2000 part 12
Azlan
Dua puluh enam minit.
Selama 26 minit, penyokong kelab bolasepak Puncak Jaya chanting, "Justice For 26".
Siap banner sebesar-besar alam dengan tertulis, "Kami dah undi, sekarang kami nak jawapan! JF26".
Selama ni, aku menonton bolasepak dalam keadaan casual. Aku ke Itali dan Perancis menonton Piala Dunia, dan walaupun aku tersadai kat hospital masa Euro 96 di England, tapi aku belum pernah menerima hostility yang macam ni punya hebat.
Tahniah, Adilah dan Suara Gelanggayu. Kau telah berjaya menunggang bolasepak untuk serang aku.
Satu stadium bingit. Siap live di seluruh negara.
Sekarang, aku dah tak boleh mengelak para wartawan dari akhbar atau TV lain yang turut tanya aku soalan yang sama.
Aku hanya mengulang depan media, "mahkamah dah buat keputusan, mahkamah dah buat keputusan."
Not a good PR for me as Minister, right?
Kena pulak aku ni Ahli Parlimen kawasan ni.
Oohhh, what the hell. Aku terpaksa pekakkan telinga.
Aku minta diri pada separuh masa pertama, sebab aku nak ke Temasik untuk bertemu dengan Pengetua.
--
"Mereka bertiga sekarang dah kuasai kerajaan, Azlan. Dan mereka betul-betul nak ganyang kau," kata Pengetua, sambil mengetik curut di bekas abunya. Pengetua maksudkan Hafiz, Adilah dan Tengku Ahmad.
"Nak suruh saya buat apa lagi, Pengetua? Saya sedia minta maaf atas apa yang berlaku."
"Malangnya bukan maaf yang mereka tuntut dari kau, Azlan. Some people just want to see the world is burns. Sekarang, aku risau dengan Nat."
"Kenapa, Pengetua?"
"Dia terlalu rapat dengan Adilah. You better act fast, Azlan. Before they do more harmful thing to you. Sebab kemaafan ni terlalu mahal untuk kau bayar."
--
Mina datang ke kedai printing dengan keadaan yang gementar. Cerita tentang mengaitkan Azlan dengan kebakaran stadium Puncak Jaya pada tahun 1989 membuatkan rating Azlan mula goyang.
"Aunty, tengok ni. Macam mana ni?" tanya Mina membawa kertas A4 yang mencetak berita Suara Gelanggayu tentang mengaitkan Azlan dengan kes kebakaran tu.
"Ada bukti ke yang Azlan ada kaitan?"
"Entahlah. Suara Gelanggayu selalu buat berita macam ni. Daddy cakap, suruh saman je Adilah ni!"
"Nanti dulu. Kau kena ingat, dia ni Sayap Kuning. Game dia tak semudah kau saman mereka di mahkamah. Azlan mana?"
"Dia pergi jumpa Pengetua di Temasek," kata Mina.
Faridah bangun, kemudian baca laporan berita Suara Gelanggayu dengan cermin matanya.
"Mer, kau tau tak macam mana nak handle benda gini?" tanya Faridah, menghulurkan kertas itu. Merlina baca, kemudian gelak.
"Duh, 90% peminat bola kat negara ni, tak tengok liga tempatan pun. Dorang sokong Manchester United, Liverpool, Arsenal, Newcastle United," kata Merlina yang memakai jersi Man United dengan lambang penaja baru, Vodafone.
"Habis tu, macam mana?" tanya Faridah.
"Kak Mina tau tak apa minat Azlan selain bolasepak?"
"Muzik je lah. Bola pun dia bukannya minat sangat. Kalau abang Aziz tu ye lah," kata Mina merujuk kepada abang iparnya.
"Muzik ya? Azlan boleh break dance?" tanya Merlina.
Mina pandang Faridah.
"I don't think so," kata Faridah, menggelengkan kepala.
"Skateboard?" tanya Merlina.
"Pun tak."
"Can he at least naik basikal?"
"Dia ada basikal dulu."
"Good. Now, kita tunggu Azlan balik dulu. Lepas tu, kita buat photoshoot dia naik basikal, kita panggil Pa'din, panggil Joe Lingga..."
"Siapa tu?" tanya Mina.
"Skateboarders. Lepas tu kita panggil Too Phat, Pop Shuvit, Seven Collar T-Shirt, Miss Nina buat konsert dekat X-Games. Lepas tu, I akan jemput all Azlan Niat Fan Club semua datang."
