+ 001
— ✯ —
Langit kelihatan cerah pada pagi itu. Bunga-bunga dari pokok tekoma gugur tatkala angin kuat melanggar daun pokok. Sebuah kereta Range Rover Velar berhenti berdekatan pintu masuk Scarlett Highschool.
"Eh, cepatlah buka pintu! Lambatlah kau ni!" marah Mikael. Tangannya menolak bahu orang di sebelahnya. Selepas mencium tangan ayahnya dia tergesa-gesa ingin keluar daripada kereta.
"Sabarlah! Pintu sebelah ada kan? Buka lah pintu yang tu," balas Mikayla dengan nada yang sama. Dia sebenarnya tengah mengikat tali kasut.
Encik Fahri di tempat duduk pemandu hanya menggeleng kepala. Apa nak jadi dengan kedua-dua anaknya ni? Pagi-pagi lagi dah bergaduh.
"Bodoh, apa yang lambat sangat ni?" bengang Mikael.
"Ha!"
Mikayla menutup mulutnya kerana terkejut. Kenapa Mikael emo sangat hari ni?
"Ni kenapa pula ni?" Mikael memandang hairan Mikayla. Rasa macam tak ada salah cakap tadi.
"Ehem, apa kamu cakap tadi Mikael? Mencarut ya?" Dari cermin pandang belakang Mikael dapat melihat ayahnya tersenyum. Senyuman yang penuh bermakna.
Sah, dia tersalah cakap. Mikael menelan air liurnya yang terasa kesat di kerongkong. Ayahnya itu pantang mendengar anaknya mengeluarkan kata-kata kesat.
"Ampun Pa! Sorry, sorry. Tak carut lagi dah."
"Dah lupa apa papa cakap? Apa hukum mencarut?" soal Encik Fahri.
"Berdosa besar." Anak kembarnya itu serentak menjawab.
"Tahu pun. Kita sebagai umat Islam, kena jaga lisan kita. Papa tak nak dengar dah kamu dua ni mencarut. Tak bagi duit kang pi sekolah nanti baru tau. Dah pergi masuk sekolah sana. Belajar rajin-rajin," ucap Encik Fahri. Sempat lagi dia buat ceramah ringkas di pagi hari Isnin itu.
Mikael dan Mikayla keluar dari kereta ayahnya. Jelas terpancar wajah pasrah Mikael. Kalaulah dia sabar sikit tadi dia takkan kena marah.
Mikael mengorak langkah menuju ke kelasnya, 4 Diamond manakala Mikayla ke kelas 4 Scarlet.
Pada masa yang sama, seorang lelaki berjalan perlahan masuk ke dalam sekolah. Matanya melilau memerhati sekeliling bagai rusa masuk kampung.
Tanpa sengaja, dia terlanggar seorang gadis membuatkan buku gadis itu terjatuh. Levi mengutip buku tersebut dan kembalikan kepada tuannya.
"Er... awak, nah."
Terkaku gadis itu apabila melihat wajah makhluk ciptaan Allah di depannya.
"Buku awak."
Gadis itu cepat mengambil semula bukunya tetapi mulutnya masih ternganga. Levi nampak seekor lalat terbang masuk ke dalam mulut gadis itu.
Ketika Levi cuba menghalau lalat tersebut perempuan itu menutup mulut. Membulat mata Levi. Cepat-cepat dia minta gadis itu membuka mulutnya semula.
"Ehh! Buka mulut cepat!" suruh Levi.
"Kenapa? Ada apa apa kat mulut saya?"
Malangnya, dua saat bahkan lima saat selepas gadis itu membuka mulut tiada langsung lalat yang keluar. Terkelip-kelip mata levi. Tahulah dia bahawa lalat tadi selamat masuk ke dalam perut gadis itu.
Sebelum meminta diri, Levi sempat bertanya gadis itu tentang keberadaan pejabat sekolah. Pada mulanya, gadis itu berkeras ingin menunjukkan jalan. Levi juga turut berkeras mengatakan yang dia boleh pergi sendiri.
Sampai saja di destinasi, Levi membuka pintu kaya jati pejabat sekolah. Satu kaunter besar menjamu matanya. Dia pergi mendapati seorang kerani.
