1999 part 9
Azlan
Sebelum kami semua ke lapangan terbang di Changli, Pengetua panggil aku ke bilik pejabatnya untuk aku bercakap dengannya.
Aku ikut sahaja katanya, memandangkan aku dah lama tak berjumpa dengannya.
"Azlan, duduk. Aku nak cakap sesuatu pada kau."
Aku duduk. Butler Jacob tuangkan aku segelas air sejuk.
Pengetua berdiri, kemudian memandang tingkap yang berdepan dengan pemandangan bandaraya Temasek. Dia kemudian kembali ke mejanya, dan memandang mata aku.
"Aku ingin ucapkan terima kasih kepada kau sebab kau telah selamatkan aku. Maafkan aku, aku tak sempat nak cakap hari tu."
"Eh, takpe. Saya faham, Pengetua sibuk orangnya."
"Dan aku ingin minta maaf tentang apa yang aku telah lakukan kepada kau. Aku dengar kau bekerja sebagai tukang uli roti di kedai roti."
"Ya, betul."
"Berapa gaji kau masa tu?"
"Ermmm, RG600 sebulan. Lepas tu jadi cikgu sekolah, sambil tu jadi part time model."
"Jadi part time model, hahaha! Aku selalu juga nampak kau di iklan-iklan televisyen. Bukan main lagi kau ya."
"Biasalah, nak hidup."
"Kau jatuh, tapi kau bangkit balik. Hebat."
"Saya nak perbetulkan sikit pandangan Pengetua tentang tu. Saya tak fikir saya jatuh. Saya cuma ikut jalan yang lebih jauh. Orang kata, detour. Saya bersyukur sebab sekurang-kurangnya saya belajar bagaimana untuk hidup sebagai seorang rakyat marhein."
"Azlan, sepatutnya kau yang sekarang berada di tempat Luqman."
"It's okay, Pengetua. Saya percaya masa saya belum tiba lagi. Kenapa nak cepat-cepat sedangkan saya belum tiba pada waktunya. Saya lebih rela tak jadi Perdana Menteri sekarang, daripada jadi Perdana Menteri tetapi dikawal orang lain."
Pengetua senyum sambil memandang aku.
"Aku minta maaf sebab aku tak dapat hadir ke majlis perkahwinan kau."
"Takpe, saya faham."
"Kau dengan Mina macam mana?"
"Mina banyak membantu saya."
"Kau bahagia dengan dia?"
Aku hanya diam, kemudian teguk air sejuk di gelas sebelah kanan aku.
"Aku sebenarnya tak suka lelaki yang bermain kayu tiga ni. Kalau tak kerana keadaan terdesak ni, aku memang marahkan kau. Kau tak patut buat Mina macam tu. However..."
Pengetua berkerut kepala, kemudian menggaru-garukan kepalanya yang mulai membotak.
"Ya, Pengetua?"
"Aku perlukan orang dalam kerajaan Luqman untuk selitkan kau di dalam kabinet. Aku tahu yang Mina dan Tengku Ariffin sedang berada di pihak Tengku Norman, which they should do that in the first place..."
"Tapi Uncle Ipin kan ikut Pengetua..."
"It's tactical, and I don't blame him. Mereka buat macam tu sebab nak selamatkan kau. Mereka buat macam tu supaya buat masa ini, Tengku Norman tidak mengapa-apakan kau. Dan aku rela mereka ke pihak Tengku Norman."
Aku garu kepala aku.
"Politik memang macam tu, Azlan. Ada masanya, kau terpaksa bersekutu dengan orang yang kau tak suka, dan ada masa kau kena bertempur dengan orang yang kau sayang. Sebab tu di sini aku perlu Natasha untuk bantu kau. Luqman terlalu lemah untuk membuat keputusan. Dia akan dikawal Tengku Ahmad."
"Jadi, saya kena di pihak mana?"
"Kau bukan di pihak sesiapa, Azlan. Bukan di pihak aku, dan bukan di pihak mereka. You are for your own. Ada masanya aku akan beri bantuan kepada kau, dan ada masanya Tengku Norman akan beri bantuan kepada kau. Tetapi bantuan kau yang paling penting, ialah dari abang kau."
