1999 part 7
Natasha menangis teruk bila ibunya, Mrs Birgitt cakap, demi nak selamatkan syarikat ayahnya kembali, dia terpaksa kahwin dengan Luqman.
Dia rasa semua ini terlalu berat untuk dia pikul.
When I was young
I never needed anyone
And making love was just for fun
Those days are gone
Living alone
I think of all the friends I've known
When I dial the telephone
Nobody's home
All by myself
Don't wanna be
All by myself
Anymore
Lagu Celine Dion, All By Myself mengiringi pemanduannya. Ikutkan hatinya, dia nak lari saja dari semua ni. Duduk di Temasik bersama Azlan.
Air matanya terus mengalir dan terus sahaja memandu hingga ke pelabuhan.
Dia keluar dari kereta, kemudian berdiri di tembok menghadap laut.
"I'm done. I cannot take this anymore."
"Nak, jangan berdiri kat situ. Bahaya," kata seorang perempuan tua yang menjual kacang rebus.
"I dah tak tahu macam mana nak berdepan dengan hidup lagi!"
"Sabar, sabar. Turun dulu. Angin kuat ni," kata perempuan tua jual kacang rebus tu.
Natasha tak tahu kenapa dia berasa lembut bila nampak wajah perempuan tua tu.
"Nak makan kacang? Mak Cang belanja. Sambil makan, adik cerita, apa masalah adik."
Natasha terus duduk di bangku batu, dan perempuan tu duduk di sebelahnya, dengan sebungkus kacang rebus.
"Nama makcik siapa?"
"Nama nenek, Mawar. Tapi semua orang kat sini, panggil nenek, Mak Cang je. Sebab jual kacang."
"Oh, klasiknya nama bunga macam tu. Dah berapa tahun makcik jual kacang rebus ni?"
"Lama dah. Sejak sebelum merdeka lagi."
"50 tahun yang lepas? Umur makcik berapa?"
"60. Mak Cang jual kacang kat sini sejak umur 10 tahun."
"Mak ayah nenek, tak jaga makcik ke?"
"Zaman tu, orang susah, cu. Orang jual anak sebab nak beli beras pun ada. Zaman baru lepas perang."
Natasha terkebil-kebil. Baru dia sedar yang ada orang yang lebih susah daripada dia. Tapi masih lagi tolak sorong kotak jual kacang rebus.
"Mak Cang..."
Natasha terus peluk nenek tua tu.
"Jadi perempuan ni, susah. Kita selalu dipermainkan, diperdagangkan, dijualbeli, macam hamba. Yang mana yang nak merdeka, kena hidup susah."
"Mak Cang beritahu mana Mak Cang duduk, saya akan cuba tolong. Rumah Mak Cang kat mana?"
"Mak Cang takde rumah sejak tahun lepas. Mak Cang berlindung celah-celah bangunan, kadang-kadang tidur di stesen keretapi, stesen bas."
"Habis tu, makcik rebus kacang ni kat mana?"
"Mak Cang tolong jual je. Orang rebus kacang, nenek tolong jual. Dapatlah upah sikit. Sebungkus kacang, seringgit. Dapatlah dua puluh sen satu bungkus. Sini orang ramai, dapat jual lima puluh bungkus kacang, dapat sepuluh ringgit. Lepas lah duit makan tengah hari sampai malam."
Terus Natasha capai wallet dia.
"Mak Cang, ambil duit ni. Dua ratus."
"Tak apa."
"Ambil."
"Bukan apa, nanti orang ambil duit Mak Cang. Rugi je adik bagi duit, tapi lepas ni ada orang kejar Mak Cang dengan parang."
"Sanggup dorang rompak orang tua macam Mak Cang, ya?"
"Nak buat macam mana. Hidup miskin di bandar, memanglah susah."
Natasha rasa malu betul. Sebab selama ni dia ingat, dia dah buat yang terbaik untuk rakyat. Dasar-dasar yang dia fikir, dia ingat dah sampai rakyat terbawah.
"Macam ni, saya sewakan makcik bilik hotel, esok Mak Cang kerja dengan saya, tinggal dengan saya, jaga mak saya."
Mak Cang keliru.
"Ikhlas ni, nama saya Natasha. Panggil Nat je. Mulai hari ni, saya jaga Mak Cang."
"Terima kasih, Nat. Tapi, ada ramai lagi yang macam Mak Cang ni. Wijayapura ni daripada zaman purba dulu, kaya raya. Tapi masih lagi ada orang macam nenek ni," kata Mak Cang.
