CHAPTER 1
Aras tiga blok pelajar tingkatan 5 dikosongkan serta merta. Pelajar pelajar di Namsa Highschool gempar. Ada kepala manusia ditemukan di dalam loker. Seorang lelaki berkot abu abu labuh, berkaca mata hitam berkilat baru tiba di blok tersebut. Namanya Min Yoongi. Seorang detektif dari balai polis ibu pejabat seoul. Laluan di sepanjang koridor aras itu menjadi sesak dengan kumpulan wartawan dari pelbagai stesyen televisyen dan radio yang berebut rebut ingin membuat liputan tergempar.
Penemuan kepala di sebuah sekolah. Kepala milik seorang pelajar. Bunyinya pon sudah menggerunkan, akan menjadi topik hangat jugak bualan ramai yang berlegar di seluruh negara mungkin jugak dunia.
Dektektif Yoongi diiringin dengan beberapa orang anggota polis menuju ke kelas 5-01. Lensa lensa kamera difokuskan kepada Yoongi. Cahayanya meletup letup. Berasa sangat rimas dan sesak, Yoongi memperlajukan lagi langkahnya.
"Tuan Dektektif? Pelajar pelajar di sini mengatakan kepala yang ditemuai itu adalah milik seorang pelajar perempuan bernama Lalisa Monaban. Adakah itu benar???? Adakah dia dibunuh dengan kejam??" pantas betul para wartawan mengorek informasi. Yoongi mengabaikan saja wartawan yang menahannya.
Kedua dua pintu masuk dan keluar kelas direntangi dengan pita berwarna kuning. Tiba di hadapan kelas, Yoongi menunjukkan kad pengenalannya sebagai detektif yang bertugas menguruskan kes ini. Dua anggota polis yang berkawal di muka pintu memberikan tabik hormat kepada Detektif Yoongi. Detektif Yoongi dibenarkan masuk.
Topeng muka, sarung tangan getah dipakai. Langkah pertama menjejak masuk, deria bau Yoongi disambut dengan bau bangkai bercampur hanyir darah yang sangat kuat. Meja meja di dalam kelas telah dialihkan ke bahagian tepi, memudahkan petugas petugas forensik melalui lorong ke belakang kelas.
Petugas petugas forensik menangkap beberapa keping gambar seketul kepala yang berada di atas lantai. Kepala itu dibelek, diperiksa dengan teliti di semua bahagian.
Yoongi mengusap belakang leher, meremang bulu tengkuknya melihat wajah Lisa yang sudah memburuk kehitaman, sebahagian kulitnya sudah tertanggal menampakkan isi yang kecut, kedua dua biji mata terbeliak luas, mulut ternganga dengan lidah terjelir keluar seperti di saat ajalnya, dia menanggung kesakitan yang teramat atau pembunuh telah menyeksa mangsa sehingga mati.
Yoongi cuma memerhati beberapa saat saja, dia tak sanggup untuk dihantui dengan wajah ngeri itu di dalam tidurnya malam nanti. (belum tentu dia dapat tidur dengan nyenyak malam ni sekiranya kes ini belum selesai) Selebihnya, Yoongi menuju ke loker di mana kepala tersebut ditemui.
"Dah jumpa senjata pembunuhan?"dia menyapa petugas forensik yang sedang membuat pemeriksaan cap jari di pintu pintu loker.
"Belum Tuan,"
"You rasa senjata yang macam mana pembunuh gunakan untuk kerat, pisahkan kepala dari tubuh mangsa,"
"Kalau tengok dari segi potongan yang tidak kemas di hujung leher mangsa, pembunuh seperti struggle untuk kerat kepala dari tubuh mangsa. Mungkin pembunuh gunakan pisau yang tumpul...,"
"Untuk tambahkan kesakitan pada mangsa,"
"Betul Tuan!"
Yoongi memeriksa bahagian dalam loker, sambil membayangkan figure si pembunuh sedang memasukkan kepala di dalam loker tersebut. Di luar loker memang bersih rapi, tiada setitik pon kesan darah yang ditinggalkan. Pembunuh mungkin seorang yang sangat teliti.
