2001 part 8
Jeneral Yahya Atan bersama dengan pegawai tentera Amerika Syarikat memantau keadaan semasa dari kem tentera Amerika Syarikat di Changli.
Kolonel Firdaus masuk ke pejabat, dan menerima tabik hormat.
"Masuk, Kolonel Firdaus. Ada benda aku nak cakap dengan kau," kata Jeneral Yahya.
Kolonel Firdaus beri tabik hormat kepada Jeneral Yahya.
"Yang pertama, kita tahu sekarang Tok Aki sedang bersama ketua rangkaian Daulah Islammiyah Nusantara, Sheikh Abu Bakar al-Kunduri dan bersama ketua Jamaah Islammiyah, Abu Bakar Basyir di Palembang. Kita nak tahu apakah Haji Syaaban ada hubung kait dengan mereka. Serahkan fail ini kepada Menteri Dalam Negeri."
"Baik, Tuan Jeneral."
"Yang kedua, serahkan fail ini kepada Mejar Jeneral Abu Bakar."
Kolonel Firdaus lihat ada fail warna biru.
"Fail apa ni, tuan?"
"Bagi je kat Mejar Jeneral Abu Bakar."
"Baik tuan."
--
"Nampaknya Pengetua telah berpakat dengan Sultan Norman untuk lawan dengan ayah," kata Fauzan sambil melihat ahli DIN Kundur berlatih di pusat latihan Daulah Islammiyah.
"Sabar, kita akan tengok mereka akan bergaduh. Sementara tu, kapal Amerika akan tiba dari Diego Garcia lagi tiga hari. Kita kena persiapkan anti aircraft di sekitar pantai barat Kundur."
"Baik, ayah."
"Tiga pihak berperang merebut kuasa, salah satu akan menang. Antara aku, Pengetua, dan Sultan."
"Mestilah ayah akan menang."
"Kita kena hati-hati. Terutamanya Pengetua kini menggunakan Amerika untuk melawan kita. Kalau dulu Dai Viet boleh menang lawan Amerika, insya Allah kita pun boleh. Cuma kita kena terima asakan mereka bila mereka tiba nanti."
Tok Aki tahu, dalam jaringan ini pun akan mencantas dia juga. Buat masa ni dia kena lay low dari berhubung dengan Tehran, dan akan memecahbelahkan golongan Salafis nanti.
Buat masa ini, beliau terpaksa menggunakan golongan Salafis ini untuk berperang dengan Pengetua.
"Tok Aki, ada orang nak jumpa," kata pengikutnya.
"Ya, ada apa?"
"SCUD dah sampai," kata pengikutnya itu.
"Bagus, kita akan bagi hujan peluru berpandu di Temasik," kata Tok Aki.
"Mana Jeneral Yahya nak lari kalau macam ni?" kata Fauzan.
"Dia kan pro-Amerika, takat hujan SCUD ni, pandailah dia cari perlindungan. Lagi satu, tolong cakap terima kasih pada Hafiz dan Adilah sebab duit yang diberi," kata Tok Aki.
"Baik, ayah."
--
Azlan
Bang Iz ajak aku dah Shahrizal ke Jabatan Teknologi Pertahanan di Bandar Tun Zairi Abu Bakar, sebuah bandar ketenteraan di Gelanggayu.
Sejarah pembinaan bandar ini unik sebenarnya, sebab bandar ni walaupun namanya sempena nama perdana menteri ketiga, yang hanya menjawat jawatan tersebut selama tiga bulan, sebelum mati sakit jantung, tapi bandar ni merupakan idea Pengetua semasa menjadi Ketua Pengarah MARENA dulu.
Antara punca kenapa pada tahun 1969, Pengetua menjalankan kudeta, kerana kerajaan Perdana Menteri ketika itu, Tun Rizal Samad, tidak berminat untuk menambah perbelanjaan tentera.
Ketika itu Pengetua merupakan salah seorang pengikut Sayap Kuning, ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Sir Wan Husin, datuk Adilah. Tapi dengar cerita Pengetua tikam mereka dari belakang dengan sabotaj mereka semua.
Selepas peristiwa diludah mukanya oleh Sultan yang sekarang, Pengetua meletakkan jawatan sebagai Presiden, dan merancang dari dalam untuk menumbangkan al-Daulah sekiranya Tengku Norman menjadi Sultan.
