2001 part 4

Laungan Allahuakbar mengiringi Tok Aki dan Fauzan apabila pemimpin pemberontak Kundur, Sheikh Abu Hassan al-Kunduri menjemputnya naik ke pentas bersama ribuan penyokong Daulah Islammiyyah Nusantara (DIN) di Taman Ampera, sebuah dataran berdepan dengan bulatan air pancut berhampiran Sungai Musi.

"Kemenangan ini tidak berakhir di sini, tuan-tuan dan puan-puan. Kemenangan kita yang seterusnya ialah menghalau tentera kafir yang menyokong Israel di Temasik!"
"Allahuakbar!" jerit penyokong-penyokong DIN.

"Kita akan diserang oleh tiga negara, Temasik, Majapahit dan Gelanggayu, disamping Amerika dan sekutunya. Kita akan diasak, tapi Insya-Allah, kita akan bawa kemenangan Islam di bumi Nusantara! Takbir!"
"Allahuakbar!"

Selama berpuluh tahun, Tok Aki telah bekerjasama, tidak kira Syiah atau Sunni, untuk menjatuhkan hegemoni Amerika Syarikat di Nusantara.

Bagi Tok Aki, beliau tidak berminat dengan ideologi Ayatollah Khomeini, kerana baginya Syiah bercanggah dengan fahaman Islam di sebelah sini.

Apa yang Tok Aki minat ialah cara susunan strategi Khomeini untuk menggulingkan Shah Iran, untuk diaplikasikan di Gelanggayu untuk menjatuhkan keluarga al-Daulah.

Pun begitu, dia melihat kebangkitan puak pemberontak Acheh dan Melaut yang memberontak, semakin condong ke arah ekstrem iaitu dengan disokong fahaman fundementalis seperti al-Qaeda dan Taliban.

Dan dia tahu, Pengetua akan gunakan Amerika untuk menghancurkan misinya. Sebab itu just in case terjadi apa-apa kepadanya dan Fauzan dalam perang ini, dia pesan kepada apprenticenya, Adilah, untuk bersama Tengku Mahkota bagi menghalang kemaraan pengaruh Pengetua.

Setakat ini, Adilah melakukan semua dengan baik, tanpa disyaki oleh sesiapa, setakat ini.

Beliau tahu, kalau Amerika sudah masuk campur, nyawanya memang di hujung tanduk.

Sementara itu, para militan DIN menaiki bot pancung di Sungai Musi dan kenderaan Toyota menuju ke Temasik untuk menyerang kem tentera Amerika Syarikat di Duas dan Changli.

--

Tuanku Sultan Aminul Rasyid Jalaluddin Syah mangkat di London, sebentar tadi. Berita itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Saiful Abdul Rahman di televisyen seluruh Gelanggayu sebentar tadi.

Akhirnya, Tengku Norman bakal bergelar sebagai Sultan Gelanggayu.

Upacara berkabung seluruh negara selama 40 hari berlangsung mulai hari kemangkatannya.

Kapal terbang yang membawa jenazah Tuanku Sultan dari London mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Gautama di Kota Warisan, sebelum dibawa ke Istana Negara.

--

Tengku Norman perlu mengawal senyumannya. Dia harus dilihat berduka dan sedih depan kamera.

Dengan pakaian baju Melayu berwarna putih, baginda mendahului upacara melihat wajah baginda Sultan buat kali terakhir sebelum dimakamkan di pusara diraja.

Datuk Kelola Bijaya mengisytiharkan Tengku Norman sebagai Sultan Gelanggayu yang baru, dan akan ditabalkan pada April tahun hadapan, dengan nama Sultan Izzuddin Norman Shah.

Yang pastinya, selepas ini dua beradik dan sepupu iaitu Raja Permaisuri yang baru, Tuanku Wan Amisha, Datin Seri Wan Jehan dan Datin Seri Wan Adilah menjadi tiga orang yang paling berkuasa.

--

Tengku Ariffin pulang ke rumah selepas upacara pemakaman Sultan, dengan perasaan yang hiba. Azlan bersama isterinya, yang sedang mengendong anak lelakinya, Jugra, duduk di meja makan.

Telefon rumah berbunyi.

"Tengku, kekanda Tengku."

--

"Tahniah, kekanda bakal menjadi Sultan," kata Tengku Ariffin.
"Tujuan aku bukan nak terima ucapan tahniah, Ipin," kata Sultan Norman, yang bersilang kaki sambil hisap curut.
"Apa hajat kekanda?"