"Aziz?"
"Bukan. Abang kau yang sebenar."
"Siapa?"
"Satu hari nanti, kau akan tahu siapa dia."
Ibu ada bercakap tentang abang aku yang berlainan ibu. Tapi siapa dia ya?
"Baiklah, Azlan. Selamat bercuti, dan semoga maju jaya," Pengetua bangun dari kerusinya, kemudian menghulurkan tangan kanannya. Di jari manisnya ada cincin zamrud.
Aku salam cium tangannya, kemudian dia peluk aku.
"Ayah kau pasti berbangga dengan kau, Azlan."
"Saya pergi dulu."
--
New Year's Eve, 2000
Kami berempat tiba di Mauritius dari Temasik dalam penerbangan singgah-singgah. Kami singgah di Sri Lanka untuk mengisi minyak sebelum sampai di sini.
Ibu negara Mauritius ialah Port Louis, dan negara ini dijajah Portugis pada 1505, kemudian Perancis pada sekitar 1700an sebelum British menawannya selepas Perancis kalah perang di Waterloo dalam Perang Napoleon.
Mauritius merdeka daripada British pada tahun 1968 dan bernaung di bawah Queen Elizabeth (macam Australia, Kanada, New Zealand) sebelum menjadi republik pada tahun 1992.
Dari Port Louis, kami nampak tugu burung dodo di bulatan bandar ini, dan menuju ke sebuah vila di daerah Savanne, di pantai Bel Ombre.
Selepas meletakkan beg, kami semua keletihan. Ada piano dan bangku yang lama di hujung vila tersebut.
Natasha duduk di bangku piano tersebut, dan cuba main piano untuk tarik perhatian aku. Ternyata Natasha ni memang takde bakat muzik langsung.
"Tau la I tak pandai main!" kata Natasha, merajuk manja. Aku hanya ketawa sahaja.
Tiba-tiba Kimi berbisik pada aku.
"Dude, gua ada good stuff kat sini beb."
"Good stuff?"
"Kitorang dulu dah pernah rasa, tapi tak tau la korang."
"Apa dia?"
Dia tunjuk sekampit beg plastik yang berisi cendawan.
"Apa yang best cendawan ni?"
"Aphrodisiac, bro. Kau try la dengan Nat malam nanti."
"Sedap ke?"
"Dia tak sedap kat tekak. Dia sedap di minda..."
Aku ragu-ragu nak makan ni, tapi Kimi convince kat aku yang benda ni mampu enhance sensual experience masa tengah menutuh.
Aku tak pasti aku boleh convince Natasha untuk makan benda alah ni atau tak. Tapi Natasha ni suka mencuba.
--
Rumah vila ini berdepan dengan laut, jadi buka pintu sahaja, nampak laut dan pantai. Cuma waktu malam ni, tak nampak apa kecuali deruan laut dan cahaya bulan yang menyuluh ke arah aku dan Natasha.
"You ingat tak, 10 years ago?" kata aku pada Natasha.
"You mean, exactly this time, 10 years ago?"
"Hmmm, terlalu banyak benda berlaku, but I can remember vividly. You, me and Hafiz, duduk tepi pelabuhan Wijayapura. We all wondering what the year 2000 looks alike. But I cannot remember exactly what I said," kata Natasha.
"You cakap you will miss the 80s, Hafiz pula cakap that he's look forward the year 2000. I cakap I nak live and enjoy the 90s to the fullest."
Natasha pandang pada aku.
"Now?"
Aku selak rambutnya yang menutup matanya.
"It's not about the time, it's about with whom I with. Tak kisahlah 80s ke, 90s ke, 2020 ke, the time will be great kalau kita dengan someone yang kita sayang, it will be great time."
"I don't like 90s, to be honest," kata Natasha.
"And why is that?"
"Entah. It's like, I don't recognize anything anymore."