Dan perlu membentuk seorang Ace untuk menjadi future President.
Pengetua mula 'tidak aktif' sebagai ahli Sayap Kuning sehinggalah Unit Cyber Sayap Kuning mengesan tindak tanduk Pengetua sekitar 1995, ketika itulah agen mereka mula mengintip pengikutnya, termasuklah aku, walaupun masa tu aku dah kena buang dengan Pengetua.
Bandar ini dibina oleh Pengetua dengan alasan "untuk kemudahan tentera", tetapi rancangan Pengetua sebenarnya, ialah memudahkan tentera untuk menggulingkan kerajaan.
Ini kerana pada tahun 1969, ada masalah logistik untuk tentera, menyebabkan ia hampir gagal.
Sepatutnya nama bandar ni Bandar Jeneral Yahya, tapi sebab yang cadangkan bandar ini di Parlimen masa tu ialah Tun Zairi selaku Menteri Pertahanan, dan selepas tu dia jadi PM, baru tiga bulan dah meninggal, dia dapatlah nama.
Apabila PM Saiful umumkan pada media yang Gelanggayu akan menghantar tentera ke Temasik untuk melawan pengganas dari Kundur, aku baca yang Sultan dan Pengetua berganding bahu melawan Tok Aki dan pengikutnya.
Tapi perkara ni sementara je, lepas ni bila katakan Tok Aki kalah di sini, mereka berdua akan berperang pula.
Masa mula-mula dulu, Tok Aki dan Pengetua berpakat, tapi bila Pengetua tersilap langkah dengan meletakkan Datuk Rahizan sebagai calon PM, Tok Aki menghukum kesilapan tu dengan membelot pada Pengetua dengan menghantar 'student terbaik'nya, yang juga anak kepada ketua Sayap Kuning.
Aku percaya ramai yang pening kepala dalam situasi ni. Aku sendiri pun pening kepala. Tapi dalam perang yang ini, kesetiaan hanya diberi jika ada jaminan untuk menang.
Sebab kalau kalah dalam game ni, buruk padahnya.
Bayangkan, Tok Aki, Pengetua dan Sultan Norman dah bermain game ni sejak 1969 lagi. Masa tu Tok Aki dalam penjara, Sultan baru grad dari Sandhurst dan Pengetua adalah Ketua Pengarah MARENA.
Bang Iz mengajak aku dan Shahrizal, yang kami gelarkan team kami sebagai "Triple Alliance", untuk menumbangkan PM Saiful dan konco-konco Datuk Seri Hafiz dalam kerajaan. Jadi, menurut Bang Iz, sebuah fail biru dari Pengetua dihantar ke Mejar Jeneral Abu Bakar sebentar tadi.
Jadi, kami bertiga akan berjumpa dengan Mejar Jeneral sebentar lagi.
--
Mejar Jeneral santai dengan pakaian baru balik dari main golf, duduk di rumahnya dan sedang mendengar lagu Tchaikovsky, sambil sedang menggilap kasutnya.
"Haa, sampai pun tiga orang ni. Pegawai, bawa mereka ke pejabat. Kejap lagi saya naik," kata Mejar Jeneral.
Masa aku sampai ke rumah tu, aku nampak ada dua orang perempuan sedang bermain catur.
"Mia? What are you doing here?" tanya aku.
"I'm working at Defense Ministry. As Russian translator."
"You can speak Russian?"
"Konechno," jawab Mia.
Gadis yang lagi satu hulur tangan.
"Kournikova. Alexandria Kournikova," kata perempuan itu.
"Azlan," aku capai tangannya.
Perempuan Rusia tu tersipu malu bila bersalaman dengan aku.
"On krasivyy muzhchina," kata Alexandria, berbisik, kemudian pandang dan senyum-senyum pada aku.
"On zhenat," kata Mia.
"Vy mozhete sprosit' yeye zhenu, ne protiv li ona seksa vtroyem?" kata Alexandria.
"Ya tak ne dumayu, no zhene znat' ne nuzhno," lepas tu Mia pun tersengih.
Aku berdiri macam orang bodoh. Bang Iz cuit telinga aku.
"Jom naik," kata Bang Iz.
"Okay Mia, Alexandria, got to go."
Masa aku tengah naik tangga tu, Bang Iz bisik pada aku.