"You nak Azlan datang X-Games? Mer, they're teenagers. They don't vote," kata Mina.
"They will vote. And this is your vote bank. Jadi tak payah risaulah segelintir ultras bola yang sokong team divisyen 2 Liga Perdana Gelanggayu ni. Dan kalau rasa Suara Gelanggayu menggugat media mainstream, launch la portal berita juga," kata Merlina.
Mina pandang Faridah.
"But we are too late. SG dah jalan lama dah," kata Mina.
"Better late than never," kata Merlina.
--
Azlan
Tak pasal-pasal, Merlina suruh aku pakai helmet basikal dan kayuh basikal BMX sambil bergambar dengan dua pemain skate, Pa'din dan Joe Lingga.
Aku kemudiannya diajar beberapa step mudah oleh seorang penggiat aktiviti break dance.
"Tak realistik, Alan. Zaman kau takkan takde budak break dance?" tanya Merlina.
"Zaman aku sekolah budak semua rock kapak lagi la, Mer."
"Okay, kau tak payah break dance, tapi kau boleh tak main skateboard?"
"Aku main benda ni pun kejap je, Mer. Aku tak yakin..."
"Pa'din, kau ajar dia ollie," Merlina suruh tunjukkan teknik ollie kepada Azlan.
Pa'din tunjukkan teknik itu, kemudian aku cuba buat, tapi lepas tu aku tergolek jatuh.
"Mer, kalau patah kaki Azlan, siap kau nanti. Dia tu ahli parlimen," kata ibu yang berdiri dengan hadang cahaya matahari dengan buku notanya.
"Lagi bagus. Boleh menarik simpati orang ramai," kata Merlina. Mina menggelengkan kepala melihat teknik propa Merlina.
"Ardan, sekarang aku nak kau shoot budak-budak main skate dekat half pipe tu. Lepas tu, Lan, aku rasa kau posing je la dengan basikal BMX tu. Aku tengok kau buat ollie pun camdoh je," kata Merlina.
"Camdoh?" tanya aku.
"Ye lah. Camdoh la. Kau takkan nak kelihatan camdoh depan kipas-susah-mati kau?"
"Camdoh? Kipas-susah-mati? Bahasa apa kau cakap ni?"
"Alan, camdoh tu, macam bodoh. Kipas-susah-mati tu die hard fan. Aduuuhh kenapalah pemikiran kau ni orang tua sangat," Merlina menggarukan kepalanya.
"Sorry la, aku tak faham lingo orang muda ni."
Merlina kemudian bagi aku skateboard tu.
"Ardan, ambik gambar Alan ni. Lepas tu nanti kita ada interview sikit dengan Pa'din. Shoot video dengan Alan."
--
Seharian aku bergambar dan rakam video dengan budak-budak skaters dan budak-budak main basikal BMX ni. Merlina suruh aku pakai topi merah baseball macam penyanyi Limp Bizkit, Fred Durst. Baju T-shirt Wu-Tang dan seluar baggy serta kasut Adidas Superstar.
Lepas dia tengok gambar tu, dia gelak.
"Camdoh je kau dress up macam ni, Lan. Tukar la," kata Merlina.
"Kenapa aku kena buat semua ni?" tanya aku.
"Sebab kau perlukan pengundi muda, Lan. Kau tu Menteri Belia dan Sukan. Aku rasa kau pakai baju coat kau yang biasa je lah. Kau berdiri sebelah Pa'din dengan Joe Lingga dekat banner X-Games tu."
"Kalau dari tadi kau cakap macam tu, kan mudah, Mer? Tak payah aku hipokrit acah-acah muda."
"Ala Alan, kau kan biasa jadi model. Macam tak biasa benda gini. Eh, tie tu kau jangan pakai. Biar tak payah ada necktie. Takpun tak payah coat kau tu. Panas. Kau pakai baju kemeja dengan seluar slack tu je. Kasut Adidas tu kau bukak. Pakai kasut loafer kau balik."
Telefon Nokia tiga-tiga sekupang Merlina berbunyi. Ringtone lagu Eminem, The Real Slim Shady.
"Hello. Haaa! Kau kat mana? Okay, kau datang dengan at least 50 budak scooter kau. Ha, bawak scoot yang smart-smart. Datang Stadium Nasional Puncak Jaya. Aku kat depan tugu keris ni, tengah photoshoot."
Aku pandang Merlina.
