2000 part 2

Hafiz

"Fiz, kau nak tau tak, asal-usul nama Nicaragua ni?" tanya Jimmy pada aku.  Aku layan je lah mamat ni.
"Entah?"
"Satu hari, ada pengembara sampai ke Amerika Latin, dan merasa pelik tengok orang makan roti canai cicah sup. Orang lain semua cicah kari ke dal, dia cicah sup. Lepas tu bila pemakan roti canai tu rasa panas hati semua orang usha dia, dia pun cakap, 'pahal, ni cara gua makan roti canai. Ni cara gua! Ni cara gua!"
"Sudahlah Jimmy, lawak ni kau rembat kat Komik Bujang," aku geleng kepala.

Perjalanan dari Managua, ibu negara Nicaragua ke Granada, tempat si Jimmy ni nak pergi, ialah bertujuan untuk bertemu dengan ahli parlimen Nicaragua yang korup bernama Alfonso Sanchez.

Tujuannya ialah untuk membangunkan projek ladang kopinya di Nicaragua untuk dia menjadi dominan dengan pasaran kopi di Gelanggayu.

Tour GITRADE kali ini memang ke kawasan Amerika Tengah, seperti di Nicaragua, Guatemala, Belize, Mexico dan Honduras. Lepas tu aku nak ke Barbados untuk melawat rumah aku kat sana.

Ingat tak masa aku honeymoon dengan Dila, yang kitorang bawak Luqman dan Natasha? Aku beli rumah tu untuk percutian aku dan keluarga.

Sebab lepas ni aku akan kerap ke Amerika, terutamanya Texas sebab aku dah mula berminat untuk menceburi sektor tenaga.

Walaupun Petrogayu pemegang saham terbesar masih lagi keluarga al-Daulah, aku sekarang pun dah pegang share 20 percent, dan aku nak join venture dengan seorang businessman dari Texas bernama Walter Johnson.

Aku juga diminta menderma sikitlah kepada calon Republikan yang akan bertanding dalam pilihanraya Amerika Syarikat tahun ni, George W. Bush. Bush ni anak kepada George Bush yang serang Iraq masa tahun 1991 dulu.

Aku suka calon Republikan ni, dorang tak meleter sangat hal-hal demokrasi macam Demokrat ni. Asal kau bawak investment, masuk je, takde hal.

Setakat donation $100,000 apalah sangat. Mana tahu kalau dia menang kat White House, sedap sikit dapat kabel Amerika.

Anyway, donate kepada calon parti politik ni macam kau berjudi la jugak. Kau letak calon ni sikit, calon tu sikit duit. Then kau tengok siapa menang.

Tengku Mahkota tak suka Al Gore. Ucapan dia yang kat mesyuarat APEC tu memang kurang ajar dan tak sensitif.

"People's Power, doi moi, Revolusi Nasional".

Ucapan dia seolah-olah menyokong gerakan Datuk Rahizan.

Tapi aku letaklah juga duit kat Al Gore kalau-kalau dia menang. Tapi tak banyak pun, $15,000 je. Malas lah donate kat Demokrat, dorang kan ada George Soros.

Jadi, untuk aku melabur di sektor tenaga, terutamanya petroleum ni, aku perlu jual saham aku dalam FizzyTech.

Aku ada 25 juta unit saham dalam FizzyTech iaitu 40%, Jimmy pun 40%. Shaheed dari Pakistan letak sikit, begitu juga syarikat Beeline dari Rusia beli syer ni, selain ada stok awam yang diperdagangkan di Bursa Saham Wijayapura.

25 juta darab, jap, hari ni berapa saham FizzyTech? RG38.40 untuk satu saham. Jap, aku ambik kalkulator.

Kalau aku jual semua, aku dapat RG960 juta. Atau 252 juta US dollar. Aku perlukan $100 juta dolar je kat sini. Tapi, tapi...

Apa kata aku mintak je Uncle Norm invest kat sini. Kalau George W Bush menang jadi Presiden Amerika, Texas akan ada pilihanraya Gabenor.

Jadi aku mula memantau calon mana Republikan akan pilih ni. So far, aku berminat dengan Rick Perry ni.

Aku split 50-50 dengan dia, then aku still ada $152 juta dolar.

