2000 part 8

"Woi, kau bangun, pvkimak!" Jimmy terus sepak dada Luqman yang masih lagi di atas katil. Natasha dari tepi pintu hanya tengok je suaminya kena belasah sebab pemalas bangun lambat.

"Kejaplah..." kata Luqman, mengesat mata.

Satu das sepakan ke dagu Luqman.

"Kau ingat, kau Perdana Menteri, kau boleh buat suka hati kau? Disiplin la sikit, bangsat. Takkan nak jadi Perdana Menteri, tapi tak bangun subuh!"

"Okay, bang Jimmy, saya mandi."
"Aku bagi masa kau mandi lima minit, siap lima minit, sarapan lima minit. Kita nak pergi mendaftar kau calon ni. Puan Nat, Puan Nat nak ikut?"
"Tak kot, saya pregnant dah nak dekat 6 bulan, takut saya pengsan ramai-ramai tu nanti."

Terhegeh-hegeh Luqman capai tuala.

"Macam budak kecik! Aku yang dari Majapahit travel ni pun, dah siap!" jerkah Jimmy.

Natasha sambung tidur di bilik sebelah. Sejak mereka kahwin, mereka cuma senggama sekali je, masa Natasha nak cover dia tiba-tiba pregnant dulu balik dari Mauritius.

Tu pun sebenarnya dia rasa geli sebenarnya, tapi dia terpaksa dan asal boleh untuk cover pregnancynya. Sejak dari Mauritius, Natasha tidur berasingan dengan Luqman.

--

Nasionalis letak lambang huruf N dengan bulatan dan tulisan warna merah, dengan background kuning, sementara Demokrat pula lambang kuda warna putih berlatarbelakangkan warna biru.

Dahulu pakai warna ungu, kini ikut warna penaja dari Amerika, dari parti yang namanya sama.

Seawal 5 pagi lagi, pejabat Suara Gelanggayu sudah sibuk. Pembantu Datin Seri Adilah, Cik Maria (bukan Maria isteri Bang Iz) sibuk membahagikan tugas kepada para wartawan.

Begitu juga dengan pejabat di Angkasa TV dan di Wijaya TV yang sibuk membuat liputan pilihanraya kali ini.

Gagasan Ummah bertindak tidak menyertai pilihanraya parlimen kali ini, bagaimanapun hanya berkempen "akan menyokong pihak mana yang akan menyokong Islam."

Bagaimanapun, Gagasan Ummah menyertai pilihanraya peringkat Dewan Negeri kerana modalnya yang lebih kecil dan memberi impak kepada penduduk tempatan dengan lebih kuat lagi.

Secara automatik, kedua-dua parti besar ini perlu mendapat perhatian pengikut konservatif di kampung untuk Parlimen.

--

Azlan

"Macam nak menikah pulak," kata Azlan, apabila Mina memakaikan sampin baju Melayunya.

"I cili bebird you jugak ni nanti," kata Mina.

Azlan ketawa.

"Handsome boy," kata Mina sambil kancingkan baju Melayu teluk belanga warna putih yang aku pakai.

Di depan rumah, Uncle Daniel dah menunggu, seolah-olah macam hari penyerahan baton daripada dia kepada aku.

"Kalau kau menang, kau jagalah baik-baik Parlimen Puncak Jaya ni ya, Alan?" kata Uncle Daniel.

"Baik, Uncle. Alan janji yang ni."
"Jangan tipu rakyat, kalau rakyat dapat tahu, masak kau nanti."

Aku mengangguk faham.

--

Pusat pendaftaran terletak di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Puncak Jaya, di mana dalam pilihanraya kali ini, aku akan menentang Mazlin Nordin, yang dulunya Exco Akademik masa aku di Wijayapura.

Aku jadi pelik bila tiba-tiba ada ramai pulak budak sekolah, kebanyakannya perempuan datang berhimpun dengan baju sekolah.

Ada pulak pom-pom girls pegang rambu-rambu pulak tu.

"Sir Azlan is hot to go! H O T T O G O! Hot to go! Say what! Hot to go!"

Siap pulak datang dengan kumpulan brass band dengan dramnya, dengan saksofonnya. Dah jadi macam pesta di sebelah aku ni.

