2000 part 13

Azlan

"You nak bawak I pergi mana ni?" aku tanya Mina.
"Jangan banyak tanya la. Ikut je I," kata Mina yang mengarahkan pemandu aku memandu ke pusat bandaraya.

Aku tiba di Menara Berkembar Petrogayu, dan Mina memegang tangan aku menuju ke lif.

Aku dibawa ke tingkat 63, dan aku disambut oleh ibu, Merlina, ayah Merlina iaitu Pak Hashim, dan Tengku Ariffin.

"Office siapa ni? Office ni untuk apa?" tanya aku.
"Office aku, Lan. Office ni tempat untuk storage database yang aku ada. Basically company ni akan kumpulkan segala maklumat tentang base pengundi kau," kata Merlina.

"Hah? Maklumat macam mana tu?"
"Semua benda. Dari pandangan politik, ke apa jenama berus gigi yang dia pakai. Basically company ni akan generate income dari syarikat-syarikat korporat juga. So, kalau kau nak buat advertising, benda ni adalah benda paling penting."
"Siapa fund kau?" tanya aku.
"Aku pegang biggest share kat sini, 37%. Kak Mina, ayah dia dan Wijaya TV 30%, dan anak Jacob Chong, Kenneth pegang 23%. Lagi 10% ialah seorang putera raja dari Dubai."

Lain macam je modus operandi si Merlina ni.

"So, ini adalah semua maklumat demografi penyokong kau. Daripada event kat X-Games tu, aku dapat maklum balas dari ramai pengumpul-pengumpul data yang aku bayar, untuk dapatkan semua maklumat untuk kau. Kau tau tak, kalau kau nak benda ni, kau kena bayar aku at least $US 2 juta. Sebab bukan senang aku nak storage semua data-data ni."

"Ish, aku ahli parlimen dengan menteri. Menteri pun menteri belia..."

"Modal ni semua kau toksah pening. Aku ada projek tepi jugak. Macam sekarang, company aku tengah nak buat marketing untuk promosi Dubai sebagai destinasi pelancongan dan perdagangan. They pay this company millions of dollars untuk aku promote di kawasan Asia Pasifik. Tentang networking tu, Kenneth akan suruh orang-orang dia buat. Dan Kenneth jugak akan in-charge hal IT. Jadi, kalau Suara Gelanggayu tu kurang ajar sangat, anytime je Kenneth boleh hancurkan server dia."

Gila babi budak Merlina ni. Macam mana dia boleh buat semua benda macam ni?

"Kau ada office kat sini, Lan. Tapi kau bukan board of directors. Jadi kalau apa-apa benda yang kami buat, kau tak perlu tahu. Kau cuma dapat hasilnya nanti," kata Merlina yang duduk di kerusi CEO bersilang kaki.

Kemudian aku belek-belek semua laporan data yang aku dapat dari Merlina.

Antara isu-isu yang sering dibangkitkan oleh golongan muda ialah isu pengangguran, isu rasuah, dan isu buli di sekolah.

Jadi sebagai seorang menteri belia dan sukan, aku ambil maklum tentang perkara yang menjadi keresahan kepada golongan muda yang digelar Gen Y ini.

"Dengan database ni, kau boleh tahu target demografi yang kau nak, untuk kau dapat tarik perhatian kau. Apa makanan yang paling mereka suka, apa jenama pakaian yang mereka gemar, muzik yang mereka minat. Dan yang paling penting, apa kecenderungan politik mereka untuk kau dapatkan perhatian mereka. Dan bila kau fokus kepada mereka, mereka akan beri undi kepada kau."
"Macam mana tu?" tanya aku.

"Kau menteri belia dan sukan, Azlan. Masa kat X-Games hari tu, apa muzik yang paling popular?" tanya Merlina.
"Hip-hop, rock, techno."
"Tengok data tu, Azlan. Jangan tengok muka aku cakap dengan yakin tapi kau tak tau apa kau cakap."

Aku belek kertas yang diberikan. Ada senarai-senarai data-data dengan carta pai, graf, dan carta palang yang dia berikan kepada aku.

"Enimem?"

Merlina buat muka menyampah pandang aku.

"Eminem, Lan. Tapi tak boleh bawa dia ke sini. Too much profanity. Nanti orang tua marah. Selain tu?"
"Britney Spears?"
"Terlalu seksi. Golongan konservatif akan marah."
"Linkin Park?"
"Yes, band ni popular. Jadi kalau kau nak tarik anak muda sokong kau, kau kena bawak dorang ke Gelanggayu. Bila dorang besar nanti, dorang akan ingat nama kau dan dorang akan sokong kau."
"Wow, siapa ajar kau macam ni?"