Saham aku mencanak naik lepas Y2K, tapi masih naik, cuma dah makin slow.

Aku percaya pada business cycle ni selalunya 7 tahun. Aku dah dengan FizzyTech sejak 1994 lagi. Jadi, tahun depan aku jangkakan akan jatuh.

At least aku ada saham-saham aku yang lain lagi.

Sebab aku percaya, lagi setahun dua ni, harga tech companies akan bust. Jadi, sebelum saham-saham aku ni jadi tahap kertas sampah, baik aku jual cepat sementara panas lagi ni.

Balik Gelanggayu banyak benda kena buat lagi ni. Aku harap budak tu jangan asyik main game je kat office. Memang aku pedigree juga budak ni atas PlayStation dia karang kalau tak siap kerja yang aku suruh buat itu hari.

--

Natasha merenung sahaja tingkap biliknya selepas dia sudah diakadnikahkan dengan Luqman sebentar tadi. Inai di jarinya merah menyala, begitu juga luka di dalam hatinya.

Dia tahu, kenangan di Mauritius bersama Azlan tu mungkin yang terakhir sebab lepas ni akan susahlah nak berjumpa, memandangkan dia sudah menjadi isteri Perdana Menteri.

Orang lain gembira bila berkahwin, macam Adilah dan Hafiz, atau Ali dan Hidayah, tapi Natasha langsung tak happy.

Dia mula terasa loya, dan pening kepala. Lepas tu dia check jadual haidnya.

Dia kira hari, dan disebabkan trip ke Mauritius dan kemudian sibuk dengan meeting di Temasik bersama Pengetua, baru dia sedar dah dua minggu dia dah lari daripada period.

Tapi dia baru je nikah ni dengan Luqman dan dia belum buat apa-apa pun.

"Holy shit," Natasha menggigit jari, takut perkara yang paling ditakuti berlaku.

Dia mundar-mandir dalam keadaan resah. Dia rasa tak sedap badan dan tak sedap hati.

Lalu apabila Luqman masuk bilik je, dia terus je 'on' dengan Luqman. Bukan sebab dia horny, tapi dia nak cover keadaan.

Dia rasa kejadian di Mauritius tu, Alan berkali-kali lepas dalam. Dan dia tak makan pil perancang atau pakai apa-apa safety.

"Wow, you're the best!"

Natasha pakai baju kembali, kemudian terus letak jari bentuk huruf 'L' pada dahinya ke arah Luqman.

"See, L for Luqman!" Luqman berbangga kerana dapat selesaikan urusan batin tadi dalam masa 2 minit sahaja.

--

Natasha terus keluar ke rumah, dan telefon Azlan.

"Alan?"
"Yup, Nat."
"Err, you busy ke tak?"
"I tengah buat coffee untuk Mina, what's up?"
"Alan, since Mauritius, I belum lagi period."
"Are you kidding me?"
"You ingat I nak bergurau ke pasal ni?"

Azlan dah gugup.

"Alan, kalau I pregnant, should I abort this baby?"
"No, no. Abortion at your age will jeopardize your life."
"I takut Damian tahu je. Luq tu bodoh, takde masalah. I tak nak company ayah I jatuh ke tangan dia."
"You tak boleh withdraw ke share tu?"
"No, sebab dia dah gabungkan. Dan mesti dorang akan attack I."
"Nat, kejap lagi I call you, boleh tak? Mina panggil I."
"Okay, Alan. I love you."
"I love you too."

--

Azlan

Bang Iz memanggil semua kepala kawasan geng Gagak Merah untuk bermesyuarat di pelabuhan.

Bang Iz mahu menamatkan perdamaian dengan Diamond Hijau, once and for all.

Sejak Datuk Rahizan dipenjarakan, geng Diamond Hijau seolah-olah dalam keberantakan dan tidak ada hala tuju. Geng berpecah dan bergaduh sesama sendiri.

"Ali, apa yang kau tau pasal geng Diamond Hijau sejak dua menjak ni?" tanya Bang Iz.

"Diamond Hijau, apa yang saya tengok ni, Bang Iz, berpecah lima. Satu side nak setia dengan Datuk Rahizan, lagi empat masing-masing berebut jadi ketua. Ada yang blah join Gagak Merah, ada yang insaf cuci tangan. Yang blah ni sebab malu, dapat ketua geng, ingat power la sangat, sekali arbok!"

