2002 part 5
Angkasa TV, AxisCom kini milik Datuk Seri Hafiz - Suara Gelanggayu
Syarikat kabel televisyen, Angkasa TV dan syarikat telekomunikasi nombor satu negara, AxisCom kini dimiliki sepenuhnya oleh billionaire, Datuk Seri Hafiz Samsudin.
Dengan memiliki dua syarikat gergasi itu, Datuk Seri Hafiz menubuhkan sebuah konsortium syarikat yang bernama Kencana Corporation, bersama rakan perniagaannya, Tengku Ahmad.
"Diharapkan dengan pembelian dua syarikat ini, kita akan dapat janakan keuntungan berdasarkan strategi yang kita rancang," kata Datuk Seri Hafiz yang merupakan CEO syarikat.
Kencana Corporation juga melabur dalam sektor tenaga bersama Petrogayu di kilang memproses petroleum di Texas, di samping beberapa pelaburan hartanah yang lain.
--
Hafiz
Sejak ada gym peribadi kat rumah aku ni, aku bukan main obses untuk besarkan biceps dan dada aku untuk jadi bidang. Macam Triple H.
Aku lantik seorang gym instructor peribadi aku untuk jaga permakanan aku serta latihan untuk membesarkan otot.
Hari ni aku ajak Ali untuk test peralatan gym peribadi aku. Dia daripada hari tu nak datang, tapi baru hari ni dia free. Sejak dia banyak duit ni, aku nampak dia banyak infakkan duit dia, bina masjid dan bina rumah anak-anak yatim. Lama betul tak jumpa dia, tau-tau dah kaya juga.
"Weh, dah makin tough lengan kau ni, Hafiz. Dah macam Triple H dah ni. Bila kau start work out ni?"
"Kahkahkah, ada-ada je kau ni. Aku baru 3 bulan main besi, takdenya macam Triple H."
Gym ni aku keluar duit dalam RG300,000 untuk beli semua equipment ni. Ada glute, triceps flat, dumbbells dari pelbagai berat, sit up bench, back extended, donkey calf.
"Lain kali kalau kau nak main gym, datang la setiap Sabtu pukul 11 pagi. Gym instructor aku datang training aku."
"Kena bayar ke?" tanya Ali.
"Come on la Ali. Sekali dengan aku la."
Ali tersenyum.
"Aku kalau tak dapat badan macam Triple H, macam Stone Cold pun jadi," kata Ali yang terkial-kial main triceps flat.
"Janji fit bro."
Tengah bergurau-gurau tu, tiba-tiba pembantu rumah aku datang ke gym.
"Tuan, Azmil Zawawi datang."
"Kejap. Kau main la gym dulu, Ali. Tapi jangan sampai terpeleot lengan kau sudah. Aku ada meeting kejap."
--
"Hey, Dila! Amboi kemain vogue kau lagi sekarang ya? Hafiz! Kau pun makin sado sekarang," kata Azmil yang seronok bila nampak kami berdua.
"Kau apa cerita sekarang?" aku hulurkan tangan dan bersalam.
"Ala biasalah, zaman kita dah berlalu sekarang. Rancangan Irama pun nak ambik pengacara baru dah."
"Duduk dulu Azmil, aku ada proposal untuk kau ni," kata aku.
"Proposal?" kata Azmil, terpinga-pinga.
"Kami nak awak jadi pengacara realiti TV," kata Adilah.
"Realiti TV? Kalau macam Fear Factor tu, tak kuasa aku, Dila!"
"Bukan, bukan! Pengacara Institut Bintang. Kitorang buat realiti TV based on rancangan kat Mexico, La Akademia. Ada lebih kurang 10 peserta macam tu, dilatih oleh guru muzik dan guru tari untuk jadi bintang. Tapi awak la jadi pengacaranya. Slot ni kita nak masukkan kat rancangan baru kami di Angkasa TV tahun depan. Awak nak?"
