2000 part 7
Hafiz
Membaca letter of intent (LOI) dari Nadi Citra untuk membeli syer FizzyTech memang membuatkan aku tersenyum.
Value saham FizzyTech satu share pada ketika ini ialah RG67.13 - dan kalau aku jual semua 25 juta syer aku, aku akan memperoleh lebih kurang RG1.6 billion.
Tapi dia bid nak beli syer FizzyTech dengan harga RG7 billion.
Dalam meeting dengan Damian di Kota Warisan tempoh hari, aku dah terangkan pada dia yang FizzyTech dan FizzyNet ialah dua entiti berbeza.
Dia cakap dia dah research semua, dan yang dia berminat cuma pada FizzyTech memandangkan FizzyNet untuk market budak-budak.
Ikut nilai semasa, nilai syarikat FizzyTech sekarang ialah RG4.1 billion. Dan Nadi Citra nak beli semua, termasuklah saham Mr Shaheed dari Pakistan dan saham dari Beeline, syarikat telekomunikasi dari Rusia, dengan harga RG7 billion.
"Kalau jual semua ni, kita akan dapat RG2.9 billion untung ni," Jimmy kata pada aku.
"Kau rasa on tak, jual?" tanya aku.
"Camni, sebab Uncle Norm nak beli jugak FizzyTech ni. Dia ada cakap pada aku."
"Berapa dia offer?"
"RG5 billion je."
"Cakap dengan dia, daripada dia beli FizzyTech, baik dia letak RG5 billion dia tu, kat syarikat tenaga yang aku nak invest kat Texas ni," kata aku.
"Kau dah main Amerika ke sekarang?"
"Sana lubuk duit beb."
"So, kau nak aku cakap apa dengan Uncle Norm?"
Aku berfikir, kita tengok dulu, Uncle Norm sanggup tak bid lagi tinggi lagi. Kalau Uncle Norm sanggup bid lagi, aku akan tanya Damian. Kalau Damian cakap RG7 billion max, aku kena nasihatkan kat Uncle Norm, tak payah beli. Biar je Damian beli RG7 billion.
Sebabnya, setiap yang bermula akan berakhir. Dot-com bubble ni satu hari nanti akan merudum jugak.
"Call Uncle Norm, biar aku cakap dengan dia," kata aku.
Jimmy dial nombor pakciknya, dan berbual sekejap.
"Ni, Hafiz nak cakap kejap dengan Uncle."
Jimmy serahkan phone pada aku.
"Hello, Uncle."
"Ha, Hafiz. Ada apa?"
"Betul ke Uncle nak beli FizzyTech? Berapa Uncle offer?"
"RG5 billion. Kenapa? Ada orang bid ke?"
"Damian. Dia offer RG7 billion."
Uncle Norm diam lama, dia berfikir adakah dia patut nak beli.
"Dah berapa lama dia bid ni?"
"Baru semalam dapat LOI."
"RG7 billion ni terlalu tinggi untuk aku beli syarikat yang baru berusia 6 tahun macam ni. No offense, Fiz, tapi Uncle rasa nak bid lagi ni, tak boleh lagi dah. Memang maximum."
"Kalau macam tu, apa kata Uncle Norm join venture dengan saya dengan masuk energy business kat Texas."
"Kau ada kabel kat sana ke?"
"Ada. Dia member rapat Gabenor kat sana."
"George W. Bush? Yang bertanding Presiden tu? Okay, aku on."
"Serius, aku on. Sebelum dia jadi Presiden, baik kita berhubung dengan orang-orang dia."
"So, tak nak beli FizzyTech ya?"
"Biar je lah si Damian tu beli FizzyTech."
"Okay, thank you Uncle Norm."
"Alright."
Jimmy naik kening, tanya apa perkembangan.
"Dia suruh kita jual je dengan Damian RG7 billion tu, lepas tu kita invest kat Texas."