Akhirnya dia buat keputusan, disebabkan Luqman bakal menjadi Perdana Menteri, dia terima perkahwinan ini, bukan sebab kerelaan hatinya, tapi sebab dengan harapan, dengan kuasa yang Luqman ada sebagai Perdana Menteri, dia akan sedaya upaya untuk mengubah nasib rakyat terbanyak.
Kerana walau macam mana pun, hatinya hanya untuk Azlan.
--
Luqman melepaskan jawatan Gabenor Wijayapura, untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baru. Political move kali ini amat membingungkan penganalisis politik, yang menganggap situasi sekarang teramat pelik.
Ini kerana arahan dari Bukit Istana. Menteri yang lebih senior, yang dah lama berkecimpung dengan politik, yang dah jadi old-school political top dogs, tiba-tiba diketepikan, mereka rasa terkejut dengan tindakan Tengku Mahkota.
Tapi disebabkan apa yang terjadi kepada Haji Ghani, Datuk Rahizan dan Jeneral Yahya Atan yang kini hidup dalam buangan di Temasik, mereka akur, kerana di Gelanggayu, Bukit Istana, melalui sayap paramiliternya, Sayap Kuning, mampu lakukan apa sahaja untuk mengekalkan keluarga al-Daulah sebagai pemerintah.
Ramai yang cakap, Datuk Seri Azmi ada masa dalam dua bulan je. Sebaik sahaja sidang dewan Parlimen bermula, benda pertama yang berlaku ialah usul tidak percaya.
Semua Ahli Parlimen mahu menjaga tengkuk masing-masing, termasuk Shahrizal Hamdi. Dia terpaksa tone down sikit kutuk Luqman, memandangkan dia adalah pilihan Bukit Istana.
Kalau dulu, bolehlah dia lantang bersuara. Sejak tengok apa yang berlaku pada Pengetua, dan Haji Ghani, dia pun fikir berkali-kali sebelum nak melawan keluarga al-Daulah ni.
Semasa sidang media mengumumkan yang Luqman menjadi Timbalan Perdana Menteri di Seri Bendahara, Tengku Ahmad berdiri di sebelah Luqman.
Tengku Ahmad kini dilantik sebagai Penasihat Diraja kepada Perdana Menteri. Kalau zaman British dulu, Residen British nasihat Sultan kan? Ha, sekarang terbalik. Sekarang al-Daulah yang nasihat Perdana Menteri.
Walaupun atas kertas, Tengku Ahmad ni penasihat Datuk Seri Azmi, tapi sebenarnya dia dilantik untuk mengawal Luqman.
Syer FizzyTech melambung dari RG9.32 kepada RG34.30 - hampir empat kali ganda kerana lantikan ini.
Sejak pilihanraya 1995 apabila Datuk Rahizan menguasai sistem daulah, Tengku Mahkota dan Bukit Istana tak dapat mengekang kemaraan 'pemberontak elit' republikan yang diketuai Jeneral Yahya Atan ni.
Sekarang, dengan si "Mr Bean" yang bakal menjadi patung cendana Bukit Istana, Tengku Mahkota, Tengku Ahmad dan Datuk Seri Hafiz Samsudin adalah tiga orang yang paling berkuasa di Gelanggayu.
Tengku Mahkota duduk di pejabatnya, sambil minum cognac, bersilang kaki di atas meja, sambil buka lagu rock kegemarannya, dari Thin Lizzy.
The boys are back in town!
--
Datuk Seri Hafiz dan Tengku Ahmad dijemput oleh Mr Shaheed, salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat telekomunikasi di Pakistan, PTCL untuk ke Moscow untuk bertemu dengan Pengarah FSB, Vladimir Putin.
FSB merupakan badan perisikan dan keselamatan Rusia, yang berasal dari badan perisikan Soviet Union, KGB. Vladimir Putin menjemput Mr Shaheed bagi membincangkan tentang pembangunan internet, jadi Mr Shaheed membawa sekali Datuk Seri Hafiz dan Tengku Ahmad ke sana.
Dalam kapal terbang, Datuk Seri Hafiz dan Tengku Ahmad diterangkan tentang situasi politik semasa di Rusia. Presiden Boris Yeltsin dalam keadaan yang paling teruk.
Ramai orang-orang di dalam Kremlin mahu menaikkan Putin sebagai Presiden yang baru. Pada ketika ini, namanya disebut bakal menjadi Perdana Menteri Rusia.