"Serius lah, Dila?"
"Ya. Betul lah. Kan awak selalu mengadu pada saya yang market awak dah sendu la, dah tak banyak nak ambil awak jadi pengacara lagi. Ha, inilah peluang awak untuk menyinar kembali."
"Tapi kita nak lawan Gelanggayuan Idol ke? Tahun depan kan Wijaya TV nak buat benda sama. Boleh ke kita nak bersaing dengan dorang?" tanya Azmil.
"Bab marketing jangan risau, Azmil. Yang penting kau mengacarakan rancangan tu tanpa boring. I know you can do this," kata aku sambil gigit Choki-Choki.
"Baik, kalau Hafiz pun dah percaya pada aku, aku kata okay je lah. Tahun depan ya?" kata Azmil Zawawi.
"Seronoknya dapat tengok awak jadi pengacara TV kembali, Azmil!" Adilah pula excited. Dorang dari rancangan KuizPop dah jadi kawan baik, mestilah seronok.
--
"Tahun depan adalah tahun kebangkitan Wijaya TV, sebab kita ada Gelanggayuan Idol. Rancangan ni punyalah famous kat Amerika, we will replicate the same plan!" kata Mina dalam meeting bersama board of directors di Wijaya TV.
"But how we going to generate profit from this? I'm sorry, but I'm quite old to understand what is reality TV," kata salah seorang ahli lembaga pengarah.
"As you realized, ada banyak rancangan realiti TV nowadays. Kita ada Survivor, ada Fear Factor, The Mole, dan di Amerika sekarang paling popular ialah American Idol. I mean, menjadi selebriti ialah idaman ramai remaja. This is their access for fame. About profit, sure kita akan gunakan advertising as our main source. Ikut apa yang diberi from Nielsen TV ratings, American Idol viewers around 12.6 million on average."
"But Mina, American population pun 280 juta orang. Gelanggayu just have 80 million. Kita kena expect less than 3 million," kata Tengku Ariffin.
"3 million viewers untuk Gelanggayu is not bad lah, daddy."
"I'm just telling you, sebab we need to beat Angkasa TV on ratings," kata Tengku Ariffin.
--
Realiti TV bukanlah benda baru sebenarnya. Rancangan realiti tv pertama ialah rancangan Candid Camera yang dah disiarkan pada tahun 1948, dengan format mendajal orang awam tanpa menyedari telah direkodkan.
Tetapi realiti TV menjadi fenomena sejak rancangan The Real World oleh MTV pada tahun 1992, dan kemudiannya di Britain rancangan memasak realiti TV, Masterchef mula menjadi popular pada tahun 1990an.
Sejak Angkasa TV muncul pada tahun 1996, dan mula mendapat perhatian umum pada tahun-tahun berikutnya, Wijaya TV mengalami persaingan yang sengit dan tidak lagi mendominasi pasaran siaran TV Gelanggayu.
Tengku Aminah sudah mula rasa tidak selesa dalam keadaan ini apabila semakin ramai orang menonton rancangan di Angkasa TV berbanding Wijaya TV.
Wijaya TV hanya mendapat tempat di kawasan luar bandar besar, kerana tidak semua mampu untuk melanggan kabel TV.
Hanya soal harga sahaja yang boleh buat Wijaya TV menang. Angkasa TV perlu bayar RG100 tiap bulan tetapi Wijaya TV percuma. Tapi, Wijaya TV cuma ada 3 saluran, sementara Angkasa TV sekarang dah tambah sampai 80 saluran TV.
Sudah pastilah Angkasa TV mempunyai lebih banyak content yang menarik untuk ditonton walaupun kena bayar.
Sebenarnya Tengku Aminah ada menasihati ayahnya supaya tukar format ke kabel TV, tetapi Tengku Ariffin masih nak kekalkan terrestrial TV sebab 'bukan semua mampu bayar RG100 sebulan untuk TV'.
