2002 part 1

New Year's Day, 2002

Sejak peristiwa rumah Natasha terbakar tu, Datuk Seri Hafiz dan Datin Seri Adilah memberi kebenaran untuk Natasha dan keluarganya untuk tinggal di salah satu rumah yang dimilikinya.

Polis telah menahan dua budak tersebut, dan dipenjara sepuluh tahun kerana kesalahan arsonist, dalam Seksyen 435 Kanun Keseksaan. Dan adiknya yang bawah umur tu masuk ke pusat tahanan juvana selama satu tahun atas kesalahan membakar rumah isteri mantan Perdana Menteri.

Natasha masih lagi sugul tentang peristiwa itu, tapi pasrah sahaja dengan kejadian itu. Walaubagaimanapun, Natasha tetap nak buat balik rumah tu dengan bentuk asal juga, dan kembali tinggal di situ.

Datin Seri Adilah telah mengupah Erik Chong, pakar dekorasi rumah yang popular di rancangan Angkasa TV - Deko Bersama Erik untuk membuat semula rumah Natasha.

Cuma yang sayangnya, gambar-gambar kenangan arwah Datuk Abdullah yang turut terbakar sekali, yang membuatkan Natasha rasa sedih. Tapi dia lega, ibunya, Mrs Birgitt, Mak Cang, dan anaknya Rachel semuanya selamat.

Hari ini hari ulangtahun kelahiran Alif dan Mili, anak kembar Datuk Seri Hafiz dan Datin Seri Adilah. Yang lebih meriah, Sultan Norman juga datang sebagai tetamu khas bersama Raja Permaisuri Tuanku Wan Amisha, turut hadir memeriahkan hari lahir mereka berdua.

Natasha duduk di tepi, bersama anaknya, Rachel, melihat kemeriahan keluarga Datuk Seri Hafiz.

Sejak kematian Luqman, Natasha hanya mengenangnya sebagai seorang suami tapi tak ada function dalam hidupnya. Tetapi dalam masa sama, dia masih memikirkan tentang rasa bersalahnya dirinya apabila Luqman mengakhiri hidupnya dengan cara macam tu.

"Nat?"
"Saiful? Bukan sekarang ni, jadi Perdana Menteri, sibuk ke? Ada war on terrorism lagi. Krisis dot com bust lagi."
"Apa salahnya tengok anak buah. You sihat?"
"Okay je."
"Rumah terbakar hari tu, dah claim insurans?"
"Dah, duit tu buat renovation balik. Cuma sayanglah, banyak gambar arwah daddy terbakar."

Saiful duduk di sebelah.

"Ini gambar wedding Nat dan Luq atas meja Perdana Menteri masa Luq dulu. Simpanlah."
"Thanks, Epul."
"Welcome."
"Tak berhantu ke office PM tu?" tanya Natasha.
"Terlalu sibuk sampai hantu pun tak sempat nak kacau."

Natasha ketawa.

"Nat, thanks tau sebab in 2 years, Nat banyak tolong Luq susun semua dokumen. Sistem Nat buat tu, I pakai sampai sekarang."
"Dah la tu, Epul. Asyik sembang pasal kerja je. Tengah birthday Alif and Mili ni. Tu dorang tengah nak potong kek."

--

"Amboi Ali, bukan main sweet lagi, sampai suap-suapkan isteri lagi," tegur Adilah tengok Ali berkongsi kek dengan Hidayah.

"Tu la tu," tegur Hafiz dari tepi.
"Awak suap saya sekali je tau. Tu pun masa kahwin!" kata Adilah pada Hafiz, sambil cubit lengan suaminya.
"Apa pulak, masa awak kat hospital lahirkan Alif dan Mili tu, saya suap tau."

Adilah jelirkan lidah pada Hafiz.

"Ali, boleh Dila tanya pasal kebakaran rumah Nat tu tak?" kata Adilah, siap dengan pen dan kertas.

"Dayah darling, saya cakap dengan Adilah kejap ya?"
"Baik abang sayang."
"Amboi sweetnya. Ali, Ali tahu tak mereka yang bakar rumah Nat tu, siapa yang bayar upah buat macam tu?" kata Adilah.
"Tau, tapi aku tak boleh nak buat apa. Keluarga al-Daulah beb."
"Nak tahu siapa nama dia?"

Ali dah tarik muka. Dia malas nak naik sampai ke Sayap Kuning. Sultan pun ada dalam rumah ni.

"Tengku Aminah kan?" kata Adilah.

--

Azlan

Setiap bulan, aku akan ada pertemuan bersama dengan setiap ketua-ketua flat, ketua-ketua Jawatankuasa Rukun Tetangga dan semua wakil ketua agama dan kaum di sekitar Parlimen Puncak Jaya.