Dalam jet keluarga al-Daulah, Hafiz duduk di tepi tingkap, teringat dia dan Adilah bercakap tentang kejatuhan Soviet Union dalam bas sambil berkongsi walkman mendengar lagu Scorpions.
Dia sendiri tak sangka, dalam masa 10 tahun, dia dah capai ke tahap ni. Semua ini dicapai kerana dia ada pengetahuan tentang kuasa baru - internet, sejak dari awal pembangunan.
Knowledge is power, bak kata Francis Bacon.
Datin Seri Adilah tak nak ikut, walaupun ikutkan hatinya dia ingin menemuramah Vladimir Putin tentang isu keselamatan rantau Pentas Sunda dari kaca mata Moscow. Lagipun dia sedang mengandung.
Kemudian, ada pelan yang berikutnya, kalau Rusia bagi harga yang sesuai untuk meletakkan pengaruhnya di rantau Pentas Sunda ini.
Beli pesawat jet, bangunkan ketenteraan, dan meletakkan angkasawan di ISS dengan kepakaran Rusia.
Sebab sejak pemecatan Datuk Rahizan, dan sejak Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore bermulut celupar dalam Sidang Kemuncak APEC di Wijayapura tahun lepas, hubungan Wijayapura-Washington agak sedikit retak.
Jadi, untuk plan back up, Moscow pilihan yang okay untuk ketenteraan. Lagipun, mereka bukan negara komunis lagi.
--
Mr Shaheed membawa Datuk Seri Hafiz dan Tengku Ahmad di sebuah dacha, iaitu rumah-rumah orang elit Rusia di Peredelkino.
Rumah Vladimir Putin betul-betul di hadapan muzium dan galeri Yevgény Aleksándrovich Yevtushénko, yang merupakan seorang pemuisi dan novelis Rusia.
"Zdravstvuyte, Shaheed," Putin memeluk erat Mr Shaheed. Mr Shaheed, yang fasih berbahasa Rusia, memperkenalkan Datuk Seri Hafiz dan Tengku Ahmad dari Gelanggayu.
Rumah ini dikatakan berusia lebih 100 tahun, dan merupakan kediaman menteri di zaman Czar, kemudian pada zaman Soviet Union, rumah ini menjadi kediaman Pengerusi KGB. Hari ini, dia menjadi Pengerusi FSB, maka dia duduk di sini.
Vladimir Putin dikatakan bakal menggantikan Yeltsin pada masa depan. Dan Putin mahu membangunkan internet sejajar dengan kehendak ekonomi semasa.
Tetapi, Vladimir Putin tidak mempercayai Amerika Syarikat. Maka, dia perlukan khidmat pakar dari negara lain untuk pembangunan internet di Rusia.
Dan Vladimir Putin, seperti Tengku Mahkota, mahu internet ini mampu dikawal olehnya. Padanya, Rusia tak boleh jadi negara demokrasi mutlak, sebab kalau jadi macam tu, wilayah Rusia ni luas, dan kalau berlaku pemberontakan, susah Kremlin nak kawal.
Datuk Seri Hafiz bersetuju untuk kerjasama dengan syarikat telekomunikasi Rusia, Beeline, untuk membangunkan projek infrastruktur internet di Rusia.
Perkara ini akan dibincangkan dengan Datuk Seri Saiful apabila ada lawatan rasmi Rusia ke Gelanggayu nanti.
Dan sebagai timbal balasnya, Rusia akan menjual kelengkapan senjatanya ke Gelanggayu, seperti anti-missile system, jet pejuang, kereta kebal, dan kelengkapan perang yang lain.
Tapi semua ini hanya boleh berlaku sebaik sahaja undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Azmi berlaku.
--
"Ibu, nampaknya Datuk Seri Azmi dah lantik Luqman sebagai Timbalan Perdana Menteri. Macam mana ni?" tanya Mina kepada Faridah.
"Macam mana apanya. Layankan je lah cakap pakcik kau tu."
"Masalahnya, Luqman sekarang dikawal oleh orang-orang Sayap Kuning. Mereka akan cuba halang Azlan daripada naik."
"Aku ada satu jalan. Tapi jalan ni jalan keji dan tak diredhai. Dan kau pun takkan suka benda ni."
Mina terdiam. Lain macam nada suara ibu mentuanya ni.
"M...macam mana tu, ibu?"
Faridah melepaskan nafas yang panjang. Kemudian dia buka tas tangannya, mengeluarkan foto-foto.
Gambar Azlan dan Natasha sedang berdua-duaan di Temasek, sedang menonton konsert.
Mina mengetip bibirnya menahan marah.
