2002 part 4
Azlan
Semua menteri kabinet, ahli parlimen, gabenor-gabenor dan jemputan telah memenuhi Istana Puncak Mestika, yang terletak di Kota Warisan, yang merupakan istana baru yang disiapkan awal tahun ini, sempena acara pertabalan Sultan Norman selaku Sultan Gelanggayu ke-48.
Istana ini jauh lebih besar dari Istana Negara di Wijayapura, dan terletak di atas bukit yang berdepan dengan bangunan parlimen baru.
Hari ini merupakan hari pertabalan Sultan Izzuddin Norman Shah. Seluruh Gelanggayu menyaksikan peristiwa ini, kerana kali terakhir acara ini berlangsung pada tahun 1976, ketika almarhum ayahanda Sultan Norman, Sultan Aminul Rasyid Jalaluddin Shah ditabalkan.
Tuanku Sultan berjalan masuk sambil hulubalang istana membawa iram-iram diraja yang berwarna kuning menuju ke balai rong.
Lagu kebangsaan Gelanggayu dimainkan di ruang istana sebaik sahaja Tuanku Sultan berangkat tiba di takhtanya.
Allah selamatkan Sultan
Dirgahayu negara Gelanggayu
Semoga aman dan makmur
Negaraku yang indah dan mulia
Berkatilah kerajaannya
Luaskan kuasanya
Rakyat bersatu hati bersama Tuanku
Allah selamatkan Sultan Gelanggayu
Selepas lagu kebangsaan dimainkan, lagu nobat dimainkan, sebelum mufti Gelanggayu, Tuan Sahibus Samahah Datuk Dr Roslan Zainal Abidin membacakan doa.
Perdana Menteri, Saiful Abdul Rahman membaca ikrar taat setia kepada Sultan, mengulangi perjanjian Demang Lebar Daun kepada Sang Sapurba.
Aku bersama isteri, Mina dan ayah mertua aku, Tengku Ariffin, berpakaian lengkap dengan protokol raja.
Aku tak berapa fokus sangat upacara ini, tetapi mata aku memerhatikan sekeliling. Sebab aku sekarang dah tahu mana jeneral yang kuning, yang mana jeneral yang biru. Mana hakim yang kuning, mana yang biru. Mana menteri yang kuning, mana menteri yang biru.
Aku percaya pihak kuning pun memerhatikan juga pihak yang biru.
Tapi dalam kuning pun bertelagah sesama sendiri. Wan Radzi bersama Tengku Jimmy. Keluarga Tengku Ariffin pula pro Sultan.
Tuanku Sultan mengangkat sumpah selaku Sultan Gelanggayu, sebelum diletakkan mahkota diraja ke jemalanya.
Semasa semua tetamu terhormat menuju ke tangga untuk keluar dari dewan, aku dan Mina terserempak dengan Hafiz dan Adilah, lengkap dengan pakaian baju Melayu dengan sampin khas Sayap Kuning. Adilah pakai baju kebaya dengan kain selempang berwarna kuning, dengan lencana Sayap Kuning di dadanya.
Kami berempat berdepan dan menghadap sesama sendiri.
Dia merenung mata aku dengan tajam, kali ini aku tak gentar lagi macam dulu.
Dia mulakan langkah, dan sebelum dia langgar bahu aku, aku mengelak ke tepi, sebab tempat ni tempat dia.
"Dia masih marah lagi pada you," bisik Mina pada aku.
"Like I care. You want war, I will bring you war," kata aku.
"Inilah Azlan yang I tunggu-tunggu," kata Mina.
--
Adilah
"Ikutkan hati saya tadi, nak je saya tikam mamat sial tu dengan keris ni," kata Hafiz pada saya.
"Sabar koibito. Saya tahu apa yang saya sedang rancangkan."
Memang benci betul melihat dua orang puaka di istana tadi. Tapi ini majlis istiadat, maka saya dah agak akan terserempak dengan dua orang ni.
"Apa rancangan awak?"
Aku berbisik pada Hafiz.
