2000 part 4

Piala Asia 2000 dirasmikan dengan meriah oleh Perdana Menteri, Luqman Mohd Nor dalam acara yang gilang gemilang. Gelanggayu dalam group A bersama Iraq, Uzbekistan dan Sri Lanka.

Penyerang sensasi, Azhari Mahmood, yang kini berusia 30 tahun, menjadi kapten pasukan Gelanggayu.

Perlawanan pembukaan menentang Iraq di Stadium Nasional Puncak Jaya begitu meriah sekali, stadium penuh dengan penonton.

Kumpulan OAG mempersembahkan lagu tema kejohanan tersebut, Name Of The Game.

Tetapi dalam suasana meriah kejohanan Piala Asia ini berlangsung, isu stadium terbakar ini dimainkan semula. Seolah-olah setiap kali ada acara besar je, isu ni dinaikkan balik.

Sejak video temubual Datin Seri Adilah itu dimuatnaik dalam website Suara Gelanggayu, timbul kesedaran orang awam bahawa kejadian ini adalah konspirasi orang atasan untuk menutup kejadian ini daripada diketahui kebenarannya.

Datin Seri Adilah berjaya mempengaruhi orang awam mendesak kerajaan agar fail ini dibuka semula, dan disebabkan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Jabbar Noor berjanji agar perkara ini disiasat semula.

--

Azlan

Bila masa pulak Adilah ambik gambar kereta tu? Dia ni memang sengaja nak serang aku ni.

Sejak video temubual dia tu keluar TV, aku jadi tak tenteram. Aku rasa Adilah dah tahu pasal ni, tapi dia mahu main-mainkan aku.

Kau semua takde bukti pun aku yang buat. Kalau aku cakap kereta tu Hafiz yang drive, logik jugak sebab kereta aku tu, masa tu semua orang pun drive. Faiz pun drive, Hafiz pun drive, Din pun drive.

"You nak pergi mana lagi ni?" tanya Mina.
"Temasik," kata aku.

"Nak jumpa Pengetua lagi? Tapi tak nak bawak I? Kenapa? I pun ahli group tu jugak. Hari tu meeting pun you pergi sorang, tak nak pun bawak I. Pengetua dah buang I ke?"

"Takde pulak dia cakap macam tu? Lagipun, daddy sendiri cakap dia nak lay low. Sebab tu Pengetua dah tak panggil daddy and you. Tapi I dah dapat second chance, I kenalah buktikan yang I worth it."

"You cakap betul-betul, you ke Temasik tu, jumpa Pengetua ke, jumpa perempuan lain?" tanya Mina.

"Kenapa you asyik nak tuduh I macam tu, hah?"
"I tanya ni sebab I nak tahu you ni betul ke suami I? Atau you nak gunakan I untuk kepentingan you je?"
"I ada urusan penting kat sana. I takde masa nak berdrama, dan I harap you faham yang Pengetua yang panggil I."

Aku terus keluar dari pintu.

"You ingat sikit, Alan. Masa Pengetua buang you, I yang kutip you balik. Tolong ingat yang tu, ya?"

"I ingat," aku buat tak tau je sambil ikat tali kasut.

Sejak Pengetua dalam buangan ini, hidup aku setiap minggu berulang alik dari Wijayapura ke Temasik. Selalunya, aku pergi dengan Natasha. Tapi sejak dia mengandung ni, susah sikit.

Agak susah sebenarnya aku nak berhubung dengan Natasha, terutamanya sejak dia dah kahwin dengan Perdana Menteri.

Kadang-kadang aku cemburu dengan orang yang boleh bercinta tanpa ada perasaan takut dan sorok-sorok. Kadang-kadang aku rasa macam nak give up je relationship aku dengan Natasha sebab aku penat dengan semua ni.

Tapi Natasha, dia perempuan istimewa untuk aku. Dan sekarang, dia tengah mengandung anak aku.

Disebabkan Natasha dah mengandung, maka aku je lah yang selalu turun ke Temasik seorang diri.

Aku tahu yang mereka ni side Tengku Norman buat masa ni. Hari tu Pengetua beritahu aku.

Sebab dia tahu, Sayap Kuning sedang aktif memburu penentang Tengku Mahkota. Silap-silap dia pun kena nanti.