Merlina cuma senyum, dan letakkan lagi fail ke meja.

Telefon aku berbunyi.

"Hello? Aunty Kathy. Ada apa ya? Apa? Jessica masuk hospital?"

--

Adilah

Nampaknya Azlan berjaya tepis serangan aku. Melalui Hafiz, aku upah penyokong-penyokong bolasepak tu untuk memalukan Azlan.

Tapi dalam masa dua minggu, Azlan kembali popular. Dia buat X-Games, golongan belia pun suka dia, dan golongan ibu bapa pun suka dia.

Jadi aku berpakat dengan Cindy, yang kini menjadi pengacara TV Feminis di TV Angkasa.

Disebabkan sekarang Natasha adalah First Lady, dan Natasha suka topik-topik kewanitaan ni, maka aku akan main isu feminis ini untuk melobi Natasha untuk berada di pihak aku.

Lagipun mereka berdua akan bersimpati dengan aku dan bila isu rogol dibangkitkan, sekaligus orang akan kaitkan dengan si bedebah tu.

Aku akan cuba jatuhkan dia, walaupun aku dengar-dengar, dia ni dapat backup dari Tengku Norman. Aku tau ni sebab ada beberapa ahli Sayap Kuning yang melaporkan ini pada aku.

Sebab Mina tu anak buah kesayangan Tengku Norman. Jadi aku perlu lakukan sesuatu supaya Mina bergaduh dengan Azlan.

Dan perkara tu aku telah selesaikan dengan video percutian Azlan dan Natasha di Mauritius yang dirakam oleh anak saudara aku, Kimi.

Aku ada pelbagai lagi cara untuk halang dia dari mencapai kuasa. Punca kuasa Azlan adalah datang dari Mina. Maka Azlan dan Mina tu aku harus putuskan.

Lagipun hati aku takkan senang bila bekas adik angkat yang aku jaga masa kat sekolah dulu mengkhianati aku sendiri.

--

Faridah, bersama Tengku Ariffin, Mina, Merlina, Fazrul, Shahrizal dan Ali tiba di rumah arwah ayahnya, bekas Gabenor Bank Negara, Ismail Ali.

Kelihatan rumah bekas Jeneral Yahya yang dibiarkan sejak tahun lalu, yang dibakar Sayap Kuning, seperti sudah mereput. Pokok-pokok di rumahnya mulai melayu. Lalang sudah tinggi.

Ali merenung rumah itu yang dalam keadaan yang semakin usang dan terbiar.

"Ali, mari masuk."

"Jemput duduk, Ali," kata Faridah.

Ali terpinga-pinga sebab semua orang dekat sini dia tak kenal. Ada mesyuarat apa pulak ni.

"Ali tunggu sini dulu, aunty ada benda nak cakap dengan Ali lepas ni. Bagi kami meeting kejap."

Ali mengangguk sahaja, sambil diletakkan secawan teh.

--

"Daniel tak ada sebab dia tengok anak dia kat hospital. Dia kirim salam kat aunty," kata Shahrizal.
"Jessica sakit pasal apa?"
"Depression. Kat sekolah kena buli. Budak zaman sekarang ni, lemah," kata Shahrizal.

Merlina menjeling tajam kepada Shahrizal yang berpangkat pakcik tu.

