7
Pelik. Aku tak dengar mama membebel. Sebaliknya, dia gembira selepas melihat aku pulang. Katanya, ibu Silly Sally suka tengok anak perempuan sudah berubah. Mula tersenyum, gembira, ketawa. Mama suruh aku teruskan buat apa saja yang aku buat pada Silly Little Sally, supaya senyuman dan gelak tawa riang perempuan itu terus berada dibibirnya. Katanya lagi, ianya membantu keluarga Silly Sally.
Kenapa kau tak bagitahu mereka fasal aku tinggalkan kau di tepi jalan, buat kau menangis sampai kau tak boleh bernafas, sampai mata kau yang penuh dengan harapan dulu, kini sudah dipenuhi dengan kekecewaan.. dan semuanya kerana aku.
Apa yang aku boleh buat? Aku hanya teruskan penipuan kau dan tersenyum lebar.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top