"Kalau Texas ni, kita lepak dengan Stone Cold la," kata Jimmy.
"Aku tak minum bir," kata aku sambil gigit Choki-Choki.
--
"Damian, are you crazy?" jerit Natasha bila dapat tahu yang Nadi Citra nak beli FizzyTech dengan harga RG7 billion.
"It's internet time, Nat. Kau cuba tengok syarikat dot-com semua, semua naik mencanak. If this company can grow in 6 years daripada none to RG4.1 billion, ikut rate sekarang, lagi dua tahun je kita dah boleh cover cost beli ni. No brainer la kalau tak beli ni, Nat."
"Responsible la sikit kalau nak beli company tu, Damian! This is not make any sense!"
"Board pun dah setuju nak beli. Kau je yang tak setuju. Woi, kalau ini naik, Teknojaya kau tu jugak yang akan naik."
"Damian..."
"We are going to acquire FizzyTech within 3rd quarter this year, whether you like it, or not."
Damian letak telefon. Natasha terus menangis di meja makan.
"Daddy, I failed to save your company..." Natasha bermonolog seorang diri.
Mak Cang, pembantu rumah Natasha, melihat Natasha sedang menangis teruk, hanya tunduk sahaja.
Natasha terus peluk Mak Cang.
"Nat ni anak tak guna!"
"Janganlah cakap macam tu."
Mak Cang hanya menggosok-gosok belakang Natasha.
"Awak tu berbadan dua. Jangan serabutkan fikiran. Berehatlah."
Sejak Datuk Mohd Nor menggabungkan syarikat Nadi Wijaya dengan Citra Sari, keluarga arwah Datuk Abdullah tak dapat bersuara sebab Datuk Mohd Nor yang dapat majoriti syer dalam syarikat.
Dan dia tahu, Hafiz akan jual juga syarikat tu. Dia baik dengan Hafiz, tapi walau macam mana pun duit tu takkan pergi ke dia pun.
Dia ada terfikir, nak jual sahaja syer dia dan cakap pada ibunya untuk jual, tapi hilanglah segala yang telah diusahakan ayahnya selama ni.
Sejak Datuk Abdullah meninggal dunia pada tahun 1989, keluarga Datuk Mohd Nor memang membuli keluarga Datuk Abdullah.
Dan dia terpaksa kahwin dengan si budak bodoh ni untuk ada suara dalam company. Tapi dah kalau Damian asyik buat keputusan sesuka hati macam ni, Natasha rasa hilang kekuatan untuk teruskan hidup.
--
Hafiz
Lagu So Fresh, So Clean dari Outkast ni aku dengar first time masa aku kat Barbados masa pergi dengan Jimmy. Jimmy baru-baru ni cadang pada aku, dia nak buat hip hop punya record labels.
"Bosan laaaa rock! Kau tau, tiap kali dengar rock, kau mesti bayangkan muka si celaka tu kan, hahahaha!" kata Jimmy.
"Acah abang knowledge si sial tu! Dengar lagu-lagu deep je. Aku dengar rock kapak, pandang lekeh taste muzik aku. Macam la bagus! Butoh!" kata Hafiz sambil karate chop dua kelengkang aku.
"Kau tau, hari tu aku jumpa dia kat kelab, dia tumbuk aku."
"Kau tak tumbuk dia balik?"
"Aku malas. Dia tengah keluar dengan anak Jacob Chong."
Aku terkejut bila dengar nama tu. Patutlah hari tu website Adilah kena serang DDOS dari Temasek.
"Aku kenal Kenneth Chong. Dia tu dulu satu sekolah dengan aku. Knowledge computer dia jauh lebih hebat daripada aku."
"Dia keluar dengan Claudia Chong."
"Ooo, adik dia. Dasar lelaki jalang. Asal ada perempuan cantik semua dia sapu!"