"You cuba tanya Jessica, nanti dia suka tak 2010s? Mesti confirm dia tak suka punya."
"Mana you tau, entah-entah 2010s tu, you dah jadi Prime Minister, or President?"
"Nahhh..."
"Nak bet tak?" kata Natasha.
"Bet apa?"
"Yang kita akan berjaya overcome keluarga al-Daulah ni, and you'll be the first President of Gelanggayu Republic. Lepas tu muka you pun tercetak kat ringgit republik yang baru."
"Tahun bila tu?"
"I don't know, after what happened in 1998 and this year, maybe lambat sikit kot. 2015 maybe?"
"Entah-entah you yang President, Nat. I rasa Pengetua pernah cakap, you're the smartest girl he ever knew in school," kata aku.
"Susahlah orang Gelanggayu nak terima perempuan jadi leader negara. Jangankan President or Prime Minister, jadi Menteri pun ramai pertikai."
"Sebab tu perlunya revolution. To change people's mind."
"Alan, you rasa I smart ke?" tanya Natasha.
"Kalau you tak smart, Wijayapura dah lama terbakar hancur dah bila Luqman jadi Gabenor."
Natasha ketawa, tutup mulut.
"You, you okay ke I kahwin dengan Luq?" tanya Natasha.
"Why?"
"Hati I tak ada dengan dia. Hati I hanya ada pada you."
"Sekarang ni pun I'm a married man, Nat. Kalau you tak kahwin dengan Luq, orang-orang Sayap Kuning akan kawal Luq, then sia-sia je what we fighting for. Tak apalah, demi negara ni, I korbankan perasaan tu. But we still can sneak out macam ni, kan?"
"Tak tahu lah sampai bila kita kena buat macam ni."
Natasha letak kepalanya di bahu aku.
"Alan..."
"Yes?"
"You tak nak minta maaf dengan Hafiz ke?"
"Bukan I tak nak, tapi I tak rasa dia akan maafkan I."
"I faham apa yang you buat pada Dila tu salah. Tapi at least, cubalah. Nak I cakapkan? Oh, by the way, Dila on time nak beranak ni. Hari tu I jumpa dia, dah sarat dah."
"Dorang dah nak ada anak dah?"
"Haah. Dengar kata bakal dapat twins."
"Wow, hebat betul Hafiz! Good for them la. I doakan dorang bahagia lah, walaupun dorang takkan maafkan I."
"Maybe tunggu lagi lima tahun, you cuba minta maaf?"
"Setiap hari I tunggu masa untuk I minta maaf pada dorang. Kalau dorang nak I masuk jail pun, I rela."
"Kalau sebat?"
"Urrgghhh..."
"Biar I je lah sebat you, Alan. Naughty sangat!"
Baru aku teringat cendawan dalam bungkusan ni.
"Apa ni? Mushrooms?"
"Kimi cakap ni aphrodisiac."
"I don't think it's legal lah. Benda ni lah yang The Beatles makan dulu. Or LSD, can't remember which."
"Makan je lah."
"Alan, I ni isteri Perdana Menteri Gelanggayu."
"Then, buat apa you kat sini dengan laki orang? Alang-alang menyeluk pussy, biar sampai ke G spot."
"Euw, dirty la you ni, Alan!"
Tapi aku tau, Natasha curious jugak tu.
"Okay, this is our dirty secret ya?"
"Hey, what happened in Mauritius, stays in Mauritius."
Natasha pun kunyah mushroom tu.
"Ada 100 batang. 50-50?"
"Yes."
"Alan, you tak pernah pun main piano untuk I. You main untuk orang, untuk student, tapi tak pernah untuk I."
"I baru jumpa satu lagu baru, from a band called Muse. I baru nak practice lagu ni. But kalau tak sedap, jangan marah tau."
"Okay, jom pergi ke piano?"
Aku ke piano, dan cuba bermain lagu tu secara arpeggio, sebab everything's sound sexy when you play in arpeggio.
You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love
You could be the one who listens
To my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love
I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before
First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you
You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love
I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before
Before you...