"Perempuan tu nak ajak kau threesome," kata Bang Iz.
"Pepandai je Bang Iz ni."
"Aku sejak jadi Menteri Pertahanan ni, aku belajar bahasa Rusia la."
"Ye ye je Bang Iz ni."
"Tak percaya, nanti kat Moscow nanti, kau tengok aku bersembang bahasa Rusia nanti. By the way, Hafiz ada banyak kabel kat Rusia. Kau baik-baik sikit."
--
Mejar Jeneral campakkan fail berwarna biru ni atas meja.
Disebabkan Pengetua dalam exile dan sedang menguruskan perang di Temasik, maka sekarang aku kena bersama dengan Mejar Jeneral sebagai wakil dia.
"Fail apa ni?" tanya Shahrizal.
"Jeneral-jeneral, mejar jeneral dan semua pegawai yang menyertai Sayap Biru."
"Sayap Biru?" tanya aku.
"Selalu kau dengar Sayap Kuning je kan? Bila kau dengar kuning, kau kaitkan dengan apa?"
"Raja, Sultan, al-Daulah."
"Kalau biru?"
"Demokrasi, republik?"
"Dah faham kan? Bagus. Baik, pihak Sayap Biru sekarang cuba melobi pihak Kongres Amerika Syarikat, terutamanya sayap sebelah Parti Demokrat untuk memberi bantuan kepada kita untuk lakukan regime change. Difahamkan, tahun depan merupakan midterm elections di Amerika. Dikatakan susah Demokrat nak menang. Sebab George W Bush punya popularity di Amerika sekarang 91%."
"91%? Dah tahap diktator dah tu."
"War On Terror menyebabkan semua orang rally around the flag, sokong Presiden. Sejak 11 September, Bush punya pengaruh sangat kuat. Tapi, kita harap Demokrat dapat goyangkan pengaruhnya masa 2004," kata Mejar Jeneral.
"Kenapa tak sokong Republikan je?" tanya aku.
"Bukan takde orang yang sokong kita kat Republikan, tapi ramai orang Republikan ialah orang Bush."
"Dan kenapa masalahnya dengan Bush?"
"La, kau tak tau ke kawan baik kau dah invest berbillion kat loji minyak kat Texas tu?" kata Mejar Jeneral.
Aku pandang Bang Iz.
"Datuk Seri Hafiz."
"Oooh."
"Aku suka budak ni, banyak bertanya," kata Mejar Jeneral pada aku.
Shahrizal dan Bang Iz senyum je pada aku.
"Kita hanya boleh buat groundwork dulu, dan kalau katakan Demokrat dapat White House, kita on regime change pada tahun 2004. Tapi kalau Bush maintain, kenalah tangguh ke 2008. Harapnya Hillary Clintonlah menang," kata Mejar Jeneral.
Blerrrgghh! Bapak tak coolnya aku kena sokong Demokrat. Selama aku hidup ni, semua yang Demokrat semua poyo. Jimmy Carter, Walter Mondale, Michael Dukakis. Bill Clinton kalau dia tak kantoi dengan Monica Lewinsky, dia cool. Tapi sebab dia kantoi, dia jatuh ke kategori poyo.
Aku daripada aku lahir lagi, aku kenal Republikan yang Machiavellian, ruthless dan awesome. Ronald Reagan, atau George Bush bapak, kalau dari segi foreign policy.
Ronald Reagan walaupun kantoi Iran-Contra, tapi dia boleh maintain lagi imejnya.
Richard Nixon kalau tak kantoi Watergate, gempak. Lepas tu penasihat Republikan macam Kissinger, memang power buat kerja mengekalkan hegemoni Amerika.
Aku tak minat jenis lecture bebel macam Madeleine Albright. Suka sekolahkan negara pasal human rights. Republikan relax sikit.
Tapi disebabkan Hafiz dah sogok George Bush dengan pelbagai projek kat Texas, kenalah sokong Demokrat.
Tolonglah jangan Al Gore lagi.
"Anyway, ini senarai-senarai pegawai tentera yang sokong Sayap Biru. Jadi, korang, terutamanya Izham, biasa-biasakan bergesel dengan mereka ni."
"Baik," kata Izham, mengambil fail tersebut.
--
Dalam kereta, Bang Iz tepuk peha aku.
"Lan, aku ada benda nak pesan kat kau ni."