"Aku malas nak balas balik sebab kalau apa-apa jadi pada Claudia, Temasek call Uncle Norm. Jadi sebab tu aku biarkan je. Takpe, nanti kita akan kenakan dia."
Jimmy bawak aku jumpa dengan seorang penyanyi rap bernama Lil Faysh atau nama sebenarnya Fayshal.
Lil Faysh, nampak aku tengah makan Choki-Choki, lepas tu dia pandang Jimmy.
"Woih, cool gila, billionaire makan Choki-Choki," kata Lil Faysh sampai terus peluk aku.
"Apa khabar, Datuk Seri?"
"Panggil Hafiz, dah la."
"Hafiz, you're my man! Damn legend! Lu punya tempat cybercafe, main Counter-Strike kat situ, epic beb! Speaker terbabo!"
"Thank you. Jimmy, Lil Faysh ni customer kita la. Apa kata kita jadikan dia ni duta FizzyNet?"
Jimmy terbeliak.
"Weh, serius cara, weh. Kena pulak hip hop memang ngam dengan culture orang muda," kata Jimmy.
"Amacam, Lil Faysh? Jadi kitorang punya duta."
"Lu orang punya pasal, gua on je!" Lil Faysh 'celet' jari aku.
Aku sekarang sedang menaja seorang ahli parlimen muda bernama Kamaruzzaman Yusof. Kamaruzzaman ni, dulu rival si sial ni masa berebut jawatan Penghulu Pelajar.
Kamaruzzaman pun gelak-gelakkan aku sebab masa universiti dulu, aku side kat si sial tu. Dia buat aku macam balachi je masa dia jadi Penghulu Pelajar tu.
Cuma mamat ni agak skema sikit lah. Tapi benda tu boleh Lil Faysh adjust. Kamaruzzaman ni calon Nasionalis, tapi kat Kuala Kawang. Kampung dia.
Korang tunggu lah pemilihan pertama Parti Nasionalis ni nanti. Lagi banyak tabur duit daripada pilihan raya umum ni woi.
--
Datin Seri Adilah hari ini menghadiri majlis Hari Wanita anjuran Henderson Club, kawasan golongan elit di Wijayapura.
Majlis itu diacarakan oleh Cindy Wong, pengacara rancangan TV yang menyiarkan tentang isu-isu wanita, Feminis.
Lagu kumpulan pop yang menjadi ikon feminis, Destiny's Child berkumandang di shopping mall golongan Henderson bubble, iaitu kelompok elit yang tinggal di Bukit Henderson.
Datin Seri Adilah, dengan membawa trolley baby dengan dua orang, adalah simbol kebanggaan feminis awal 2000an.
Walaupun mempunyai anak kembar dua orang, beliau mampu menjadi seorang ketua editor di sebuah portal berita yang paling popular di Gelanggayu.
Datin Seri Adilah mengatakan, betapa pentingnya kita mempunyai kekuatan dalam mempertahankan hak wanita.
"Di tempat kerja, seringkali kita mendengar perkara seperti gangguan seksual, rogol dalam pejabat, di universiti, pelajar perempuan diragut kesuciannya oleh pensyarah. Ini adalah kebenaran. Inilah realiti kita berdepan hari ini. Oleh itu, kita wanita perlu memperkasakan diri untuk memimpin negara kita, untuk beri kesedaran pada rakyat negara ini, supaya hormati wanita!"
Kata-kata Datin Seri Adilah ditepuk dengan gemuruh, dan ucapannya membuatkan Natasha yang menjadi audiens, merasa terpukau dengan ayat Datin Seri Adilah.
"Satu hari nanti, saya berharap, saya memandang bakal Perdana Menteri Gelanggayu dari kalangan wanita," mata Datin Seri Adilah memandang tepat kepada Natasha.
Natasha hadir dalam acara itu walaupun Cindy turut ada di situ. Natasha mengelak dari berjumpa dengan bekas sahabatnya, sebab malas nak ingat sejarah lama, memandangkan dia sudah sarat mengandung 5 bulan.
