2000 part 11
Tengku Ariffin berjalan menuju ke anaknya Tengku Aminah semasa majlis mengangkat sumpah Luqman di balairong istana, dan kemudiannya berbisik kepada anaknya.
"Kalau nak selitkan Azlan dalam kuasa, inilah masanya," kata Tengku Ariffin.
"Saya kena buat apa?"
"Uncle Norm nak jumpa Mina dan Azlan. Private."
"Dekat mana?"
"Undisclosed location," kata Tengku Ariffin sambil menghulurkan sekeping envelope.
Mina terkebil-kebil. Dia buka sampul surat itu, dan ada dua keping tiket ke London.
--
Azlan
Mina berlari ke arah aku, macam ada perkara yang urgent.
"Sayang, jangan lari. Awak tu pregnant," kata aku.
"Kita kena pergi London," kata Mina.
"London? Kenapa?"
"Jangan banyak tanya."
Dua keping tiket kapal terbang berserta wang tunai berjumlah £10,000 ditunjukkan kepada aku oleh Mina.
"Uncle suruh kita pergi," kata Mina. Aku mengangguk sahaja, memandangkan dia bakal Tengku Mahkota.
Jadi aku memandu kereta Jaguar ke 2, Jalan Cendana, kemudian aku bersiap terus ke lapangan terbang.
Aku rasa pelik, walaupun menaiki kapal terbang kelas eksekutif, tapi kenapa tak naik private jet sendiri je macam biasa? Pada aku ini macam pertemuan rahsia.
--
Aku tiba di London dan disambut oleh orang-orang dari istana hinggap Sultan Aminul Rasyid.
Baru aku dapat tahu yang sejak Piala Asia, Sultan Aminul Rasyid dalam keadaan gering. Baginda berulang-alik ke hospital kerana mengalami masalah buah pinggang kronik akibat terlalu banyak minum alkohol.
Semua ahli keluarga al-Daulah berada di rumah itu, kecuali Jimmy.
Aku diberi peluang, selaku suami kepada Mina, untuk melawat baginda yang sedang dalam keadaan gering.
Sultan memandang aku, kemudian dia tersenyum.
"Sebijik muka macam ayah dia," kata Sultan Aminul Rasyid sambil belai muka aku.
"Ampun tuanku," kata aku.
"Mina..."
"Ya, nenda?"
"Dulu, ayah si Azlan ni jaguh catur. Jadi jiran nenda. Arwah Mamat. Pandai main muzik. Perempuan semua nak lekat dengan dia."
Mina menjeling keras ke arah aku.
"Anaknya pun sama, nenda!"
Aku diam sahaja. Aku syak dia macam dah dapat hidu hubungan aku dengan Natasha. Tapi aku tak nak mengeruhkan keadaan.
"Mina, Azlan. Mari sini. Uncle nak cakap kejap," kata Tengku Norman kepada aku dan Mina.
"Patik beransur dahulu, Tuanku. Ampun tuanku," kata aku.
"Ya, baiklah."
Tuanku Sultan picit pipi aku, kemudian membelai rambut aku. Macam aku ni pulak cucu dia. Cucu in-law lah agaknya.
Aku dan Mina kemudiannya duduk di kerusi rotan yang menghadap padang di Primrose Hill.
"Berapa umur kau sekarang, Azlan?" tanya Tengku Norman sambil hisap cigar.
"31 tahun, Uncle."
"Ayahanda dah tak lama lagi dah tu. Dan tak lama lagi, aku kena bersedia."
"Faham, uncle."
"Malangnya anak aku baru umur 18 tahun. Dan dari perwatakan dia ni, aku tak rasa dia bersedia."
"Kenapa?"
"Entah. Terlaluuuu...lembut. Lemah."
Aku pandang anak Tengku Norman, Tengku Danish sedang berbual dengan Tengku Ariffin di laman.
"Jadi, uncle nak saya buat apa?" tanya aku.
"You see, kau punya rekod ni, colorful, Azlan. Kau ada sejarah dengan Jeneral Yahya Atan. Aku susah nak percaya pada kau. Puak Sayap Kuning semua nak hapuskan kau. Tapi sebab Mina ni anak buah kesayangan aku, aku jaga kau. Sebab dia sayangkan kau."
