2001 part 9
Menerusi gambar satelit, berderet lori SCUD yang sudahpun lengkap dengan peluru berpandu di sekitar pantai Teluk Bayur, Kundur, untuk dilancarkan ke Temasik.
Gambar tersebut dihantar ke kem tentera Amerika di Changli, dan nampaknya tentera mengeluarkan amaran DEFCON 3.
Semua intercept missile dari sistem Terminal High Altitude Area Defense
(THAAD) sudah bersedia di seluruh Temasik.
Pengetua terus menghantar pesanan pada Ken dan Claudia untuk tekan butang alarm bersedia untuk rakyat berkerah ke pusat pendaftaran tentera di stesen MRT terdekat.
--
Sebaik sahaja Ken menekan butang alarm tersebut, seluruh Temasik bergema.
"Attention, in 15 minutes, please go to the nearest MRT station for military assistant."
Amaran tersebut secara automatik diterima penduduk bandaraya tersebut melalui SMS, televisyen, radio.
Yang tua dan golongan kanak-kanak akan berlindung di tempat perlindungan, sementara rakyat biasa akan ditugaskan menjadi tentera, anggota keselamatan, dan jurumedik. Semua ini dilatih dalam National Service.
Jeneral Yahya kagum dengan disiplin rakyat mereka terutamanya di bandaraya Temasik.
"Highly organised," kata Jeneral Yahya.
"Sir, I don't think this thing will happen in the States," kata Lt. Col. Andrew James.
Semua warga terus sahaja mengambil uniform tentera dan senjata serta bekalan ration masing-masing. Bersiap sedia di tempat yang diarahkan.
Beberapa buah peluru berpandu SCUD sudah mula memasuki ruang udara Temasik. Ada beberapa buah peluru berpandu jatuh di perumahan flat, atau di bangunan.
Ada yang berjaya dipintas THAAD.
Sementara itu, jet pejuang F-15 Eagle mula berlepas dari Changli, dan mula terbang menuju ke punca peluru berpandu SCUD, yang dikesan di Teluk Bayur.
Melintasi sempadan Kundur-Temasik, beberapa penembak Stinger melepaskan RPG ke atas, tetapi pemandu jet pesawat tersebut mengelak.
Helikopter AH-64 Apache menembak kawasan kubu pertahanan DIN Kundur, tetapi penembak Stinger menembak ekor helikopter, menyebabkan helikopter tersebut jatuh.
Jet pejuang tersebut mengebom lori-lori SCUD yang menyerang Temasik, tetapi ada 150 semuanya. Pemandu jet tersebut memberi signal kepada USS Nimitz untuk menggunakan bom kluster dari Tomahawk BGM-109D.
Tok Aki dan Fauzan terus kemas barangnya, dan bersiap ke kubunya. Kerana selepas ini, tentera Amerika Syarikat akan mula mendarat di pantai barat Pentas Sunda ini, dan bermulalah War on Terrorism di sebelah sini.
--
Kehancuran bandaraya Temasik akibat serangan SCUD agak terkawal apabila teknologi THAAD berjaya menyekat beberapa buah peluru berpandu SCUD.
Perdana Menteri, Goh Teck Chuan berikrar tidak akan menyerah kalah dengan tuntutan pengganas Daulah Islammiyah Nusantara.
Polis dan pasukan perisikan dari semua negara-negara NEMCA telah bersatu untuk menjejaki beberapa aktiviti pengganas dan pihak tentera mula merancang untuk menyerang kembali kubu kuat mereka di Palembang.
Pun begitu, banyak syarikat multinasional yang selama ini berpusat di Temasik, bercadang mahu berpindah ibu pejabatnya ke tempat lain.
Antaranya Krung Thep, Wijayapura dan paling popular ialah di Teknojaya, kerana masih baru dan mempunyai infrastruktur yang berciri ultra-moden, serta bebas cukai bagi syarikat berteknologi tinggi.
--
Majlis perkahwinan Aziz dan isterinya, Asmah berlangsung meriah di hotel.
Ali datang memaut bahu Azlan, dan ketawa.
"Akhirnya abang kau kahwin juga, Lan. Aku ingat dia nak kena mandi bunga dah."
"Silap aku gak ni, Li. Aku kahwin awal, lepas tu lambat bagi pelangkah. Tu yang dia lambat kahwin tu."
"Eh, tu Nat tu. Kau jemput dia ke?" tanya Ali.
"Errr..."
