2001 part 6

Hafiz

Washington Dulles International Airport

Hari ini, aku dan Jimmy yang mengiringi Datuk Seri Izham selaku Menteri Pertahanan bertemu dengan Setiausaha Negara AS, Colin Powell dan Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld.

Penerbangan ini adalah kerana Presiden Bush mahu Gelanggayu bekerjasama dalam perang ke atas keganasan yang dilancarkan sejak 11 September yang lepas.

Tapi perang kali ni kompleks, tak macam Perang Dingin dulu. Zaman dulu, kau komunis, kau sokong Soviet. Kau kapitalis, kau sokong Amerika. Simple.

Sekarang, Pakistan main dua kolam, Gelanggayu main dua kolam, Arab Saudi sendiri main berkolam-kolam.

Aku pun sebenarnya confused dalam game kali ini. Sebab aku tahu yang Amerika ni pro-Jeneral Yahya. Semua orang dalam White House ni, Jeneral Yahya dah kenal seawal zaman Nixon lagi. Dah pasti Bush pun kawan baik kepada Jeneral Yahya.

Tapi kenapa ayah mertua aku suruh aku ikut sekali ni? Bukan ke dia dan Tok Aki ni nak lawan Jeneral Yahya? Kenapa pergi ke Amerika?

Aku tahu, Tok Aki sedang menggunakan Daulah Islamiyyah Nusantara untuk menyerang Temasik dan kem-kem Amerika di situ.

Aku berjumpa dengan seorang pakar geopolitik bernama George Friedman, sebelum berjumpa dengan Powell dan Rumsfeld.

Friedman kata, kepentingan Lautan Hindi semakin penting, memandangkan kedudukan ia antara Asia Barat dan Timur yang strategik.

Jadi memandangkan Kundur ini berdepan dengan Lautan Hindi, maka ia memberikan kelebihan kepada mana-mana kuasa yang menguasai kawasan ini.

Jika Temasik tak mampu bertahan dengan serangan DIN, jangkaan aku, Jeneral Yahya akan lari ke Amerika Syarikat.

Lari je kerja kau ni, Jeneral Yahya.

Dalam masa sama, Sultan Norman sedar yang Amerika ni memang kuasa besar dunia. Gelanggayu takkan mampu untuk lawan Amerika. Tapi macam mana Sultan Norman nak lawan dengan Jeneral Yahya, adakah dia perlu lawan Tok Aki dulu?

Dan dalam masa sama, Adilah anak murid Tok Aki. Macam mana nak lawan ni? Kepada siapa yang kita kena berpihak ni?

Adilah nampak tenang, dan berbual dengan beberapa agensi berita seperti Reuters dan AP, tentang kerjasama media. Dalam kepala dia tu pun tengah fikir macam mana nak selamatkan Tok Aki bila Amerika mula nak serang Kundur.

Buat masa ni, biarlah mereka serang Afghanistan dulu. Kemudian Iraq, dan selepas itu, mungkin Iran atau Kundur.

Dalam situasi sekarang, tidak ada putih atau hitam. Yang utama, mencapai matlamat. Diperalat dan memperalat.

Lagi susah kalau businessman macam aku ni. Aku ada syer kat Texas, dan ada juga syer dalam saham petroleum di Rusia. Kalau dua negara ni bergaduh, aku nak side belah mana? Ni aku kena rancang betul-betul.

Dengan adanya Adilah di sisi, aku boleh ada otak strategis yang lagi satu. Aku dan Jimmy sorang je takkan mampu buat benda ni.

Sultan, nak tak nak, kena indirect tolong Jeneral Yahya attack Tok Aki dan geng DINnya. Tapi dalam masa sama, kami kena bersama Tok Aki dalam melawan Jeneral Yahya dan Sultan Norman.

Bak kata Jimmy, politik ni macam wrestling. Kena selalu perhati belakang kau, mana tahu, tagteam partner kau silap-silap pukul kau dengan kerusi dari belakang.

Dan aku ambik kata-kata tu sebagai amaran. Mana tahu kalau Jimmy ada agenda tersendiri yang bercanggah dengan kehendak aku, dia mungkin akan tikam aku dari belakang.

--

Pembalakan haram dikesan di hutan simpan Wilayah Utara - Wijaya Times

Gambar satelit yang menunjukkan pembalakan haram seluas 100,000 hektar dikesan di kawasan hutan simpan di Wilayah Utara.

Pembalakan ini dilakukan oleh sebuah syarikat yang dikatakan proksi kepada billionaire, Datuk Seri Hafiz Samsudin.