"Faham, uncle."
"Malangnya, Wan Radzi pun nak tikam aku dari belakang dengan nak side dengan si Jimmy. Sekarang ni, Luqman dikawal oleh Jimmy. Kau tau kan?"
"Tahu, dengan Hafiz."
"Yes, that billionaire. Aku dengar dia ada problem dengan kau?"
"Ya, uncle."
"Dia minta aku untuk hancurkan kau sebab apa yang kau buat pada dia tu, teruk sangat. Dia dah banyak invest pada aku untuk pastikan kau tak boleh hidup kat mana-mana pun."
Aku mengangguk sahaja.
"Tapi kau ada Mina. Dia tabur duit sebanyak gunung pun, takkan boleh alihkan pendirian aku pada Mina pun. Dan aku rasa Jimmy sedar benda tu. Dia, dengan Wan Radzi nak rampas takhta al-Daulah ni dari aku. Jadi, aku nak minta kau favor."
"Adakah benda ni berat, Uncle?" tanya aku.
"Berat. Tersangat berat. Tapi aku yakin kau boleh bawa ni. Aku nak kau jatuhkan Luqman. Kau jangan bimbang dengan segala apa dari Sayap Kuning. Yang ni, aku sendiri akan jaga kau."
"Faham, uncle."
"Tapi ada dua syarat."
"Apa dia, uncle?"
"Pertama, aku nak bila kau naik nanti, kau jaga Danish dan Dania, anak aku. Dan kedua, aku tak nak kau di pihak Yahya."
Dengan berat hati, aku bersetuju terutamanya syarat kedua tu.
"Ingat, kau sekarang adalah ahli keluarga ni. Kau kena lindungi Mina, sebab zuriat yang dia kandung tu, selain daripada darah kau, ada darah al-Daulah. Dan Jimmy sedang cuba mencantas aku. Dia ni bagai api dalam sekam."
"Baik, uncle."
--
Hari ini merupakan hari lahir Hafiz yang ke-30, dan sempena birthday dia, Lil Faysh plan nak buat birthday surprise pada bosnya.
Idea Lil Faysh ialah nak bawak Hafiz ke Espanada yang dia book satu malam khas untuk birthday party ni, nanti bila dia masuk je, perempuan berpakaian seksi semua mengerumuninya, sambil dia lepaskan konfetti dari atas.
Jimmy pula membawa Hafiz, kononnya ada investor nak jumpa dengan dia.
"Jimmy, ni meeting amende kat kelab malam ni?" tanya Hafiz.
"Rilek la, dorang nak mabuk kat sini, pastu kau tekan la harga. Dorang mesti sign punya."
"Tak faham betul la aku dengan jenis investor yang nak discuss meeting kat kelab malam. Bukannya dengar apa pun apa aku cakap."
"Ada bilik khas la. Kau ni, bab-bab macam ni, virgin betul."
Hafiz masuk je, tiba-tiba ada ramai perempuan mengerumuninya. Tangan Hafiz menolak.
"No, thanks."
Lagu Jezzebelle dari Too Phat berkumandang di Espanada, dan orang ramai mulai rancak menari.
"Hai, Datuk Seri. Wanna dance?" kata seorang gadis, memegang baju Hafiz.
"No, thank you."
Hafiz mulai rimas dengan ramai perempuan muda mengerumuninya.
"Jimmy, mana investor tu? Naik rimas dah aku kat sini."
"Kejap, kejap. Aku cari dia."
Kejap lagi ada seorang perempuan peluk, dan lagi sorang menarik tangan Hafiz.
Hafiz jadi bengang, dan dia tepis.
"Ke tepi! Ke tepi!"
Mendengar Hafiz menjerit, satu kelab malam berhenti menari.
Hafiz terus naik ke atas stage.
"Faysh, apa ni?" kata Hafiz, mukanya merah.
"We all nak buat surprise party untuk Datuk Seri la. Happy birthday, man!"
"First, aku ni dah kahwin. Kau nampak cincin kat jari aku ni tak? Cincin ni, tanda aku dah ada isteri. Aku sayang isteri aku, dan tak ada siapa boleh ganti dia, you understand what I say?"