Aku juga cuba melawat kawasan aku setiap dua minggu, datang majlis cukur jambul atau kenduri kahwin, serta cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Dan orang-orang yang bekerja untuk aku ialah orang-orang Ali, yang menggerakkan jentera perkhidmatan aku, diketuai oleh Kecik.

Hari ini ada mesyuarat bersama-sama ahli Rukun Tetangga Taman Kantan Indah serta beberapa kawasan lain.

"Macam ni, YB. Jalan kat selekoh depan sekolah tu, selalu berlaku accident. Pulak tu depan sekolah agama pulak. Jadi kita nak mintak peruntukan sikit pada YB, nak buat garis lintas jalan kat depan sekolah tu."
"Ada quotationnya?" tanya aku.
"Ada, YB."

Eh gila betul dia ni. Garisan lintas tu pun dia mintak RG100,000.

"Bukan apa la, Encik Tarmizi. Kos macam ni, terlalu tinggi untuk hanya garisan lintas jalan."

Ali membelek quotation tersebut.

"Eh, kau nak cekau duit rakyat ke, Tarmizi? Agak-agak la mark up tu kot ya pun. Ni melampau sangat ni."

Tergaru-garu kepala Encik Tarmizi. Segan dia bila Ali tegur dia macam tu depan ketua Rukun Tetangga lain.

"Traffic light kat depan sekolah Bukit Angsana tu pun baru RG10,000. Jangan la buat naya pada rakyat. Rakyat dah jadikan awak wakil untuk ahli jawatankuasa Rukun Tetangga. Awak nak main duit tepi pulak," kata aku.

Encik Tarmizi tu pun tergaru-garu kepala, dah kantoi cuba songlap duit.

"Berapa boleh bagi dia ni, Ali?" tanya aku.
"Berapa encik Tarmimi nak pakai duit ni?" tanya Ali.
"Dalam RG30k boleh la."
"Ish, kita boleh bagi RG10k untuk projek ni. Siap traffic light. Kalau encik Tarmizi nak bantuan kewangan pasal syarikat, tolong jangan campur aduk hal private dengan public. Ali boleh bagi bantuan kewangan. Tapi jangan buat macam ni," kata aku.
"Baik, YB. Saya minta maaf."
"Bukan apa Encik Tarmizi, ni dah dikira salahguna kuasa. Kalau akar umbi macam Encik Tarmizi pun buat macam ni, masalah ni akan menular sampai ke atas. Saya tak nak macam ni, rosak negara nanti. Ini amanah orang ramai."
"Faham, YB."

Aku mendengar bermacam-macam permintaan dari rakyat. Ada yang nak mintak turap jalan, ada yang nak mintak medan selera, ada juga yang mengadu sejak pembesaran jalan di Bukit Kantan tu mengakibatkan lori-lori pasir selalu masuk kawasan taman dan jalan rosak.

ADUN kawasan Bukit Kantan, yang dulunya pengikut Uncle Daniel, Sofian mencatat apa yang diarahkan oleh aku.

Sementara Ali mengira kos-kos semua permintaan itu, Merlina pula buat kerja dia apabila melawat kawasan, dia buat survey tentang apa keperluan utama rakyat di parlimen Puncak Jaya.

Ada yang nak taska, ada yang nak taman permainan kanak-kanak yang lebih selamat, ada yang bimbang tentang jenayah di sekitar kawasan ini.

Tiga hari sebelum itu, Merlina mengarahkan pekerjanya untuk bertanyakan restoran makanan segera yang paling popular. Rata-rata mahu KFC dari kelompok golongan 30 tahun ke atas, tapi para remaja lebih gemarkan McDonald's.

Merlina mengumpul data-data tersebut, sebelum data-data tersebut dijual kepada headquarters KFC dan McDonald's dengan bayaran yang cukup lumayan.

Senyap-senyap, Merlina ni guna duit dia beli syer McDonald's Gelanggayu dan beli francais untuk buka restoran makanan segera.

Ali dan Merlina ni dah macam orang kanan aku kalau kerja-kerja melibatkan rakyat ni. Kalau kat office, Fazrul lah yang susun semua ni, sebab dia kenal dengan ramai pegawai kerajaan, terutamanya level Gred 50 ke atas.

Sebab tu nak jadi ahli parlimen ni banyak pakai duit. Dan kena pandai mintak peruntukan. Walaupun dengan Saiful ni aku susah sikit dia nak bagi duit, mujur aku ni berkahwin dengan keluarga al-Daulah, guna nama keluarga ni je, nak mintak bantuan senang sikit.

Terutamanya bila Tengku Norman dah nak ditabalkan jadi sultan tak lama lagi.

