DUA

ZASKIA merenung lelaki di hadapannya.Handsome,tapi sayang,otak lembu.

Lelaki itu tidak mempedulikan pandangan mengancam Zaskia.Dia malahan menyanyi kecil.

"Oi Encik," tegur Zaskia.

Tiada balasan.Zaskia naik geram.Lantas pistol diacukan tepat di kepala lelaki itu.Walaupun jauh menyimpang dari prosedur kerja,tapi Kia peduli apa.

Orang biadap sebegini,perlu diberi pengajaran.Jangan bagi muka.

"Kau nak apa?" tanya jejaka itu selamba.

"Eh,ada suara!Ingatkan bisu tadi," perli Zaskia.

"Tak,sekarang ni kau nak apa.Aku tak salah apa pun"

Kalau tak kerana Zaskia mahu menyiasat tentang Mr No Face,tak adanya dia mahu menghadap lelaki biadap di hadapannya.

"Mentang-mentanglah saya ni perempuan,encik boleh buat sesuka hati ke?"

"Buat apa nak takut dengan perempuan," jawabnya.

Zaskia menarik nafas bagi menenangkan diri.Sabar Kia.Nasiblah lelaki ini ditahan reman sahaja.

"Okay,untuk memendekkan cerita,masa encik join perhimpunan tu,encik ada nampak individu yang mencurigakan tak?" soal Zaskia serius.

Jejaka ini salah satu individu yang menyertai perhimpunan tersebut.Penting bagi mereka untuk menyiasat lebih lanjut.Mana tahu dapat clue.

"Heh,kau ingat aku ada masa ke nak perhatikan sorang satu?"

Ya tuhanku!Bapak annoying!Aidid yang memerhati dari luar,mula masuk apabila diberi isyarat oleh Zaskia.

"Kau settlekan si beruk ni.Stress aku," bisik Zaskia.

Dia berdiri di sudut bilik.Terserah pada Aidid mahu lakukan apa pada lelaki itu.

"Hi encik," tegur Aidid.

Serta-merta tahanan sementara itu tersenyum lebar.Gaya Aidid dipandang atas bawah.Hmm,i like! My taste!

"Hi abang polis"

Mak aii.Terciduk Aidid dibuatnya.Gay ke ni!Aidid buat-buat tak perasan.

"Saya nak tanya,ada nampak tak logo ni masa perhimpunan tu?"

Aidid menghulurkan sekeping kertas kepada lelaki itu.Dia meneliti dengan serius.

"Tak perasanlah abang polis," katanya lembut.

"Hmm,tak apalah"

Aidid mengisyaratkan agar lelaki ini dimasukkan semula ke dalam tahanan.Mereka sudah bertanya kepada semua tahanan tetapi hampa.

"Kejap!" jerit tahanan itu.

Zaskia dan Aidid sudah tersenyum lebar.Harapnya lelaki ini teringat sesuatu!Petunjuk mungkin!

"Iya?"

"Can I have your number Abang Polis Aidid"

Matanya melirik manja menunggu jawapan balas Aidid.Zaskia menghamburkan tawa dalam hati.
Matilah kau Aidid.

"I don't have phone number nor cellphone.I guna public phone je.Hisyam,bawak dia," arah Aidid kepada rakan kerjanya.

Masam mencuka wajah jejaka itu.Hisy,dalam jail pun masih ada hati nak mengorat.Setelah mereka pergi,Zaskia tertawa sakan.

"Wei!Patutlah dengan aku dingin semacam.Gay rupanya!"

Bahu Aidid dipukul berkali-kali.Geli siot melihat wajah miang tahanan tadi.Dia nak abang Aidid juga yang tanya!

"Ah kau!Kalau aku tak tolong tadi,mampus kau.Sampai ke esok tak selesai.Tak payah nak lebih-lebih.Jom blah.Zambri panggil," bebel Aidid.

"Iyalah"

Mereka menghampiri bilik mesyuarat.Kelihatan Encik Zambri dan yang lain menunggu.Lantas mereka berdua mengambil tempat.

Siot!First time Zambri datang awal!

"Jadi,macam mana?Ada perkembangan?" tanya Encik Zambri.

Zaskia dan Aidid hanya diam.Tiada hati mahu menjawab.

"Wei,burung botak tanya tu.Jawablah.Kau diam apahal?" soal Qash kuat tanpa sedar.

Masing-masing melemparkan pandangan tajam ke arah Qash.Jejaka itu sudah menggelabah.

"Siapa burung botak?!" tanya Encik Zambri lantang.

"Eh,tak tahu tuan!Saya teringat cartoon yang saya tengok semalam.Itu yang terlepas tu!"

Encik Zambri sudah berdiri.Alasan!

"Puih.Saya je yang botak dalam bilik ni!Qash,saya denda awak cuci toilet balai selama seminggu bermula esok!"

Tidak!Qash sudah tidak tentu hala!Dari kecil dia asyik mencuci tandas.Takkanlah dah besar pun kena cuci.

"Tak nak tuan!"

"No excuse!Buat atau saya buang awak dari team ni"

Pantang betul orang usik kepalanya yang botak licin itu.Boleh bawak gaduh woo.

"Okaylah tuan.Tapi,saya minta izin bawa seorang kawan cuci sekali," pinta Qash.

"Baiklah saya izinkan.Awak nak bawa siapa?"