"Apa dia?"
"Sampai Wijayapura, kau tolong tanya orang kat tempat kau, siapa dia Mr Shadow?"
"Mr Shadow?"
Bang Iz tunjuk beberapa keping gambar graffiti di sekitar bandaraya, dan tulisan Mr Shadow Rulez Here.
"Ada konco baru ke?" tanya aku.
"Itu yang aku nak tahu ni. Sebab ingatkan lepas Diamond Hijau dah mampos, kita dah jadi paling dominan dah."
"Gambar ni kat mana?"
"Taman Datuk Harun."
"Eh, tu kawasan Sahari kan?"
"Ye, sebab tu aku nak kau siasat."
"Kenapa?"
"Aku syak dia cuba tikam aku dari belakang. Sebab tu aku letak dia belah barat. Sebab kau, Ali atau Azham senang nak control."
"Maksud abang, dia ada konco dia sendiri?"
"Ya. Aku rasa lain macam dengan dia. Dengan kau atau Ali, aku tak rasa apa. Azham, adik aku, lagilah."
"Kenapa abang bagi dia kawasan?"
"Aku nak test dia."
"Patut bagi kat Wak Am. Dia orang lama."
"Wak Am nak dengan Azham, aku nak buat macam mana?"
Aku tahu Ali memang buat konco dia sendiri. Tapi aku dah janji brotherhood dengan dia takkan bocorkan rahsia.
Cuma aku risau, mungkin Hafiz atau Adilah akan gunakan dia. Tapi Ali ni tak mudah diperalatkan. Cuma, kena beware sikit.
--
Kamal bersama konco-konconya sedang melepak di pelabuhan. Salah seorang pengikutnya membakar rokok Kamal.
"Siapa dia ni Mr Shadow ya? Lain macam orangnya," kata Kamal sambil menghembus asap rokok ke udara.
"Saya dengar dari kawan saya dekat Pattani tu bos, orangnya bengis. Dia pernah bunuh jeneral Suvarnabhumi pakai tangan je," kata pengikutnya.
"Kalau kat Suvarnabhumi tu takpelah, tu kawasan dia. Ni dia dah langgar Wijayapura, kawasan kita. Wijayapura ni Gagak Merah punya sekarang," kata Kamal.
"Bos nak lawan dia ke?" tanya pengikutnya.
"Aku tak nak lawan dia. Tapi aku nak dedahkan dia, dan heret dia ke mahkamah. Tapi semua tu kalau aku jadi Menteri Kehakiman. Cuma nanti dululah, tunggu aku bertanding nanti."
"Tapi bukan ke tu nanti Azlan yang punya?"
"Pergi matilah Azlan tu. Dari aku kecik lagi, dia tu dianggap macam orang besar je. Mentang-mentang dia anak emas Jeneral Yahya. Sekarang Jeneral Yahya dah dekat Temasik, apa dia boleh buat sekarang? Hahahaha!"
Tanpa Kamal sedari, beberapa orang di belakangnya berbisik, kemudian memberitahu rancangan Kamal kepada Kecik, sebelum Kecik memberitahu kepada Ali.
--
Perlahan-lahan, Fazrul mula rapat dengan beberapa orang yang rapat dengan arwah ayahnya yang bekerja dalam Jabatan Peguam Negara.
Dahulu, ayah Faridah, Gabenor Tun Ismail Ali yang terlibat dalam kes pengubahan wang haram, diselamatkan oleh konco-konco arwah ayah Fazrul yang menjadi Peguam Negara, Datuk Husni.
Oleh kerana Tun Ismail banyak membantu ayahnya, kini Fazrul pula membantu anak Tun Ismail, Faridah pula dalam memastikan tempat Azlan berada di tempat yang selamat.
Fazrul tahu cerita tentang ramalan Sayyid Muluk, tetapi Azlan tak mungkin dapat berkuasa kalau orang-orangnya tidak menguasai Jabatan Peguam Negara.
Ketika sedang berehat di kafetaria Jabatan Peguam Negara meminum kopi, tiba-tiba dia ditegur oleh seorang perempuan yang berpakaian peguam.
"Hey, you Fazrul anak buah Aunty Idah kan?"
"Ya, siapa you ek?"
"I Marina, sister kepada Merlina. Alah, adik I yang jiwa rockers tapi layan cerita Tamil tu. Takkan tak ingat kitorang kot?"