Kalau tiga orang ni tak ada, alamatnya payahlah aku nak buat kerja. Dorang ni punya kerja memang tip-top.

--

Selepas perjumpaan tersebut, aku bersama Ali dan Merlina duduk bertiga di restoran Kassim Maju sambil mengeteh bersama rakyat. Setakat belanja rakyat makan ni, kos aku dalam RG300 maksimum. Dan bajet ni pun disediakan oleh Ali, yang dapat banyak kontrak yang aku bagi pada syarikat-syarikatnya.

"Hari ni birthday Jessica, kan?" tanya Ali.
"Ye ke? Macam mana kau boleh tau ni?" tanya aku yang sepupu dia sendiri pun tak ingat.
"Aduh kau ni, sepupu kau sendiri tu pun aku tau. Aku tanya Uncle Daniel bapak dia la."
"Nak bagi hadiah apa?" tanya aku.

Merlina terus dial telefon. Dia cakap produser record label Positive Tone, Paul Moss nak jumpa dia kat office dia.

"Kau suruh Jessie siap. Aku nak jumpa Paul Moss ni," kata Merlina.
"Nak buat apa?"
"Nak jadikan anak kau star la. Dia tu dah lama dengan band Polka Dot dia tu. Aku boleh ketengahkan bakat dia," kata Merlina.
"Kira ni hadiah birthday dia la," kata Ali.
"Orait jugak ni."

--

"Abang Alan, kita nak pergi mana ni?" kata Jessica.
"Kak Mer ada surprise untuk Jessie," kata Merlina.
"Ala, tak bestlah surprise. Beritahulah Jessie!"
"Ni hadiah sempena Jessie dah 18 tahun," kata aku.

Aku dan Merlina tiba di pejabat Merlin Media, untuk mengambil hadiah Jessica sempena berusia 18 tahun.

Yang menunggu di pejabat ialah Paul Moss, executive produser syarikat rakaman Positive Tone yang sedang mencari talent baru untuk dibuat album.

"Jessie, he's Paul Moss, executive producer for Positive Tone. Hari tu, Kak Mer hantar demo Polka Dots kat dia. Jadi dia cakap la, band ni ada lagi ke tak. Abang Alan cakap dah disband, tapi naikkan Jessie jadi artis solo. Jessie cakap nak jadi macam Michelle Branch kan?"

"What? Kak Mer, you're not joking kan?"
"Show him what you got!"

"I tak bawak my guitar la, Uncle Alan!" kata Jessie.

Aku dah prepare, letak keyboard aku kat office si Mer ni.

"Kalau abang main keyboard, Jessie nyanyi, okay tak?"
"Lagu apa?"

Aku terus buka keyboard aku, kemudian aku bermain key lagu Vanessa Carlton, A Thousand Miles yang popular di radio sekarang ni.

Aku boleh main pejam mata sebab aku dengar lagu ni banyak kali sampai aku dah boleh hafal.

Making my way downtown
Walking fast, faces pass and I'm homebound
Staring blankly ahead
Just making my way
Making a way through the crowd

And I need you
And I miss you
And now I wonder

If I could fall into the sky
Do you think time would pass me by?
Cause you know I'd walk a thousand miles
If I could just see you tonight

"Wow! Jessie! You got what we wanted, and Alan, we will make your cousin to be a star," Paul bersalaman dengan aku.

Jessica pandang aku dengan senyuman yang gembira.

"Lepas ni, dah famous, jangan lupa kitorang pulak," kata Merlina bila Jessica peluknya.

--

Habis jumpa dengan Paul Moss, Ali ajak aku jumpa dia di restoran tomyamnya.

Aku datang ke kedainya, kelihatan Ali sedang menonton wrestling, dengan Stone Cold Steve Austin sedang bertarung dengan Kurt Angle.

"Ali, ada apa?" tanya aku.
"Gini, hari tu masa birthday anak Hafiz, Adilah ada tanya pasal rumah terbakar Natasha tu," kata Ali.
"Then?"
"Alan, aku nak tanya kau direct la. Mina tau tak perangai kau suka membakar ni?"
"Ada kena mengena apa dengan Mina?"

Kelihatan Ali dengan wajah serba salah.

"Adilah ni memang nak kenakan kau. Tak dia nak kenakan kau, dia nak kenakan Mina. Aku harap kau berhati-hati sikit."
"Dia dari dulu nak exposekan aku pasal kebakaran stadium tu."
"Kecik cakap, masa kejadian kebakaran tu, ada kereta yang macam kau beli petrol dengan banyak masa tu. Aku tahu tu kau, Alan. Kau kan yang bakar stadium tu?"

Aku terdiam dan jadi PTSD mengenangkan peristiwa tu.