"Fattah tuan"

Fattah yang memerhati terkejut apabila namanya dipetik.Kurang ajar!Aku dok diam kot daripada tadi.Apahal aku pula terbabit.

"Baik.Qash dan Fattah akan memulakan tugas cleaner bermula esok.Muktamad"

"Tapi tuan!" celah Fattah tidak berpuas hati.

Dia tak sempat nak backup diri sendiri,dah kena.

"Muktamad.Kamu semua diminta keluar dari bilik ini," arah Encik Zambri.

"Tuan tak nak dengar laporan kami ke?" soal Zaskia.

"Tak nak.Esok je.Tak ada mood"

Zaskia mengangguk.Mereka berenam akur dengan arahan Encik Zambri sementara lelaki itu mengomel sendirian.

"Betul ke aku ni botak?"

Dah tahu,lagi mau tanya.

👮👮👮👮👮

MALAM itu,Zaskia,Nurin dan Ailin duduk bersantai di ruang tamu.Mereka bertiga merupakan housemate.

Mujurlah ada teman.Kalau tak bosan hidup.Tiga orang gadis itu fokus menonton televisyen sebelum Zaskia mencelah.

"Korang berdua tak rasa pelik ke?"

"Apa yang nak dipelikkan?Memang drama ni macam tu jalan ceritanya," kata Ailin.

"Bukanlah!Aku bukan cakap pasal drama kat tv ni.Aku cakap pasal Mr No Face"

"Oh,ingatkan apalah tadi.Pelik kenapa?"

"Macam mana dorang boleh tutup jejak even logo tu dah boleh jadi clue kita.Kenapa payah benar nak tangkap dorang," luah Zaskia.

"Aku rasa,kita bodoh kot Kia," bilang Nurin.

Iyalah.Lembap sangat nak tangkap.Tak lain tak bukan,bodohlah tu.

"Macam mana kau boleh jadi polis eh?Main-main pula"

"Cable bro"

"Kau ni makin...."

Belum sempat Zaskia membalas,mereka dikejutkan dengan bunyi kaca pecah.Serentak tiga gadis sunti itu menjerit dan berpelukan.

"Wei,apa tu?!" jerit Nurin.

"Tak tahu!"

"Pergi check Kia!"

"Eh,kaulah Rin!Kaki aku sakit tak boleh gerak!"

Ah,dan dan kaki sakit.Pagi tadi elok je gerak sana sini di balai.

"Okay!Diam!Jom pergi sama-sama!" celah Ailin.

Dia dengan pantas mencapai garfu di atas meja.Nasib baik Nurin sedang menjamah mee segera.Bolehlah buat senjata pertahanan diri.Garfu pun membunuh jugakan?

Ailin mula berdiri diikuti Zaskia dan Nurin.Mereka berjalan perlahan-lahan sehingga ke dapur.

"Apa ni?!"

Terkejut bukan kepalang mereka apabila melihat keadaan dapur yang berselerak.Pinggan dan gelas kaca habis pecah!Begitu juga tingkap di dapur.

"Siapa buat ni siak!Aku bayar sewa kot!" jerit Ailin.

"Mungkin tuan rumah yang buat.Kitakan dah lewat seminggu bayar sewa," teka Nurin sambil menangis.

Ceh,kata polis.Kaca pecah sikit,dah menangis.Cengeng!

Berdebar jantung Zaskia saat ini.Siapa yang buat?Apa motifnya?Nurin tak henti-henti menangis sejak dari tadi.

"Aku tak nak merempat tepi jalan!" raung Nurin.

"Overthinking gila kau ni," kutuk Ailin.

Dia masih lagi boleh bertenang.Cuak juga tapi disimpan dalam hati.Kena ah tunjuk macho sikitkan.

"Dah,tak adanya kita merempat.Kita kemas cepat.Kaca yang pecah tu kita pasang kain je.Esok lusa baru betulkan," arah Zaskia.

"Kalau pencuri masuk macam mana?" ujar Nurin.

"Kalau masuk pun,dia kacau aku dengan Kia je.Kau tu dia tak kacau sebab tak cantik"

Hah,geram aku!Kau nak menggelabah tak tentu pasal apahal?

"Otak kau.Manusia mana je boleh masuk ikut ruang kecil macam ni?Dah,dah!Kemas cepat," tegas Zaskia.

Mereka bertiga mula mengemas.Perasaan takut dan pelik terpaksa dilupakan.Esok sahaja mereka memaklumkan kepada Aidid,Fattah dan Qash.

Zaskia mencangkung untuk mengutip kaca di bawah sinki.Tiba-tiba ada sesuatu di bawah meja yang menarik perhatiannya.

Dia menghampiri meja dan menundukkan sedikit tubuhnya.Dengan tak semena-mena, wanita itu terduduk.

Ailin yang perasan mula bertanya,

"Kau kenapa Kia?"

Zaskia menuding ke arah bawah meja.Ailin dan Nurin mencuri lihat walaupun takut.Seketika,mereka terdiam.

"Kenapa dorang buat kita macam ni?" soal Nurin.

"Aku tak tahu Rin"

Kelihatan di bawah meja,susunan kaca yang membentuk logo kumpulan itu.Mereka bertiga diam membisu.

Dalam sekelip mata tanpa mereka sedar,kumpulan itu mula bertindak.Tiada percakapan mahupun pergerakan dari gadis-gadis itu.

Ini baru sikit.Macam mana hari mendatang?

sayang_manja78

Siapa nak hero angkat ketiak?!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top