Pembalakan haram ini telah merosakkan flora dan fauna kawasan tersebut, serta mencemarkan air sungai kaum Semoi dan Temian yang tinggal berhampiran kawasan tersebut.

Sementara itu, aktivis alam sekitar, Amira Sulaiman berkata, beliau berharap kerajaan bertindak tegas dengan syarikat tersebut memandangkan pembalakan ini diteroka secara haram.

"Kemungkinan besar pemilik syarikat ini mempunyai hubung kait dengan orang-orang tertentu, menyebabkan ia sukar diambil tindakan," kata Amira dalam satu kenyataan.

--

Azlan

Hari ini aku ada acara kementerian, sempena Hari Alam Sekitar 2001. Dalam ucapan aku, aku bercakap betapa pentingnya golongan belia hari ini menjaga alam sekitar daripada dibinasakan.

"Tahap pemanasan global, menurut saintis, akan menjadikan hampir seluruh Gelanggayu boleh ditenggelami air jika tidak ada hutan yang menguatkan tanah. Dari setahun ke setahun, suhu bumi semakin meningkat. Jadi, janganlah kerana ketamakan individu, kita semua akan binasa."

Nampak tak apa aku buat kat situ? Serang Hafiz dan tembak Jimmy. Kebetulan cerita pembalakan haram tu pun keluar.

Terima kasih pada Ken sebab bagi maklumat ni pada aku untuk aku mulakan serangan. Aku tahu, Saiful takkan buat apa-apa sebab besan akan protect besan, dan sekarang tiga isteri - isteri Sultan, isteri Perdana Menteri dan isteri billionaire paling berpengaruh ni menguasai politik Gelanggayu sekarang.

Dalam keadaan ini, aku memikirkan satu lagi strategi, yang walaupun satu masa dulu aku cukup tak suka dia, tapi sekarang, aku kena anggap dia rakan strategi.

Shahrizal berpaling dari Pengetua dan berpihak ke Sultan selepas Pengetua lari ke Temasik. Dan melihat perangai Shahrizal ni, bukannya boleh percaya sangat. Dia ni licik orangnya. Perangai macam ular.

Tapi tak bermakna aku tak boleh bekerjasama dengan Shahrizal. Kempen anti buli dan Akta Perlindungan Pelajar 2000 tu partnership aku dan Shahrizal yang paling berjaya.

Jadi, aku kena jumpa setpolnya, Faiz untuk fikirkan langkah strategik untuk jatuhkan Saiful.

Tak boleh aku bayangkan yang dulu kami bertiga bekerja dan happy-happy di studio radio dulu, akhirnya jadi macam ni nasib persahabatan kami.

--

Mesyuarat kabinet hari ini agak tegang, memandangkan Perdana Menteri suruh aku 'shut the f up' tentang pembalakan haram.

Saiful cakap, aku tak patut bersikap 'confrontational' terutamanya dengan Jimmy yang merupakan ahli keluarga al-Daulah.

Apa, isteri aku pun keluarga al-Daulah juga, kau ingat aku tak bersebab ke nak bersikap 'confrontational'?

Aku bertegas balik, yang aku tak ada sebut mana-mana nama pun, cuma pembalakan haram tetap haram dan merosakkan alam sekitar.

Menteri Alam Sekitar, Datuk Dahalan mencelah, isu ni tak perlulah KBS masuk campur, selesaikan dulu pembayaran bonus atlet Sukan Komanwel, disahut dengan gelakan semua ahli kabinet.

Korang gelak, tapi kerana ini nanti korang akan aku singkirkan bila Shahrizal menang pemilihan parti nanti.

"Ni last time, Lan. Aku tak nak tengok lagi benda-benda macam ni. Aku harap kau behave."

Aku pandang Saiful ni besar kecik je. Mentang-mentang bini dia ada link dengan Hafiz dan Sultan, bukan main kerek lagi dia.

Kau ada kat kerusi atas tu pun sebab aku la, setan.

Lepas mesyuarat tu, aku keluar seorang diri dan buat hal sendiri, macam selalu aku lalui. Tiba-tiba tangan aku ditepuk oleh Faiz, setpol Shahrizal.

Aku diam.

"Shah cakap, jumpa kat Waterfront, jam 10 malam," Faiz berbisik kepada aku.

Aku mengangguk. Aku tahu, ini adalah komplot konspirasi terancang.

--

Jam 10 malam, aku menunggu kat parking lot Burger King depan Warisan Waterfront ni. Dalam kereta, aku mengunyah curly fries dan minum diet Coke sambil dengar radio.