"Geng budak scooter area Kantan Perdana, Kantan Indah, dengan Puncak Indah nak datang. Kasi ramai, kasi meriah."
Aku dah facepalm kepala.
"Apa kaitan semua ni dengan strategi aku nak tangkis isu stadium terbakar ni, Mer?" tanya aku.
"Lan, sekarang ni, adalah masa untuk kau kalih perhatian orang. Bila kau terlalu tumpukan isu ni sangat, kau akan terperangkap. Jadi sebelum kau terperangkap, kau kena alihkan perhatian orang ramai. Sekarang ni, si Suara Gelanggayu ni, cuba nak kawal naratif. Sekarang aku cuba bina naratif baru. Azlan yang mesra dengan golongan muda. Kau faham tak?"
Lain macam la pemikiran budak ni. Aku belajar pasal politik dah lama dengan Pengetua, tapi ini first time aku belajar benda-benda imej macam ni dengan budak yang jauh lebih muda daripada aku.
Ketika dia sedang makan nasi ayam bungkus bawah pokok ketika waktu rehat, aku menghampirinya, dan duduk sebelah dia.
"Eh kau ni, Lan. Janganlah duduk sebelah aku. Kang Kak Mina cakap aku nak ngorat kau pulak," kata Merlina yang sedang melantak kepak ayam.
"Ish kau ni. Ada pulak macam tu. Aku nak tanya kau ni. Kau sekarang buat apa je?"
"Belajar la. Aku ambik paper degree dekat UW."
"Paper apa?"
"Masscom."
"Apa kata kau kerja je dengan aku?"
"Kerja dengan kau? Kau gila, aku dah ada company sendiri kot. Tiba-tiba kau nak suruh aku kerja dengan kau?"
"Tak, kau jadi setiausaha media aku. Tapi projek ke tender pasal belia dan sukan aku bagi la kau kalau bab-bab media ni. So semua projek kementerian, kalau melibatkan media, company kau handle. In return kau jadi la setiausaha media aku."
"Celaka, ni rasuah kronisme ni."
"Dah aku jadi ahli parlimen, aku kabel kau paling kuat."
Merlina pandang aku sambil gigit tulang ayam. Buruk betul perangai dia ni, takde cover ayu langsung.
"Bila boleh start?" kata Merlina dengan mulut masih mengunyah.
"Kau ni kalau makan, kunyah dulu boleh tak?"
"Okay, sorry."
Dia telan nasi, kemudian dia tanya sekali lagi.
"Bila boleh start?"
"Bila-bila kau nak. Tapi satu la, bab table manners ni kau jaga la sikit. Satu, kau ni perempuan. Dua, nanti kalau ada government function ke, kena masuk istana ke, kena halau kau karang kalau makan gaya macam ni. Aku tegur kau je ni."
"Hak ela, rilek la. Aku makan bawah tepi pokok je pun. Lain la aku kat istana. Wei, bapak aku pegawai kat sana la."
"Ye la, aku cakap je."
"Tapikan Lan, aku cakap dengan kau terus terang tau. Aku ni jenis cakap lepas je tau."
"Ye, aku faham. Aku bagi kau kebebasan, tapi aku nak result, okay?"
"Set," dia salam aku, celet ibu jari. Nasib baik dia makan nasik pakai sudu.
"Azlan," Mer panggil aku.
"Ha?"
"Kau ni stiff sangat la. Jenis tak rilek. Macam orang tua. Umur kau berapa?"
"31 tahun."
"Baru 31 tahun! Gaya kau ni macam orang umur 60-70 tahun. Cuba rileks sikit."
"Kau tau kan, aku ni anak murid Pengetua Jeneral Yahya?"
"Ye la, Jeneral Yahya ajar kau strategi politik orang tua. Aku ajar kau strategi politik orang muda. Kau kena relax. Ah, hal isu stadium terbakar tahun 1989 ni small matter je lah. Yang penting kau buat dulu pasal X-Games ni."
--
Hari X-Games berlangsung pada hari Sabtu, maka ramai budak sekolah yang datang menonton sukan ekstrem yang menarik ramai peminat dari golongan ini.
Sukan seperti skateboard, rollerblade, basikal BMX, break dance, serta berlambak gerai-gerai menjual merchandise seperti t-shirt, sparepart motor scooter, barangan skateboard, peralatan muzik, serta pelbagai lagi.