Dan pada tahun lalu, angka viewership Angkasa TV sudah menghampiri Wijaya TV. Semakin ramai orang melanggan Angkasa TV dan pengiklan sudah mula ke sana.
Tengku Aminah percaya, dengan Gelanggayuan Idol, ia merupakan game changer untuk mengembalikan semula orang ramai untuk menonton Wijaya TV.
Tetapi Datuk Seri Hafiz menggunakan format La Akademia di Mexico, yang menggunakan sistem undian SMS untuk memilih pemenang, sedangkan Gelanggayuan Idol pula menggunakan format juri serta panggilan telefon 600.
--
Hafiz
"Puas kau main besi, Ali?" tanya aku sambil makan Choki-Choki.
"Fuh, tadi masa aku jalan nak keluar gym je pun, aku dah terdengar lagu The Game. Kau memang pasang lagu tu ke kalau kau main gym?" tanya Ali.
"Haah. Baru rasa macam Triple H bila nak bersenam. Kau nak mandi, ada shower kat bilik hujung. Kau mandi la dulu, aku nak discuss dengan kau pasal business."
--
Ali duduk berdepan dengan aku, sambil minum teh petang.
"Makan la sikit goreng pisang ni."
"Aduh, aku baru je main gym, kau suruh makan goreng pisang."
"Makan sekeping dua je la. Takde naik pun," aku hulurkan pinggan yang penuh dengan pisang goreng.
Ali mula mengunyah bila aku capai buku nota aku.
"Ali, kau rasa, harga prepaid yang mana paling mampu milik bagi seorang pekerja kilang?" tanya aku.
"Hmm, kalau RG50 tu aku rasa mahal kot. RG30 okay kot."
"Kalau RG10?"
"Yang tu mungkin untuk pelajar universiti."
"Budak sekolah?"
"RG5 kot. Apasal ni, Fiz?"
"Aku nak bagi kau business, jadi supplier topup. Kau nak?" kata aku.
"Huish, ni kalau budak-budak aku dengar business macam ni, suka dorang."
"Bagus. Sebab tu aku tanya berapa harga topup yang sesuai. Sebab aku tengok si Damian punya plan harga prepaid RG50 dan RG100 ni, dia expect semua pengguna handphone ni business class ke? Budak sekolah pun dah pakai handphone sekarang ni, betul tak?"
"Betul. Mahal sangat harga topup macam tu. Baik aku bayar bil je."
"Sebab tu aku nak buat topup sampai RG5, Ali. Sebab aku nak semua orang hook up kat rancangan realiti TV aku, Institut Bintang. Jadi, kau nanti, recruit seberapa banyak budak kau, aku nak buat business handphone. Lagi satu, kalau buat polyphonic ringtone, kau rasa RG2 satu download, okay tak harga dia?"
"Yang polyphonic tu, okay kot. Tapi kau advertised la kat majalah Utopia. Situ banyak budak-budak beli," kata Ali.
"Aku bagi kau company nak buat polyphonic ringtone, wallpaper Nokia ni kat kau, kau boleh handle? Tapi parent company aku la."
"Serius la?" kata Ali.
"Come on, Ali. Sejak bila aku tak pernah serius tolong kau?" kata aku.
"Okay, deal!" Ali terus bersalam dengan aku.
--
Azlan
Hari ni aku baru ada masa yang terluang untuk bersama anak lelaki aku, Jugra. Dia sekarang dah berusia dua tahun, dan aku menemaninya menonton cerita Bob The Builder.
"Tuan Azlan, encik Ali datang nak jumpa," kata pembantu rumah.
Aku ke pintu rumah dan nampak Ali dengan pakai jersi Arsenal.
"Engkau tengah buat apa, Lan?"
"Teman anak, tengok cerita budak-budak ni ha. Bob The Builder."