"Tuan, kami dah jumpa senjata pembunuhan," petugas forensik yang memeriksa laci laci meja menunjukkan sebilah pisau berlumuran darah kering yang ditemuainya. Yoongi tersengih. Semudah itu! Silap sangkaannya, pembunuh terlalu cuai menyembunyikan senjata pembunuhan di tempat yang mudah dicari. Dari senjata itu, dia akan menemukan suspek yang tidak dapat bersembunyi lagi. Yoongi dapat merasakan kes ini dapat diselesaikan dengan mudah dan malam nanti dia akan tidur dengan lena.
"Minta guru kelas untuk pastikan siapa pemilik meja tu,"
* * * *
Semasa pihak polis sedang menjalankan siasatan, kesemua pelajar berkumpulan di dalam dewan perhimpunan. Guru guru cuba menenangkan pelajar pelajar yang kalut dan ketakutan. Mereka memaksa pihak sekolah memberikan kebebasan untuk pulang ke rumah kerana risau sekiranya pembunuh berlegar di kalangan mereka. Buat sementara waktu, polis tidak membenarkan semua penghuni meninggalkan sekolah ini.
"Semua pelajar bertenang, jangan panik. Disebabkan kes ni sangat serius, pelajar pelajar dilarang sama sekali menyebarkan sebarang media, informasi ataupun berita palsu berkaitan kejadian yang menimpa sekolah kita. Tindakan disiplin akan diambil sekiranya pihak sekolah mengesan sebarang rumors yang memburukkan nama sekolah. Harap semua pelajar bagi kerja sama sepenuhnya,"pengetua mengakhiri ucapannya. Tuan Pengetua sendiri sudah buntu. Banyak malapetaka yang menimpa Namsa Highschool ke belakangan ini. Belum lagi reda kes bunuh diri yang berlaku sebulan yang lalu (Hwang Nami iaitu pelajar form 5, terjun dari bangunan), sekarang timbul pula kes pembunuhan ngeri.
Besar kemungkinan, pejabat pendidikan daerah akan menutup Namsa Highschool buat sementara waktu selama siasatan pihak polis berlangsung.
"Aku nak balik! Mesti pembunuh tu ada di sekitar sekolah ni!"
"Sekolah ni dah kena sumpahan! Mula mula si Nami tu mati bunuh diri, then Lisa yang kena bunuh, lepas ni saper pulak jadi mangsa??? Aku takutlahh,"
"Kau sempat ambik tak gambar kepala Lisa tadi. Nanti pm gambar tu kat aku. Aku nak jual kat wartawan majalah Mastika. Duit masyukk~"
"Bodoh sampai bila nak tahan student dalam ni. Dah la dewan ni panas macam neraka, aircond pon takde. Dah berpeluh pantat aku,"
"Mesti sekolah ni berhantu lepas ni. Takut. Aku nak suruh parent aku pindahkan aku ke sekolah lain la,"
Pelajar pelajar bergosip sesama sendiri. Choi Sebin menyumbatkan ear phone ke dalam telinga. Dia malas mahu mendengar kata kata yang kurang masuk akal dari mereka.
"Sebin-shhi!"
Sebin menoleh ketika dia merasakan belakang bahunya disentuh. Sebelah earphone ditarik keluar.
"Ape dia Jung Kook?"
"Kita balik sama sama eh!"kata Jung Kook.
"Tak nak. Aku boleh balik sendiri,"
"Sebin, sekarang ni sekolah kita dah tak selamat. Pembunuh tu boleh ada di mana mana je. Aku risaukan keselamatan kau faham tak,"
"Kalau kau caring macam ni pada Nami, tentu dia sekarang masih hidup kan,"
Jung Kook terus terdiam bila Sebin membangkitkan perkara tersebut.
"Dia dah lama takde Sebin. Kau tak patut terus salahkan aku,"
"Tak. Kita berdua yang sama sama salah. Kita useless tak dapat selamatkan Nami,"
"Cukup Sebin!"Jung Kook menengking. Sebin terus berpaling ke hadapan semula.
Sekitar pukul 1.00 tengah hari, tiga orang pegawai polis masuk ke dalam dewan. Pengetua menyambut mereka dan saling berjabat tangan. Mereka seperti berbincang sesuatu dengan pengetua. Pengetua naik ke atas pentas dengan muka pucat dan terkejut.