Aku berbisik dengan Mina.

"Dari mana pulak datang pom-pom girls ni?"
"Ni semua idea Merlina. Dia yang gerakkan cheer leaders ni dalam fan club you yang dia buat tu."

Kedengaran dari tepi wartawan Wijaya TV menemubual Donita yang berdiri di tepi sambil membawa poster aku.

"Hai, saya Donita Ramos! Saya ni pelajar dari Alice International School! Saya sokong Sir Azlan sebab dia seorang cikgu yang baik, kemudian baik hati, sopan santun, caring!"

"Yang paling penting, dia handsome! Woot woot!"

Beberapa orang budak perempuan turut cakap perkara yang sama. Aku jeling je Mina.

"Ni live tau, Alan," kata Mina.
"Kenapa tak ambik live untuk penamaan calon Luqman? Dia kan Perdana Menteri?"
"Sebab dia tak penting. You yang penting."

Aku masuk ke dalam dewan, dan menyerahkan borang penamaan calon serta surat watikah yang ditandatangani oleh Natasha, yang meniru sign Luqman untuk diserahkan kepada aku.

Sebenarnya semua surat watikah Parti Nasionalis ditandatangan oleh Natasha dengan meniru sign Luqman, sebab Luqman kelam kabut pagi tadi sebab bangun lambat.

Aku bertarung dengan bekas exco pendidikan aku semasa aku jadi Penghulu Pelajar, Mazlin.

"Lin," aku bersalaman dengan Mazlin. Mazlin kelihatan gugup sebab masa kat universiti dulu, dia crush kat aku. Tak sangka dia join Parti Demokrat.

Senang cerita pilihanraya kali ini mengukur adakah Tun Azmi masih lagi relevan dalam politik Gelanggayu. Atau adakah Luqman ini pemimpin Gelanggayu yang seterusnya memimpin ke alaf baru.

Nak muntah aku menyebutnya. 

Ali bersalaman dengan aku, bersama Kecik di depan Dewan Serbaguna.

"Woi, Kecik! Pilihanraya lepas, kau suruh mamat ni tepek poster kan? Sekarang kau pulak tepek poster muka dia. Padan muka! Hahaha!" jerit Ali, membahan Kecik yang dulu pernah aku ambik upah pasang poster pada tahun 1995.

"Sorry, bro Alan!" Kecik menyusun jari.
"Kecik, jom kita gerak kat Bang Iz pulak kat Tanjung Emas. Kang tak dapat modal pulak kita," kata Ali.
"Okay, thanks beb, kerja keras untuk aku," aku bersalaman dengan Ali dan Kecik.
"Kau menang Lan, bagi satu satu port aku nak buat gelanggang paintball. Orang muda suka main tu," kata Ali.

Aku senyum je. Aku tak boleh janji benda yang aku belum boleh buat. Tapi kalau Ali mintak, aku akan cuba usahakan sampai dapat.

--

Di Temasek, Jeneral Yahya menonton Channel News Asia (CNA) tentang laporan pilihan raya Gelanggayu.

Jacob Chong di sebelah sedang baca surat khabar sambil minum kopi.

"Tu, your golden boy, Azlan bertanding pilihan raya," kata Jacob menjuihkan bibirnya ke arah televisyen.

"Dia menang punya lah. No need my help."
"How?"
"Itu safe seat. Asal uncle dia Daniel bertanding situ. Jujur pun masuk dalam Nasionalis. Of course his uncle will give him his supporters. The election is not a contest. Dalam parti tu nanti akan ada masalah. Dalam parti tu ada macam-macam tangan."

"We have much bigger problem lepas ni, Yahya."
"Apa dia?"
"I think situation in Kundur-Sumatera is frightening. Banyak geng al-Qaeda kat sana."
"I know. Aki yang sedang susun sekarang."
"Dia kan your saudara?"
"Dia selalu overconfident dia boleh menang, Jacob. Dia selalu rasa Iranian Revolution tu air tangan dia. Padahal, it was me and Henry who engineered the coup. Sebab Shah asyik nak naikkan harga dan kacau market."
"So, you rasa apa kita perlu buat?" tanya Jacob, sambil lipat surat khabar.

Yahya capai teko, dan dia tuangkan kopi ke cawan Jacob.