Tengku Norman pandang adiknya, Tengku Razak yang duduk di kerusi roda, dengan kepala teleng seperti saintis Stephen Hawking.

Tengku Razak kemalangan semasa memandu kereta Lamborghini ketika di Paris. Selepas dipecat menjadi Menteri Kewangan selepas krisis ekonomi 1995, Tengku Razak hanya menumpukan minatnya kepada kereta sport.

Bagaimanapun kemalangan yang berlaku kepada Tengku Razak menyebabkan dia tidak boleh lagi bergerak atau berfikir, dan hanya menjadi lumpuh dan lemah sebegitu.

"Kau tengok adik kau, dah vegetable tu. Macam mana dia nak jalankan tugas dengan baik?"

Tengku Ariffin memandang sahaja adiknya yang kepalanya teleng dan tidak boleh bercakap lagi.

"Kepada kau, aku minta tolong. Sebab anak aku, Danish, masih mentah lagi."
"Kanda nak dinda jaga Danish?"
"Bukan jaga, didik dia, suruh dia lurus! Lembik!"
"Tapi kanda, dinda tak rasa dinda mampu tunaikan apa yang kanda hajatkan. Tapi dinda tahu siapa yang boleh buat perkara tu."
"Siapa?"
"Azlan."
"Kanda pernah cakap benda ni pada Azlan dulu. Cuma, kanda takut sikit."
"Apa yang kanda takutkan?"
"Azlan tu kan handsome. Jadi model pulak tu. Kau pun tau kan yang aku nak perbetulkan sikit aliran dia tu. Entah apa yang almarhum ayahanda buat, sampai jadi macam tu."

Tengku Ariffin ketawa.

"Dinda jangan ketawa. Azlan tu menantu dinda. Buatnya kalau tiba-tiba dia kena tonggeng?"
"Azlan tu bukan jenis songsang lah."
"Bukan apa. Aku nak betulkan Danish tu balik. Nak jadi Tengku Mahkota, tak boleh lawan hukum alam. Tak boleh jadi macam Rahizan, main luar tabii. Aku tak nak Jimmy tahu benda ni, habis dia nanti."
"Faham, kanda."
"Kanda percayakan dinda, Ipin. Dan jangan risau, dengan kuasa yang ada pada kanda, kanda akan lindungi Azlan."
"Baiklah, kekanda."

--

Atlet SUKOM '98 masih belum dapat bonus menang pingat? - Suara Gelanggayu

Walaupun Sukan Komanwel sudah tiga tahun berlalu, namun masih ada lagi atlet yang masih belum mendapat wang kemenangan pingat seperti yang dijanjikan oleh Kementerian Belia Dan Sukan.

Atlet angkat berat, Hamidon Abdul Rahman berkata, beliau melihat Menteri Belia dan Sukan, Azlan Muhammad Niat leka serta tidak mengambil acuh tentang isu ini.

"Saya sudah beberapa kali cuba menghubungi menteri, atau timbalannya untuk bercakap tentang isu ini, namun tidak ada respon atau jawapan."

Suara Gelanggayu juga cuba untuk menghubungi Kementerian, namun tidak ada sebarang jawapan.

--

Azlan

Cuba hubungi aku apanya? Butohlah Suara Gelanggayu!

Bukannya aku tak mintak peruntukan untuk bayar atlet ni, benda ni daripada zaman Luqman lagi aku dah cuba mintak.

Tapi masa tu dorang cakap, akan disebut masa dalam Belanjawan. Tup tup dalam Belanjawan, tak sebut pulak si Luqman ni.

Aku tahu la siapa yang buat belanjawan tahun lepas, sebab syarikat dia banyak betul dapat kontrak macam-macam.

Kali ni, aku fight isu ni dalam Kabinet. Kau nak tahu Saiful cakap apa? Dia cakap, "Terrorist attack US, perang dah nak sampai ke Temasik. Banyak lagi benda kerajaan nak kena fikirkan."

Tapi bila aku suarakan perkara ni, dorang cakap aku cakap benda remeh. Lepas tu bila atlet marah kat aku, cakap ni semua salah aku.

Masa 1998 dulu aku cikgu sekolah je la. Apasal point Suara Gelanggayu nak tembak aku pulak ni?

Aku jadi hangat badan aku, sampai aku campak je tie kat atas meja.

