2001 part 1

Damian Mohd Nor dari Nadi Citra dan Datuk Seri Hafiz Samsudin serta Tengku Ahmad bersalaman dalam upacara penyerahan syarikat FizzyTech dengan nilai RG7 billion.

"Jaga elok-elok syarikat ni," kata Datuk Seri Hafiz dalam satu suasana penuh emosi.

Datuk Seri Hafiz telah mendapat wang RG2.65 billion, hasil daripada 40% sahamnya, bercadang untuk membeli syer saham syarikat petroleum Texarkana, sebuah syarikat yang beribu pejabat di Houston, Texas dengan saham bernilai $100 juta (RG380 juta).

Selain itu, Datuk Seri Hafiz juga menambah ekuiti saham dalam syarikat telekomunikasi, Axis Communication sebanyak RG250 juta.

Dia juga membeli semua saham dalam Adamcom dengan harga RG700 juta, sebuah lagi syarikat telekomunikasi, dan mencadang mahu menggabungkan dengan Axis Communication.

Selain itu, dia juga join venture 50-50 dengan Petrogayu dengan membeli sebuah kilang petrokimia di kawasan pelabuhan Bayport Container Terminal di pelabuhan Bayport, Houston dengan harga $300 juta (RG1.14 billion).

Dan $26 juta (RG100 juta) di kawasan hartanah mewah di Nassau Bay, berhampiran NASA Space Center, Houston.

Semua sekali dengan harga RG2 billion. RG50 juta disimpan di offshore banking di Barbados. Dan lagi RG10 juta dilaburkan untuk membeli server baru Suara Gelanggayu yang terletak di Teknojaya.

Selain itu, dia juga menjual 10 daripada 500 hektar tanahnya di Teknojaya kepada Nadi Citra, tanah yang diberi oleh Natasha kepadanya kira-kira 5 tahun lepas, yang kini bernilai RG230,000 sehektar.

Jadi duit dalam tangan dia sekarang ada RG5.23 juta, dan dia bawa semua ahli keluarganya untuk menunaikan haji di Makkah.

Lepas tu dia dan isteri, Datin Seri Adilah, bersama abang iparnya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Saiful Abdul Rahman akan bertemu dengan Menteri Komunikasi dan Informasi Russia, Leonid Dodojonovich Reiman.

Datuk Seri Saiful, mewakili kerajaan Gelanggayu mahu berbincang untuk projek aeroangkasa Rusia dan mahu menjemput Presiden Vladimir Putin untuk hadir ke Gelanggayu untuk bertemu dengan Tengku Mahkota, dan Perdana Menteri, Luqman Mohd Nor.

Cadangannya ialah mahu melatih angkasawan pertama Gelanggayu melalui teknologi Rusia. Dan urusan ini akan diserahkan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Izham Syafie Izzat.

Fokus Datuk Seri Hafiz selepas ini, ialah sektor tenaga, komunikasi, aero angkasa, dan televisyen berbayar Angkasa TV.

Ini baru duit hasil penjualan saham FizzyTech.

Tengku Ahmad pula menggunakan wang RG2.65 billion itu untuk membeli syarikat penerbangan tambang rendah, Air Nusantara dengan harga RG1 billion.

Dia juga fokus untuk membeli syarikat-syarikat pengurusan lapangan terbang di Gelanggayu dari Gelangair, syarikat penerbangan milik kerajaan Gelanggayu.

--

"Damn, banyak gila portfolio kau ni, Fiz!" kata Jimmy.
"Ini apa yang aku panggil, reinforcement of investment."
"Sebenarnya, apa yang terfikir dalam kepala kau nak jual FizzyTech ni?" tanya Jimmy.
"Aku jangkakan saham internet akan runtuh tahun ni. Jatuh kaw-kaw," kata Hafiz.
"Macam mana kau tau?" tanya Jimmy.

Hafiz ambil kertas, kemudian dia lukis bulatan.

"Kau tau kan, cycle of business biasanya dalam lingkungan 7 tahun? Dari dia boom, sampai peak, sebelum dia bust?" kata Hafiz.
"Okay, so?"
"Bila aku start FizzyTech?"
"1994 macam tu kot, lepas kau dapat contact geng Komanwel kau tu."
"Ha, kiralah sendiri sekarang tahun ke berapa?" tanya Hafiz.
"Satu, dua, tiga...hmm...wei, haah la wei!"
"Dari April tahun lepas lagi kawan-kawan aku suruh jual syer aku. Tapi lambat enam bulan pulak," kata Hafiz.
"So, apa kau nak buat dengan syarikat minyak ni, Fiz?"

Hafiz senyum.