"Dah agak! Hari tu masa dia balik, bau perfume Natasha pada baju dia! Dia ingat saya ni bodoh agaknya? Alasannya, kena culik dengan Sayap Kuning lah, kena culik dengan Taliban lah!"
"Sabar, Mina. Laki aku dulu pun womanizer juga. Tapi aku sabar untuk bentuk dia."
Mina terdiam.
"Buat masa ni, biar je Azlan dengan Natasha. Aku kenal Natasha tu macam mana. Bekas girlfriend anak aku, aku tahu lah dia macam mana. Dia sendiri akan cuba tolong Azlan. Mark my words."
"Baik, saya diamkan dulu benda ni. Tapi lepas dah settle semua ni, taulah saya mengajarnya macam mana!"
"Sabar, Mina. Aku faham perasaan kau. Tapi kalau kau nak sampai tahap macam Pengetua, macam Tok Aki, macam aku, kau kena bertenang."
--
Petang itu, Mina bertungkus lumus cuba memasak sendiri resipi dari buku. Dalam dia cuba memasak tu, tangannya melecur. Dia menjerit kesakitan, kemudian mencampakkan periuk itu ke lantai.
"Stupid, Mina! You're stupid!"
Dia menangis seorang diri di dapur.
Bibiknya datang, dan cuba memujuk Mina.
"Cik puan, cik puan kenapa ni?"
"Biar saya sendiri yang kemas. Biar saya sorang-sorang kat sini," kata Mina sambil menangis teresak-esak.
Azlan tiba di rumah, dan terdengar suara Mina menangis di dapur.
"Mina? Are you okay?"
"I memang bodoh! I tak pandai masak!"
"Shhh, shhh! Jangan menangislah. Takpe, you rehat dulu. I kemas semua ni. I masakkan untuk you, okay?"
Mina terus menangis, kemudian Azlan pegang tangan Mina, kemudian memeluknya. Ikutkan perasaan Mina, dia nak capai pisau di dapur dan tikam sahaja Azlan.
Cuma dia perlu bersabar sebab semua ini perlu dilakukan untuk masa depan negara ini.
Azlan kemudian membelai-belai rambut Mina, kemudian cium dahi Mina.
"Azlan, do you really love me?"
"Of course, I do."
"Don't you lie to me."
"I won't."
Dalam hati Mina, menahan geram. Dasar politisyen!
--
Azlan kemas dapur tu, mop lantai.
"Tuan Azlan, biar saya kemas..."
"Tak apa. Kotoran ni isteri saya yang buat. Maka saya bertanggungjawab membersihkannya."
"Tapi ini kerja saya, tuan?"
"Tak apa. Awak buat kerja lain. Awak makan spaghetti bolognais?"
"Maaf tuan. Saya tak tahu masak macam tu. Saya masak masakan Melayu sahaja. Biasanya kalau masakan Barat ni, orang lain yang masak."
"Takpe, hari ini saya belanja awak."
Selepas mengemas, Azlan sinsing bajunya, kemudian rebus spaghetti. Kemudian dia potong tomato, dan cincang daging.
Azlan masak seperti cara arwah ayahnya ajar dia dulu, masa arwah ayahnya bekerja di restoran Itali di New York.
Mina masih merajuk dengan Azlan, tetapi bau masakan Azlan membuatkan dia susah nak menahan perasaan itu memandangkan bau-bauan dari kuah tomato yang dimasak bersama rosemary, thyme, dan oregano serta daging benar-benar menggodanya.
Azlan tutup api kemudian menyepitkan spaghetti dan memusingkannya dan dia hiaskan dengan daun basil dan keju parmesan, kemudian dia hulurkan pinggan kepada pembantu rumahnya.
"Ini untuk awak. Panggil Puan Mina. Cakap saya dah masakkan untuk dia."
Dalam hati Mina, menahan geram, tapi nak marah, suaminya masak sedap sangat pula.
Mina makan, dan rasa kuahnya begitu pekat sekali.
"You pakai Prego ke? Apasal lain je kuah dia?"
"Prego? Please lah. I buat sendiri kuah tu."
"You buat kuah ni sendiri? Macam mana you tau masak Italian food?"
"Arwah ayah ajar. Dulu dia pernah kerja di Italian restaurant di New York."
"Sedap. Pandai ayah you ajar."
Dalam hati Mina, dia jadi geram. Sebab dia tak jadi nak marah. Terutamanya bila Azlan senyum dan masakkan untuk dia. Memang berbakat nak jadi ahli politik.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top