2001 part 3
Che Puan Wan Amisha, Datin Seri Wan Jehan, dan Datin Seri Wan Adilah duduk bertiga di ruang bersantap di istana.
"Oh my God, we made it!"
Mereka bertiga berpeluk sesama sendiri, gembira, kerana kini mereka menguasai politik Gelanggayu dari segenap sudut.
Mereka menguasai media, ekonomi, politik istana, politik kerajaan, internet, komunikasi, segala-galanya dalam Gelanggayu.
"Okay, apa kita nak buat lepas ni?" tanya Che Puan Wan Amisha.
"Tunggu suami awak pulak jadi sultan, barulah saya bagi cadangan. Sekarang kalau cakap pun tak guna," kata Datin Seri Adilah.
"Sekarang dia almost sultan," kata Che Puan Wan Amisha.
"Almost tu belum lagi, awak. Sekarang, saya nak singkirkan pengaruh Tengku Ariffin dalam keluarga al-Daulah. Tapi first, Kak Jehan, nanti suruh Abang Saiful buang si sial tu ya. Bagi sekali video Mauritius tu pada Mina," kata Datin Seri Adilah.
Datin Seri Wan Jehan mengangguk senyum.
"Macam mana nak singkirkan Tengku Ariffin? Ramai kerabat ikut cakap dia," kata Che Puan Wan Amisha.
Datin Seri Adilah mengemukakan strategi serampang lima matanya.
Pertama, mendedahkan hubungan Tengku Ariffin dalam puak pro-republikan, terutamanya dengan Jeneral Yahya Atan yang kini hidup dalam buangan di Temasik.
Kedua, mendedahkan hubungan Azlan dan Natasha pada Tengku Aminah, seterusnya membuatkan mereka bergaduh dan berpecah, dengan menghantar video Mauritius itu pada Mina.
Ketiga, menjatuhkan Wijaya TV dengan short-selling saham syarikat itu dengan menyebar spekulasi yang syarikat Wijaya TV bakal akan ditewaskan Angkasa TV, yang kini sudah membesar saham suaminya, Datuk Seri Hafiz dalam syarikat.
Keempat, menjatuhkan Nadi Citra dan menjatuhkan Damian Mohd Nor, dan memulangkan semula Nadi Citra pada Natasha, tetapi menjadi anak syarikat Datuk Seri Hafiz, dan membuatkan Natasha terhutang budi.
Dan kelima, Tok Aki sedang mengapi-apikan kebangkitan orang Islam di Kundur, Majapahit, dan Gelanggayu menjatuhkan kerajaan sekular, liberal dan demokratik iaitu Temasik, yang melindungi Jeneral Yahya Atan.
Tetapi yang kelima ini terlalu kompleks memandangkan ini adalah jaringan pengganas al-Qaeda yang sedang merancang sesuatu untuk menyerang bangunan World Trade Center di New York.
Datin Seri Adilah tahu, kalau Gelanggayu terus serang Temasik, Amerika akan masuk campur.
Tetapi dengan membantu golongan ekstremis menakluk Kundur, dan golongan ini menyerang Hillary sebagai jiran, ini menyebabkan Amerika akan membekalkan senjata kepada Gelanggayu.
Dalam masa sama, Rusia juga mahu membekalkan senjata memandangkan golongan ekstremis ini juga menyokong pergerakan Chechen.
Jadi, perang akan berlaku hanya di Temasik dan Kundur, dan mungkin di Melaut dengan Gerakan Melaut Merdeka, tetapi perang tersebut tidak akan merebak di seluruh Gelanggayu.
Apabila kota Temasik yang liberal dan sekular tu dimasuki tentera al Qaeda dan Taliban, maka macam cacing panaslah Jeneral Yahya.
Tetapi ada satu masalah sebab ada kem tentera Amerika di Duas dan Changli, berhampiran kota Temasik.
Perkara ini Tok Aki dan ahli-ahli fikirnya sudahpun fikirkan.
Tapi kalau Dai Viet boleh kalahkan Amerika, takkan kita tak boleh pula, menurut pendapat Tok Aki.