"Kau tunggu setahun dua, Presiden Bush si anak ni mesti nak completekan misi bapak dia yang tertangguh di Iraq. Sebab tu aku ajak kau melabur kat Texas. Oil industry tengah naik kat sana tu."

Jimmy geleng kepala tengok perangai Hafiz.

"Kau sanggup tengok Iraq berdarah demi kekayaan kau, kan?"
"Aku ni top of the chain, jadi aku tak kisah negara berperang demi profit ni. Lagipun bila dah perang, melambung la harga minyak. Mesti Tengku Mahkota syok dengar Petrogayu naik keuntungan dalam business year dia lagi dua tiga tahun."

--

Azlan

Luqman call aku pagi-pagi. Dia cakap dia ada sesuatu yang dia nak cakap pada aku.

Dan ayat dia yang paling aku buat berfikir panjang, "tolong datang sebagai seorang kawan, bukan sebagai Menteri Kabinet."

Aku tiba di kediaman Perdana Menteri kelihatan dia duduk termenung dengan meletakkan dagu atas pagar penghalang di belakang kediamannya.

Aku belum pernah tengok dia sebegini murung. Sepanjang aku kenal dia sejak 1985, dia murung sebegini.

"Kau okay ke ni?" tanya aku.

Luqman tak menjawab.

"Nat mana?"
"Hospital."
"Dengan Rachel?"
"Ya."

Aku cuak, takut dia dah tahu apa yang berlaku antara aku dan Natasha. Tapi aku kekal tenang.

"Kenapa ni?"
"Aku rasa sunyi."
"Okay, jadi kau cari aku?"
"I need a friend. A real friend."
"Bukan dulu kau pernah kata pada Natasha yang aku ni mempergunakan kekayaan kau ke? Kenapa kau panggil aku?"

Dia terus baring atas rumput.

"Luq, kau tu Perdana Menteri. Jangan berperangai macam ni."
"Aku dah tak peduli semua ni, Alan."
"Luq, fikirlah sikit."
"Aku dah tak peduli. Aku bukan orang yang penting pun dalam kerajaan ni. Aku ada ke, aku takde ke, bukannya penting pun."
"What do you mean by that? You are the Prime Minister of Gelanggayu, dammit!"
"Lan, aku sampai sini pun sebab duit ayah aku. Bukan sebab kebolehan aku. In fact, aku tak pernah berminat pun jadi ahli politik. Aku jadi, sebab aku nak dilihat berguna oleh ayah aku."

Aku pasang telinga dengar luahan perasaannya.

"Kau kawan dengan aku sejak bila?" tanya Luqman pada aku.
"1985."
"Kau tahu apa cita-cita aku?"
"Nak jadi rock star macam Scorpions."

Luqman gelak. Tetapi gelakan dia seperti ada nada yang kecewa.

"Nak jadi rock star, tapi gitar pun tak tahu main. Aku suka main video game, sebab situ je tempat aku boleh escape dari realiti. Aku dah penat dengan semua ni, Lan. Aku ni loser, Lan. A fucking loser!"

"Luq, kau tak boleh jadi Perdana Menteri setahun lepas tu kau letak jawatan. At least lima tahun lah. Come on Luq."

"Aku buat ni pun sebab bapak aku, dan bapak aku pun dah mati jatuh helikopter. Untuk apa lagi aku ada kat sini?"

"Luq, make your dad proud."

"Buat apa, kalau buat bapak aku bangga, tapi aku sendiri tak rasa apa-apa. Mungkin kau bercita-cita nak jadi ahli politik, tapi bukan aku. Aku cuma ikut cakap ayah aku je."

Luq bakar rokok.

"Kau kena buli dengan Hafiz dan Jimmy punca kau fikir macam ni?" tanya aku.
"Bukan dorang dua orang je. Aku rasa semua orang buli aku. Sebab tu, masa kau ajukan Akta Perlindungan Pelajar, akta anti-buli, aku rasa gembira sebab masa aku sekolah dulu, aku yang kena buli. Sampailah kau jadi kawan aku, dan tak ada siapa berani buli aku lagi."

Tak pernah terfikir dia cakap macam ni.

"Aku minta maaf dengan kau, kalau aku lukakan kau bila aku couple dengan Natasha. Masa tu, aku bangga, sebab akhirnya aku berjaya rampas makwe Mat Danger. Semua orang kenal Mat Danger di Wijayapura. Aku cuma budak nerd yang kena buli je. Sampailah bila aku berkawan dengan Mat Danger, aku kembali rasa diri aku bernyawa. Sebab tu aku tak pernah kisah pun belanja kau macam-macam. Tapi satu hari, masa camping kat Bukit Irong, aku rasa macam kau membodek ayah aku. Aku jadi benci, bukan dengan diri kau yang sebenar, tapi diri kau yang berpura-pura concern pasal orang tua aku."