"Saya ada hubungi Tok Aki baru-baru ini. Nampaknya dia sedang melindungi dirinya bersama Fauzan di Gunung Talakmau, berhampiran Kotopadang."
"Di situ rupanya?"
"Ya. Dia kata dia merancang sesuatu untuk Majapahit dan Gelanggayu. Di Majapahit, Tok Aki merancang akan lakukan serangan ke pusat pelancongan Bali. Untuk Gelanggayu..."
Ada orang lalu, jadi saya berhenti berbisik.
"Takpe, nanti kita bincang di rumah," kata Hafiz.
"Baiklah, koibito."
--
Azlan
"Fuh, letihnya!" kata aku sebaik sahaja tarik handbrake kereta.
"Tu la, I cakap suruh ada driver, you nak jadi marhein la, tak biasa orang lain drive lah. Sekarang, mengeluh keletihan."
"Tengok, Jugra tidur. Meleleh air liur dia."
"Macam you la," kata Mina.
Dalam aku melihat Jugra sedang tidur dalam kereta, aku teringat pada Rachel. Macam mana dia sekarang?
God, I really miss Nat so much right now.
Esok geng Triumvirate ada pertemuan dengan Mejar Jeneral Abu Bakar untuk terangkan apa langkah seterusnya.
Sampai sekarang aku tak faham macam mana dulu menteri ada dua tiga bini tapi masih boleh stay up macam arwah Tun Azmi dulu. Dah ada dua bini pun boleh ada skandal dengan Mastura.
Masa Mina dah tidur, itulah masa aku untuk berbual dengan Natasha, bertanya pasal Rachel, sebab anak aku bukan sahaja Jugra. Aku kena bertanggungjawab juga ke atas Rachel.
Kalau tak kerana Luqman pergi tembak diri sendiri dalam pejabat Perdana Menteri, aku takkan ada rasa bersalah macam ni.
Aku tak rasa bersalah pada Luqman, sebab dulu dia yang nak bersaing dengan aku untuk dapatkan Natasha, tapi bila dia dah dapat, dia tak pandai nak handle.
Aku rasa bersalah pada Natasha dan Rachel, sebab aku buat hidup mereka macam mana hari ni.
"You tak tidur lagi?" kata Mina. Aku baru tersedar yang dia tengah gosok mata.
"Tengah fikir apa kena buat besok," kata aku.
"Apa yang you serabutkan?" tanya Mina.
"Sebab tak lama lagi, rombakan kabinet. Besar kemungkinan, I kena buang."
Aku duduk menyandar. Mina duduk di sebelah aku, membelai rambut aku.
"Saiful dikawal Hafiz dan Jimmy, dan dua orang tu orang Sayap Kuning."
Aku melepaskan nafas yang berat.
"Jangan risau. Move Saiful tu akan kena backlash. Dengan adanya Ali dalam Sayap Kuning, lepas tu Fazrul tengah bina networking dia dalam government, Mer pulak sangat bagus susun propaganda untuk golongan muda, you akan menang dan jadi Ketua Pemuda nanti. Jangan risau."
--
Izham duduk di sebelah kiri aku, membentangkan pada kami tentang beberapa orang pegawai tentera yang berpangkat jeneral dan mejar jeneral yang sudah confirm menjadi Sayap Biru, yang mengikut Pengetua.
Izham membentangkan peta Gelanggayu serta bercerita tentang struktur tentera darat, tentera laut, tentera udara dan tentera ruang maya yang diwujudkan Sultan Norman, di bawah kor perisik diraja. Sebenarnya kor perisik diraja tu, Sayap Kuninglah.
Ada beberapa orang jeneral, mejar jeneral sampai ke kolonel yang pro-biru, tapi majoriti masih pro-kuning.
"Mejar Jeneral?" aku angkat tangan.
"Ya, Alan. Nak tanya apa?"
"Seingat sayalah, Pengetua pernah cakap dulu, kalau tentera terbelah dua kem macam ni, adalah resipi untuk perang saudara," kata aku.
Mejar Jeneral diam seketika, berfikir, sebelum nak jawab soalan aku.