Datin Seri Adilah tersenyum bangga bila Tok Aki kata dia adalah pelajar terbaiknya. Gandingan dia dan Datuk Seri Hafiz berjaya kucar-kacirkan strategi Pengetua.
Sementara itu, Tok Aki tersenyum di rumahnya, bila melihat bagaimana 'Ace'nya, Adilah melakukan kerja.
"Perang dah nak mula, Seman. Gerakkan tentera ke Kundur, lepas tu, merdekakan umat Melayu dan Islam di negara kafir laknat tu," kata Tok Aki, menepuk bahu Osman Kassim.
"Beres, Tok Aki," kata Osman Kassim, pemimpin Gerakan Melaut Merdeka.
Tengku Norman mahu pertahankan penguasaan al-Daulah, Tok Aki mahu menubuhkan Republik Islam Gelanggayu, dan Pengetua mahu menubuhkan Republik Gelanggayu yang liberal, demokratik dan sekular.
--
Mesyuarat Nusantara Economic, Military and Commerce Association (NEMCA) berlangsung di Cyberview Exhibition Centre, Teknojaya, yang menghimpunkan negara-negara di Pentas Sunda.
Baru sahaja dua hari menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Saiful terpaksa mendengar pelbagai taklimat termasuk kedudukan tentera pemberontak yang berulang alik dari Kundur ke Melaut.
Mungkin ada hikmahnya Luqman bunuh diri, sebab dalam situasi yang macam ni, memerlukan pemimpin yang fokus dan tidak cautud hisap dadah.
Dalam mesyuarat kali ini, Perdana Menteri Temasik, Goh Teck Chuan mengajak negara-negara Nusantara untuk membantu Kundur dalam mempertahankan negara tersebut daripada jatuh ke tangan Al-Qaeda dan menjadi seperti Afghanistan di Pentas Sunda.
Majapahit mahu menjadikan Kundur sebagai sebahagian wilayah mereka dan tak mahu berkorban sia-sia.
Datuk Seri Saiful, duduk sebelah Menteri Pertahanan, Izham Syafie Izzat, mendengar hujah negara-negara lain dalam mesyuarat.
"Iz, what's your call?" tanya Datuk Seri Saiful.
"Jangan bagi Majapahit buat tindakan sendiri. Dia daripada dulu nak kuasai sebelah pantai barat Pentas Sunda."
"Okay, does it mean kita kena biarkan?"
"Saya dah bincang dengan para jeneral, biarkan Kundur jatuh dulu. Once dia serang Temasik dan kem tentera US, Amerika akan bantu. Mengikut unit risikan, memang mereka nak Kundur jatuh dulu, lepas tu target Temasik, kemudian ke Melaut."
--
11 September, 2001, seluruh dunia tertumpu kepada serangan pengganas al-Qaeda di Menara Pusat Dagangan Dunia di New York.
Dunia terkejut dengan serangan tersebut, melihat dua bangunan itu runtuh dilanggar kapal terbang, serta sebuah lagi kapal terbang melanggar Pentagon dan sebuah kapal terbang lagi terhempas di sebuah padang di Pennsylvania.
Datuk Seri Saiful terus menghubungi White House, dan berkata, Gelanggayu komited bersama Amerika Syarikat dalam usaha perang menentang keganasan.
Dalam masa sama, Datuk Seri Saiful memberitahu yang negara jiran, Kundur menghampiri kerajaan tumbang apabila tentera pemberontak yang disokong al-Qaeda sudah mula menghampiri Palembang, ibu negara Kundur.
Datuk Seri Saiful, membenarkan pendaratan tentera Amerika Syarikat di Teluk Tenang, dalam usaha untuk menangani Gerakan Melaut Merdeka, yang juga mempunyai hubungan dengan Daulah Islammiyyah Nusantara yang sudah menguasai sebahagian besar negara Kundur.
Sejak Revolusi Nasional di Kundur pada tahun 1998, negara itu di dalam kancah perang saudara antara tentera kerajaan dan puak pemberontak yang disokong al-Qaeda dan Taliban.