"Fazrul, macam mana dengan cable-cable dalam Seri Bendahara tu? Dengan kementerian lain?"
"So far saya dah buat ramai contact dengan orang-orang di Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan dan Jabatan Polis. Insya-Allah dalam beberapa hari nanti saya akan cuba berhubung dengan beberapa ketua jabatan di Kementerian Pendidikan."
"Shah?"
"I jumpa dengan Izham, personally."
"Izham Syafie Izzat?"
"Ya, dia cakap dia nak bertanding Presiden parti for the next pemilihan. That's the problem. Buat apa I nak bubarkan Parti Jujur, then combine dengan you guys ni, kalau I tak dapat apa yang I nak?" kata Shahrizal.
"You nak jadi Presiden Parti?"
"Of course la, aunty. Takkan nak biarkan si bodoh tu jadi PM? Kalau tak, I akan leave this coalition."
"Ipin, you boleh tolong deal dengan Izham?"
"Back in the 80s, I dengan Izham ada bad blood. I dengan ayah dia, Datuk Syafie ada problem. Masa tu Pengetua suruh I backed Rahizan untuk singkirkan Datuk Imad," kata Tengku Ariffin.
"Kita kena deal dengan Izham juga, somehow. Kalau tak, kita takde numbers," kata Faridah.
"Bukan Izham baik ke dengan Azlan? Why not minta Azlan je yang make a deal?" tanya Tengku Aminah.
"Kita tak nak buat Azlan tahu pasal move ni. Kita tak nak dia tahu langsung pun apa yang kita buat ni," kata Faridah.
"Kak Mina boleh je kenduri majlis kesyukuran bila anak Kak Mina lahir nanti, jemput Izham. Minta Azlan sendiri yang buat alliance dengan Izham dan Shahrizal. Shah jadi Presiden parti, Izham jadi timbalan. In return, letak la Azlan jadi ketua pemuda," kata Merlina.

"Apasal tak terfikir benda simple macam ni?" kata Tengku Ariffin.
"Mer, apa data yang kau dah collect?" tanya Faridah.

"Sekarang ni mostly demographics, tapi ni semua tak important. Sebab key supporters ialah dari Shahrizal, dan Daniel. Memandangkan anak Daniel, Jessica suffers dengan depression sebab kena buli kat sekolah, saya cadangkan supaya Azlan selaku Menteri Belia Dan Sukan, dan Shahrizal selaku Menteri Pendidikan, bekerjasama dalam isu ini, dan yakinkan Kabinet agar luluskan akta untuk perlindungan pelajar agar kes buli ini dapat diturunkan. Saya boleh jadikan Jessica sebagai role model."

Semua orang memandang Merlina tanpa berkelip kecuali Faridah.

"Bijak sangat cik adik ni. Dulu masa kecik minum susu apa ni?" kata Shahrizal.
"Susu Dumex je," jawab Merlina selamba.
"Okay, Fazrul. You nanti tolong aunty contact dengan Russian Embassy. Nampaknya kroni si Hafiz tu dah jadi Presiden. Vladimir Putin tu orang KGB. Dia mungkin akan apa-apakan Azlan nanti. Nanti yang ni Fazrul jumpa dengan Izham sebagai Menteri Pertahanan, deal dengan dia untuk jumpa dia di Moscow. Kita kena cut Hafiz. I'm sure dulu arwah Tun Iskandar banyak ajar you tentang international relations ni."
"Baik, aunty."
"Okay, semua boleh bersurai."

--

Ketika semua ahli sedang bersurai, Faridah datang ke arah Ali.

"Macam ni. Aunty minta maaf bagi pihak keluarga aunty, tentang apa yang terjadi pada Ali, ibu Ali..."
"Benda dah lepas, Aunty."
"Macam ni. Aunty nak beritahu yang ayah Ali sentiasa cari Ali dan ibu Ali. Cuma tak ada rezeki. Macam ni, masa ayah Ali meninggal dunia, dia ada tinggalkan sedikit harta untuk kami, terutamanya dari harta duit pertandingan catur dia dulu. Jadi, aunty dah ketepikan sedikit bahagian Ali dan ibu Ali. Invest pelaburan tu dan sekarang, ini hasilnya. Harap Ali sudi terima."

Ali pandang kertas cheque tu.

"Aunty jangan risau. Saya tak nak duit ni. Saya ada duit saya sendiri."
"Ini bahagian Ali dan keluarga Ali. Ali berhak dapat bahagian ni."
"Jangan risau. Saya tak hadap duit ni semua. Memang niat saya nak jaga Azlan. Aunty tak perlu risau pasal tu."
"Ali, sekali lagi, aunty minta maaf."
"Aunty tak salah. Dalam hal ni, Pengetua yang aturkan semua ni. Dan Azlan tu adik saya. Darah daging saya. Saya akan pastikan keselamatan dia."
"Ali, kalau aunty nak jumpa ibu Ali, boleh tak?"
"Ali cuba beritahu dia. Kalau dia nak jumpa aunty, Ali beritahu aunty, ya?"

--

Faridah menelefon Fauzan, anak Tok Aki, untuk membeli lot tanah yang dahulunya milik suaminya, yang diwakafkannya kepada Tok Aki untuk tujuan kebajikan dan membina masjid.

