SATU
Kuala Lumpur,15 Jun 20xx-Penjenayah yang dikehendaki ramai mula mengganas lagi apabila terlibat dengan perhimpunan pemberontakan.Ini seiring dengan....
ZASKIA segera menutup televisyen dengan perasaan menyampah.Celik mata sahaja,dia dihidangkan dengan berita yang tidak menyenangkan dan menjengkelkan.
"Hmm,tak habis-habis buat hal.Mr No Face lagilah tu," rungut Zaskia meluat.
Dengar sahaja penjenayah yang dikehendaki ramai,dia sudah tahu siapa mereka.
Tak lain tak bukan,si No Face dengan member-member dialah.Kenapa Mr No Face? Ini kerana,kumpulan penjenayah itu sukar dijejak.
Sudah lima kali kes ini bertukar tangan sehinggalah sampai ke tangan Zaskia.Pada mulanya,dia menolak tetapi mengenangkan komitmennya, dia rela.
Kumpulan ini juga seakan mencabar pihak polis apabila mereka tanpa gentar meninggalkan logo kepunyaan mereka setiap kali mereka selesai membuat jenayah.
Lebih runsinglah polis jawabnya.Masing-masing tak sanggup memberkas mereka.Zaskia dan pasukannya ialah harapan terakhir Encik Zambri.
Zaskia bangun dan terus menapak ke dapur.Jam menunjukkan pukul 12 tengahari.Dia mengambil sekotak susu dan menuang ke dalam gelas lalu diteguk rakus.
Fokusnya terganggu apabila mendengar deringan telefon di ruang tamu.Dia terkocoh-kocoh mencapai gajet itu.
Lihat sahaja nama pemanggil,dia mendengus kasar.Zambri Burung Botak.Ceh,kacau daun orang nak rehat.Gadis itu mengangkat tanpa rela.
"Hmm,nak apa tuan?" tanya Zaskia malas.
"Ada tengok berita tadi?"
"Ada,kenapa ya tuan?"
"Sila datang ke sini secepat mungkin," arah Encik Zambri.
"Alah tuan,hari ni hari cuti saya.Takkanlah cuti pun nak kacau?Dahlah dalam seminggu,sekali je cuti.Tak adillah macam ni," bantah Zaskia.
Siapa je yang suka hari cutinya dikacau?Baru seminggu dia mendapat kes ini,hidupnya sudah huru-hara. Menyesal pula terima!
"Eh,kamu jangan nak banyak songeh.Kamu tak ingat ke janji polis kamu?Kamu berjanji yang kamu akan memberi komitmen walau apa sahaja berlakukan?" bebel Encik Zambri.
Zaskia mengejek tuannya. Masalahnya,si Zambri Burung Botak ni pemalas orangnya.Dia sendiri malas buat kerja dan jarang bagi komitmen.Membebel dekat pekerja nombor satu!
"Eleh,dia tu boleh pula dok goyang kaki," kutuk Zaskia perlahan.
"Apa awak kata Kia?" soal Encik Zambri apabila kata-kata Zaskia kurang jelas di pendengaran.
"Hah,tak ada apa.Ya,baik!Saya datang sekarang!"
"Cepat,saya bagi awak sejam je"
"Baik tuan!"
Talian dimatikan.Zaskia menghempas tubuhnya di sofa.Sumpah,dia tidak puas hati.Sesekali dia menjeling uniform yang disangkut elok.
Sebab uniform itulah dia membujang.Umur dah masuk 26 tahun pun masih single.
Bukan dia tidak cuba mencari.Ada,tapi dia kerap kali direject.Ditolak hanya kerana kerjanya sebagai seorang polis.
Mulia apa kerja polis.Apa alasan lelaki-lelaki di luar sana menolak wanita yang bekerjaya sebagai seorang polis?
Bila Zaskia tanya,mereka menjawab yang mereka takut hubungan terjejas kerana kerjayanya sangat berat.
Sudahnya,Zaskia sudah malas mahu mencari pasangan.Selepas ini,kalau ada lelaki yang boleh menerima baik buruk kerjanya,dia tekad akan mencintai lelaki itu sepenuh hati.
Melihat jam yang sudah menginjak ke angka 12.30,gadis itu segera naik ke atas dan bersiap.
👮👮👮👮👮
"KIA,kenapa lambat?Dah pukul 1.30 wei.Kau tahu tak Si Burung Botak tu dah bising?" sergah Aidid sebaik sahaja ternampak Zaskia masuk.
Di pinggang masing-masing tersemat sepucuk pistol.Mana tahu tiba-tiba Zambri Burung Botak datang sergah,bolehlah ambil pistol itu dan tembak kepalanya sehingga bersepai.
Uish,tinggi angan-angan kau Zaskia.Zambri tu dahlah besar dan tegap.Tapak tangannya pun sudah sebesar wajah Zaskia.
"Kau pula kenapa merayau?Bukan tengah meeting?" soal Zaskia pelik melihat Aidid yang berdiri di sebelahnya.
"Zambri suruh aku pergi rumah kau.Lambat sangat.Jom masuk cepat!Dia dah marah tu"
Tangan Zaskia segera ditarik menuju ke bilik mesyuarat.Zaskia hanya membiarkan perlakuan Aidid.Bukan tidak biasa.