Aku nampak ada bermacam-macam jenis orang. Budak hip-hop dengan seluar baggy londeh seret jalan, baju besar, ada pulak budak skinhead yang pakai seluar jeans ketat dengan kasut Doc Marten, kemudian ada budak punk, budak hardcore, budak grunge.
Sebagai organizer, aku nampak Merlina macam sibuk ke hulu ke hilir.
"Woi, Mer!"
"Alan, ikut aku cepat!"
Aku mengekori Merlina, dan kemudian dia membawa aku bertemu dengan fan club aku. Kau bayangkan, budak-budak perempuan belasan tahun terkinja-kinja melompat-lompat pakai baju gambar muka aku.
Kalau kau jadi aku, kau segan tak?
"Lepas ni, kau naik pentas dengan budak-budak ni, lepas tu kau bagi la sepatah dua kata sambil merasmikan event ni," kata Merlina.
Nama aku dipanggil untuk memberi ucapan.
"Weh, Alan! Pakai baju ni!"
Baju tu tertulis 'Youth Power', jadi memandangkan aku ni dah memang Menteri Belia dan Sukan, aku pakai sahaja baju tu.
Jadi aku membayangkan diri aku semasa jadi Penghulu Pelajar semasa di Universiti Wijayapura dulu. Tapi aku tak tahu apa aku nak cakap.
Mikrofon diberikan kepada aku, dan semua mata memandang aku. Terus aku jadi gementar. Aku nampak kamera yang ada lampu merah, menunjukkan sedang live.
"Dunia ini milik anak muda. Maka suara anak muda akan terus didengari oleh kerajaan hari ini!"
Kata-kata aku kemudiannya disambut dengan sorakan oleh ahli-ahli fan club aku di pentas dan kemudiannya yang di bawah juga bersorak, menyebabkan semua orang pun bersorak.
Padahal aku cuma merepek dan ulang balik kata-kata Mao Zedong.
"Selama ini, golongan muda sering dipandang serong oleh kelompok yang berkuasa. Dituduhnya kaki rayau, bohsia, bohjan. Dituduhnya black metal minum darah kambing..."
Aku dengar orang gelak, kemudian ada orang beri tepukan.
"Ada sesiapa dari pihak kerajaan yang sebelum ini mahu mendengar suara hati golongan muda?"
"Tidaaaaakkk!" jerit orang di bawah.
"Tetapi tidak pada hari ini. Hari ini, kerajaan telah membuktikan komitmen kita kepada suara golongan muda!"
Aku sebenarnya takde idea pun nak berucap ni. Jadi aku cakap je benda yang patut untuk membuatkan orang bersorak.
"Saya melihat anda semua, generasi muda, semuanya berharap agar perubahan dapat dilaksanakan demi peluang kepada anda semua. Saya nampak potensi golongan muda di sini. Ada golongan peniaga, jual t-shirt, jual demo band, jual skateboard, jual sticker, jual button. Semasa zaman saya remaja dahulu, saya juga seperti anda semua. Tetapi pihak kerajaan masa itu tidak memberi peluang yang besar seperti berniaga di tapak Stadium Nasional ini!"
Keep on going, Alan. Orang suka ucapan ni.
"Apabila saya melihat generasi muda hari ini, saya melihat masa depan Gelanggayu. Saya melihat masa depan Gelanggayu yang rajin, pandai berdikari, kreatif, dan pandai menggunakan bakat yang ada untuk mengembangkan potensi diri. Sama ada dalam sukan ekstrem, atau dalam bidang muzik, atau bidang seni, saya yakin, Gelanggayu pada masa hadapan akan mempunyai masa depan yang cemerlang. Dunia ini milik anak muda, masa depan untuk anak muda, Gelanggayu untuk anak muda!"
"Azlan! Azlan! Azlan! Azlan! Azlan! Azlan!" sorak geng-geng fan club yang dibawa oleh Merlina.
"Saya dengan ini, merasmikan acara X-Games 2000!"
Dan dalam keriuhan tu, aku nampak Merlina tepuk tangan sambil mengedarkan borang yang aku percaya adalah untuk dia kumpul database.
Bijak sungguh dia ni. Kenapa dia hanya belajar kat sekolah biasa-biasa dan bukan kat Kolej Melayu macam aku? Kenapa dia tak belajar dengan Pengetua? Dengan hanya belajar dengan ibu sahaja, boleh organize benda macam ni?
Kagum betul aku dengan dia ni. Memang tak sia-sia aku lantik dia jadi setiausaha media.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top