"You see, it was my plan untuk Governor Bush tarik budak dia Hafiz untuk invest kat Texas. You know kan, yang I dengan ayah dia rapat macam mana? Hafiz tu dia ingat dia bijak. He just like his father. Weak and easily manipulated. Lepas tu bila dia kantoi terlibat dalam berhubung dengan al-Qaeda, senang-senang je American akan sanction dia. From my standpoint, budak ni rasa dia bijak, tapi bodoh."
"But his wife really smart, Yahya."
"Yes. Adilah is a smart woman. He bring Azlan down. She's the one who controls Hafiz's money, and Sayap Kuning from his father, Wan Radzi. Cara nak suffer Adilah ni, senang je. Tangkap Tok Aki, tangkap Hafiz masuk dalam penjara. But biar semua tu Tengku Norman yang buat."
"Kalau macam tu, dia mesti tersepit. Dia mesti nak masuk our team nanti."
"If necessary, she will be in our side. Her skills in negotiation is the best. Kalau kita boleh gunakan dia, kita gunakanlah dia. Lagipun, bila dia dah takde Tok Aki, she will need guidance. And I will give her guidance."
"Tapi adakah dia akan harm Azlan?"
"Of course she will. But macam anjing yang dah kena tambat, dia menyalak kuat macam mana pun takkan mampu nak kejar. Sebab dah kena ikat."

--

Tengku Ariffin pada jam dua pagi, datang ke istana hinggap Tengku Norman.

Tengku Norman terkejut, kenapa selewat ini adindanya datang ke rumahnya.

"Ada hal penting ke, adinda?"

Tengku Ariffin mengangguk.

Mereka berdua duduk di meja kopi berhampiran piano. Tengku Norman letak whiskey untuk mereka berkongsi bersama.

"I'm a wine person, you know?" kata Tengku Ariffin yang kurang gemar citarasa Tengku Norman. Tengku Norman pun minta Bordeaux Red.

"Kanda, anakanda dinda, Mina."
"Kenapa dengan dia?"
"Dia sedang mengandung."
"Alhamdulillah!" kata Tengku Norman sambil togok whiskey.
"Dinda tahu, kanda tak suka kepada Uncle Yahya. Dan Azlan tu golden boy dia. Dinda cuma nak pohon agar kanda tolong lindungi Azlan daripada diapa-apakan Sayap Kuning. Tolonglah, dinda tak sanggup lihat Mina menanggung derita mengandung tanpa suaminya. Dan anaknya tidak berbapa sebelum dilahirkan lagi."

"Aku masih ada hati perut, Ipin. Takkanlah aku nak buat macam tu. Cumanya, dia tu berpihak kepada siapa? Aku ke Jeneral?"

"Sekarang ni, kanda. Pengkhianat tu ada dalam Sayap Kuning," kata Tengku Ariffin.

"Apa maksud kau?"

Tengku Ariffin keluarkan gambar Wan Radzi, Adilah, Tok Aki, Haji Syaaban bersama dengan kumpulan al-Qaeda yang diketuai oleh Ayman al Zawahri, serta Abu Bakar Basyir dari Jemaah Islamiyah.

Mata Tengku Norman terbeliak.

"Mereka nak gulingkan al-Daulah dan nak mendirikan khilafah macam di Afghanistan yang dipimpin Taliban. Dan dinda dapat info, yang mereka merancang untuk letupkan bangunan di Amerika."

"Siapa kepalanya?"
"Wan Radzi. Okay, itu hari ada tak Hafiz, menantu dia ajak kanda pergi invest di Texas?"

Tengku Norman mengangguk.

"Sebenarnya masa meeting dengan Gabenor Bush, dia kan sekarang tengah bertanding Presiden?"
"Ya, betul."
"Jadi, Hafiz donate kepada dia. Hundred grand! Kemudian, dalam meeting tu, Wan Radzi berjumpa dengan Paul Wolfowitz dan Richard Ashcroft tentang komplot mereka nak letupkan bangunan tu. Tapi lepas tu mereka perlukan link dengan pengganas al-Qaeda."
"Jadi, Wan Radzi yang hubungkan dengan mereka?"
"Wan Radzi kemudian bawa Donald Rumsfeld untuk merancang serangan itu."
"Jadi apa kaitannya dengan aku?"
"Kanda...." Tengku Ariffin pegang lengan Tengku Norman.