Mereka berjalan beringin tanpa bicara.Aidid segera membuka pintu dan mempelawa Zaskia masuk.
Bingit telinganya saat dia melangkah masuk.Mana taknya,rakan-rakannya sedang bergelak ketawa sambil makan keropok.Mana Zambrinya?
"Eh,mana Si Burung Botak tu?" tegur Zaskia.
"Entahlah wei.Kami pun dah tunggu lama.Aku ni sampai sempat menang pubg," jelas Fattah.
"Dah setengah jam tunggu,tak muncul-muncul," sampuk Nurin.
Qash dan Ailin hanya mengangguk. Mulut mereka masih rancak mengunyah.Pasukan Zaskia terdiri daripada enam orang,termasuk dirinya.Tiga lelaki dan tiga perempuan.
Zaskia mencebik.Babun punya Zambri.Dia yang suruh orang cepat,dia yang lambat.
"Hai guys,sorry late.I pergi minum tadi"
Tiba-tiba,Encik Zambri merempuh masuk bilik mesyuarat itu.Qash dan Ailin terkocoh-kocoh menyorokkan bungkusan keropok itu.
Nurin dan Fattah pula dengan pantas menyimpan telefonnya.Kacau je,dah nak menang kot tadi!
Encik Zambri melangkah ke arah Qash dan menghulur tangannya.Qash yang faham mengalah dan menyerahkan bungkusan itu.
Orang tua itu merampas keropok itu dan makan dengan selamba.Mata Qash sudah bertakung dek perbuatan tuannya.
Aidid mengusap bahu rakannya itu tanda suruh bersabar.
"Okay,baiklah saya akan terangkan kes kali ni sambil makan keropok," kata Encik Zambri.
Zaskia dan yang lain mengunci mulut.Sudah masak dengan perangai lelaki tua itu.Encik Zambri menekan slide di laptopnya. Maka,terpampanglah isi perjumpaan mereka pada petang itu.
"Seperti yang kita sudah maklum,Mr No Face tak guna dengan anak buah dia,telah menyertai satu perhimpunan pemberontakan.Kita dah kerahkan anggota kita untuk meleraikan perhimpunan itu tetapi apa yang mereka jumpa sangat mengejutkan"
"Apa yang diaorang jumpa?" sampuk Zaskia.
"Diam boleh tak?Dengar dulu apa yang saya nak cakap.Bila saya buka soalan,baru boleh tanya," tegas Encik Zambri.
Zaskia simpan geram di hati.Dia tersenyum manis sambil mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah.
"Macam mana mereka tahu si No Face tu terlibat?" celah Fattah.
"Awak semua ni buatkan saya nak beristighfarlah.Saya dah katakan diam kejap.Pekak ke badak awak ni?"
"Pekak badak tuan!" jawab Fattah.
Aidid menyiku tangan Fattah.Lelaki itu mengusap tangannya sambil berbisik,
"Apa kau ni?"
Aidid hanya buat tak endah.Kang makin dilayan,makin menjadi
"Anggota kita dapat tahu mereka terlibat apabila mendapati mereka meninggalkan logo seperti biasa," terang Encik Zambri.
"Jadi,apa tujuan mereka join perhimpunan ni sedangkan mereka buat jenayah berprofil tinggi?" ujar Qash serius.
"Satu je sebabnya.Siapa dapat teka saya bagi kiss satu kali," tawar Encik Zambri.
Uii,kembang tekak oii!
"Maybe sebab mereka nak kelirukan pihak polis," teka Zaskia.
"Keliru macam mana tu Kia?" celah Ailin.
"Kauorang perasan tak?Setiap kali kes ni bertukar tangan,mereka akan buat hal.Sebab itulah mereka join benda ni.Kes ni dah bertukar tangan pada kita," jelas Zaskia yakin.
Fattah menepuk tangan.Baru dia perasan akan kemungkinan itu.Penjelasan yang logik!
"Diaorang juga jadikan perhimpunan ni untuk tarik perhatian kita!Bila kita tengah sibuk siasat kes kecil macam ni,sudah tentu kita akan leka.Bila kita leka,senanglah diaorang nak buat jenayah profil tinggi!Hah gitulah!" kata Aidid semangat.
"Ya,jadi saya minta awak semua tolong berhati-hati.Mereka sedang mengintip team kita," nasihat Encik Zambri.
Mereka menangguk faham.Bahaya ni main intip-intip.Silap hari bulan,bukan nyawa mereka sahaja yang melayang.Nyawa keluarga pun dalam bahaya.
"Okay.Done meeting.Yang lain boleh keluar kecuali Zaskia"
Zaskia sudah naik seram.Lain macam si Burung Botak ni.Rakan-rakannya tidak membantah.Sempat lagi Fattah membisik,
"Kalau dia buat macam-macam,
panggil Aidid.Jangan panggil aku"
Hek eleh!Tak gentlenya.
Setelah mereka keluar,Encik Zambri mula bersuara,
"Saya nak kamu lead kes ni"
"Huh?Why always me? "
Ei,tak puas hatinya!Semua aku!Semua aku!
"Sebab awak je yang nampak bijak di antara semua.Jadi,saya arahkan awak jadi leader okay?"
"Iyalah tuan"
Gadis itu melangkah keluar dengan lemah.Apalah yang bakal menunggunya nanti?
Support me yaaaa❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top