Sedap lagu ni. Tapi aku tak tahu nama tajuk lagu ni. Kan best kalau ada teknologi yang boleh dengar lagu ni, lepas tu boleh tahu nama tajuk ni.

Tingkap aku diketuk oleh Faiz.

"Haaa, sampai pun kau. Eh, Faiz, kau tau nama lagu ni?"
"Lifehouse, Hanging By The Moment. Jom, Shah dah tunggu."
"Nak pergi mana?"
"Kampung Haji Azim, kat situ ada ayam penyet sedap. Naik kereta aku. Kereta kau tinggal sini."

Dalam kereta, aku minta maaf sebab tuduh dia attack aku pasal Cutekittens tu. Dia cakap tuduhan aku tu rambang sangat, sebab semua orang dalam kelas sains komputer tahu buat benda tu.

Dia cakap takde kerja dia nak buat benda tu masa tu, jadi setpol Ketua Pembangkang ni busy. Cuma dia tanya, kenapa aku cuak sangat masa tu.

Cuaklah, sebab dia letak nama aku sebagai jawapan.

"Apasal dia nak letak nama kau?" tanya Faiz.
"Hafiz, kau taulah dia."

Faiz gelak.

"Hafiz tu personal dengan kau sebab kau sailang Hanis daripada dia. Dia kan mat bunga. Hanis ni syok kat kau, walaupun dia tengah couple dengan Tengku Ahmad. Lepas tu, yang kau pergi buat macam tu kat Adilah, tu memang cross the line la."
"Yang tu memang aku mengaku aku salah."
"Tapikan, Lan, kau sikit pun tak bising pasal Hafiz songlap duit company kita dulu. Aku dulu suruh kau pecat dia, tapi kau cakap apa? Kita kawan-kawan, lepas tu kau topup duit kau. Tu silap kau. Kalau kau sack dia masa tu, dia tak jadi macam ni punya berkuasa."
"Sekarang ni kalau aku cakap, bayar balik duit Radio18 tu, confirm celah gigi je dia lempar je duit tu depan muka kita," kata aku sambil light rokok.
"Wei, jangan hisap rokok kat dalam kereta aku."
"Asal?"
"Bini aku tak suka bau rokok."
"Kau dah kahwin dah? Tak jemput pun."
"Kau pun kahwin tak jemput aku. Lagipun, last time jumpa, kau datang macam nak pukul aku, camana aku nak jumpa kau?"

Ye tak ye juga si Faiz ni.

"Basically Shah cakap dengan aku, dia nak kau takeover balik syer Radio Millennium tu. Dan lagi satu, rasanya dah boleh tukar nama Millennium tu. Dah tak cool dah. Tahun lepas cool la."
"Syer Luqman tu aku beli balik?"
"Ya, macam tu la. Kita join venture. Tu dia Shahrizal dah tunggu kita."

Shahrizal Hamdi salam dengan aku, dan aku rasa pelik, sebab masa dia team dengan Pengetua dulu, kemain benci dia dengan aku.

"Order la ayam penyet, aku tak nak nasi," kata Shah pada Faiz.
"Eh, aku dah makan tadi," kata aku.
"Minum la? Sini ada alpukat Majapahit. Minum dengan coklat. Sedap."

Alpukat tu dalam bahasa Majapahit bermaksud avokado rupanya. Ah, bolehlah.

Secara asas, aku memang perlukan platform dan daripada dulu lagi radio ni platform aku. Cuma aku takde modal untuk modernized radio ni untuk boleh masuk dalam zaman internet ni.

Aku tanya Shah, apa posisi dia yang sebenar sekarang. Dia cakap buat masa ni, dia perlu jaga budak-budak dia, terutamanya faction Parti Jujur. Parti Jujur takkan jadi kerajaan kalau terus bergerak sendirian, maka sebab itu kena gerak dalam Parti Nasionalis.

"Macam ni, mulai hari ni, aku, kau dan Izham akan mula buat gerakan dalam Parti Nasionalis untuk jatuhkan Saiful."
"Mana Bang Iz?" tanya aku.
"Dia busy hari ni. Kak Maria nak buat kenduri anak dia bersunat."

Ya Allah, anak Bang Iz dah besar, dah nak bersunat dah? Terkebil-kebil aku.

Aku masih ingat lagi yang masa hari dia kahwin, dan aku mengorat gadis bunga majlis dia tu.

"Entahlah, kewujudan Parti Nasionalis ni pun sebenarnya gabungan pro Luqman dalam Persekutuan campur Parti Jujur, sebab tak nak Luq kena usul tak percaya," kata Faiz.