Lil Faysh terkebil-kebil mengangguk.
"Second, aku tak suka maruah wanita direndah dan dihina sampai tahap macam ni. Mak aku, isteri aku, adik aku, anak aku, perempuan. Kau nak tak tengok anak perempuan kau pegang-pegang lelaki yang bukan muhrim macam ni?" Hafiz menengking.
"Sorry, Datuk Seri."
"Aku tak kisah kau semua nak hiphop ke apa, tapi aku tak suka merendahkan martabat perempuan. You understand what I'm saying?"
"Yes, boss."
Hafiz terus tepuk bahu Lil Faysh, kemudian keluar dari kelab malam, sambil gigit Choki-Choki.
"Aku dah cakap dah, Hafiz tak suka benda-benda macam ni. Kau degil. Kan dah kena marah," kata Jimmy.
"Takkan dia tak suka party, bro?"
"Arwah bapak dia guru agama walaupun bekas penyanyi pop yeh-yeh, jiran dia ustazah, kawasan pun jenis Gagasan Ummah punya orang. Kau silap la nak buat Hafiz macam ni."
"Aiseh..."
"Takpelah, nanti aku slowtalk dengan dia."
"Cakap dengan dia, aku minta maaf, bro. Aku tak tau dia macam ni," kata Lil Faysh dengan nada kesal.
--
"Aku bukan jenis macam tu, bro," kata Hafiz sambil gigit Choki-Choki dalam kereta.
"Aku dah cakap dah dengan Faysh, dia cakap kau mesti stim punya tengok awek-awek seksi."
"Kau jangan samakan aku dengan si bangsat tu, Jimmy."
"Bukan aku, Faysh lah. Dia minta maaf dengan kau. Lain kali dia tak buat macam ni lagi."
"Takde hal lah. Orang assume asal billionaire je, moral kena korup. Kena main seks rambang, kena jadi playboy. Tu stereotaip yang butoh, kau faham tak?"
"Aku suka tengok kau, Fiz. Walaupun kau dah jadi billionaire, kau masih tak lupa dengan budaya dan agama."
"Bapak aku guru agama, keturunan Panglima Salleh Merah. Tak tenteram kubur arwah bapak aku kalau aku buat perangai macam tu."
"Jadi, apa yang buat kau gembira, bro?"
Hafiz senyum.
Sampai rumah je, Adilah sedang menunggu Hafiz dengan kek coklat di atas meja dengan tiga batang lilin dinyalakan, dengan lagu dari Andy Lau berkumandang.
"Jimmy, ini yang buat aku bahagia."
"Sayang betul kau dengan Adilah."
Hafiz pandang pada Jimmy.
"Absolutely."
Pada Hafiz, walaupun konsep 'setia pada satu' ni kelihatan lameass dari kalangan lelaki, tapi pada dia, lantaklah. Dia sayang Adilah dan dia tak nak jadi 'perosak wanita' macam Azlan, menurutnya.
Hafiz memeluk Adilah, kemudian bermain dengan anak-anaknya, Alif dan Mili.
"Memang family man mamat Hafiz ni, " kata Jimmy, tersenyum.
--
Azlan
Selepas menang pilihanraya, Perdana Menteri Luqman memanggil kesemua 166 ahli parlimen yang baru saja menang ke pejabat Perdana Menteri, Seri Bendahara di Kota Warisan.
Satu mesyuarat diadakan tentang pembentukan kabinet baru telah berlangsung.
Bang Iz adalah orang pertama yang menyambut aku, dan memelukku sebaik sahaja aku turun dari kereta.
"Akhirnya kau ada kat sini, Lan!"
"Bang Iz..." aku bersalaman dengan dia, menandakan persahabatan yang dah ada sejak sekian lama.
Aku tak nampak Natasha, kemungkinan sebab dia dalam keadaan sarat mengandung. Aku cuma hantar SMS yang aku ada di Kota Warisan, dia cuma reply "good luck".
Good luck? Ada apa dengan meeting ni?
