2000 part 10
"Driver, boleh bawa I dengan Mak Cang ke Puncak Tropika, Wijayapura?" kata Natasha yang duduk di belakang.
"Baik, puan," kata driver.
"Nat nak bawa Mak Cang ke mana ni?"
"Ada satu tempat. Nanti saya beritahu."
--
Ali tengah tenang menggunting daun bonsai dengan kakinya lagi sebelah pijak kerusi kat sebelah.
Hidayah pula sedang menyiram pokok.
"Dayah sayang, siram pokok tu, siram je lah pokok. Janganlah kena saya jugak."
Hidayah sengaja siram ke kepala Ali.
"Ishhh, dia ni."
Lepas tu Hidayah ketawa.
"Ooo, gurau kasar ek?"
Ali capai gayung dalam baldi, lepas tu simbah air ke Dayah.
"Uwek, uwek! Tak kena!"
Ali baling air, kali ni kena.
"Yessss!"
Sedang dua orang suami isteri ni berpesta Songkran, tiba-tiba kereta dengan nombor plat FL 5 dengan jata kerajaan Gelanggayu berhenti depan rumah.
"FL, first lady Natasha sudah mari!" kata Ali.
Driver Natasha buka pintu kereta, sambil cuba membantu Natasha bangun dari kereta.
"Woi, dah buyut macam tu, duduk je lah rumah," kata Ali.
"Ala, nak jumpa korang. Bosanlah duduk Kota Warisan tu. I turun la sini. Mak Cang, cepatlah keluar."
Ali macam terkejut, bila Natasha menyebut Mak Cang.
Mak Cang keluar dari kereta, dan tiba-tiba mata Ali bergenang air mata.
"Mak Cang, inilah Ali yang Mak Cang cari selama ni," kata Natasha.
"Mak!"
"Ali!"
Mereka berdua berpelukan dan menangis.
"Ampunkan Ali, mak!" Ali terus cium tangan Mak Cang.
"Kau dah kahwin ke, Ali?"
"Ya, mak. Ini isteri Ali, Hidayah. Dayah, ini mak saya yang dah lama terpisah."
"Apa khabar, mak?" Hidayah terus salam cium tangan.
"Lega mak tengok kau berjaya, Ali. Mak ingatkan kau jadi apa entah. Setiap hari mak doakan kau berjaya."
"Nat, mana kau jumpa mak aku?"
"Dia kerja jadi maid kat rumah Perdana Menteri. I yang hire dia," kata Natasha.
--
"Kuwang ajo, buat mak aku jadi maid!" kata Ali, dengan nada gurau.
"Mana la I tau, I jumpa dia jual kacang rebus kat pelabuhan. Masa tu I ada problem, I jadi gila, I berdiri kat tembok tu. Dia suruh I turun, lepas tu bagi nasihat semua. I hire la dia jadi maid rumah I. Lepas tu, dia tanya suruh I cari anak dia. Dia sebut Ali, I terus assume you je lah."
"Thank you, Nat. Dah lama aku cari mak aku ni sebenarnya. Macam mana la aku yang seluruh ceruk Wijayapura ni cari dia, kau kejap je boleh jumpa dia. Tak sangka dia kerja dengan kau. Mak, dia pukul mak tak, macam dalam berita tu? Majikan pukul amah?"
"Eh tak la, Nat layan mak elok je," kata Mak Cang.
"Mak lepas ni tak payah kerja lah. Biar saya je yang jaga mak."
"Boleh tak sampai Nat beranak? Kesian la dia," kata Mak Cang.
"Ala, camtu saya kena pregnantkan awak cepat-cepat, Dayah darling."
"Macam bodoh je gurau camtu dengan bini," kata Natasha.
"Dah biasa dah dengan dia ni, Kak Nat!" kata Hidayah yang sedang potong bawang.
Meraikan mak mentua dan Natasha, Hidayah pun masak ketam masak merah.
Perjalanan pulang ke Kota Warisan, Natasha terpandang poster muka Luqman di sana-sini. Tapi dia ternampak poster Azlan yang merupakan calon Parlimen Puncak Jaya.
"I miss you, Azlan."
--
Terdapat 200 kerusi Parlimen, dan 400 kerusi Dewan Negeri, disamping 10 kerusi Gabenor dipertandingkan dalam pilihanraya kali ini. Setiap satu kerusi Parlimen ada dua kerusi Dewan Negeri.