Shahrizal pun sekarang dah takde keluar statement panas macam dulu. Parti Jujur pun dah macam tone down dan tak melawan macam dulu.

Aku ada terfikir, lebih baik aku duduk kat Temasik je memandangkan kerja aku banyak kat sana berbanding kat Wijayapura.

Lagipun, Natasha tinggal di Kota Warisan sejak Luqman jadi Perdana Menteri. Makin susahlah aku nak jumpa dia.

Mujur ada teknologi macam SMS ni. Tapi dah mesej-mesej, jangan lupa clear inbox, nanti pasangan masing-masing baca nanti.

I really miss you, Nat.

Telefon aku berbunyi. Natasha.

"Alan!"
"Nat!"
"You kat mana?"
"I'm on my way to Temasik."
"I kat Wijayapura, you nak ke Temasik."
"Nak jumpa?"
"Actually, bahaya. Security ketat. But Luqman is in stadium right now, kalau you nak jumpa I, I'm waiting. Remember, we only have like 90 minutes je before he's get back."

90 minit perlawanan bolasepak beraksi, 90 minit rindu untuk mengawan. Lain betul nafsu dia masa dia tengah mengandung ni.

Anyway, apa yang berlaku selepas ni adalah benda yang aku tak pernah fikir aku kena buat.

Aku dan Natasha dalam satu bilik dan tiba-tiba ada security ketuk pintu. Aku terpaksa panjat ke ventilator, dengan Natasha yang pregnant tu tolong pegang kaki aku untuk aku panjat ke ventilator, dalam keadaan aku hanya sempat pakai boxer.

Aku hanya sangkut baju dan seluar aku kat leher dan gigit kasut aku serta bau stokin menusuk ke hidung masa aku sedang merangkak dalam ventilator.

Aku turun ke bilik sebelah, yang aku dah usha, takde orang, dan aku pakai kembali baju dan seluar serta kasut, tapi aku sedar yang pintu bilik ni terkunci.

Aku buka tingkap bilik, kemudian dengan ketinggian 15 tingkat, dari balkoni bilik sebelah, aku melompat kembali ke bilik Natasha.

Mujur hotel ni ada balkoni. Kalau takde, memang payah sikit. Tapi melompat tu antara yang kalau aku silap sikit, aku dah almarhum.

But this is what you have to do, when you shagged the Prime Minister's wife.

"You! You dah gila ke?" kata Natasha bila dia nampak aku kat balkoni hotel dia.
"My name is Azlan. Azlan Muhammad Niat."

Natasha ketawa. Lekas dia buka pintu melihat segalanya clear. Tadi security check bilik dia, sebab dia dengar ada bunyi bising dari bilik Natasha.

"Call me when you're free ya, Nat?"
"Okay, Alan. I love you."
"I love you too."

Selepas aksi death-defying dengan melompat dari balkoni ke balkoni setinggi 15 tingkat, aku kembali tenang menuju ke lif dan ke kereta, kemudian sikat rambut, dan aku buka radio je, lagu Limp Bizkit Take A Look Around berkumandang. Lagu terbaru untuk filem Mission Impossible.

Aku capai Rayban Aviator aku, dan meneruskan pemanduan dari Wijayapura ke Temasik.

--

Aku tiba di rumah Jacob Chong dengan keadaan Pengetua sedang bermain ping pong dengan Jacob Chong.

"Azlan, lambat sampai?"
"Kat border tadi, kastam entah check apa entah."

Pengetua faham. Sejak hidup dalam buangan ni agak susah sikit untuk adakan meeting. Lagi pulak bila Natasha dah pregnant, Tengku Ariffin nak lay low, Shahrizal dah start chickened out, Rahizan dalam jail, jadi kepada aku sahajalah dia berharap.

"Azlan, nampaknya Adilah betul-betul mahu menyerang kau. Aku dah tengok video tu, dan siapa yang kenal kau, mesti tahu tu kereta kau. Tapi, mujur Ken ada senjata untuk balas balik."
"Senjata?"
"Ken?"
"Ya, Jeneral."
"Tell us more about DOS."