--
"What? Me? Prime Minister? You kidding me la, Dila. Please lah, I tak larat la nak jadi Prime Minister. Penat yang amat!" kata Natasha pada Datin Seri Adilah.
"Awak penat sebab awak pikul si Luq tu!"
"Tau takpe!"
"Awak ada ciri-ciri Perdana Menteri. Awak ada disiplin, awak ada kebijaksanaan, awak ada kerajinan. Kalau awak lelaki, dah lama awak jadi Perdana Menteri tau," kata Datin Seri Adilah, mencucuk jarum halus.
"You're a good orator, Dila. Serious, I impressed. You jadilah."
"Saya boleh menulis je, tapi saya tak pandai jadi ahli politik. Macam ni, saya jadi penulis ucapan awak," kata Datin Seri Adilah.
"Seriously?"
"Betul," Datin Seri Adilah menghulurkan jari kelingking.
"Wow, I'm honored."
"Baby awak macam mana?" tanya Datin Seri Adilah.
"Tengah nak masuk second trimester la you."
"Jom, saya belikan baby awak hadiah," Datin Seri Adilah memegang tangan Natasha menuju ke kedai penjualan barangan bayi.
"Aunty Nat nak sangat jumpa Alif and Mili."
--
Natasha mahu pulang awal sebab security dan driver nak cepat ke Kota Warisan. Datin Seri Adilah bercipiki-cipika dengan Natasha.
"Send my hug and kisses to Alif and Mili! Bye Dila!"
Datin Seri Adilah mempunyai rancangannya yang tersendiri. Dia mahu menjadikan Natasha sebagai Perdana Menteri untuk melaksanakan agenda-agendanya, untuk menghancurkan Azlan sehancur-hancurnya.
Sejak dia dapat tahu serangan DoS ke Suara Gelanggayu dari Temasik, dia tahu Jeneral Yahya Atan sedang menyerangnya.
Daripada alamat yang didapati oleh suaminya, Datuk Seri Hafiz, alamat tersebut beralamat di rumah Jacob Chong, seorang billionaire dan philanthropist dari Temasik, iaitu pemilik syarikat Sentosa Holdings, yang memegang hampir sepertiga ekonomi Temasik, iaitu bernilai $700 billion.
Bukan calang-calang back up back up si Pengetua ni. Dan sejak Akta Liberalisasi Ekonomi, pengaruh keluarga al-Daulah dalam geoekonomi dan geopolitik Pentas Sunda semakin bergoyang dengan kebangkitan Sentosa Holdings ni.
Walaupun ekonomi Gelanggayu bertambah makmur kesan daripada ALE 1996, tapi ekonomi itu tidak lagi didominasi keluarga al-Daulah macam zaman 70an-90an dulu.
Antara sebab Hafiz dan Jimmy tidak membalas serangan Azlan, baik serangan DoS di Suara Gelanggayu, atau kejadian bergaduh di kelab malam Espanada, sebab mereka berdua tahu backup besar Azlan ni siapa.
Peristiwa Ken hack komputer utama Bursa Saham Hong Kong tahun 1990 dulu masih lagi menjadi legend golongan hackers. Sebab tu Hafiz suruh Adilah tone down sikit kutuk Azlan tu, tapi lebih subtle, macam skrip Hari Wanita tu.
--
Tok Aki, Haji Syaaban, Nasrul, Fauzan, wakil Iran iaitu Hassan Javid, serta Hafiz dan Adilah bermesyuarat di Pulau Lombok, di Majapahit.
Perbincangan ini juga melibatkan ketua Nadhlatul Ulama, Abdurrahman Wahid, yang kini merupakan Presiden Majapahit yang baru, tetapi dihantar sahaja wakil iaitu Duta Majapahit ke Gelanggayu, Suryawi Hartono.