Berderai ketawa satu geng bila Ali buat lawak homofobik.

"Bayangkan la, kau punyalah gerun dengan ketua kongsi kau, sekali tau-tau ketua kau, gay! Korang semua tengok kan cerita Pulp Fiction, yang ketua gangster kena liwat, malu dan nak Bruce Willis rahsiakan tu? Dalam arena gangster ni, siapa nak ikut cakap gay! Hahahaha!"
"Kasi toron Diamond Hijau!" jerit Kecik.
"Yeah, kasi toron!"
"Macam ni, Bang Iz. Saya akan sediakan budak-budak kita. Kita gempur, satu-satu kita tawan!"
"Steady la bro Ali!"
"Kita tamatkan riwayat Diamond Hijau kat atas bumi ni!"
"Yeaaaaahhhh!"
"Ali! Ali! Ali!"

Bang Iz senyum, tapi aku tak. Aku tahu apa yang berlaku. Orang bawah semua setia pada Ali, bukan Bang Iz.

"Kecik, malam ni, aku nak kau persiapkan geng kita, attack geng Diamond Hijau kat kawasan pasar lama. Taktik kita simple. Guna rempit. Motor rempit ni boleh masuk celah-celah."
"Faham, bro Ali! Aku nak, malam ni kita kepung pasar lama. Situ lubuk duit dorang," kata Kecik.
"Faham bro Kecik!"
"Kalau camtu, semoga maju jaya semua ya, ha ha ha!" Bang Iz gerak keluar dari bangunan bersama adiknya, Bang Az.
"Ali, kau turun ke?"
"Aku tengok je, Lan. Aku sekarang dah level atas dah. Kalau tentera, aku dah level kolonel dah. Dah takde lagi dah nak tembak-tembak ni. Aku duduk tepi je la. Jom join, kita tengok Perang Rempit Pertama!" kata Ali.

"Kenapa pertama?"
"Sebab ini bukan kali yang terakhir," kata Ali, sambil rilek hisap rokok gulung.

--

200 buah motorsikal kapcai EX5 sudah menunggu di depan pasar lama, dengan senjata seperti kayu, kapak, besi, pedang samurai, parang dan botol molotov cocktail.

Dari simpang kiri jalan, geng Diamond Hijau sedang dalam keadaan leka bermain pakau, tanpa menyedari mereka bakal diserang Gagak Merah.

"Serang!" kata Kecik sambil angkat pedang samurai menjulang ke atas di atas motor EX5nya.

"Kau nampak, power betul Kecik bila dia buat gitu. Dia tiru aku la tu, dulu aku selalu buat macam tu. Macam jeneral perang zaman tok kaduk dulu," kata Ali yang dok melepak tepi kat restoran mamak sambil minum kopi o dengan roti bakar dengan aku.

Deruan motor EX5, RXZ, 125ZR dan beberapa skuad scooter pun join menyerang kubu dan lubuk duit Diamond Hijau, iaitu pasar lama.

Polis Wijayapura seolah-olah tak bertindak apa-apa, sebab lepas Luqman letak jawatan, jawatan Gabenor dipangku oleh Sahari, orang kuat Bang Iz.

Sahari ni dulu kerja dengan aku masa aku setpol Bang Iz masa kat Kementerian Infrastruktur dan Komunikasi ni.

Dah kalau Gabenor Wijayapura pun gangster Gagak Merah, makin berleluasalah Gagak Merah menyerang Diamond Hijau yang sedang kekalutan tanpa leadership Datuk Rahizan.

"Diamond Hijau geng arbok, bakar, bakaaaaarrrr!" kata Kecik sambil mengarahkan skuad petrol membakar pasar lama dengan membaling molotov cocktail ke arah bangunan tersebut.

"Amacam, best tak tengok perang?" kata Ali.

Aku melihat api menjulang-julang di pasar lama tu.

"Apa ada hal, nanti Sahari bina la pasar yang baru. Tapi lepas tu kita la pegang kawasan pasar ni. Benda simple," kata Ali.

Aku pulak traumatik bila tengok bangunan terbakar ni.