"Luq, masa ayah Nat jatuh gaung tu, aku memang niat nak tolong..."
"Tak, tak. Bukan pasal jatuh gaung tu. Yang tu aku puji kau. Aku rasa kau macam gloating bila bapak aku marah aku depan kau, macam suka tengok aku kena marah..."
"Luq, aku tak suka kau kena marah, tapi apa yang ayah kau buat tu, betul. Dia nak kau matang."
"Matang ni alasan orang-orang tua untuk perkecilkan impian orang yang nak terus kekalkan kanak-kanak dalam diri. Kau pernah baca buku Catcher In The Rye?"
"Buku favorite aku, Luq."
"Kalau kau pernah baca buku tu, kenapa kau tak pernah rasa yang diri kau tu phoney? Aku tahu cita-cita kau. Nak buat band, tour satu dunia macam Metallica, buat album. Aku cuma mampu berangan, tapi kau memang mampu."

Aku senyum.

"Nak buat macam mana, Luq. Dah kita ada kat sini."
"Aku benci duduk Kota Warisan. Aku rasa macam aku terkurung dalam planet Marikh. Memang la kat Tasik Warisan ni hijau, tapi keliling aku semua debu tanah merah. Aku rasa macam aku kat planet alien."

"Lagi lima tahun, cantik la. Kan baru bina bandar ni," aku cuba memujuk.

"Aku tak ada benda yang in common dengan Nat. Dan aku rasa dia tak cintakan aku pun."

Aku dah berderau. Dia dah tahu ke ceritanya?

"Kenapa kau cakap macam tu?"
"Cinta ni, perasaan. Kau boleh rasa perasaan tu."

Hisap apa budak ni sampai macam ni punya deep?

"Luq, aku tahu kau stress. Okay, apa yang boleh aku buat, sebagai seorang kawan, untuk buat kau happy?"

"Ajar aku main gitar, lagu Scorpions."

"Okay."

Aku tak pernah tengok side Luqman yang ni, atau sebenarnya daripada dulu dia cuba nak tunjukkan, tapi aku tak pernah nak pandang.

--

Presiden George W. Bush baru mengangkat sumpah pada pagi tadi. Pengetua tahu, tentang pembelian beberapa aset di Texas, dan dapat tahu bahawa Hafiz sedang mengumpul pengaruhnya di Amerika.

Tetapi kebanyakan penasihat Presiden Bush Jr semuanya kawan kepada Bush Sr, yang merupakan kawan baik Pengetua sejak 1950an lagi ketika beliau menjadi Duta Besar Gelanggayu di Amerika.

Pengetua tahu yang melalui Tengku Ahmad (Jimmy), Adilah dan Wan Radzi sedang merancang untuk menggulingkan Tengku Norman.

Dan Adilah pula adalah anak murid kepada Tok Aki, yang sedang merancang sebuah komplot yang bakal menggoncangkan seluruh jaringan perhubungan diplomatik secara global.

Dia memikirkan sedalam-dalamnya, adakah dia perlu buat tactical move yang terbaru ini. Kerana jika serangan yang dirancang oleh Al-Qaeda dan rangkaian yang berkait dengan Tok Aki ini dihidu oleh CIA, habislah semua saham dan aset Hafiz di Amerika.

Melalui Claudia, Pengetua arahkan supaya dia menghubungi Adilah dan bertemu dengan dia tentang perkara ini.

Pengetua tahu Adilah ini bukan boleh dipercayai sangat, tapi dalam keadaan yang bakal berlaku, dia tahu yang dia bakal tersepit sekiranya Tok Aki tersilap langkah.

--

Claudia Chong tiba di Wijayapura untuk bertemu dengan Adilah di pejabat Suara Gelanggayu. Claudia memberitahu Adilah yang pihak FBI melalui jabatan perisikan Temasik, SID, sedang menyiasat hubungan Hafiz dan Adilah dengan Tok Aki, yang rapat dengan pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.

Osama bin Laden sedang dipantau oleh FBI sejak serangan USS Cole dan kedutaan di Kenya pada tahun 1998, dan jika mahu aset dan saham-saham Hafiz terselamat, Jeneral Yahya menawarkan sesuatu yang tidak ada siapa mampu tawarkan kepadanya kecuali Pengetua.

Adilah duduk menyandar. Dia rasa berat, kerana dalam satu hal, Jeneral Yahya merupakan orang yang bertanggungjawab ke atas kematian datuknya, Tan Sri Sir Wan Husin, serta dua saudara-maranya, Wan Hamid dan Wan Hamzah.

