
Semuanya menunjuk ke arah Luthfan kecuali Anaqi dan Airel.
"Luthfan yang mula semalam, aku tolong support. Support junior gitu," balas Mikael.
"Kalau macam tu main 4v4 la." Airel bersuara buat pertama kali. Sekali gus semua menumpukan perhatian ke arahnya.
"Okay boleh. Ada sorang tak boleh main kalau macam tu," balas Anaqi. Dia menampar bola ke atas lantai gelanggang beberapa kali.
"Akulah keluar macam tu, aku kira markah." Jay menawarkan dirinya untuk keluar gelanggang.
"Alah Jay, kau tak ada tak best la," rengek Mikael. Acah-acah nak sedapkan hati Jay.
"Kalau macam tu kau keluar, aku main."
"Eh tak apa, kau duduk situ biar aku main, aku menang bagi pihak kau. Okay?" Mikael menolak perlahan badan Jay. Jay berdecit tidak puas hati.
"Fakehope betul."
"Okay, set. Kita bahagikan kumpulan sekarang. Lat tali lat tali tamplom!" jerit Ammar.
Aryan, Anaqi, Ammar dan Airel menunjukkan tapak tangan manakala Mikael, Ivan, Luthfan dan Daniel menunjukkan belakang tapak tangan. Dan begitulah lapan orang telah dibahagikan kepada dua kumpulan.
Anaqi dan Ivan berada di tengah gelanggang. Bola keranjang dilantun oleh Jay.
Pritt!
[ bersambung ]
jangan lupa tekan bintang kat bawah tu okay? sebagai tanda menghargai kewujudan aku di atas muka bumi ini (✯ᴗ✯)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top