--

"DoS attack is a cyber-attack in which the perpetrator seeks to make a machine or network resource unavailable to its intended users by temporarily or indefinitely disrupting services of a host connected to the Internet. Denial of service is typically accomplished by flooding the targeted machine or resource with superfluous requests in an attempt to overload systems and prevent some or all legitimate requests from being fulfilled."

"Can you tell us in more simplest term?" kata aku.

"We can make their pages dysfunctional, like this," Ken tekan keyboard dan terus menyerang laman web Suara Gelanggayu.

"Okay, cuba you buka page Suara Gelanggayu?"

Aku senyum bila ia tertulis "Page cannot be found."

Ken, you're fvcking genius!

--

"Koibito, apa dah jadi dengan page saya ni? Dah tiba-tiba cannot find page ni?" Adilah tergaru-garu depan komputer.

"Kejap," Hafiz sedang menyuapkan makanan pada kedua anaknya.

"Cuba tengok ni?" kata Adilah.

Hafiz tengok ia tertulis 'Page cannot be found'.

Dia tengok internet masih lagi okay, tak disconnected.

"Hmm, ini DoS attack ni. Somebody attacked your website."
"Attack website saya? How's that possible?"
"Biasa je ni, sayang. Saya pun biasa buat benda ni. You pergi bagi Alif dengan Mili makan dulu, biar I settlekan ni."

Hafiz terus trace balik dari mana source serangan DoS tadi, dan mendapati serangan tersebut datang dari Temasik.

"Kanojo..."
"Macam mana?"
"Saya masih belum dapat settlekan masalah page awak ni, tapi satu perkara saya dah dapat buat. Saya dah tahu serangan ni dari mana."
"Dari mana?"

Hafiz taip coding sebelum menunjukkan IP address botnet tersebut datang dari Temasik.

"Nampaknya geng dorang dah ada IT tech sekarang, impressive," kata Hafiz.
"Habis tu, kita nak buat apa ni?"
"Satu hari ni, kita tak boleh buat apa. Biar saya upgrade firewall, lepas tu awak dah boleh dapat website awak balik. Walaupun bijak serangan ni, tapi dia bodoh sebab mendedahkan kedudukan dorang. At least pakailah geo-blocking," Hafiz tergelak.
"Awak gelak? Kita punya website kena attack ni."
"Sebab kita pun selalu serang komputer orang, maka orang lain pun akan serang kita juga."
"Macam mana nak buat ni? Awak nak serang balik ke dia?"
"Tak, lepas kita pulihkan balik webpage awak, saya akan cuba dapatkan detail penyerang ni. Dan dari situ barulah kita boleh fikirkan apa tindakan seterusnya. Awak ada fail backup kan?"
"Ada, awak selalu pesan, backup file."
"Sekarang, gunakan Geocities lama awak, dan guna akaun tu sementara saya nak siapkan benda ni. Okay?"

Adilah rasa lega sebab Hafiz tahu apa yang nak dibuatnya.

"Dah, pergi bagi makan kat Alif dan Mili tu. Saya nak upgrade firewall kita ni."
"Baik, koibito."

--

Azlan

"I sengaja tak pakai geo-blocking, sebab kalau Hafiz tahu siapa yang attack, dia akan terdiam," kata Ken.
"Kenapa?" tanya aku.
"You tak tahu ke I ni pernah jadi classmate dia? He was part of our hacking club back in 1979."
"1979? Dude, gila advance Hafiz ni?"
"Not really. Dalam Asia ni, ada few people je. Dia tak masuk pun ranking tu. Tapi his friend, Hanis masuk. She was the only girl inside that best rank. Too bad she died sebab terbakar."
"You know about that story?"
"Of course I know. Hanis tu dulu salah seorang recruitment Jeneral Yahya."

--

"Makin melampau Azlan tu, ibu!" Mina menangis kat sebelah Faridah. Merlina pandang je Mina yang sedang tercengeng sambil makan potato chips sour cream and onion.

"Macam cerita La Usurpadora la pulak," kata Merlina.

"Aku rasa aku kena slow talk juga dengan Azlan ni. Tak boleh la sampai buat Mina macam ni," kata Faridah.

"Dia macam tak peduli langsung perasaan saya! Ibu, tolonglah nasihatkan Alan tu. Saya sayangkan dia!"