Tengku Ariffin renung mata kekandanya.

"Kanda tahu kan, yang ayahanda sedang gering? Kanda perlu bersedia jadi Sultan."
"Benar tu. Dinda memang tak nak jawatan tu, tapi dinda nak kanda tahu, kita ni...brothers. Walaupun dinda rapat dengan Jeneral Yahya, tapi kanda nak dinda tahu yang keluarga kita lebih penting. Sebab itu jangan diapa-apakan Azlan. Dia juga sekarang sebahagian daripada keluarga kita."
"Jadi, kau nak aku buat apa, Pin?"
"Dua perkara. Satu, jangan apa-apakan Azlan. Kedua, hati-hati dengan Wan Radzi. Dia nak naikkan Jimmy, kemudian kahwinkan Jimmy dengan Adilah."
"Hafiz?"
"Hafiz tu sochai! Banyak duit sebab internet. Itu pun sebab Saiful tu banyak tolong dia."
"Kau rasa Azlan akan setia pada aku, atau pada Jeneral Yahya?" Tengku Norman memandang mata adindanya.
"Dia kena sedar yang dia tu adalah ahli keluarga kita sekarang. Dan Mina sedang mengandung anaknya."

--

Tanpa disedari oleh Tengku Norman, Tengku Ariffin sebenarnya tekan butang call kepada Faridah yang mendengar perbualan mereka.

Faridah kemudiannya yakin, kedudukan Azlan sudah semakin selesa. Dan kepercayaan Tengku Norman terhadap Wan Radzi mulai goyang.

Dalam percaturan politik di Gelanggayu, ramai yang membaca bahawa pemain-pemain utama dalam politik ini adalah seperti Jeneral Yahya, Tok Aki, Tengku Norman selaku pemain utama, dengan beberapa pemain sokongan yang lain.

Tetapi tiga orang ini tidak sedar yang sebenarnya terdapat seorang lagi pemain yang tidak diketahui siapa.

Faridah.

Sejak ayahnya, bekas Gabenor Bank Negara, Tun Ismail Ali meninggal dunia, misi Faridah ialah untuk memastikan Azlan selamat dan naik ke atas walau siapa pun berkuasa.

Sebab dia sedar, antara Jeneral Yahya dan Tengku Norman, adalah 50-50. Kalau Jeneral Yahya menang, Azlan ada Natasha. Kalau Tengku Norman menang, Azlan ada Mina.

Dan dia kena mewujudkan ketidakpercayaan Tengku Norman terhadap Wan Radzi. Dan tindakan Tengku Ariffin tadi adalah satu rancangan dari Faridah.

Sebab itu Faridah sejak kecil lagi mendidik Merlina, anak kepada Hashim yang bekerja sebagai pegawai istana.

Merlina ini dia akan jadikan seorang political campaigner paling genius dalam sejarah Gelanggayu.

Melalui Aziz, yang kini bekerja dengan GARDI, Faridah banyak membeli ladang-ladang untuk anaknya buat projek tepi.

Dengan Merlina, dia cuci wangnya dengan memberi Merlina banyak projek pengiklanan.

Duit yang Faridah gunakan sebenarnya datang dari duit yang digelapkan oleh ayahnya semasa menjadi Gabenor Bank Negara.

Faridah tahu, dia tak boleh nak harapkan Jeneral Yahya buat selamanya. Azlan harus berdiri sendiri tanpa mengikut sesiapa pun.

Cuma sekarang, Faridah dah tahu satu perkara.

Faridah dapat tahu yang pekerja Natasha ialah Mawar, atau dikenali sebagai Mak Cang. Madunya yang telah terpisah jauh.

Dan dia dapat tahu yang Ali, ahli kongsi gelap Gagak Merah, adalah anaknya. Dan Faridah kenal Ali ni sebab sejak kecil lagi, Ali ini membesar dengan Azlan dan Aziz.

Cuma dia belum ada kekuatan lagi untuk bertemu dengan mereka berdua. Dan belum ada masanya lagi. Kerana impiannya untuk melaksanakan hasrat arwah suaminya tak pernah padam.