"Bini kau tau ni, mampos kau karang. Mina tu dah la kaki cemburu semacam."
Dari jauh, Mina memerhatikan Natasha, sambil tersenyum. Dendamnya terhadap Natasha membara sejak dia dapat tahu tentang apa yang berlaku di Mauritius.
Sebenarnya Mina yang menjemput Natasha, dan menggunakan cop Azlan ketika menghantar kad jemputan itu. Ini kerana Mina memang nak memastikan Natasha berada di luar rumah ketika dia sedang merancang sesuatu.
Sebaik sahaja nampak Natasha, Mina sengaja berjalan ke arah Azlan yang sedang berbual dengan Ali.
"Alan, nanti la borak dengan Ali. Kan ada ramai tetamu lain ni," kata Mina menyapa dengan lembut.
"Haha, aik, king kena control ni," kata Ali berseloroh.
"Kau tu dengan Dayah pun baby darling, ada hati nak bahan aku. Nanti la kita lepak," kata Azlan.
Mina sengaja memegang tangan Azlan, yang kemudiannya dia bawa berdepan dengan Natasha.
"Hai, Natasha?" tegur Mina.
Muka Natasha jadi pucat biru melihat Mina yang memegang tangan Azlan. Azlan cuba nak tenangkan diri, tetapi dia sendiri nampak yang dia jadi punca ketegangan di situ.
"Oh, hi Mina," kata Natasha yang juga mahu bermain mindgames, dengan sengaja keluarkan perfume Shooting Star Angel by Thierry Mugler.
Natasha tahu Mina pernah tanya tentang perfume ini ketika meeting di rumah Pengetua satu ketika, jadi dalam banyak-banyak baju Azlan sudah pasti ada bau perfume ini.
"Takziah atas kematian suami you, Nat," kata Mina, yang cuba bermain sentimen. Natasha menjeling ke arah Mina, dan kemudian memandang kepada Azlan.
"Tahniah dengan kelahiran baby you yang pertama," kata Natasha pula.
"You pun," kata Mina.
Azlan faham yang Mina dan Natasha sedang berperang psikologi, memilih untuk undurkan diri, tetapi Mina pegang kuat tangan Azlan.
"Stay here, Alan."
"I nak jumpa Abang Iz."
"No, Alan. When your wife say stay, you stay. Lagipun, takkan tak nak pandang lagi muka ex-girlfriend you ni?"
"Mina...."
"You know what, Mina, I rasa I salah datang majlis lah. I got to go," kata Natasha yang capai beg tangannya dan meninggalkan majlis.
Mina tersenyum puas kerana dapat sakitkan hati Natasha, dan tunjukkan pada Azlan kemarahannya.
"Kenapa you buat Nat macam tu?"
"Kenapa you dengan Nat buat I macam ni?" tanya Mina sebelum dia melepaskan tangan Azlan.
"What do you mean?"
"Alan, ingat, you dah jadi ayah orang. Nat tu walaupun dah jadi janda, bukan I tak tau niat dia. Ingat, syarikat ayah dia tu sekarang dimiliki oleh Damian, dan Damian tu beli syarikat Hafiz. If you stay focus on this political move, you akan nampak Natasha ni berpihak kepada siapa."
"Mina, I sedar yang you ni wife I. And arwah Luqman pun PM, and I happened to be his cabinet minister."
"Open your eyes, Alan. They're playing you. Termasuk Natasha sekali, faham?"
--
Marina dan Merlina sedang makan bersama-sama dengan Faridah di meja yang lagi satu.
"Kau pandang apa tu, Marina?" tanya Merlina.
"Takde apa..."
"Kau pandang Fazrul kan?"
"Hish!" kata Marina, cuba menafikan.
"Mer, Fazrul tu kan dah kahwin," kata Faridah.
"Tau. Sekali pandang dah tau dia dah kahwin. Tapi, mengorat laki orang ni lagi best daripada mengorat bujang," kata Merlina sambil hirup air oren.
"Kau tu lagi la, dari dulu asyik kejar Azlan," kata Marina.
"Akak kalau suka kat Fazrul, buat la move."
Faridah geleng kepala melihat dua adik beradik ni bila bercakap pasal suami orang. Lepas tu Faridah nampak Natasha seperti dalam keadaan marah, dan kemudian nampak Mina senyum mengalahkan watak jahat cerita sinetron Majapahit.
"Entah apa lagi la dua ekor ni," Faridah garu-garu kepala.
--
Natasha tiba di rumahnya, dan dia bau pelik.