"Kak Mina, boleh saya cakap something tak? Kalau saya cakap ni, harap diampunlah. Janganlah pancung kepala saya pulak," kata Merlina.

Mina pandang Merlina.

"Akak tau tak kenapa dia berperangai macam tu?" tanya Merlina sambil kunyah potato chips sour cream and onion.
"Dia ada skandal dengan perempuan Natasha tu! Dasar perempuan jalang! Dah kahwin dengan Luqman pun nak cari Azlan jugak!"
"Tau tak kenapa dia cari Azlan? Dan kenapa Azlan cari dia?"
"Sebab dulu dorang couple!"
"Dulu couple, lepas tu break, lepas tu couple balik. Mesti ada sesuatu pada Nat yang Kak Mina takde," kata Merlina.
"Apa dia?"
"Azlan ni suka perempuan strong character. Natasha tu, sepanjang yang saya kenal la, tak strong pun. Akak lagi strong. Tapi, sebab Natasha suka appear to be strong. Perjuangkan hak wanita. Perjuangkan hak orang miskin. Dia kalau berdebat, memang kencang. Tapi kalau datang cengeng dia, teruk jugak."
"Jadi, apa perlu akak buat?"
"Akak, akak tu keluarga al-Daulah. Bukan biasa-biasa. Tu je dah trump card akak dah. Tapi akak kena pandai main. Marah-marah macam tu tak membuahkan hasil apa pun."

Faridah pandang je Merlina.

"Nak buat macam mana, Mer?" tanya Faridah.

"Tunggu dia balik dari Temasek. Goda dia."
"Macam mana?" tanya Mina.

Merlina bawa keluar satu balang cendawan yang dia beli dari Mauritius.

"Mana kau dapat cendawan psychedelic ni?" tanya Faridah.
"Mauritius hari tu lah. So, bila dia tengah trip tu, have sex with him. Make sure you're pregnant."

"Macam mana tu?" tanya Mina.
"Know your ovulation period. Pilih dalam dua tiga hari time subur akak. Makan banyak folic acid, macam kacang, sayur bayam, kacang soya. Lepas tu sebelum berjimak tu, pakai perfume Thomas Mugler..."

"Hey...macam mana Mer..."
"Ikut je cakap saya. Makan pil estrogen."

"Okay, kalau akak pregnant, then?"
"Dia dah mengandungkan puteri keluarga al-Daulah. Kalau Tengku Norman tahu, mampus dia nanti."

"Eh kau ni, jangan la kasi mampos anak aku, Mer."
"Sebab tu kena bijak, Kak Mina. You have power, but don't know how to use it. Akak kena smart."
"Mana Mer tau petua nak pregnant ni semua? Mer pernah pregnant ke apa?" tanya Mina.
"Hish! Saya buat benda tu pun tak pernah. Saya ni jenis jaga solat walaupun freehair. Gila ke apa nak buat benda macam tu."
"Kimi tak pernah ajak kau ke?" tanya Faridah.
"Hish! Kalau dia ajak pun saya tak nak. Ingat saya ni murah ke? Tolong sikit."
"Tapi macam mana Mer tau benda macam ni?"
"WebMD kat internet kan ada. Yahoo je lah! Apa susah sangat," Merlina geleng kepala sambil kembali menghadap komputer.

"Bijaklah Merlina ni, ibu."
"See the leg la, siapa tok guru dia," Faridah tersenyum.

--

"Amboi, dah sampai tiga lori treler kau ada ni, Ali. Lain macam betul kau ni," kata Faridah sambil cekak pinggang dan pegang payung memandang koleksi terbaru aset-aset perniagaan Ali.
"Eh, lain macam je ni, Aunty Idah? Aunty kan tok guru bisnes saya," kata Ali.
"Senang hati aku bila kau dah ada business ni, Ali. Senang sikit aku nak tolong si Aziz tu. Kalau Aziz control supply makanan, kau control supply chain, Azlan pun senang naik."
"Tapikan aunty, kalau ada Perdana Menteri kaki snot kokain, main game 24 jam, lepas tu kena buli dengan Jimmy je, macam mana negara kita nak aman?"
"Biarkan Jimmy buat move dia. Satu hari nanti, dia mesti akan terlajak punya."