Perang sudah berlanjutan selama tiga tahun di situ, dengan ribuan menjadi mangsa dan korban.
Presiden Bush, menerusi Setiausaha Pertahanannya, Donald Rumsfeld akan mengarahkan pihak tentera Amerika untuk berkumpul di kem tentera di Temasik dan di Gelanggayu di samping menyerang Afghanistan, yang menjadi kubu pertahanan Al-Qaeda dan Taliban.
--
Presiden Bush membuat ucapan siaran langsung dari kaca televisyen. Seluruh dunia, terutamanya pemimpin-pemimpin dunia, termasuk Datuk Seri Saiful untuk mendengar ucapannya.
Good evening.
Today, our fellow citizens, our way of life, our very freedom came under attack in a series of deliberate and deadly terrorist acts.
The victims were in airplanes or in their offices: secretaries, business men and women, military and federal workers, moms and dads, friends and neighbors.
Thousands of lives were suddenly ended by evil, despicable acts of terror. The pictures of airplanes flying into buildings, fires burning, huge - huge structures collapsing have filled us with disbelief, terrible sadness, and a quiet, unyielding anger.
These acts of mass murder were intended to frighten our nation into chaos and retreat. But they have failed. Our country is strong.
A great people has been moved to defend a great nation. Terrorist attacks can shake the foundations of our biggest buildings, but they cannot touch the foundation of America.
These acts shatter steel, but they cannot dent the steel of American resolve. America was targeted for attack because we're the brightest beacon for freedom and opportunity in the world.
And no one will keep that light from shining. Today, our nation saw evil - the very worst of human nature - and we responded with the best of America.
With the daring of our rescue workers, with the caring for strangers and neighbors who came to give blood and help in any way they could.
Immediately following the first attack, I implemented our government's emergency response plans.
Our military is powerful, and it's prepared. Our emergency teams are working in New York City and Washington, D.C. to help with local rescue efforts.
Our first priority is to get help to those who have been injured, and to take every precaution to protect our citizens at home and around the world from further attacks. The functions of our government continue without interruption. Federal agencies in Washington which had to be evacuated today are reopening for essential personnel tonight and will be open for business tomorrow.
Our financial institutions remain strong, and the American economy will be open for business as well.
The search is underway for those who were behind these evil acts. I have directed the full resources of our intelligence and law enforcement communities to find those responsible and to bring them to justice.
We will make no distinction between the terrorists who committed these acts and those who harbor them.
I appreciate so very much the members of Congress who have joined me in strongly condemning these attacks. And on behalf of the American people, I thank the many world leaders who have called to offer their condolences and assistance.
America and our friends and allies join with all those who want peace and security in the world, and we stand together to win the war against terrorism.
Tonight, I ask for your prayers for all those who grieve, for the children whose worlds have been shattered, for all whose sense of safety and security has been threatened.
And I pray they will be comforted by a power greater than any of us, spoken through the ages in Psalm 23: 'Even though I walk through the valley of the shadow of death, I fear no evil for you are with me.'
This is a day when all Americans from every walk of life unite in our resolve for justice and peace. America has stood down enemies before, and we will do so this time.
None of us will ever forget this day, yet we go forward to defend freedom and all that is good and just in our world.
Thank you. Good night, and God bless America.
--
Pengetua dan Jacob Chong menonton siaran langsung ucapan Bush sambil makan biskut petak dan secawan teh sambil memikirkan strategi seterusnya.
"Ace Tok Aki memang betul-betul cemerlang," kata Jacob.
"Adilah tu dulu nakkan Azlan pun sebab percaturan dia juga. Tapi, Tok Aki rasa Azlan tak ada moral yang elok. Sebab tu dia pergi ke cicit Panglima Salleh Merah tu," kata Pengetua.
"I kagum dengan strategi dia. One by one, dia susun sampai abang ipar dia jadi Prime Minister, masuk campur politik kerabat, take control the media narrative, by only using everybody as her puppets."
"Tok Aki memang bijak menyusun strategi, sampai I pun tak nampak move ni. Dulu dia pernah warn I, back in 1997, dia akan buat move kalau I failed to launch Revolusi Nasional di Gelanggayu. I guess this is his move."