Tengku Ahmad dan Hafiz tak kelihatan di Kota Warisan, dan daripada aku dengar cerita, sebab hari ni birthday Hafiz, jadi mereka ada bersama. Jadi aku tak terserempak la dengan mereka berdua.
Satu perkara yang mengejutkan ialah Timbalan Perdana Menteri yang baru dipilih adalah Saiful Abdul Rahman, Menteri Infrastruktur dan Komunikasi. Saiful, orang yang pernah kerja dengan aku masa di Radio Universiti dulu, kini menjawat jawatan kedua tertinggi.
Aku tahu ini mesti kerja Adilah, sebab Saiful ni kan kahwin dengan kakak dia.
Orang pertama yang aku terus pandang ialah Shahrizal, yang jelas kekecewaannya bila nama Saiful disebut.
Saiful pula terkejut dengan nama yang disebut tu, dan minta Luqman supaya ulang balik dan tak silap baca.
"Ya, Saiful, Timbalan Perdana Menteri," kata Luqman.
Bang Iz dilantik sebagai Menteri Pertahanan, dan dia tersenyum lebar memandangkan kontrak pertahanan ni boleh tahan sedap.
Shahrizal Hamdi pula dilantik sebagai Menteri Kehakiman dan Reformasi Mahkamah, Sharifah Shuhada kekal Menteri Perdagangan Antarabangsa, dan Datuk Osman Tajuddin sebagai Menteri Dalam Negeri.
"Menteri Belia dan Sukan....Azlan Muhammad Niat!"
Hah? Nama aku? Aku jadi Menteri Belia dan Sukan?
Aku terus teks Natasha yang aku dapat jawatan Menteri di KBS. Natasha cuma reply :-) pada SMS aku.
Nampak sangat pemilihan ini memang diaturkan oleh Natasha.
Aku tak pulang ke Wijayapura, dan aku tunggu lampu rumah di tingkat atas kediaman rasmi Perdana Menteri untuk tutup.
Kalau lampu tutup tu Natasha akan turun.
Tapi Natasha tak turun-turun juga. Aku teks, "where you at?" tapi tidak ada reply.
SMS masuk.
"Sorry, Alan. Security tak kasi I keluar. I miss you. :-("
"It's ok. Gtg."
Tak best betul stalk bini orang ni. Bini Perdana Menteri pulak tu.
--
Look at the stars
Look how they shine for you
And everything you do
Yeah, they were all yellow
I came along
I wrote a song for you
And all the things you do
And it was called "Yellow"
So, then, I took my turn
What a thing to've done
And it was all yellow
Your skin
Oh, yeah, your skin and bones
Turn into something beautiful
And you know
You know I love you so
You know I love you so
Lagu Yellow dari kumpulan Coldplay mengiringi pemanduan aku pulang. Mina teks aku, tanya macam mana dengan meeting. Aku cuma reply pendek, "mtri kbs".
Sebagai seorang menteri, aku ada option untuk mempunyai seorang pemandu peribadi atau tak nak. Aku tak nak, sebab aku tak biasa duduk belakang macam bos. Aku lagi suka memandu.
Jadi, setiap hari aku berulang-alik dari Wijayapura ke Kota Warisan setiap hari memandu sejauh 300 kilometer sehari, ulang-alik.
Mungkin sebab tu la perlunya ada driver.
Tapi ada sebabnya kenapa aku tak nak ada driver. Kalau setakat alasan aku tak biasa macam aku sebut tadi, aku boleh biasakan diri.
Tapi walaupun aku ada dalam kabinet kerajaan ni, dalam Kabinet tu, aku ada ramai musuh. Dan yang paling susah aku nak menghadap, 'big boss' yang sebenar iaitu Penasihat Diraja Kepada Perdana Menteri, iaitu Tengku Ahmad dan....ya, aku kena sebut nama dia dengan gelaran.
Datuk Seri Hafiz Samsudin.
Hafiz dapat Datuk Seri, sebenarnya valid. Dengan menjadi syarikat pembekal antivirus di seluruh Nusantara, serta membangunkan internet di Gelanggayu, itu sebenarnya satu jasa besar kepada negara.