Aku rasa kesan cendawan tu dah mula effect otak aku. Tiba-tiba aku nampak muka Natasha seperti glowing di celah pelangi.
Aku rasa perasaan ini sangat indah.
"Alan, I turn on."
"Me too."
Seriously, yang ni seribu kali ganda lagi inzal daripada masa kat tandas kat shopping mall Temasik hari tu. Lain kali aku nak mintak lagi lah dengan Kimi barang ni.
--
Hafiz
Bunga api meletup di Dataran Perwira, Wijayapura menjelang tahun 2000. Tidak ada blackout atau kapal terbang terhempas macam iklan FizzyTech promote CD-ROM Y2K kat TV. Haha, pandai tak syarikat advertising aku buat iklan?
Fear is the ultimate selling point.
Meraikan tahun baru ni dah biasa, selalu sangat dah. Meraikan dekad baru, mungkin boleh dikira dengan jari, tapi kerap juga lah.
Tapi meraikan abad baru, dan alaf baru, ini perasaan yang berbeza. Kali terakhir orang menyambut alaf baru sebelum ni ialah pada zaman Raja Gautama buka Wijayapura.
Di hospital, Dila melahirkan bayi kembar kami. Anak lelaki dan anak perempuan.
"Koibito nak namakan anak perempuan, apa?"
"Dia lahir 1 Januari, 2000. Millenium. Saya nak letak nama dia Mili."
"Saya nak nama dia Adrina. Mili Adrina."
"Okay, yang lelaki?"
"Alaf."
"Nanti orang gelak la, awak."
"Berani ke dia gelak anak billionaire dan Ketua Unit Cyber Sayap Kuning?"
"Saya yang tergelak nanti. Namakan dia Alif, awak okay? Alif kan huruf pertama dalam bahasa Arab?"
"Okaylah. Alif. Awak nak nama apa?"
"Akmal. Maksudnya sempurna. Makna nama, pertama yang sempurna."
"Alif Akmal dan Mili Adrina. Saya azan dan qamatkan mereka dulu ya, kanojo?"
"Baik, koibito."
"Kanojo, terima kasih sebab hadiahkan saya anak-anak kita berdua."
"Terima kasih pada awak sebab cinta awak pada saya tak pernah berubah."
Selepas aku azankan dan qamatkan kedua bayi kembar aku, aku serahkan kembali pada nurse untuk mereka berehat dahulu.
"Datuk Seri, telefon dari anak saudara Datin Seri?" kata pegawai aku.
"Hello? Aunty Dila baru deliver ni. Ya, nak cakap pada dia? Kejap ya?"
Aku menghulurkan telefon pada Dila.
"Tunggu masanya. Ya, nanti aunty sendiri akan bagi kat si Luqman tu. Yes. Thank you, you're the best."
Aku pandang Adilah, tak tau apa perancangan dia dengan anak saudara dia. Tapi dari cara dia senyum tu, macam ada rancangan 'nakal' dia.
Bijak betul dia mengatur strategi demi kepentingan kami.
--
Azlan
Aku sedar saja, Natasha di dalam pelukan aku. Aku kucup dahinya, dan perlahan-lahan dia terbangun.
Kimi dan Merlina sedang toast roti untuk dimakan bersama strawberry jam.
"Lapan round, still standing bro!" kata Kimi, tergelak.
Natasha baling bantal ke arah Kimi, dan Kimi mengelak.
Lagu When You're Gone dari Bryan Adams dan Melanie C berkumandang dari mini kompo si Kimi.
"I rasa macam jadi orang yang baru. Macam reborn," kata Natasha.
"Best tak?" Kimi naik kening.
"You're my best buddy, ever."
Aku sebenarnya tak perlukan cendawan ni pun untuk aku sedar, yang aku bahagia, kalau dengan Natasha.
What a great new millennium has started!
"Apa lagi, jom la mandi laut! Takkan nak mandi laut kat Wijayapura, kotor!" kata Merlina.
Kami berempat berlari menuju ke pantai dan melompat ke Lautan Hindi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top