Dia buka pintu, dia nampak Mak Cang dan Rach terbaring di lantai.
"Mak Cang! Mak Cang!"
Dia bau gas dapur.
Lekas-lekas dengan sepenuh kudratnya dia tarik Mak Cang dan anaknya keluar dari rumah. Dia langkah keluar sahaja, dia nampak ada orang berlari di belakang rumahnya dan baling molotov cocktail. Rumahnya meletup dan kemudian terbakar.
"Oh, no, my mom!"
Dia terus jadi panik, dan tak tahu nak minta tolong siapa. Dia terus text Azlan.
"hurry my house is on fire!"
Dia terus masuk dalam dan cuba naik ke atas.
"Mommy, mommy! Open your door! Our house is on fire!"
Beberapa minit kemudian, Azlan terus tiba di rumah Natasha.
"Mak Cang, Mak Cang tak ada apa-apa?" tanya Azlan.
"Mak Cang sesak nafas sikit, tapi sekarang dah lega."
"Rach, Rach okay?"
Lega Rach masih bernyawa.
"Nat masih kat dalam?"
"Ya, dia nak selamatkan Mrs Birgitt."
Terus dia call Ali.
"Ali, datang sekarang! Rumah Nat terbakar!"
Terus dia terjah ke rumah Nat yang asapnya sudah berkepul-kepul.
"Nat, are you okay?"
"Mommy kat dalam."
Azlan terus terajang pintu bilik Mrs Birgitt dan terus capai tangannya.
"My mom okay tak?"
"Masih bernafas but...come, help me."
Natasha terus papah lengan ibunya.
"Mommy...mommy..."
"What happened?"
"Our house is on fire."
Ali tiba di rumah Natasha, dan terus dapatkan mak dia.
"Mak tak apa-apa? Nat mana?"
"Ada kat dalam nak selamatkan Mrs Birgitt."
Ali terus buka pintu dan nampak Azlan sedang memapah Mrs Birgitt dan Natasha.
"Ali, kau tengok kat luar, cepat!"
Selepas letakkan Mrs Birgitt di luar rumah, Azlan terus capai Rachel untuk menenangkannya daripada menangis.
Tiba-tiba ada motor lalu, sekali lagi membaling molotov cocktail. Ali terus catat nombor pendaftarannya.
"WED 5965," terus Ali telefon Kecik.
"Kecik, kau suruh semua orang kita kat jalan sekarang, cari motor WED 5965, motor EX5. Budak tu pakai helmet biru sorang, helmet hitam sorang. Sekarang! Aku nak babab dia, berani dia bakar rumah yang ada mak aku!"
--
Motor yang bernombor plat WED 5965 tu berhenti di restoran tom yam. Mereka berdua duduk dalam keadaan cuak.
"Mujur perempuan tu bayar RG5,000, weh. Kalau tak, tak berbaloi kerja ni."
"Fuh, takut gak aku tadi."
Kecik dah cekak pinggang depan dua budak tu.
"Bang, order bang! Kitorang nak tomyam udang dengan nasi goreng pattaya!"
Semua geng Ali dah kerumun keliling mamat berdua ni.
Kecik telefon Ali, kemudian arahkan budak-budaknya cekup dua budak tu.
"Cuba teka, aku jumpa budak berdua ni kat mana? Kat kedai tomyam kau."
Keliling budak tu dah ada yang pegang pisau, parang, rantai besi, buku lima dan kayu besbal. Mereka menarik dua budak tu ke belakang dapur.
"Apa ni, bang?"
"Kau tau tak, tadi kau bakar rumah siapa?"
"Nak lari mana, bro?" kata Kecik.
"Kitorang tak buat bang. Sumpah bang!"
"Tak buat apa? Tak buat apa!" jerit Kecik sambil ugut nak keluar pedang katana.
"Habis tu, bau minyak tanah ni bau apa, bangsat?" kata seorang lagi ahli kongsi Ali.
"Tttaakk...takde bang. Kitorang baru balik kerja nii..."
"Kau tau tak kau bakar rumah isteri bekas Perdana Menteri, lepas tu mak kepada kepala geng ni ada kat dalam rumah tu? Geng, tarik dia dalam."
--
"Mana dua samdol tu?" kata Ali, sebaik sahaja tiba di dapur.
"Ada dalam stor."
Ali terus masuk ke stor, dan letak rokok ke bibirnya. Kecik light rokok Ali dengan Zippo.