"Pelajar yang bernama Kim Taehyung dari kelas 5-01 tolong keluar sekarang!"arah pengetua. Suasana jadi semakin kecoh. Taehyung terketar ketar bangun dari tempat duduknya. Semua pelajar memerhatikan Taehyung yang sedang dibawa keluar oleh pengawai polis. Guru guru melarang pelajar untuk mengambil gambar.
"KIM TAEHYUNG PEMBUNUH!"
"Aigoo Tae tu kan namchin Lisa, sanggup dia kerat kepala awek sendiri. Psycho gila!."
Pihak polis menahan Kim Taehyung yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Lisa. Keputusan dibuat oleh Dektektif Yoongi yang mengesahkan senjata pembunuhan ditemuai di laci meja Taehyung. Taehyung dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
* * * *
Jisoo masih menggigil di dalam selimut tebal. Rose yang pengsan sejak dua jam tadi bangun dengan meracau racau memanggil nama Lisa. Jennie bersama Cikgu Park Jimin cuba menenangkan Rose. Mereka ditempatkan di dalam bilik kesihatan buat sementara waktu sambil ditemani oleh Park Jimin iaitu cikgu yang bertugas pada waktu itu.
Jimin memberikan segelas air sejuk pada Rose. Rose teguk rakus. Nafasnya tercunggap cunggap.
"Kepala tu....kepala Lisa kan hikss hikss,"Rose teresak esak menangis bila dia ingat kembali apa yang dilihat tadi.
"Sabar babe! Polis belum konfirmkan lagi tu kepala siapa,"
"Macam mana kalau Lisa mati...aku tak nak Lisa mati. LISA TAK MATI KANN!"Rose melalak, hilang kawalan.
"BISINGLAHH! KAU BOLEH DIAM TAK ROSE!"Jisoo menengking Rose. Mereka sama sama tertekan.
"Cuba kamu semua bertenang. Jangan fikir yang bukan bukan. Kita sama sama doa supaya kawan kamu selamat!"
"SELAMAT APANYA KALAU YANG SAYA PEGANG TADI TU MEMANG KEPALA LISA!"
"Jisoo enough!"Jennie suruh Jisoo diam sebab kata kata Jisoo buat Rose tak selesa dan terus menangis.
"Kamu semua lapar? Nak cikgu keluar belikan makanan untuk korang,"pelawa Jimin bila tengok pelajar pelajar nampak tak bermaya. Sesekali dia menghubungi guru guru lain yang bertugas mengawasi pelajar di dewan perhimpunan, meminta apa apa perkembangan. Setiap kawasan sekolah sekarang dijaga oleh ramai anggota polis.
"Cikgu jangan tinggalkan kitorang. Saya takut kalau terjadi sesuatu pada kawan kawan saya,"Jennie rangkul erat lengan Jimin. Jimin menangguk.
Tidak lama kemudian, daun pintu bilik kesihatan dikuak dari luar. Seorang lelaki berkaca mata hitam diteman seorang anggota polis melangkah masuk. Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Dektektif Min Yoongi—yang menyiasat kes ini.
"Ada apa apa yang boleh saya bantu Tuan Detektif?"soal Jimin.
"Mereka bertiga adalah kawan kawan rapat Lalisa Monaban kan?"
"Ye Tuan,"Jimin angguk.
"I need to bring them all to the police station for helping my investigation,"
Jimin pandang muka Rose, Jisoo dan Jennie yang mula cuak. Jennie berlindung di belakang Jimin, menggeleng dengan laju.
"Sekarang ke?"
"Yes!"tegas Yoongi.
"But my students still were in unstable condition. I cant allow them to follow along with you,"bantah Jimin. Yoongi sengih sinis.
"Encik Park Jimin right? Encik boleh dikenakan tindakan undang undang kerana menghalang siasatan polis,"
"Bukan macam tu Tuan,"
"So, give them to me,"
"At least Tuan bagi mereka masa untuk mereka betul betul tenang,"
"Erggghh....ok saya tunggu sampai satu jam. Letter you bawak mereka ke kereta polis kat luar sana. My assistent akan ada dalam ni, kot kot you bawak budak budak ni lari pulak,"Yoongi terus berlalu keluar.
Vote and comment!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top