Gadis bertudung merah dengan tag nama Aida bangkit apabila melihat Levi menghampiri meja. "Ya, ada apa yang saya boleh bantu?"
"Saya pelajar baru," jawab Levi.
"Nama?"
"Asyraf Levi bin Qalif Hayden."
"Okay. Awak boleh duduk dulu." Levi duduk sekejap di atas sofa.
Tangan kerani itu menari-nari di atas papan kekunci. Mesin cetak di sebelahnya mengeluarkan sehelai kertas.
"Asyraf Levi." Namanya dipanggil. Akhirnya, dia diberikan tag pelajar dan jadual kelas.
"Sekejap ya, dalam sistem dia tulis yang awak guna iPad sendiri, betul?" Levi mengangguk.
"Alright, all the textbooks are available on the school's website. Boleh cari di google ScarlettHigh."
"First day ni tak payah masuk kelas dulu pun tak apa. Sekolah ni bapak besar, jadi awak boleh tengok-tengok dulu sebelum masuk kelas." Levi menahan senyum. Dia punya bapak besar buat Levi rasa nak tergelak.
"Kalau awak sesat, boleh pergi ke website sekolah, kat situ pun ada peta sekali. Kat sebelah ni ada universiti. Jangan nanti tiba-tiba acah jadi student uni pula," pesan kerani itu.
'Ada universiti sekali? That's cool,' bisik hati Levi.
Tetapi baru dia teringat yang dia tak bawa telefon hari ini sekali gus pakej malas nak keluarkan iPad dari beg buatkan kepalanya runsing.
Sekolah ni besar gila. Sikit lagi dia nak sesat tadi apabila dalam perjalanan menuju ke sini. Nasib baik ada mak cik cleaner tolong tunjukkan jalan. Padahal tadi ada perempuan cantik nak tolong.
"Cikgu Afieya, cikgu nak pergi kelas 4D kan nanti?" Aida bersuara lagi.
"Ya, saya ada kelas Addmath dengan 4D. Ada apa?" Seorang cikgu bertudung hitam dengan mengenakan baju kurung ungu mendekati mereka berdua.
"Kelas 4D ada murid baru. Ni dia budaknya. Bolehlah dia ikut cikgu sekali." Tangan Aida diarahkan kepada Levi.
Cikgu Afieya mengangguk setuju. Dia mengajak Levi keluar dari pejabat sekolah dan bergerak ke pejabat guru pula.
"Nama siapa?" tanya Cikgu Afieya sambil berjalan.
"Asyraf Levi, cikgu," ujar Levi lalu mengukir sebuah senyuman.
"Aih, cantik betul mata kamu. Orang mana kamu ni? Tu rambut tu, warna asli ke?" soal Cikgu Afieya bertalu-talu.
"Dari Australia cikgu, rambut dari genetik ayah." Tenang Levi menjawab pertanyaan cikgunya itu.
"Ramai peminat lah kamu nanti kat sekolah baru ni," gurau Cikgu Afieya. Levi hanya menggeleng perlahan. Dia tak pernah terfikir tentang hal itu.
"Awak tunggu sini sekejap ya. Cikgu nak ambil beg dulu," ujar Cikgu Afieya lalu melangkah masuk ke dalam pejabat meninggalkan Levi di depan pintu.
Rambutnya yang sedikit berpeluh, disisirkan ke belakang menggunakan tangannya. Botol air ditangan dibuka penutupnya lalu air diteguk sekali dua.
"Ha kamu! Yang berdiri depan pintu tu! Pergi bilik disiplin sekarang!" ujar seorang guru lelaki yang memakai kemeja hijau pekat. Tangannya memegang satu rotan buluh yang agak panjang.
Levi memerhati sekeliling. Tiada pelajar lain yang berada di situ kecuali dia. Spontan jari telunjuk Levi menunjuk dirinya sendiri dengan keliru.
"Ya, kamulah! Yang rambut coklat coklat tu!" Tegas Cikgu Khairul berkata, langkah kakinya menuju ke arah Levi.