Sementara Dewan Negeri akan diketuai oleh Ketua Majoriti Dewan, yang akan bertanggungjawab menguruskan dasar Gabenor, Parlimen pula diketuai oleh Perdana Menteri.
Berikut adalah jumlah kerusi mengikut negeri-negeri di Gelanggayu.
1. Wijayapura - 47 kerusi Parlimen, 94 kerusi Dewan Negeri.
2. Geri - 21 kerusi Parlimen, 42 kerusi Dewan Negeri.
3. Air Putih - 18 kerusi Parlimen, 36 kerusi Dewan Negeri.
4. Sri Kencanapura - 8 kerusi Parlimen, 16 kerusi Dewan Negeri.
5. Wilayah Utara - 10 kerusi Parlimen, 20 kerusi Dewan Negeri.
6. Kenidiri - 26 kerusi Parlimen, 52 kerusi Dewan Negeri.
7. Sepetang - 25 kerusi Parlimen, 50 kerusi Dewan Negeri.
8. Melaut - 20 kerusi Parlimen, 40 kerusi Dewan Negeri.
9. Ketil - 10 kerusi Parlimen, 20 kerusi Dewan Negeri.
10. Lingga - 15 kerusi Parlimen, 30 kerusi Dewan Negeri.
Pada tahun 1995, Parti Persekutuan telah memenangi 91 kerusi Parlimen daripada 200 kerusi, dan 176 kerusi Dewan Negeri, daripada 400 kerusi.
Kerusi Gabenor pula, Persekutuan menang 5 kerusi, iaitu Wijayapura, Sri Kencanapura, Kenidiri, Melaut dan Ketil, sementara Jujur pula menang Geri, Air Putih, Wilayah Utara, Sepetang dan Lingga.
Mereka yang memenangi kerusi Gabenor akan ke Majlis Gabenor-Gabenor, di mana setiap rang undang-undang yang dibahas dan diluluskan di Parlimen, akan diteliti oleh MGG sebelum ditandatangani oleh Sultan Gelanggayu, Sultan Aminul Rasyid Jalaluddin Syah ibni Almarhum Sultan Jaafar Riayatuddin Syah.
Jika undi MGG terbahagi 5-5, penentu undi terakhir akan jatuh ke tangan Tengku Mahkota, Tengku Norman ibni Sultan Aminul Rasyid Jalaluddin Syah.
Bagaimanapun sejak Tun Azmi keluar parti dan menubuhkan Parti Demokrat, serta Shahrizal membawa Parti Jujur dan bersatu dengan faksi Luqman dan mewujudkan Parti Nasionalis, keadaan kali ini dalam keadaan yang baru.
Buat pertama kali sejak Gelanggayu merdeka tahun 1949, jajaran politik Kongres Melayu Gelanggayu vs Gerakan Rakyat tu dah tiada.
Kalau dulu Kongmegayu kemudian berevolusi menjadi Parti Persekutuan, sementara itu Parti Rakyat pula apabila diharamkan oleh Ketua Pengarah MARENA, Jeneral Yahya Atan, bertukar menjadi Parti Jujur.
Kini, jajaran ini menjadi pro-Luqman (Nasionalis) dan pro-Azmi (Demokrat).
--
Azlan
Hari ini, aku dan Mina akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Mariam, sekolah si Jessica, dan Mina.
Untuk calon Parlimen, aku rasa poyo undi nama sendiri, jadi aku buat undi rosak. Untuk calon Dewan Negeri, dan Gabenor, aku undi Nasionalis.
Calon Gabenor, Sahari Ariffin, merupakan member satu office aku masa Bang Iz jadi Menteri Infrastruktur dan Komunikasi dulu.
Selepas mengundi, Mina suruh Wijaya TV buat coverage eksklusif untuk aku melawat kawasan di Puncak Jaya live di TV.
Hari yang agak packed memandangkan aku kena jumpa ramai orang dan bersalaman dengan pengundi-pengundi.
--
Natasha
Hari ni, selaku isteri Perdana Menteri, I kenalah keluar juga mengundi bersama Luqman. Disebabkan kerusi ini kerusi Parlimen Perdana Menteri, Bukit Pagar ni dipenuhi ramai media.
Untuk calon Gabenor dan Dewan Negeri, I undi Nasionalis. Untuk Parlimen, I undi Demokrat. Tak ingin I nak undi Luqman walaupun dia husband I.
Lainlah kalau I pengundi kat Puncak Jaya.