"Kau jangan risau, Lan. Aku dah kata pada ultras Puncak Jaya FC tu, yang kejadian tu dibuat oleh budak-budak Diamond Hijau. Aku dah lencongkan cerita tu. Tapi aku tau, kau dari kecik lagi ada perangai membakar ni. Dulu Pengetua pernah tanya aku pasal kau bakar rumah cikgu sekolah kau, aku tak pecah lubang pasal kau walaupun aku tau tu kerja kau, Lan."

Aku hanya tunduk dan lidah aku terkelu, tak boleh kata apa.

"Kau tau, dulu kau bakar kereta jiran kau tu, kau tau, kereta tu kereta bapak tiri Firdaus?"
"Aku tau."
"Dulu, Firdaus ada cakap dengan aku, yang dia tahu kau bakar kereta bapak tiri dia. Sebab kau, bapak dia tuduh Firdaus yang bakar kereta tu, dan halau dari rumah. Lepas tu Firdaus mengemis, sebelum kita yang selamatkan dia. Kau ingat tak?"
"Ingat, Ali."
"Firdaus cakap, dia maafkan kau, sebab dia hormat kau dan aku. Aku harap satu hari nanti bila kau dapat jumpa dia, kau minta maaf dengan dia. Walaupun dia dah maafkan kau, jangan kau buat diam pulak."
"Jap, kau nak tuduh aku bakar rumah Nat ke?"
"Bukan kau."
"Habis tu?"

Ali capai cawan teh o, kemudian dia hirup.

"Berapa kali sebenarnya kau buat kerja bakar harta orang ni, Alan? Jujur dengan aku."
"Tiga kali. Rumah cikgu aku, kereta bapak tiri Firdaus, dengan stadium."
"Masa kau bakar rumah cikgu kau dulu, kau ada bawak Mina tak?"

Aku terkedu. Mata Ali memandang tepat ke arah aku, tak berkelip.

"Mak aku ada dalam rumah Nat tu, Alan."
"Tak, sekarang ni kau nak tuduh Mina bakar rumah Nat ke?"
"Aku takde bukti, Lan. Tapi aku tau motif dia kalau dia buat tu, dan datang dari mana perangai suka membakar ni. Sebab dulu masa dia sekolah kat RPM dulu, dia ada kes bakar stor sekolah. Sorang budak hampir mati rentung sebab tu."

Aku telan air liur untuk cuba memahami apa yang berlaku.

"Kau nak kata, Mina bakar rumah Nat sebab dia cemburu dengan Nat?"
"Dia upah budak. Budak tu kat Penjara Sungai Tebu. Aku dah suruh budak aku kat penjara jaga budak tu elok-elok. Senang cerita, Mina ada perangai membakar harta orang, sebab kau pun sama, Lan."

Aku rasa Mina dah tau tentang aku dan Natasha di Mauritius dulu.

"Lan, jangan risau. Kau tu, dah macam adik beradik aku. Aku takkan marah kau pasal apa yang berlaku pada mak aku. Dan aku tak marah Mina pun. Cuma aku harap kau kawal sikit bini kau. Walaupun dia tu ahli keluarga al-Daulah, tapi bila dalam keluarga ni, kau tu pemimpin dia. Dia kena dengar cakap kau."

Ali menepuk bahu aku.

"Ni yang aku malas nak layan si Mina ni..."
"Lan, Mina tu isteri kau. Perangai dia, kau kena kawal. Tu tugas suami. Takpelah, aku dah hantar budak aku kontraktor untuk buat balik rumah Nat tu. Lagi satu, kau dah ada anak, Lan. Jangan layan bini kau macam ni. Tapi kalau kau serius dengan Nat, kau ajak dia kahwin. Kau ada tiga tempat kosong lagi. Boleh je di sisi Islam...."
"Mina takkan nak punya...."
"Dah kalau kau tak dapat izin Mina, berhentilah dari kau dengan Natasha ni. Aku harap kau sedar, sebelum perkara ni merebak dan menyusahkan orang lain."
"Aku minta maaf pasal mak kau, Ali."
"Sekarang ni mak aku rehat je kat rumah aku. Dia dah sihat pun. Kau tu bakal pemimpin, Alan. Aku harap kau boleh memimpin kami semua dengan baik."

Aku jadi segan bila Ali cakap macam ni. Tiba-tiba flashback masa aku kecik dulu, masa aku bakar rumah Cikgu Mustakim, aku 'rembat' kereta Tengku Ariffin.

Mina jadi saksi yang aku bakar rumah dia, jadi dia pun ikut perangai aku.

Sakit rasanya bila dosa zaman sekolah datang kembali membelenggu diri. Entah mana sekarang Cikgu Mustakim tu. Agaknya dah mati diuruskan oleh orang-orang Pengetua.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top