"Kita kalau boleh, kita tak nak perang saudara berlaku di Gelanggayu. Sebab tu kita nak kemarahan terhadap al-Daulah ni datang dari rakyat. Sebab bila tentera pro-kuning mula menembak rakyat, kita dah dapat kemenangan moral. Sebab tu, Izham jadi Menteri Pertahanan, banyak dia bagi peruntukan untuk tentera. Shah pula handle isu kehakiman dan sistem undang-undang. Kau selaku pemimpin muda, gerakkan anak muda untuk melawan. You're the face of the revolution, Alan."
"Tapi kan, Mejar Jeneral, ada ura-ura untuk buang kami bertiga dalam Kabinet," kata Shah dari tepi, bersuara.
"Sebab tu korang bertiga kena pegang ketua bahagian, majlis tertinggi dan akar umbi dalam pemilihan Parti Nasionalis nanti. Dan kau selaku pemimpin sebelah Jujur, kau boleh je cantas Saiful. Sebab tu, kalau kau kena singkir, kau kena fight untuk kerusi Perdana Menteri kau."
Shahrizal mengangguk.
"Cuma sekarang ni, Pengetua cakap, kita semua kena ikut je Sultan sekarang. Sebab kita semua nak lawan Tok Aki dan agendanya."
--
Kolonel Firdaus berdiri di depan tentera Regimen ke-14 yang diketuainya. Regimen 14 adalah salah satu daripada regimen yang dihantar oleh Angkatan Tentera Darat Gelanggayu untuk membantu tentera Temasik dan Amerika Syarikat dalam memerangi pengganas Daulah Islamiyyah Nusantara di Kundur.
Helikopter pengangkut Boeing CH-47 Chinook sudah berkumpul di tarmac landasan kem tentera Changli, untuk berlepas ke Palembang untuk menumbangkan rejim yang menyokong gerakan al-Qaeda dan penyokong-penyokong Tok Aki.
Selain helikopter Chinook, turut serta ialah kereta kebal M1 Abrams milik Amerika Syarikat dan Temasik, dan kereta kebal FV4034 Challenger 2 milik tentera Gelanggayu, beberapa Humvee, serta unit anti armor FGM-148 Javelin untuk menyerang pengganas yang berkubu dalam bangunan dalam perang gerila.
Presiden Bush selaku Commander in Chief sudah meluluskan operasi bersama ini, bersama dengan Perdana Menteri Goh Teck Chuan dan Perdana Menteri Saiful mewakili negara masing-masing. Presiden Majapahit Megawati Sukarjoputri bekerjasama dalam operasi ini.
Megawati masih menyimpan dendam kepada Jeneral Yahya kerana menggulingkan ayahnya dulu, begitu juga Saiful yang pro-kuning, tetapi atas kehendak Bush, maka semua pemimpin-pemimpin mengenepikan perbezaan.
Majapahit pula menggerakkan kereta kebal Leopard 2, FV101 Scorpion, Pandur II, artileri Caesar, dan Howitzer serta helikopter Apache dan menyerang dari selatan.
Operasi ini dipanggil sebagai Operation Srivijaya, untuk membebaskan Palembang daripada cengkaman DIN Kundur dan penyokong Tok Aki.
Kundur atau dikenali juga sebagai Sumatera, merupakan wilayah yang direbut oleh Majapahit dan Gelanggayu sejak sekian lama, dijadikan wilayah merdeka menerusi perjanjian Jeneral Yahya dengan Presiden Sudarto pada tahun 1966.
Jadi Gelanggayu melihat ini adalah sebuah persaingan, walaupun dua negara ini mempunyai matlamat yang sama, iaitu menewaskan DIN Nusantara.
Bantuan kemanusiaan juga diberi kepada penduduk Kundur yang mengalami masalah kebuluran akibat perang yang berlaku sejak 1998 untuk memenangi jiwa rakyat yang terkandas dalam peperangan ini.
Serangan shock and awe dari udara, laut dan darat mula menggempur kubu DIN di Palembang, kemudian dibalas dengan peluru berpandu SCUD ke Temasik, tetapi dipintas dengan Patriot Missile dan dibalas semula dengan Tomahawk missile.