"Boleh tak lepas ni I nak berehat? Penatlah."
"You tolong la I, kumpul pengundi lagi."
"You, I ni sarat mengandung. Kalau I stress sangat sampai gugur karang, siapa yang susah? Lagipun, ikut je lah cakap Jimmy tu. I nak balik rumah mommy lepas ni. Rimas lah dengan you ni."
Kenapalah husband I ni bengap dia tak campur air? Isteri tengah pregnant, dia suruh I nak kerja lagi.
--
Adilah
Sebaik sahaja dapat tahu yang si sial tu bakal bertanding di Puncak Jaya, saya dan satu family semua tukar nama daftar pengundi di Teluk Menteri, Sepetang.
Saya dan family saya naik private jet Hafiz dan mengundi di kawasan Abang Saiful.
Kak Jehan antara orang yang paling sibuk menyebar risalah dan menyambut mesra para pengundi di sini.
Disebabkan tidak ada nama si sial tu, maka saya undi semuanya Nasionalis. Gabenor, Parlimen dan Ahli Dewan Negeri. Senang je kan?
Koibito, dia tak percaya kepada sistem pilihanraya, jadi dia tak nak daftar mengundi. Bagaimanapun dia banyak funding Abang Saiful, jadi dia kata "I vote with money, not ballot paper".
Disebabkan Gagasan Ummah tak bertanding, ayah pun undi Abang Saiful juga, serta undi calon-calon Nasionalis.
--
Azlan
"You, kenapa you jalan ke hulu ke hilir? Kalau tengok cara you berpeluh ni, dah macam marathon," kata Mina.
"I nervous."
"Then, duduk lah. Orang masih kira undi tu."
Daripada orang-orang PACABA aku, yang diketuai oleh Ali, dorang beritahu aku yang aku sedang lead 7,000 undi setakat ni.
Agak selesa untuk keadaan baru sejam kira undi.
Tapi aku masih nervous! Sebab inilah pertama kali aku bertanding pilihanraya. Mestilah nervous.
Dalam seumur hidup aku, tiga kali aku nervous. First time aku sunat, first time nak beromen dengan Nat dulu dan sekarang ni, bila first time keputusan pilihanraya yang melibatkan aku.
Even aku kahwin dengan Mina pun aku tak nervous. Patutlah dia pelik tengok aku jalan mundar-mandir, sebab masa aku kahwin dulu, aku rilek je.
Dia ingat aku ni sentiasa tenang agaknya.
Menurut maklumat yang aku terima dari SMS, Nasionalis sedang mendahului di hampir semua seats. Kemungkinan besar Luqman menang besar.
Dengar cerita Tun Azmi pun ketinggalan di kerusi yang dia bertanding di Kota Warisan. Ini sebab kawasan tu dah jadi kerusi yang penuh dengan pegawai kerajaan.
Pegawai kerajaan pun mestilah undi incumbent.
150 kerusi ni, tak lari ni.
--
Sebagai calon, aku dan Mazlin dari Parti Demokrat berdiri bersebelahan sementara menunggu keputusan diumumkan pegawai SPR Gelanggayu.
"Tak sangka, bekas Exco Akademik saya lawan saya," kata aku.
"All the best, Azlan. Good luck."
"Calon Parti Nasionalis, Azlan Muhammad Niat, 63,484 undi. Calon Parti Demokrat, Mazlin Nordin, 23,115 undi. Dengan ini, Azlan Muhammad Niat menang dengan 40,369 undi."
"Tahniah, Azlan," kata Mazlin menghulurkan tangan.
"Terima kasih. Have a great future ahead, Maz," aku bersalam tanda gentleman dalam adat demokrasi.
Wartawan Wijaya TV pun mengerumuni aku untuk mendapat respon aku ke atas kemenangan aku.
"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada isteri saya, Tengku Aminah kerana memberi sokongan yang tak berbelah bahagi pada saya.
Keluarga saya iaitu ibu dan abang saya, serta isterinya. Juga saya nak ucapkan terima kasih kepada bekas Ahli Parlimen Puncak Jaya, saudara Daniel Hakim, kerana mengendalikan kawasan parlimen ini dengan baik.
Keluarga mentua, saya ingin ucapkan terima kasih pada mereka. Pucuk pimpinan, terutamanya Luqman, Perdana Menteri, dan yang paling penting, kepada para pengundi di Puncak Jaya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada saudari Mazlin, kerana memberi saingan secara adil dan bersih, dan inilah kekuatan demokrasi.