"Ooohh Marina, lama dah kita tak jumpa. Kenal, anak buah Aunty Idah tu. You kat sini buat apa?"
"Saja, kawan I kerja sini. Kebetulan my firm ada kes next week kat court. Kita peguam ni kawan-kawan lah, gaduh dalam court je."
"Oh, macam tu."
"Next week majlis kahwin abang Azlan, yang sape nama tu..."
"Aziz..."
"Ya, Aziz. Nanti jumpa kat sana lah. Hello hello la nanti."
"Okay, nice to meet you Marina."
"Orait, Fazrul."
--
Azlan
Ibu mengajak aku dan Mina untuk melawat ke Pusat IKS Puncak Jaya yang kini dibina oleh Ali.
Lagu Cari Tapak dari Senario berkumandang kuat dalam pameran ini.
Dari tepi aku dengar Merlina asyik mengomel pasal design dan logo. Jadi geram pulak aku dengar dia membebel.
"Logo ni tak menarik la, lepas tu pakai plastik je. Kalau nak orang tertarik untuk beli produk ni, kena la buat packaging tu cantik sikit," kata Merlina dari tepi.
"Kau ni, tak nak support orang Melayu berniaga la," kata aku.
"Sebab aku support la, aku kritik. Kalau aku tak support, takdenya aku nak menambahbaik produk."
Kalau dilayan bebel si Merlina ni, memang banyak la songeh dia. Tapi betul juga dia cakap tu.
Hari ini aku selaku Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Puncak Jaya merasmikan Pusat Industri IKS ni.
Dalam teks ucapan yang Merlina sediakan untuk aku, dia kata golongan muda Generasi Y haruslah menceburi bidang perniagaan dalam memastikan ekonomi golongan muda lebih baik.
Selepas ucapan dan acara memotong riben, aku kemudiannya masuk ke dalam dewan yang menghimpunkan golongan usahawan yang mahu mengusulkan idea, meluahkan masalah serta berkongsi pengalaman.
Rata-rata mereka memuji langkah Ali dalam usaha memberi pinjaman kewangan kepada golongan peniaga kecil dan sederhana terutamanya kepada orang Melayu-Islam, tanpa riba.
Apa yang Ali buat ni sebenarnya dipanggil sebagai mikrokredit. Dan sebenarnya usaha Ali ni telah menaiktaraf ekonomi orang Melayu untuk menjadi golongan peniaga.
Aku nampak macam-macam produk yang dihasilkan oleh mereka yang menerima dana dari Ali ni. Antaranya produk makanan macam kicap, cili sos, sos tiram, mayonais, burger, frankfurter, dan ada juga produk-produk seperti sabun basuh, sabun mandi, barang kosmetik, barang penjagaan bayi.
"Banyak jugak kau support perniagaan Melayu ni, Ali," kata aku sambil melihat pameran produk-produk yang dihasilkan.
Ali hanya menjuihkan bibirnya kepada ibu.
"Ibu aku?"
"Ibu kau banyak tolong ni, Lan. Aku cuma memudahkan dorang untuk berniaga je. Cuma itulah, projek ni pun baru mula lagi. Pelan-pelan lah."
"Setiausaha media aku komplen sikit la bab design dengan graphic. Macam tak berapa menarik."
"Nak buat packaging cantik tu, kos la Lan."
"Nanti aku tanya dia. Dia tau bab-bab designing ni. Tapi, mana kau dapat idea buat benda ni?"
"Benda ni ada dalam Quran dan hadis, Lan. Islam memang menggalakkan umatnya berniaga. Kat Bangladesh, ada bank khas untuk peniaga kecil dan sederhana. Muhammad Yunus yang buat ni. Aku ni belajar sampai takat darjah tiga je, Lan. Tapi kalau kita berusaha untuk menaikkan ekonomi orang Islam, Insya-Allah, Allah akan tunjukkan jalannya."
Mina kata nanti Wijaya TV akan mula mengetengahkan produk-produk IKS ni di dalam rancangan Gelanggayu Hari Ini dan akan buka produk dalam program Jom Kecoh.
Dengan cara ini, produk-produk IKS ini dapat dikenali orang ramai. Cuma, betullah cakap Merlina, kalau nak produk ini dibeli orang ramai, design kena cantiklah. Baru orang nak beli.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top