"Ada ke kau ajar anak kau tengok cerita macam ni? Lemah. Meh aku didik anak kau," kata Ali sambil bukak kotak VCD Wrestlemania yang ada gambar The Rock dengan Hulk Hogan.
Ali pasang VCD wrestling sambil pangku Jugra. Si Jugra pun jadi seronok tangan dia pun sibuk nak menumbuk-numbuk. Kemudian dia terus grip kepala botak Ali.
"Jugra, jangan buat macam tu kat Uncle Ali," kata aku.
"Biar la. Lagi bagus macam ni, dah besar dia akan jadi tough. Kalau orang ajak gaduh pun dia takde hal."
"Ali, aku tak nak la anak aku jadi kaki buli."
"Bukan kaki buli, tapi melawan kaki buli. Kena la jadi tough. Ni dah besar ni mau badan dia jadi macam Triple H. Tak pun Batista," kata Ali memegang perut Jugra.
"Kau main gym ke sekarang ni, Ali? Nampak berotot sikit dah?"
"Aku dari dulu memang tough, Lan. Kau tu, dulu tough. Sekarang dah kurang dah. Kau kena main gym balik ni, Lan."
"Busy la, Ali. Takde masa."
"Setengah jam sehari je, Lan. Kau nak tau, aku baru balik dari rumah Hafiz ni. Kat rumah dia siap ada gym."
"Kau buat apa pergi rumah Hafiz?"
"Camana ek? Kau tau kan, aku kawan dengan Hafiz?"
"Tau."
"Dia nak aku JV dengan dia business jual ringtone. Polyphonic ringtone tu semua."
Aku tarik muka.
"Rilek la, Lan. Ini la masanya untuk kau dapatkan info pasal dia. Kau perlukan aku jugak," kata Ali.
"Okay je."
"Asal? Kau tak percaya aku ke?"
"Aku percaya dengan kau, Li. Cuma aku rasa cam terkejut pulak tiba-tiba dia ajak JV dengan kau."
"Lan, aku sebenarnya tengah perhatikan Adilah. Jadi, aku perlu rapat dengan Hafiz."
"Kenapa?"
Ali senyum sinis lain macam.
"Kau ingat aku takde dendam ke dengan dia dulu? Mastura cakap, sebab termakan hasutan dia la, dia tinggalkan aku dulu. Sampai sekarang aku berdendam dengan dia."
Aku duduk di sofa, kemudian biarkan Jugra duduk di pangku aku.
"Mina mana?" tanya Ali.
"Ada kat bilik pejabat dia. Tengah buat kerja."
Ali mengangguk.
"Patutlah."
"Patutlah apa?"
"Patutlah kau cari skandal lain."
"Shh! Ali, jangan cakap macam tu depan anak aku," kata aku, sambil tutup telinga Jugra.
"Sorry, Lan."
"Takpe."
Ali pegang bahu aku.
"Siapa budak perempuan yang rapat dengan mak kau tu? Merlina ke?"
"Haah, kenapa?"
"Aku bagi kau data jual polyphonic ringtone tu dekat dia, pandai-pandai la team kau buat."
"Okay, thanks Ali."
Aku tau Ali rasa serba salah dengan aku bila dia nak bekerjasama dengan Hafiz, tapi kalau hubungan tu boleh bawa manfaat kepada aku, apa salahnya?
--
Merlina sedang menghabiskan masa cutinya dengan menonton filem Tamil, Padayappa sambil mengunyah potato chips sour cream and onion. Marina, kakaknya pandang adiknya dan geleng kepala.
"Eh kau ni dari kecik suka tengok cerita karipoley, kenapa?"
"Best apa. Aku memang suka Rajinikandh ni," kata Merlina.
"Kau tak date dengan Kimi ke?"
"Ah, malas la aku. Sejak jadi artis bukan main sibuk memanjang."
"Ye ke? Aku rasa kau yang makin sibuk. Ke kau tengah usha crush terhebat kau?"
"Siapa?" Merlina pandang kakaknya.