Antara yang dibincangkan ialah keadaan semasa di Kundur, terutamanya di Palembang. Tentera kerajaan Kundur dikatakan semakin melemah dan golongan pemberontak semakin menguasai Kundur.
Tetapi isu Pengetua dapat backup dana Jacob Chong paling banyak diperkatakan. Kena tukar game baru memandangkan Pengetua sudah tukar game baru.
Salah satu cara, ialah kawtim dengan pengganas di Kundur untuk melemahkan ekonomi Temasik dengan menyerang pusat bandar Temasik.
Temasik juga dikatakan pusat tentera Amerika berkumpul di Pentas Sunda ini. Jadi, dengan menggalakkan serangan ke atas Temasik, ini sekaligus dapat menggoyangkan kedudukan The Great Satan di rantau ini, dan juga dapat melemahkan kedudukan Jeneral Yahya Atan.
Jeneral Yahya Atan awal-awal lagi dah lempar tuala dalam pilihanraya 2000 ni. Polls mengatakan Luqman akan menang 160-180 kerusi daripada 200 kerusi.
Disebabkan itu, Gagasan Ummah memilih untuk radio silence, sebab confirm kalah.
Tok Aki suruh Haji Syaaban tak bertanding sebab bak kata Sun Tzu, lawan perang yang boleh kita menang.
Jadi buat masa ni, mereka tidak minat untuk politik Gelanggayu, sebaliknya menggoyangkan ekonomi Temasik, negara kediaman Jeneral Yahya, dengan menyerang sistem keretapi bawah tanah Temasik.
Tapi di sini ada satu masalah pulak, sebab ada golongan Islamis fundemental, tak suka Tok Aki sebab Tok Aki pro Iran. Tapi golongan Islamis fundemental ni pro Osman Kassim, yang kini mendapat dana daripada al-Qaeda, yang nak tukarkan Melaut ni merdeka tapi macam Afghanistan.
--
Azlan memandu ke Kota Warisan, malam-malam, jam 3 pagi untuk bertemu dengan Natasha yang dirindunya. Lagu Dancing In The Moonlight dari Toploader berkumandang, hatinya berbunga-bunga.
Walaupun esok jam 7 pagi, dia kena balik Puncak Jaya untuk berkempen, tapi dapat jumpa Natasha kejap pun jadilah.
Dengan pakaian mengandung, Natasha berjalan di taman rumah kediaman Perdana Menteri, yang terletak berhampiran Tasik Warisan.
"Alan! You tak penat ke, esok kan you ada kempen?" tanya Natasha, pegang tangan Azlan bawah pokok di bawah cahaya bulan yang terang benderang.
"Tengok muka you, terus hilang penat. Baby apa khabar?"
"Baik je. Baby cakap dia tak sabar nak jumpa papa," Natasha letakkan tangan Azlan di perutnya.
Azlan terus kucup perut Natasha.
"I'm sorry tau, Nat. I janji, lepas you dapat semua harta you, lepas you divorce dengan Luq, I akan jaga you."
"You nak ceraikan Mina ke?"
Azlan diam.
"Kenapalah kita dulu clash, kan?" Natasha memegang tangan Azlan.
"Nak buat macam mana..."
Dua-dua saling berpelukan, dan mengeluh sambil mengumpat pasangan masing-masing dalam kereta.
Lepas jumpa setengah jam, masing-masing balik. Esok ada kempen pilihanraya, dan lusa ada hari penamaan calon.
--
"Luqman! Kenapa you tak tidur lagi? Do I have to tell you everything? Everyday?" Natasha cekak pinggang melihat Luqman sedang bermain Counter-Strike.
"Kejap, kejap. Ni lawan tournament ni!"
"Luqman, you know what? Pergi mampos la you punya election ni. I dah malas nak tolong lagi. Mentang-mentanglah Jimmy and Hafiz pergi oversea, you besar kepala. But remember, dorang balik sini esok. You know what they're going to do kalau you bangun lambat."