--

Faridah dan Mina berbual dua orang di restoran D'Tandoor tentang perkembangan politik semasa.

"Ibu rasa macam mana sekarang ni?"
"Macam mana sekalipun kau biar je Pengetua buat move. Dia akan suruh Natasha selitkan Azlan dalam kabinet."
"Benci betul la keadaan macam ni!"
"Kau jangan ikut emosi, boleh tak? Kalau macam ni, susahlah nak selitkan dia dalam tu. Ini untuk kepentingan kau dan dia jugak."
"Ibu sanggup kalau arwah suami ibu ni playboy?"
"Aku dah tengok dia lama dah zaman playboy dia. Cuma lepas dia kahwin tu, dia tak berminat dengan politik. Kes Azlan ni lain. Kau jangan samakan arwah suami aku dengan situasi anak aku."

Mina terdiam.

"Ibu tau tak, dia pergi Mauritius dengan perempuan tu?"
"Tau."
"Ibu, macam mana ni?"
"Kau kena sabar, Mina. Sekarang ni, aku nampak yang Datuk Seri Azmi bakal keluar dari Parti Persekutuan, dan tubuhkan parti baru. Luqman akan jatuh kalau dibiarkan."
"Ish, Datuk Seri Azmi kan sebelah pihak Tengku Norman?"
"Muda sangat kau nak faham ni, Mina. Dia tu main dua kolam. Dia dulu singkirkan Datuk Imad gunakan Rahizan. Datuk Imad tu orang Tengku Norman."
"Betul tu, betul tu," kata Mina sambil menghirup air.
"Lepas tu bila Rahizan nak potong dia, dia gunakan Luqman, yang dah kena pegang tengkuknya dengan Jimmy dan Hafiz. Aku tak sangka betul Hafiz jadi macam tu. Aku yakin dia buat macam ni sebab dia berdendam dengan Azlan."
"Dia tak tau yang Dila yang santet Azlan."
"Hafiz ni macam bapak dia. Bijak, tapi kena tang perempuan, jadi dungu."
"Macam Azlan la! Sibuk je keluar dengan perempuan lain!"
"Sekarang ni kau anggap je la Azlan tu macam James Bond. Dia ada misi untuk placing diri dia. Sekarang, apa yang aku nak kau atau Tengku Ariffin buat, ialah kawtimkan Shahrizal untuk masuk dalam kem Luqman. Dengan itu, Azmi akan kalah dalam PRU kali ini, bersara, makan pencen. Aku akan cuba pujuk Daniel untuk ini. Dia sekarang ahli majlis tertinggi parti Jujur. Azlan akan masuk politik bila parti baru akan ditubuhkan."
"Ibu rasa cara ni berjaya ke?"
"Akan berjaya bila Luqman sebut nama Azlan dalam menteri kabinet."
"Kalau takde?"
"I will make it there."
"Macam mana?"
"Kau kena tahu yang Daniel akan tarik faction dia, collapsed jugak. Jadi Natasha tahu benda ni. Dia mesti akan masukkan Azlan dalam kabinet."

--

Faridah pulang ke pejabat, dan nampak Merlina sedang membelek-belek design logo lama.

"Aunty Idah, parti Kongmegayu ni parti apa? Saya jumpa gambar logo parti ni."
"Parti pertama orang Melayu Gelanggayu. Tahun 1923 diasaskan. Lepas tu arwah pakcik aku, arwah Tun Iskandar yang rebrand jadi parti Persekutuan."
"Apasal dorang pakai logo kuda?"
"Alah, zaman dulu. Mana ada terfikir nak cipta logo. Kau tengok, Kopi Cap Burung, lukis gambar burung je, dah. Dia letak gambar kuda sebab senang nak ingat. Orang zaman dulu pemikirannya simple je, tak kompleks macam kau ni, Mer."
"Mer ingat Mer nak cipta logo parti dorang la kalau ada kabel."
"Kau nak cipta logo parti?"

Merlina mengangguk.

"Kau buat logo Parti Nasionalis."
"Parti siapa tu?"
"Kau buat je, lepas tu pandai-pandai aku naikkan logo parti kau ni."
"Macam mana?"
"Kau tunggu je nanti aku bagi arahan."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top