"You can run but you can hide, Tok Aki. In few steps, you will be checkmated," kata Pengetua melihat video pengeboman tentera NEMCA dan Amerika mula mengebom kubunya di Palembang.
--
"Mejar Jeneral, sekadar bertanya, kenapa Pengetua masih nak Azlan ada dalam group ni, walaupun dia sekarang rapat dengan Sultan? Tak ke ini boleh menyebabkan semua rahsia jeneral-jeneral pro republik akan mudah terbongkar?" tanya salah seorang pegawai Mejar Jeneral Abu Bakar.
"Tiga-tiga orang tu pun ada hubungan rapat dengan istana."
"Termasuk Shahrizal?"
"Ya, termasuk Shahrizal. Sebab sekarang ni, orang-orang Sultan pun nak hilangkan pengaruh Wan Radzi dalam istana. Jadi tiga orang ini yang menggerakkannya. Dengan menjatuhkan Saiful dalam pemilihan parti akan datang, kita akan kembali ke arah kestabilan yang macam zaman Azmi dulu. Itulah harapan Pengetua, sebenarnya."
"Tapi antara mereka bertiga tu tuan, Azlan yang paling bahaya. Azlan kahwin dengan puteri raja al-Daulah. Tidakkah ini akan membahayakan kita semua?"
"Azlan tu sejak ubun-ubun dia lembut lagi, Pengetua dah didik dia. He's our Chosen One. Our Ace. Faridah yang susun ini dengan Tengku Ariffin agar dia berada di tempat yang selamat."
"Faridah anak bekas Gabenor Bank Negara?"
"Faridah bimbang satu hari nanti pertelingkahan Pengetua dengan Tengku Norman ini akan jadi perang saudara. Jadi sebab tu begini susunannya, supaya siapapun menang nanti, Azlan akan berada di tempat yang selesa. Kita tak tahu lagi siapa yang menang. Kalau biru menang, kita selamat lah. Kalau kuning menang, habislah kita. Tapi kalau ada Azlan di situ, kita tak diapa-apakan. Senang cerita, Azlan tu insurans kita semua."
"Tapi tak ke ini jadikan Azlan makan dua kolam?"
"Ini bukan Azlan main dua kolam, ini dua-dua kolam yang datang kepada Azlan."
"Kenapa semua orang macam nak kejar Azlan?"
"Yang tu kau kena baca buku Sayyid Muluk."
--
Azlan
Selepas mendapat dana dari Arab Saudi, aku dan Ali melihat sendiri design masjid-masjid yang bakal dibina.
Cuma apa yang membimbangkan aku ialah apabila Arab Saudi bagi duit untuk bina masjid ni, dia mesti nak letakkan imam-imam yang belajar dari universiti-universiti mereka yang ada membawa fahaman Wahhabi.
Duit dana Arab Saudi ni pun disebabkan Sultan Norman ni rapat dengan Putera Mahkota Abdullah.
Masa di Arab Saudi, Putera Mohamad ada cakap dengan aku tentang macam mana nak modenisasikan Arab Saudi. Nampaknya, Putera Mohamad ini melihat aku mempunyai kredibiliti untuk memberikannya nasihat.
Tapi aku tunggu dulu percaturan politik di sana. Kalau ayahnya Putera Salman jadi Raja, aku boleh la masuk jarum halus untuk mengawal pergerakan Wahhabi ni, kalau Putera Mohamad mahu dengar nasihat aku. Buat masa sekarang, Putera Mahkota Abdullah yang sedang mengawal kuasa di sana. Raja Fahd pun sedang gering.
Salah seorang arkitek membentangkan pelan untuk masjid-masjid kepada Ali yang memiliki syarikat kontraktor pembinaan.
"Kalau buang kubah ni, berapa kos kita boleh jimat?" tanya Ali.
Aku jeling kepada Ali.
"Apasal kau nak buang kubah?" aku tanya dia.
"Aku tak nampak ada fungsi apa pun kubah ni. Masjid kalau takde kubah, tak boleh ek?" Ali tanya aku.