Saya hari ini dilantik sebagai wakil rakyat kepada penduduk kawasan Parlimen Puncak Jaya, bukannya hanya untuk pengundi Parti Nasionalis sahaja.
Saya akan bekerja kuat untuk semua, tak kira siapapun yang minta pertolongan, terima kasih."
--
Parti Nasionalis menang 166 daripada 200 buah kerusi Parlimen, 347 daripada 400 kerusi negeri, dan menang 9 kerusi Gabenor. Cuma Ketil sahaja yang Demokrat menang.
Di atas kertas, Luqman dalam keadaan yang teramat selesa. Tapi realitinya, berapa ramai orang kat bawah ni nak cantas mamat ni.
Terlalu mengharapkan Jimmy dan Hafiz yang membuat keputusan. Natasha mungkin boleh selit-selit sikit.
Untuk aku, benda pertama ialah aku kena berjumpa dengan Uncle Daniel dan bertanya macam-macam persoalan aku tentang macam mana kawasan Parlimen aku ni sebenarnya.
Aku dah jadi wakil rakyat beb!
--
Di Temasek, Pengetua menonton keputusan pilihan raya Gelanggayu. Dia sudah tahu yang Parti Nasionalis bakal menang, tapi dia tunggu adakah Azlan mampu memenangi kawasan parlimen Puncak Jaya.
Selepas Azlan menang di Puncak Jaya, dia terus dial telefon Faridah.
"Idah, tahniah sebab Azlan menang."
"Tuan Jeneral juga yang didik dia masa kecil dulu."
"Sampai sini sahaja aku mampu tolong dia, Idah. Lepas ni dia kena bergerak sendiri. Dia kena buktikan pada semua orang yang dialah Ace yang sebenar."
"Baiklah. Terima kasih, tuan Jeneral."
Faridah pandang Azlan yang sedang bercakap dengan pihak media. Dia berdiri di sebelah isterinya, Mina yang sedang ditemubual wartawan.
Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke arah mereka berdua.
"Terima kasih ibu," kata Azlan yang mencium tangan Faridah depan kamera. Mina juga mencium tangan Faridah.
Faridah tahu, dengan Mina mencium tangannya di depan kamera TV, ia memberi isyarat bahawa dia seorang yang berkuasa. Anak keluarga al-Daulah pun cium tangannya.
Azlan kemudian memeluk Faridah yang kemudiannya kamera Wijaya TV semua fokus ke mukanya.
"Jaga kawasan ni elok-elok, Azlan. Ibu tinggal kat Puncak Jaya ni. Kalau orang minta bantuan, tak kiralah kaya ke miskin, tua atau muda, Azlan cubalah bantu sedaya yang boleh. Rendah diri sebab mereka inilah yang berikan Azlan kedudukan ahli parlimen ni."
"Baik, ibu," Azlan sekali lagi mencium tangannya.
Faridah kemudian memanggil Aziz dan tunangnya, Asmah, dan bergambar depan pihak media.
Azlan memanggil Ali, tetapi Ali segan dengan pihak media, jadi dia tak masuk dalam gambar.
--
Luqman mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri Gelanggayu selepas mendapat mandat yang baru, di balai rong istana di hadapan Pemangku Raja, Tengku Norman ibni Sultan Aminul Rasyid Jalaluddin Shah.
Di belakangnya, Hafiz dan Jimmy memandangnya dari belakang. Dan di baris kerusi paling belakang, Azlan juga memandang Luqman dan Natasha.
Mina yang duduk di sebelah Azlan, memandang Natasha kerana dia tahu yang suaminya ada skandal dengannya.
Adilah pula memandang dari jauh Azlan dan Mina. Dia rasa marah kerana adik angkat kesayangannya dulu menikamnya dari belakang.
Dan Natasha sekali sekala memandang Azlan.
Walaupun balai rong istana itu ada pendingin hawa yang sejuk, tapi dalam bangunan itu terasa panasnya dengan masing-masing menyimpan dendam.
Dan mata-mata ini saling memerhatikan antara satu sama lain. Semua orang memerhatikan Luqman, yang kini berada di puncak kuasa. Semua orang tahu yang Luqman ini seorang yang lemah.
Tapi semua orang mahu Luqman berada di situ buat sementara waktu. Sebab bila dia jatuh satu hari nanti, berebut orang merebut kuasa di tempatnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top