Sudah pasti ayahnya Wan Radzi tidak akan bersetuju dengan perhubungan ini. Tetapi Adilah sedar, apa yang dirancangkan oleh Tok Aki ini sudah pasti dapat dihidu oleh Amerika. Lagi pula, Jeneral Yahya memang dari dulu rapat dengan kakitangan-kakitangan serta pegawai-pegawai di White House.

Presiden Bush ini pun, anak kepada Presiden Bush Sr, yang Adilah tahu kawan rapat Jeneral Yahya dan juga naib Presiden kepada Ronald Reagan, yang Jeneral Yahya panggil cuma 'Ron' sahaja.

Tengok nama-nama senarai kabinet Bush macam Donald Rumsfeld, Condoleezza Rice, Colin Powell, ni semua kroni-kroni ayah yang merupakan kawan baik Pengetua.

Walaupun Pengetua kini dihalau dari Gelanggayu, tapi dia masih ada pengaruh yang kuat di peringkat antarabangsa. Presiden Bush Jr yang baru angkat sumpah tu, bawah telunjuk dia je.

Adilah bersetuju dengan deal Pengetua, tetapi tidak boleh secara direct kerana Hafiz masih ada hubungan yang rapat dengan Tengku Mahkota. Dan syarat kedua ialah tidak boleh ada Azlan dalam gabungan ini.

Claudia hanya kata, Azlan cuma Menteri Belia dan Sukan, tak penting pun dalam hal ni.

Sudah pasti unholy alliance ini tidak direstui oleh ayahnya, tetapi Adilah perlu berfikir secara strategik, sebab sejak Azlan berkahwin dengan Mina, Adilah mula merasakan yang Tengku Mahkota semakin cenderung ke arah Azlan.

Dia juga berharap sepupunya, Wan Amisha untuk mempengaruhi Tengku Norman demi misinya mengawal takhta keluarga al-Daulah.

Lagipun buatnya akaun Hafiz semua kena freeze, macam mana dia nak biayai semua ni untuk misinya nanti?

--

"Aunty Idah ada apa nak jumpa saya ni?" tanya Ali.
"Saja. Aku nak rasa juga nasi lemak Hayati yang orang cakap sedap sangat ni. Dari masa kempen pilihan raya anak aku lagi aku cari nasi lemak ni," kata Faridah sambil makan nasi lemak.
"Takkanlah aunty datang sini semata-mata nak makan nasi lemak?"
"Eh, takkan tak boleh kot? Macam ni lah, kau pandai baca otak aku."
"Mestilah aunty. Aunty mesti ada something nak cakap punya."
"Bagi aku makan habis dulu nasi lemak ni. Sedap nasi lemak ni. Pandai orang bawah kau buat."
"Yang ni Hayati yang buat. Suami dia je yang anak buah saya. Dianya tak," kata Ali.
"Untuk buat nasi lemak ni, dia mesti ada komponen-komponennya. Mesti ada kacang, ada ikan bilis, ada timun, ada telur rebus. Tapi dua komponen paling penting ialah nasi yang dimasak dengan santan, dengan sambal. Dua ni rosak, terus hancur nasi lemak tu."

Ali dah garu kepala apa yang Aunty Idah cuba sampaikan.

"Apa aunty cuba sampaikan ni?"
"Kau dan Alan macam nasi dan sambal ni la dalam move aku ni. Kau jadi sambal, Alan jadi nasi. Takde korang berdua, tak jadi move ni. Tapi, buat masa ni, aku nak kau rapat dengan Hafiz pulak."
"Saya memang rapat dengan dia, aunty."
"Aku bukan apa, dia tu sekarang dah kaya-raya. Tapi dia berdendam dengan anak aku. Nak berdendam, tapi dia lupa, dulu syarikat FizzyTech dia tu, aku yang suruh bank luluskan loan dia tu. Dia jangan lupa jasa aku."
"Tapi dia berdendam dengan Azlan sebab..."
"Bini dia yang terkejar-kejarkan Azlan, apahal dia nak marah Azlan pulak? Sendiri tak handsome, janganlah salahkan anak aku pulak. Lagipun, Hafiz tu tak sedar dia sedang dipergunakan Dila tu. Sama la nasib dia macam bapak dia dulu."
"Aunty kenal ayah Hafiz?"
"Ayah dia kawan baik ayah korang. Ayah korang la yang naikkan ayah Hafiz jadi bintang pop yeh yeh. Jadi kalau Hafiz nak marah sangat dengan Azlan, aku nak kau ajar dia sikit, siapa yang selama ni tolong dia. Tak sedar dek untung betul."
"Aunty nak buat macam mana?"
"Kita tengok dulu move Adilah ni macam mana, lepas tu baru kita buat move kita."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top