"Azlan la."
"Aku bukan jenis macam kau, suka usha suami orang. Fazrul apa cerita?"
"Entahlah, Mer. Bahaya ni kalau aku kacau rumahtangga dia. Tapikan, aku suka tengok mata dia tau. Macam laluk stoned je, macam Julian Casablancas The Strokes tu."
"Julian Casablancas kepala hotak kau! Macam belangkas ada la!" kata Merlina.
"Aku ingat aku nak langgar je lah. Tapi Fazrul tu jenis pemalu la."
"Ala, kau pun, dekat court tu takkan la takde lawyer yang lagi handsome? Dah apasal kau nak kejar sangat Fazrul tu?"
"Susah la kalau hati dah sangkut, Mer."
"Kak, kita ni perempuan. Kita ni jangan jadi gelojoh, nanti makan diri. Slow slow. Kalau akak minat laki orang pun, kena rilek-rilek. Jangan la gelojoh sangat. Nanti cepat kantoi. Dah la, aku nak tengok Padayappa pun tak senang."
Telefon berbunyi.
"Hello? Marina ni. Nak cakap dengan Merlina? Kejap ya?"
Merlina pandang kakaknya.
"Siapa tu?"
"Laki orang yang kau crush la!"
Merlina baling kusyen ke arah kakaknya, kemudian dia capai gagang telefon, sambil tekan butang pause pada remote controlnya.
"Hello? Ya, Alan. Apa? Polyphonic ringtone?"
Merlina garu-garu kepala.
"Ada orang nak jual data ke aku? Oh, Ali. Dia jual polyphonic ringtone ke sekarang? Ha, bagus jugak tu. Boleh la aku tau jenis handphone apa orang pakai zaman ni. Nanti aku hantar orang jumpa dia. Okay, thanks Alan."
Merlina kembali duduk ke sofa dan tekan butang play.
"Gila bijak Ali ni masuk business jual polyphonic ringtone. Aku nak JV la dengan dia."
--
Perniagaan nada dering polifonik kini bernilai RG750 juta - Suara Gelanggayu
Trend semasa anak muda yang mahu memuat turun nada dering polifonik kini sudah semakin popular dewasa kini.
Mereka kini boleh mendapatkan nada dering polifonik tersebut dari majalah-majalah yang kini bercambah di pasaran.
Tetapi yang menariknya, pasaran nada dering ini sudah mencapai RG750 juta dan dijangka akan berkembang lebih pesat pada masa hadapan.
Menurut ketua pegawai eksekutif Axiscom, Datuk Seri Hafiz Samsudin berkata, pasaran ini akan dijangka berkembang memandangkan telefon bimbit tidak lagi eksklusif kepada golongan korporat sahaja, bahkan kini anak muda juga sudah mampu memiliki telefon bimbit.
Datuk Seri Hafiz menambah, Axiscom dengan kerjasama syarikat Nada Riang Sdn Bhd, akan mula bekerjasama dalam penjualan nada dering telefon dengan pelan perancangan yang strategik.
Dalam satu perjanjian MoU antara Axiscom dan Nada Riang, mereka mengunjurkan bahawa kedua-dua syarikat akan mencapai keuntungan RG1 billion menerusi penjualan nada dering serta muat turun yang lain.
--
Nada Riang adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ali. Tetapi data-data tersebut dijual oleh Ali kepada Merlin Media, kerana sebagai pemegang data, Nada Riang mempunyai hak eksklusif terhadap data tersebut.
Hafiz tak perlu tahu, sebab Hafiz hanya memberi fokus kepada penjualan nada dering dan muat turun. Tang data dia tak ambil pusing kerana dia mempercayai Ali tidak mengkhianatinya.
Tapi menjual data kepada Merlina, sama seperti memberi senjata kepada Azlan. Dan itu langsung tidak disedari oleh Hafiz.
BERSAMBUNG DI BAHAGIAN 2
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top