--

"Tak busuk ke muka Shane McMahon ke bontot Rikishi tu?" tanya Kecik kepada Ali.
"Kau tanya aku, mana aku tau. Kau nak aku test buat kat kau ke?"
"Eiiii! Geli la bro Ali! Bro tengok la bontot Rikishi tu, macam mana dia berak agaknya..."

Berdekah-dekah Ali ketawa.

"Aku sejak Stone Cold injured ni, wrestling kena harapkan The Rock je la. Aku kalau The Rock ni aku takde la minat sangat. Azlan suka la The Rock."
"Tu yang dia bela sideburn panjang tu?"
"Ye la tu. Masa hari tu ceramah pun pakai baju batik gaya The Rock."

"Assalamualaikum!" kata Ismail dan Hayati.
"Waalaikumsalam, oh kau Mael. Ada apa?" tanya Ali.
"Saya datang ni, sebab isteri saya ni masak nasi lemak lebih sikit, ada la dalam lima bungkus. Pagi-pagi saya niaga nasi lemak kat hujung jalan tu. Jemput la makan."

Ali dan Kecik makan buka nasi lemak dan makan.

"Weh, sambal dia padu. Dia punya pedas, ada manis sikit, lepas tu ada umami dia..."
"Umami tu apa, bro Ali?"
"Perkataan Ryukyu. Dia macam sesedap rasa la. Aku belajar perkataan ni dengan Azlan."

Ismail dengar nama Azlan.

"Bro Ali kenal calon Parlimen kita, Azlan Muhammad Niat tu ke?"
"Apa pulak aku tak kenal. Dia tu sejak dia belum sunat lagi dah jadi kawan aku. Eh, malam besok dia ada ceramah kat padang depan shoplot tu. Kau buatlah nasi lemak, aku nak bagi jentera parti dia makan. Aku bayar la."
"Dalam berapa tu, bro Ali nak?"
"Satu bungkus ni kau jual berapa?"
"Lima puluh sen."
"Mana ada orang berniaga nasi lemak harga lima puluh sen zaman millennium ni, Mael. Buang gas masak kau je. Aku nak kau buat lima ratus bungkus. Kalau dapur kau kecik, kau guna dapur aku. Aku tutup kedai satu hari."

Ismail dan Hayati tersenyum mendengar peluang menambahkan pendapatan.

"Boleh tu."
"Kalau kau nak minta tolong budak-budak aku, boleh je dorang tolong."

Ali kemudian buka porchbagnya, dan kira duit not ungu seratus sebanyak sepuluh keping.

"Nah, lagi lima ratus ni kau belilah barang-barang anak kau," kata Ali.
"Banyak sangat ni, bro Ali. Saya tak mampu bayar balik ni."
"Mael, ada aku suruh kau bayar balik ke? Ni aku bagi duit untuk anak kau. Susu dia, pampers dia, ubat dia kalau dia sakit. Aku tak minta kau bayar balik. Aku tolong kau sebab kau seorang yang rajin, Mael. Dan kau rajin kemas dapur sebelum balik. Kau orang first sampai kedai, dan kau orang last balik kedai. Sebab tu aku tak kisah nak tolong kau dan isteri kau."

Ismail seperti terkejut bila Ali kata macam tu.

"Bro Ali memang macam tu abang Mael. Dia memang jaga anak buah dia baik punya. Tapi kalau khianat dia, habis la. Jadi macam Shane McMahon ni kena bontot Rikishi nanti," kata Kecik.
"Ada ke kata aku ni Rikishi, Kecik? Aku ni Stone Cold, okay? Kau nampak kepala botak aku ni?" kata Ali.

"Terima kasih banyak bro Ali sebab banyak tolong saya, Hayati dan Azam. Kalau tak, saya tak tahu la ke mana lagi saya nak pergi."
"Kita sesama Islam, Mael. Janganlah kau fikir sangat pasal aku tolong kau. Besok bila kau dah senang nanti, kau tolong la orang Islam lain yang susah. Hari ni, kau adalah asnaf untuk aku bantu. Esok lusa, mana tahu rezeki kau nanti, kau pulak tolong orang."
"Terima kasih, bro Ali."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top