"Jadi, apa kita nak buat?" tanya Jacob.
"Let America handle this. Kita susun strategi macam mana nak jatuhkan puppet-puppet Tok Aki di sekitar istana. Mulakan dengan jatuhkan Perdana Menteri, Saiful."
"Macam mana?"
"I will figure it out."
Jacob hanya diam bila Pengetua dah kata begitu.
"Awak rasa Kundur akan jatuh ke tangan al-Qaeda?"
"90 peratus, pasti. Tapi bila Amerika dah mula mendarat di sini dan Gelanggayu, kita kena bersedialah, kemungkinan perang akan melimpah di sini."
"Negara ni mempunyai peralatan tentera yang canggih. Rakyat kami pun semuanya menjalani perkhidmatan tentera, seperti di Israel," kata Jacob tentang National Service di Temasik.
"Kita bukan berperang dengan tentera. Kita berperang dengan pengganas. Lain."
Kenneth masuk ke dalam bilik.
"Pengetua, Jeneral Malcolm Stewart dengan Jeneral Andrew Chen nak jumpa."
Jeneral tertinggi AS dari kem Changli, Jeneral Malcolm Stewart, bersama Jeneral dari Temasik masuk dan terus bersalaman dengan Pengetua.
"General Yahya, our country needs your expertise to handle the current situation."
Pengetua terus bangun, dan mengangguk faham.
Palembang dikatakan sudah jatuh ke tangan pemberontak yang disokong al-Qaeda.
--
Pengetua menelefon Datuk Seri Izham yang baru selesai mesyuarat NEMCA.
"Saiful ada situ?" tanya Pengetua.
"Saya dengan budak saya. Ada apa?"
"Shahrizal ada jumpa kau?"
"Ada."
"Begini, sekarang deal dia, kau kawtim dengan Shah, jadi timbalan dia. Dan aku nak kau naikkan Azlan menang Ketua Pemuda, faham?"
Izham seperti rasa semak. Takkan cepat sangat anak buah dia yang bernama Azlan ni naik. Sedangkan dia sudah berjanji dengan anak arwah Imad Salleh, Kamal untuk takeover jawatan Ketua Pemuda.
Tapi sebab Gagak Merah dah terima banyak duit dari Jeneral Yahya, dia tak boleh cakap banyak.
"Baiklah, Pengetua."
--
"Apa? Budak Azlan tu budak mentah! Apa ni, bang Iz! Dulu boss janji nak bagi jawatan tu kalau saya bawak budak saya sokong abang. Mana aci macam ni. Dia sedap je lah, makan berak semua tanggung!" kata Kamal.
"Aku tak boleh buat apa, Kamal. Duit Gagak Merah ni Jeneral yang taja."
"Arrgghhh, makan dua kolam je lah, bang Iz!"
"Kau jangan main-main dengan Jeneral Yahya, Kamal."
"Alaaahhh, dia tu orang tua la! Dia pun dah hidup kena guling kat Temasik sana. Tak payah takut la!"
"Gini, Kamal. Sekarang ni kau kerjasama je dengan aku dulu. Kau kena ingat, Azlan tu anak emas Jeneral. Aku kena juga jaga dia."
"Benci la! Daripada dulu asyik budak ni je!" Kamal hempas tangan pada meja.
"Kamal. Aku dah janji dengan arwah ayah kau, yang aku akan tolong kau. Kau sabar je lah dulu. Nanti aku singkirkan je Azlan tu, ganti kau bila masa sesuai nanti."
"Okaylah, kita sokong dulu. Tapi, saya bukan apa la, saya ada idea yang lebih cemerlang."
"Apa dia?"
"Kita bunuh je lah Shahrizal nanti. Dia bukannya ada apa-apa dengan Gagak Merah pun."
"Kau gila?"
"Kalau abang nak naik cepat jadi Perdana Menteri, baik abang ikut je apa saya cakap ni. Kalau tak, berjanggut la abang nak tunggu Shahrizal ni."
"Sekarang bukan masa sesuai, Kamal. Kau rilek je dulu."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top