Faridah tahu, sekarang Tok Aki sedang dalam usaha nak berperang, maka dia perlukan duit. Tok Aki gunakan wang daripada kutipan derma di masjid itu serta perniagaan kobisnya itu ke jalan pemberontakan.

Maka kalau Faridah beli tanah itu dengan nilai duit Ali tinggalkan ini, jumlahnya agak banyak dan Tok Aki pasti tak menolak.

Cuma tanah ini nanti akan diserahkan kepada Ali suatu hari nanti. Sekurang-kurangnya ada bahagian Mamat yang diserahkan kepada Ali.

Selepas Fauzan bersetuju dengan pembelian tanah itu, Faridah memandang gambar Mamat.

"Mat, aku dah tunaikan janji aku pada kau. Aku harap kau tak marah lagi pada aku."

--

"Pendapat saya begini, ustaz. Dalam Islam, ustaz cakap kita wajib membayar zakat. Tapi kita kena ada pengurusan zakat yang baik untuk memastikan orang awam yakin dengan zakat ni," kata Ali kepada Ustaz Bakar.

"Betul tu. Memang saya setuju pendapat awak tu," kata Ustaz Bakar.
"Jadi saya ada satu cadangan."
"Cadangan apa tu?"
"Saya nak tunaikan zakat ke atas semua harta saya, tapi saya amanahkan ustaz untuk menguruskannya."

Ustaz Bakar terkedu. Selama ini dia cuma amil zakat sahaja. Dia akan serahkan semua kutipan zakat itu kepada badan zakat yang diamanahkan oleh kerajaan.

Tapi dalam kes Ali ni, dia tidak percaya kepada kerajaan. Jadi dia mahu Ustaz Bakar sampaikan sendiri semua harta zakat itu untuk dibelanjakan kepada orang miskin.

"Beginilah, Ali. Saya boleh tolong simpankan untuk akaun bank masjid, dan kalau pihak masjid nak belanjakan wang tu, kita akan beritahu Ali."
"Tak perlulah beritahu saya, ustaz. Allah Maha Melihat. Jadi biarlah Allah sahaja yang memerhatikan."
"Jadi, duit ini Ali nak jadikan macam baitulmal?"
"Ya, kira kalau ada orang susah yang perlukan wang, perlukan beras, perlukan susu tepung anak, maka orang akan ke masjid untuk minta bantuan. Dan kalau semua orang di sini semuanya senang, kita buat networking antara masjid. Supaya akhirnya, kita dapat bantu semua umat Islam dalam kesusahan."
"Masya-Allah, Ali. Mulia sungguh hati awak nak bantu sesama saudara Islam."
"Saya ni banyak dosa masa muda saya, dan sekarang ni, mungkin masih ada lagi dosa. Tapi apa juga cara, saya akan cari jalan untuk Allah ampunkan dosa saya. Kalau saya bantu orang, Insya-Allah orang itu akan mendoakan saya di akhirat kelak."
"Allahuakbar."

Ali kemudiannya mengarahkan Mail dan Kecik keluarkan barangan yang dah dibeli untuk dihantar ke masjid, berserta cheque bernilai RG2.5 juta kepada Ustaz Bakar.

"Masya-Allah, banyak ni, Ali."
"Lagi banyak duit, lagi banyak masjid ni boleh tolong orang Islam. Saya amanahkan ustaz untuk uruskan harta-harta ini. Sebagai amil, ustaz pun ambil lah sikit sebab ustaz dikira asnaf juga."
"Masya Allah, Ali. Banyak betul jasa kamu sesama umat di sini."
"Tapi, ustaz. Saya ada satu cadangan."
"Cadangan apa tu?"
"Umat Islam perlu menceburi bidang ekonomi. Kita perlu ada barangan yang dibuat oleh umat Islam, syarikatnya dimiliki oleh orang Islam, dan rantaian hubungan perniagaan pun dikawal oleh orang Islam. Kalau kita bergantung kepada orang lain, kita tak akan dapat bantu sesama kita. Nanti hari Sabtu ni, lepas Zuhur, saya free. Saya nak cari dua puluh orang yang berminat nak berniaga tapi tak ada modal, jumpa saya. Saya nak kembangkan perniagaan orang-orang Islam."
"Kalau macam tu, baiklah. Daripada mereka pinjam dengan bank, mereka perlu bayar riba."
"Dengan saya, tak ada riba. Cuma kalau pinjam tu kenalah bayar, supaya saya boleh bantu orang lain pulak."
"Insya-Allah, Ali. Nanti saya akan sampaikan."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top