Dua budak tu dah muka cuak bila nampak Ali. Mereka berdua kenal muka ketua kawasan ni.
"Bro Ali?"
Ali terus duduk berdepan ke dua budak tu.
"Geng, kau capai wallet budak ni kejap," kata Ali.
"Janganlah, Bro Ali. Maafkan kami, kami tak sengaja."
"Lek la, gabra apahal? Lu tau tak, lu punya pasal tadi la, gua tak dapat tengok gol Nkwanko Kanu, assist cantik Robert Pires tadi. Kau tau kan jersi aku pakai team apa?"
"Arsenal, bro Ali."
"Power kan team ni?"
"Ye, bang."
"Game dia malam ni kan?"
"Ye bang."
"Dah tu kenapa kau bakar rumah yang ada mak aku kat dalam masa match Arsenal? Aku panas la, bodoh!"
Ali terus chokeslam salah seorang dari budak tu.
"Ni walletnya bro," kata Kecik.
"Ni alamat rumah kau ke?"
"Bang, mintak ampun dan maaf, bang. Saya minta maaf bang!"
"Kau bagi aku sepuluh sebab kenapa kau nak bakar mak aku? Kalau alasan kau munasabah, aku lepaskan kau. Kalau tak..."
Ali terus keluarkan pisau Rambo dan sumbat dalam mulut salah seorang budak tu. Kecik dah letak parang kat leher lagi seorang.
"Umur kau berapa?"
"19 bang."
"17."
"Adik beradik ke?"
"Ye bang."
"Aku nak tahu apa tujuan kau bakar rumah member aku, yang ada mak aku, dan ada mak member aku, dan ada anak member aku. Dah la semua tu perempuan. Perempuan tua ada dua orang dalam tu. Apa masalah kau?"
"Sorry, bang. Sorry..."
"Siapa bayar kau suruh bakar rumah ni?"
"Bang, jangan bang. Dia anak keluarga al-Daulah bang."
"Kau sebut je nama, aku nak tahu. Pandailah aku settlekan."
"Jangan bang."
Ali tekan pisau tu dalam-dalam.
"Kau cakap, atau aku tikam."
"Tengku Mina, bro Ali!" kata budak yang lagi satu.
"Apa kau cakap?" kata Ali.
"Ya, bang. Dia bayar kami RG5,000, suruh kami bakar rumah Puan Natasha."
Ali tergamam, dan tak tahu nak cakap apa. Dia nak ambik tindakan pun, minah ni dah la anak keluarga al-Daulah, anak kepada CEO syarikat televisyen pulak tu. Isteri kepada Azlan pulak tu.
Ali syak sebab dia dapat tahu yang Azlan ada skandal dengan Natasha.
"Payah kalau macam ni. Babab dua budak ni, tapi jangan mati. Bagi dorang peluang untuk insaf."
"Baik, bro Ali."
Ali terus keluar dan hisap rokok sebelum baling puntung.
"Patutlah aku macam pernah dengar nama Crazy Mina ni dulu. Gila babi dia ni rupanya," Ali mencekak pinggang.
--
"Payah la macam ni, Aunty! Kalau mak saya mati terbakar tu, saya nak marah siapa? Marah Azlan?" kata Ali dalam keadaan panas.
"Aku akan cuba selesaikan semua ni, Ali."
"Azlan tu, dah tau Tengku Mina tu perangai dia satu macam, jangan la buat macam ni!"
Faridah pandang sahaja Ali yang sedang marah tentang peristiwa tadi.
"Kau tak percaya dengan aku ke, Li?" tanya Faridah.
"Bukanlah macam tu..."
"Aku deal sendiri dengan Natasha. Cuma, aku nak kau nasihatkan adik kau tu, setialah pada Mina."
"Dia tu kalau bab perempuan, memang ada masalah!"
"Betul. Aku nak kau ajar dia, macam mana aku ajar kau. Dia tu dalaman masih kosong lagi. Ajar dia ilmu agama. Bab Natasha ni, biar aku yang uruskan, boleh tak?"
Ali mengangguk.
"Kau guide dia. Kau abang dia, Li."
"Ye lah. Cuma aunty pun, jaga la perangai Mina tu. Mak saya ada dalam rumah tu. Kalau mak saya mati tadi?"
"Ye lah, aku uruskan bab perempuan. Bab Azlan ni kau selesaikan, setuju?"
"Setuju."
--
Faridah bertemu dengan Natasha di sebuah banglo yang disewakan oleh Ali, sementara Natasha mencari rumah sementara nak renovasi rumah pusaka ayahnya itu.