Ali dan Faridah berjalan menuju ke gudang yang dahulunya milik kroni Datuk Rahizan, kini Ali membelinya.

"Lepas ni, pilihanraya kan? Azlan bertanding ke?" tanya Ali sambil light rokok Gudang Gula dari Majapahit.

"Mestilah. Tapi sekarang ni, aku kesian la dengan Mina tu. Selalu dia makan hati dengan perangai Azlan tu."
"Aunty pun tahu kan, dari sekolah lagi dorang tu bercinta. Inilah masalahnya bila perkahwinan diatur-atur. Azlan tu kahwin dengan Mina tu pun, tak rela."
"Tapi ini untuk kebaikan dia juga. Kalau dia tak kahwin dengan keluarga al-Daulah, dah lama dia lunyai digasak Sayap Kuning."

Ali masuk ke dalam pejabatnya. Ali rekabentuk pejabatnya gaya pejabat WWF. Ada poster Stone Cold, Mick Foley dan DX terpampang di pejabatnya.

"Kau ni buat pejabat, buatlah rupa pejabat. Ni dah macam tempat lepak janitor je."
"Macam ni la office WWF kalau kat SmackDown tu, aunty."
"Smackdown hotak kau. Tak semenggah betul. Aku bagi duit lebih, bukannya nak buat office betul-betul."
"Alah, buat apa nak buat office mahal-mahal, aunty. Asalkan ada komputer, ada meja, ada kerusi, okay dah ni."
"Tak faham aku budak-budak zaman sekarang ni, minimalis betul."

Ali duduk di kerusinya, sambil tuangkan air sirap yang disediakan oleh Dayah.

"Ali, aunty ada lubang baik bisnes underground kau."
"Apa dia?" tanya Ali.
"Kau kenal tak, budak aku, Merlina?"
"Yang rock and roll macam Alanis Morrisette tu ke?"
"Haaa, ye la tu. Dia ada beli tanah kat Suvarnabhumi, dia tanam ketum."

Tersembur air sirap gaya wrestler WWF bernama Gangrel.

"Kau jampi serapah apa ni, setan? Main sembur-sembur sirap!" jerit Faridah.
"Budak tu beli tanah tanam ketum? Berapa pulak dia kawtim dengan jeneral kat situ?"
"Benda small matter. Aku pakai kabel Yahya je."

Ali geleng kepala, kemudian ketawa.

"Kau nak tak?"
"Tapi ikut mana? Kalau ikut Bukit Kayu Putih, tak nak la. Selalu ada operasi."
"Ikut Melaut la. Gabenor Parti Nasionalis ni, Hamzah Saad. Anak dia nama Amir, kawan kau kan?"
"Amir? Dulu dia satu dorm kat Sungai Banol dengan saya."
"Kau seludup ketum ikut jalan laut la. Situ polis maritim tak berapa ketat sangat."
"Tau, saya lolos ikut situ la."
"Haaa, pandai pun. So, kau on ek?"
"Aunty punya pasal, takde hal lah."

Faridah terus capai telefon bimbit Ericsson seperti Jalaluddin Hassan Who Wants To Be A Millionaire.

"Wei, Mer! Ali kata dia on. Kau nak bagi cutting dia berapa? 70-30?"

Faridah pandang Ali. Ali mengangguk.

"Okay, dia on. Duit ni nanti kau simpan kat bank Australia kau ya? Okay, bye."

Faridah salam Ali.

"Deal!"
"Nanti saya tanya Kecik. Cikkkk!"

Kecik datang ke arah Ali.

"Ada apa, bro Ali?"
"Nanti kau contact Lil Faysh. Aku bagi dia business seludup tebu pahit.  70-30."
"Baik, bro Ali. Kalau bagi dia 25, boleh?"
"Kau nak makan 5?"
"Boleh la."
"Ha, kau bukak kat dia 25. Ni market ketum ni demand tengah naik ni."

Faridah geleng-geleng kepala.

"Patut la anak buah kau setia dengan kau."
"Benda banyak bahagi sama. Benda sikit pun bahagi sikit. Makan sorang nanti takde sape nak kawan dengan kita," kata Ali berdekah-dekah ketawa.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top