"Boleh, encik Ali. Tapi nanti orang tak cam masjid la," kata arkitek tu.
"Kita bukannya hidup zaman orang buta huruf, bro. Pacak je la signboard tulis masjid kat situ. Sekarang, kalau buang kubah masjid, berapa kita boleh jimat?"
"Satu kubah masjid kosnya dalam RG100,000 ke RG200,000, bergantung kepada bahan."
Ali kemudian capai kertas pelan tu.
"Kalau misalkata satu kubah harga RG100,000, kalau 30 buah masjid dah RG3 juta. RG3 juta ni kalau digunakan untuk tolong orang miskin, lebih baik daripada ada masjid kubah mahal tapi orang masih miskin," kata Ali.
Aku pandang Ali, kemudian Ali pandang aku balik.
"Kau setuju tak pendapat aku ni, Lan?" tanya Ali.
"Kau yang kontraktor, Ali. Aku luluskan je kalau kau rasa macam tu."
--
Ali keluar dari bangunan, kemudian dia hisap rokok. Aku pun ikut serta, temankan dia.
"Isu kubah ni pada aku ni, kecik je, Lan. Aku nampak ada banyak lagi pembaziran dalam kerajaan ni yang patutnya kita boleh uruskan dengan baik," kata Ali sambil hembus asap rokok.
"Aku takde isu pasal design tu, Ali. Cuma, kan dah ada duit lebih tu, kenapa kau nak buang kubah tu?" tanya aku.
"Sebab kubah ni bukan rekabentuk orang Melayu, Lan. Ini rekabentuk orang Arab. Lagipun, kalau kubah tu sekadar fungsi dia hiasan je, buat apa aku nak buat? Aku nak fungsi masjid ni digunakan sepenuhnya, bukannya nak buat cantik tapi takde orang datang."
"Apa maksud kau fungsi sepenuhnya?"
"Macam kau cakap, nak buat tempat orang berniaga sebelah masjid. Aku fikir nak buat perpustakaan, tempat orang belajar tuisyen, pusat komputer, taska untuk anak-anak kecil. Daripada aku bina kubah yang takde fungsi, baik aku gunakan duit tu untuk buat semua benda ni."
"Berpandangan jauh jugak kau ni, Ali."
"Aku ni belajar sampai darjah tiga je, Lan. Aku tak nak umat Melayu jadi bodoh macam aku. Kalau zaman aku dulu, Melayu miskin. Ni dah ada duit ni, belajar la betul-betul."
Ali ni selalu rasa dia ni bodoh, padahal dalam ramai-ramai kawan, selain Merlina, dia yang paling pandai.
--
Lori-lori yang membawa pelarian perang dari Sumatera telah tiba di Wijayapura. Menerusi kerjasama Ali dengan Fazrul, mereka mengeluarkan kad-kad pengenalan Gelanggayu serta keahlian Parti Nasionalis untuk memenangkan puak Shahrizal-Izham-Azlan dalam pemilihan nanti.
Selain itu mereka juga disediakan pekerjaan dan tempat kerja, terutamanya dalam sektor pertanian yang kini dikawal oleh Aziz, abang Azlan.
Ali tidak meletakkan semua pelarian ini di satu tempat, tapi di banyak tempat. Dalam masa sama, dengan sistem ekonomi zakat yang dicetuskan ideanya oleh Ali, ramai golongan usahawan membuka perniagaan, dan ramai pekerja diperlukan untuk memenuhi setiap rantaian ekonomi.
Cuma Ali bimbang, kalau persaingan antara Jeneral Yahya dan Sultan Norman semakin sengit, dan jeneral akan ada dua pihak, maka ia adalah resipi untuk perang saudara.
Ali perlu merancang untuk memastikan Ayam Hitam telah bersedia sekiranya berlakunya perang saudara. Dia perlu memastikan agar semua kekayaan yang dibinanya tidak mengalami kerosakan yang teruk.
Ali perlu bermain dua kolam untuk kepentingan bangsa dan negara Gelanggayu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top