"Aunty Idah..." Natasha salam Faridah.
Faridah berdiri sahaja, sambil memandang Rachel yang berusia setahun yang sedang belajar bertatih.
"Jemput duduk, aunty."
Mak Cang menuangkan air teh kepada Faridah.
"Mawar, kau tu madu aku. Bukan orang gaji. Jangan layan aku macam ni lah."
Mak Cang tunduk.
"Ali pesan, lepas ni duduk je kat rumah dia."
"Tapi saya nak jaga Rachel ni."
"Tak apa. Dia ni anak Nat. Pandailah Nat jaga dia."
Natasha tunduk.
Faridah kemudian memandang kepada Rachel yang sedang melompat-lompat dan cuba belajar berdiri.
"Rambut curly, kau dengan Luq rambut lurus," kata Faridah.
Natasha diam sahaja.
"Dia ni cucu aku kan?" tanya Faridah.
Natasha jadi tergamam. Dia tak tahu apa nak jawab.
"Macam ni lah, Nat. Cerita pasal kau dengan Azlan kat Mauritius ni, dah sampai pengetahuan Tuanku Pemangku Raja. Tak lama lagi dia jadi Sultan."
"Aunty tau ke?"
"Maunya aku tak tau. Aku ni assistant Jeneral Yahya sejak kau budak kecik lagi. Datuk Abdullah bapak kau tu jiran aku."
"Aunty...."
"Aku faham, kau cintakan Azlan, Azlan cintakan kau. Tapi keadaan dah berubah. Azlan dah kahwin dengan Mina, kau pun, sementara laki kau tu mental pergi tembak diri sendiri, kau tak boleh buat macam tu."
"Tapi, Rachel macam mana nanti? Membesar tanpa ayah?"
"Masa kat Mauritius ada tak kau dengan Azlan fikir pasal ni?"
Natasha terdiam.
"Aku sarankan kau, kau duduklah di Teknojaya diam-diam. Lay low buat masa ni. Tentang nafkah kau dan Rachel ni, biar aku dan Ali akan uruskan. Aku tak nak nanti Mina gunakan Tuanku Pemangku Raja, bila dah jadi Sultan nanti, untuk kenakan kau. Binalah hidup baru."
Natasha menangis.
"Jangan menangis, Nat. Aunty faham. Cuma, kau pun ada misi dengan Jeneral Yahya. Kau kena ingat tu."
"Kesiankan kami. Jangan pisahkan Rachel dengan Azlan..."
"Aku pun tak nak pisahkan korang bertiga, tapi untuk keselamatan korang semua, tolonglah aku. Boleh tak? Kau jangan main-main dengan keluarga al-Daulah ni."
"We are not pawns for all of you."
"Nat, ni bukan kisah siapa pawn siapa king siapa bishop, ni kisah nyawa kau. Nyawa Rachel. Nyawa Azlan. Azlan tu ramai orang nak jatuhkan dia. Aku tak boleh nak selamatkan semua orang kalau kau berterusan macam ni. Sebab aku risau nyawa cucu aku ni, aku fikir ini jalan penyelesaiannya."
Natasha terus menangis.
"Kau jangan risau. Tiap-tiap bulan, aku akan bank in duit sebanyak RG15,000 untuk kau dan Rachel. Kalau dia sakit ke apa, beritahu aku. Biar aku uruskan hal ni. Azlan ada hal lagi penting. Nanti bila keadaan dah aman, bolehlah kau jumpa dengan Azlan. Aku balik dulu."
Faridah hirup sikit teh, dan capai beg tangannya. Kemudian dia buka beg tangannya, dan hulurkan cek RG100,000 kepada Natasha.
"Ini untuk kepentingan kita semua, Nat. Maafkan aku, maafkan Azlan."
--
Lagu Dan dari Sheila On 7 berkumandang dari TV, sementara Natasha dalam perasaan sayu, mengenang memorinya dengam Azlan.
Rachel tidur di sebelahnya, dan dalam perasaan hatinya yang telah luka, dia cuba menyusun kata pada SMSnya, untuk memberitahu Azlan untuk berpisah.
Tapi Natasha tak sampai hati. Jadi dia biarkan sahaja Azlan tergantung sepi.
"I'm sorry, Alan. I love you. But I have to go."
Natasha kemudian tekan block pada nombor Azlan pada telefon Nokianya, sambil menitiskan air matanya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top