Luqman tidak mempedulikan bebelan Natasha sebab pakai headphone, sambil bermain Counter-Strike.
Natasha terus hempas pintu. Menyampah bila dia tengok muka Luqman.
--
Ketika Ali sedang mengangkat barang-barang untuk perniagaan warung tomyamnya, ada sepasang suami isteri bersama bayi kecil berdiri di hadapan warung Ali.
Muka mereka seperti serabut, dan seperti hilang punca pencarian.
Ali perasan pasangan itu berdiri di hadapan kedainya itu, berhenti mengangkat barang.
"Joni, Lias. Kau tolong clearkan barang ni dari lori ni kejap."
"Baik, bro Ali."
Ali berjalan ke arah pasangan suami isteri itu.
"Assalamualaikum, encik. Kami suami isteri, nak minta tolong. Kami seharian tak makan lagi. Kami tak ada rumah lagi."
"Waalaikumsalam. Tak ada rumah? Kenapa?"
"Pihak pemaju Nadi Citra runtuhkan kampung kami, sebab kami ni penyewa je. Kami tak diberikan pampasan pun."
"Astaghfirullah al azim. Mari, duduk."
Ali menjemput kedua pasangan itu untuk duduk.
"Nama encik ni siapa?"
"Nama saya, Ismail. Ismail bin Seman. Ini isteri saya, Hayati."
"Yang anak kecil ni?"
"Azam. Umurnya baru dua bulan."
"Ooohh. Saya ada rumah sewa."
Ismail dan Hayati pandang sesama sendiri.
"Saya baru hilang kerja. Tak mampu nak bayar sewa kawasan macam ni. Kami fikir nak balik kampung sahajalah. Duit kami cukup-cukup tambang."
"Kalau saya bagi kerja, encik sudi?"
Mata Ismail bersinar, kemudian dia memandang isterinya.
"Kerja apa tu?" tanya Ismail.
"Kerja jadi tukang masak di salah satu cawangan warung saya. Tapi kena belajar dulu dengan Mek Habsah, tukang masak saya ni. Saya bagi kerja sebulan RG1,000. Cuti sehari, kerja dari jam empat petang sampai 12 tengah malam. Setuju?"
Ismail mengangguk.
"Kalau isteri saya nak kerja sekali, boleh tak?" tanya Ismail.
"Kalau boleh, tunggulah baby ni besar dulu. Seorang bayi memerlukan kasih sayang ibu," kata Ali.
Ismail memandang kepada Hayati. Hayati akur dan tunduk bersetuju dengan pandangan Ali.
Ali pandang mereka seperti kelaparan.
"Order makanan. Kejap ya, Kecik!"
"Ya, bro Ali!"
"Kau pergi kedai runcit depan tu kejap. Belikan susu tepung bayi untuk dia ni. Beli dua tin."
"Baik, bro Ali."
Ismail menitiskan air matanya.
"Jangan sedih, saudaraku. Kita semua adalah saudara seagama. Saya bantu saudara, saudara bantu saya."
"Terima kasih sebab selamatkan keluarga saya!"
"Bersyukur pada Allah, Ismail. Allah kurniakan rezeki kepada saya, untuk saya agihkan kepada orang yang susah. Mana yang saya mampu, saya bantu, Insya-Allah. Lepas makan ni, ikut saya naik atas flat tu. Saya tunjukkan rumah."
"Terima kasih, tuan. Nama tuan, siapa?"
"Nama saya Ali."
"Ali Chaos?"
"Tak sangka betul nama zaman budak punk dulu sampai sekarang bertahan. Haha!"
"Saya dulu main muzik jugak, tapi gaya-gaya Sweet Charity la."
"Ooo yang tu saya suka juga tu."
Azam dah mula menangis. Mungkin kelaparan.
"Sabar ya, nak. Kejap lagi Abang Kecik sampai, bawa susu."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top