Bukanlah aku tak recognize. Aku tau dia power sekarang ni. Cuma dalam kedudukan aku, aku belum ada sekutu yang cukup kuat lagi dalam Parti Nasionalis ni.
Bayangkan, aku ni Menteri Belia dan Sukan. Kasta paling rendah dalam semua Menteri Kabinet sebenarnya.
Kasta tinggi semestinyalah Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Perdagangan Antarabangsa.
Ada sebabnya kenapa laporan sukan kat bahagian belakang akhbar. Sebab tu benda paling last penting dalam kerajaan.
Okay, sebab kenapa aku tak nak ada driver, sebab aku paranoid dengan Kabinet ni. Dengan Shahrizal ada kat situ, dengan Kamaruzzaman Yusof, bekas rival aku kat universiti, dan pengaruh Hafiz dan Tengku Ahmad yang kuat, buatkan aku tak percaya sesiapa pun kat sini.
Selepas angkat sumpah di hadapan Tengku Mahkota selaku Pemangku Sultan sebagai Menteri Kabinet di Wijayapura, sebagai Menteri Belia dan Sukan, aku diperkenalkan oleh setpol aku, Fazrul.
Fazrul ni anak didik ibu, dan ayah dia, Encik Khamis pernah berkhidmat dalam pentadbiran Tun Iskandar sebagai Ketua Setiausaha Negara, seorang yang mengepalai penjawat awam.
Maknanya, Fazrul ini adalah ally aku yang kuat sebab pengaruh ayahnya.
Dalam parti, ally aku cuma Bang Iz. Dan walaupun dulu Saiful pernah kerja bawah aku masa kat universiti, dia tak pernah nak bercakap dengan aku sejak peristiwa aku dan Adilah.
Selepas encik Fazrul tunjukkan aku sekitar pejabat, aku kemudian dibawa ke bilik media untuk sidang media bersama wartawan dan pemberita.
Dan soalan-soalan daripada wartawan Suara Gelanggayu memang menyakitkan hati. Jenis soalan nak tembak kepala aku.
"Adakah Menteri sedar bahawa sudah dua tahun atlet Sukan Komanwel yang memenangi pingat masih belum dibayar bonusnya?"
"Apakah pelan jangka panjang KBS dalam menangani isu sumbang mahram yang semakin berleluasa?"
"Memandangkan Menteri juga Ahli Parlimen Puncak Jaya, ada respon berkenaan kebakaran stadium Puncak Jaya pada tahun 1989?"
Soalan dari akhbar atau TV lain semua soalan chill-chill je. Datang SG je, macam sniper yang nak bunuh aku.
Dan soalan pasal stadium tu, aku tau, itu bukan datang dari wartawan yang tanya tu. Soalan itu ialah 'handcrafted' dari Adilah, ketua editor SG.
Dan sebab tu, aku tak trust kedudukan aku selamat kat dalam kerajaan ni.
--
"Puan Faridah," kata Fazrul yang menjawab telefon pejabat Azlan.
"Kau tolong tengokkan anak aku. Lagi satu, nanti Merlina masuk dalam office dia."
"Setiausaha media kan puan?"
"Ya. Sekarang, Azlan kena bina pasukan dia. Merlina akan jaga dia tentang imej dan publisiti. Kau kena jaga bahagian pentadbiran. Mina akan jaga dari segi media, Ali akan jaga dari segi grassroot dia. Dan aku akan jaga dia dari segi perkara-perkara yang tak boleh dilihat dengan mata halus. Orang macam Azlan ni ramai yang nak menyantau."
"Faham, puan. Saya akan cuba bantu Azlan sedaya upaya saya."
"Kalau boleh, cuba hubung dengan orang-orang Shahrizal. Orang dia ramai, terutamanya bekas-bekas Daniel, pakcik dia."
"Baik, puan."
"Orang-orang dalam Bank Negara juga akan bantu dia. Jangan risau."
"Baik, puan. Encik Azlan dah masuk pejabat."
"Okay."
Faridah letak telefon bimbitnya. Sekarang Azlan sudah menjawat jawatan menteri. Sekarang dia memikirkan bagaimana untuk mencaturkan anaknya untuk memenangi pemilihan ketua pemuda Parti Nasionalis nanti.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top