"Apalah budak zaman sekarang, belum tua lagi dah warnakan rambut. Warna pink tak apalah ada juga iras-iras Jimin, ini warna coklat. Tak sabar nak mampus ke apa?" ujar Cikgu Khairul kasar. Hujung rotan buluhnya menyentuh rambut Levi.
"Tapi cikgu... ." Belum sempat Levi menerangkan perkara sebenar Cikgu Khairul memintas percakapannya.
"Ha, menjawab. Inilah lagi satu pelajar sekarang. Kurang ajar, tak ada adab."
Pada masa yang sama, pintu di belakang Levi terbuka lalu Cikgu Afieya keluar bersama beg hitamnya di tangan. Levi diam tidak berkutik.
"Cikgu Khairul, ada apa-apa ke?" soal Cikgu Afieya.
"Saya nak bawa budak tak bertauliah ni masuk dalam bilik disiplin. Ingat ni sekolah bapak dia ke? Siap warna rambut jadi coklat," berang Cikgu Khairul.
"Bukan macam tu." Belum sempat Levi ingin membalas, Cikgu Afieya di sebelah bersuara.
"Rambut Asyraf ni coklat asli cikgu. Dia pelajar baru dari Australia. Tengok mata dia, menawan hati para gadis. Warna biru lagi," ujar Cikgu Afieya teruja.
Serta-merta Cikgu Khairul terkedu. Dia menuduh melulu. Matanya dibawa memandang anak mata Levi. Terkelip-kelip mata Cikgu Khairul kerana tidak percaya.
Terpesona playing in the background.
Terpesona... aku terpesona.
"Jom, Asyraf. Kita masuk kelas."
Levi berjalan di belakang Cikgu Afieya menuju ke kelas 4 Diamond meninggalkan Cikgu Khairul yang terpinga-pinga. Dia mengeluh perlahan selepas memegang rambutnya sendiri.
Pintu kelas 4 Diamond dibuka. Kelas yang mulanya bising kembali senyap apabila Cikgu Afieya masuk ke dalam diikuti Levi di belakang.
"Hari ini kita ada murid baru. Asyraf, sila perkenalkan diri," ujar Cikgu Afieya di depan kelas.
"Weh, mat salleh."
"Handsome gila!"
"Eh, cuba tengok mata dia!"
"Dia pandang aku tu mesti dia suka aku."
Krik, krik.
"Senyap sikit." Cikgu Afieya memberi amaran. Kalau Cikgu Afieya tak suruh senyap pun, satu kelas akan terdiam selepas mendengar ayat berani mati dari pelajar perempuan yang duduk di belakang sekali.
"Nama saya, Asyraf Levi. Berasal dari Queensland, Australia. Selamat berkenalan." Levi tersenyum kekok. Dia memandang rakan sekelasnya satu persatu.
"Nak tanya boleh?" Salah seorang murid perempuan mengangkat tangan. Levi mengangguk tanpa banyak berfikir.
"Kenapa pindah Malaysia?" soalnya.
"Itu sebab... mak kempunan nak makan sate dekat Negeri Sembilan." Levi tersenyum nipis. Hampir semua murid berkerut seribu selepas mendengar jawapan Levi.
"Nanti rehat bolehlah kenal-kenal dengan Asyraf lagi. Asyraf, awak boleh duduk di sebelah Emran." Cikgu Afieya memberi arahan. Sekejap lagi dia ingin memulakan kelasnya.
Levi berjalan menuju ke meja kosong di sebelah seorang lelaki yang memakai cermin mata. Cikgu Afieya di depan pula sudah memulakan pelajaran subjek Addmath.
"Hai!" Pelajar di depan Levi memusingkan badannya untuk memperkenalkan diri.
"Aku, Hashaf Mikael. Panggil Mika," ujarnya sambil tersenyum lebar.
"Be friends?" Mikael mendekatkan penumbuknya di depan Levi.
"Sure." Penumbuk Levi dan penumbuk Mikael berlaga tanda perkenalan pertama mereka. Bro fist.
"Cool."
Mikael kembali memusingkan badannya menghadap Cikgu Afieya. Subjek Addmath di pagi hari sungguh menggoreng otak murid kelas 4 Diamond.
[ bersambung ]
hadap jela brader, ayat tak boleh nak chill
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top