"Apa kau rasa kita patut buat?" tanya Shah.
"Kalau aku jadi kau kan, pemilihan Parti Nasionalis nanti, kau lawan je Saiful. Kitorang semua akan sokong kau," kata aku.
"Bila pemilihan, kau rasa?" tanya Shah.
"Tak tahun depan, tahun 2003. Tu paling lewat yang Saiful boleh hold."
"Okay, set ya, Lan. Kita set lagi dua tahun, kita akan lawan si Saiful dari dalam."

Shah tepuk bahu aku dengan senyuman.

--

Aku tahu masa aku dalam kabinet ni dah tak lama. Aku dengar ura-ura sejak aku bertekak dengan Saiful dalam mesyuarat Kabinet itu hari, nama aku bakal disingkirkan dalam rombakan kabinet dan digantikan dengan Kamaruzzaman Yusof.

Disebabkan itu, Mina melalui Wijaya TV, melalui idea Merlina, menganjurkan karnival Sure Kecoh.

Entah macam mana, Merlina ni punya kabel kuat gila, dia boleh jemput kumpulan Linkin Park datang ke Stadium Puncak Jaya.

Kau bayangkan, konsert free (yang ditaja oleh banyak syarikat korporat yang beli data dengan syarikat Merlina untuk tujuan pemasaran), kemudian bawa band yang paling popular dalam golongan muda pulak.

Mina suruh aku buat gimik, pakai helmet Mat Danger macam dulu, tapi aku tak nak. Pada aku, biarlah nama Mat Danger tu berlalu pada zaman remaja aku.

Cuma bila aku selaku Menteri Belia dan Sukan, dijemput untuk jadi keyboardist jemputan untuk main lagu In The End, aku dengar anak muda menyebut nama aku.

Aku sebenarnya nak bersara penuh daripada muzik ni, tapi Merlina selaku pakar publisiti cakap, ini dapat meningkatkan sokongan terhadap aku, jadi aku ikut cakap dia.

Selepas habis persembahan dari kumpulan Linkin Park tu, aku dibawa berjumpa dengan geng-geng motor yang dibawa oleh Ali dan Kecik kepada aku.

Ali suruh aku naik motor belakang dia. Dan kami beramai-ramai menaiki motor mengelilingi seluruh pinggir bandaraya Wijayapura.

Ali beritahu aku bahawa dia akan pastikan semua budak-budak dia akan sokong aku dalam pemilihan Ketua Pemuda dalam Parti Nasionalis kelak.

Tambahan pula aku dalam 'komplot' Shahrizal dan Izham yang telah berpakat nak jatuhkan Saiful dari jawatan Perdana Menteri ni.

--

Di kedai makan Ali, aku berbincang dengan dia tentang move terbaru aku dengan Shahrizal dan Izham ni.

Ali beritahu aku yang dia ada orang dalam untuk susun aku jadi Ketua Pemuda ni. Benda ni pun memang ada dalam perancangan ibu.

Tengah bincang-bincang dengan Ali, tiba-tiba datang dalam tiga empat orang budak remaja bawa motor scooter, datang untuk makan di gerai Ali.

"Eh, tu ahli parlimen Puncak Jaya yang main keyboard dengan Linkin Park tu kan?"
"Eh, ye laaaa!"
"Cool gila MP kita ni, sampai Linkin Park pun lepak dengan dia."

Mata aku pandang Ali, mulut aku berbual dengan Ali, tapi telinga aku pasang dengar perbualan meja mereka ni.

Lepas habis berbual, aku terus ke meja budak-budak tu, dan cakap pada Ali, aku tolong bayarkan.

"Terima kasih, Datuk Azlan!" kata salah seorang daripada budak-budak tu.
"Saya mana ada dapat Datuk lagi," kata aku, ketawa.
"Betul ke encik Azlan perform konsert dengan Linkin Park hari tu? Encik Azlan kenal Mike Shinoda tak?" tanya lagi sorang.
"Ala yang tolong susun tu pun organizer. Orang saya suruh main, saya main je lah muzik."
"Nanti pilihanraya bila saya dah besar nanti, saya undi encik Azlan!"

Aku ketawa je lah. Kalau move aku ni berjaya, kekal la aku jadi MP Parlimen Puncak Jaya. Kalau gagal dan Saiful kekal PM, dan terus dikuasai Jimmy dan Hafiz, aku kerja dengan Ali je lah.

Sebab tu kena push Shahrizal jadi Perdana Menteri. Saiful ni pun backing dia cuma Adilah je. Untuk jatuhkan Adilah, kena jatuhkan Hafiz dulu. Takde sumber duit, dan dengan rapat dengan Sultan, tak lama pemerintahan Saiful ni.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top