"Encik Azlan, Encik Ken nak jumpa," kata Encik Fazrul, setpol aku.

"Suruh dia masuk," kata aku.

--

Ken tunjuk beberapa keping gambar satelit pembalakan haram yang dilakukan oleh syarikat Tengku Ahmad dan Hafiz.

"It's pretty obvious it was them who done these kind of horrible thing," kata Ken, pada aku.

"Apasal kau tunjuk kat aku? Aku bukannya Menteri Alam Sekitar?" kata aku.

"This is your chance to hit them back, Alan. Aku dengan Claudia percaya, kau boleh lawan balik dorang berdua. All you need is someone to guide you."

Aku nak tengok, Suara Gelanggayu nak tak report benda yang macam ni. Hahaha!

--

Masa aku keluar office, ada beberapa wartawan menyergah aku untuk aku menjawab tentang isu yang dibangkitkan atlet angkat berat dalam laporan berita.

"Apa komen Menteri tentang kenyataan atlet tersebut?"

Aku berfikir, dan aku tak nak dilihat culas dalam kerja. Setiap kata-kata boleh diubah sesuka hati oleh media.

"Saudara Hamidon boleh datang ke pejabat saya, dan bincangkan apa yang perlu dibuat untuk selesaikan masalah ini."

"Tapi Hamidon kata dia dah cuba hubungi menteri..."

"Ni, saya dah jemput datang ni, saya nak dia datang kalau dia serius nak selesaikan masalah ni. Berapa bonusnya, apa kaedah pembayarannya. Sebab masa tahun 1998, saya belum jadi menteri, dan menteri sebelum saya tu pun takde pun satu dokumen atau bukti yang mengatakan kerajaan terdahulu janji nak bayar atlet. Saya tak dimaklumkan apa-apa, tapi kalau betul menteri sebelum ni ada janji, kita akan cuba selesaikan semua. Terima kasih."

Jangan kau ingat aku tak tahu Hamidon dulu pernah kerja angkat tong gas masa korang bukak kedai mi udang dulu. Korang nak game aku kan?

Aku terus start kereta, dan menuju ke car park Burger King di Warisan Waterfront.

--

"Asal dating je, kita jumpa kat sini. Entah apa-apa," kata Nat, sambil makan curly fries. Macam biasa, kaki dia atas dashboard.

"Kat Kota Warisan ni, ni je lah tempat yang semenggah untuk jumpa. Nak makan kat St Pierre, jauh sangat pulak."

"Kan? Bila la commercial district tu nak siap? Bosan gila Kota Warisan ni," kata Natasha.

Dah dua tahun Kota Warisan menjadi ibu negara Gelanggayu. Wijayapura jadi ibu negara dah hampir seribu tahun, mestilah dah maju dan macam-macam ada.

"Nat? You ada tak kawan-kawan environmentalist?"
"Ada, kenapa?"
"I nak perjuangkan satu isu ni."
"Isu apa?"
"Pembalakan haram."

Nat pandang aku dengan mata yang terbeliak. Aku tunjukkan gambar satelit pembalakan haram yang diberi oleh Ken.

"Weh, ni memang attack tepat kat keluarga al-Daulah ni."

"Exactly," aku tahu yang Nat ni rapat dengan Hafiz dan Adilah. Main aim aku bukanlah al-Daulah sangat. Lebih nak attack kat mereka berdua tu.
"You tu kan menantu Tengku Ariffin. Tak takut ke? Dah la uncle-in-law you tu bakal jadi Sultan."
"Ini bukan Tengku Norman atau my father in law punya projek la. Ni Jimmy punya projek. And Jimmy nak rampas takhta dari keluarga Tengku Norman."

"I kenalkan you dengan environmental activist, Amira."
"Amira yang dia cakap nak bawak kitorang pergi Summer Sonic Festival kat Ryukyu, tapi tak jadi sebab you pregnant tu?"
"Haah, yang tu. Eh, I pregnant anak you jugak tau! You la, bodoh, lepas dalam."

Aku ketawa.

"Rachel sihat? I nak jumpa dia la one day."
"Sihat je. Mak Cang jaga elok. Nanti lah, okay," kata Nat.
"Mak Cang ni, mak Ali kan? Apasal Ali bagi dia kerja lagi?"
"Ali dah marah I dah. Tapi Mak Cang yang nak jaga dia. Tapi I takdelah suruh macam-macam."

Aku mengangguk.

"Bila Saiful pindah rumah PM?" tanya aku.
"Saiful dah masuk sejak dua hari lepas la. I sekarang duduk Wijayapura. Datang sini sebab nak jumpa you je," kata Natasha.
"I thought you still duduk rumah PM lagi?"
"Luq dah mati, ganti Saiful jadi PM, buat apa I nak duduk situ lagi. Lagipun, bosanlah duduk Kota Warisan ni. Eh, jomlah pergi Wijayapura. Duduk sini lama-lama buat apa?"
"You naik kereta you, I naik kereta I. I tak nak kita diekori."
"I know. Jumpa kat St Pierre."

--

Mina datang ke pejabat Merlina sambil mengendong Jugra yang baru pandai merangkak. Dia nampak Merlina begitu sibuk sekali memasukkan data-data serta menganalisis strategi untuk Azlan.

"Hai, Mer?"
"Oh, Kak Mina! Sorry, sibuk sikit. Azlan mana?"
"Dekat Kota Warisan. Jadi menteri kan. Mina tengah buat apa ni?"
"Tengah key-in data untuk semua pengundi-pengundi Puncak Jaya. Dengan data yang kita ada, kita ada advantage yang pihak lawan tak ada, kita tahu apa yang pengundi nak."
"I see. Akak tengok, Merlina ni bijak. Dulu Merlina sekolah mana? KMW? RPM?"
"Takde lah, sekolah biasa je. Tu sekolah elit tu."
"Ye ke? Tengok cara Merlina ni, Merlina ni lagi bijak daripada kitorang yang belajar kat sekolah macam tu. Or yang belajar kat oversea."

Merlina senyum sahaja.

Mina nampak Merlina makan potato chips sour cream and onion sambil menghadap komputer.

"Merlina belum makan lagi ke? Makan la makanan berkhasiat sikit. Akak tengok Mer suka sangat makan potato chips ni."
"Ala Kak Mina, takde masa la nak beli makanan ke apa."
"Akak call delivery makanan nak? Call istana hantar makan ke sini?"
"Istana? Ish, tak nak lah. Segan la. Takpe, Mer okay je ni."

Mina letak Jugra dalam stroller, kemudian duduk di sebelah Merlina.

"Mer, akak tanya sikit pada Mer, boleh tak?"
"Sure, Kak Mina. Ada apa?"
"Hari tu, Mer dengan boyfriend Mer..."
"Kimi?"
"Ha, Mer dengan Kimi pergi Mauritius kan?"
"Ya, but don't get me wrong. Kitorang tido asing-asing. Saya jaga batas pergaulan..."
"No, bukan isu tu. Azlan, ada ikut you guys juga kan? Dengan Nat, kan?"

Merlina terdiam.

"Kenapa, kak? Kitorang pergi berdua je."
"Mer tau kan, yang boyfriend Mer tu, anak saudara Adilah, yang ayah dia ketua Sayap Kuning?"

Merlina geleng kepala.

"Jujurnya, saya dengan Kimi ni, rapat gitu je. Saya tak pernah jumpa mak ayah dia, tahu cerita family dia. Sebab dia pun tak pernah nak cerita pun."

Mina memandang mata Merlina.

"Akak nak Mer jujur dengan akak. Azlan ada skandal ke dengan Nat? Sampai Luqman dapat tahu dan bunuh diri?"
"Perdana Menteri bunuh diri? Dekat surat khabar cakap mati sebab sakit jantung je?"
"Umur 32 tahun sakit jantung apanya. Orang jumpa pistol dalam pejabat PM, dia tembak dalam mulut dia."
"Serius lah? Dia ingat dia Kurt Cobain ke nak bunuh diri macam tu?"
"Point akak, betul ke Azlan ada skandal dengan Nat dekat Mauritius?"
"Mer tak tau, kak."

Mina jadi buntu. Air matanya mula mengalir.

"Akak..."
"Akak dah buat macam-macam untuk dia. Sikit pun dia tak hargai."

Merlina rasa serba salah bila Mina memeluknya dan menangis di bahunya.

Tetapi yang lebih membuatkan dia berfikir ialah tentang Kimi. Adakah Kimi hanya mahu memperalatkan dia sahaja demi akses dia untuk mengintip Azlan?

Merlina rasa dengan kes atlet menang pingat tidak dibayar semasa zaman Sukan Komanwel adalah satu cubaan untuk jatuhkan Azlan.

Dia perlukan sesuatu untuk menyelamatkan karier politik Azlan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top