1999 part 6
Azlan
"Alan, since Ali kahwin, you jumpa ke tak Ali? You dah pergi rumah baru dia?" tanya Natasha.
"Dia dah ada rumah baru?"
"See, you cakap you best friend dia, Jessie's band pun jamming kat studio dia, tapi you tak tahu pun yang dia dah beli rumah baru. Jom la, pergi rumah dia."
Aku bukan apa, sejak aku nampak dia rapat dengan Hafiz, aku jadi makin tak selesa nak lepak sangat. Sebenarnya aku nak ajak Jessie atau Kimi jam kat studio jamming lain, tapi mestilah dorang akan tanya macam-macam. After all, studio jamming Ali, barangan dia berkualiti dan dia jaga maintainance equipment dengan baik.
"Okay, let's go."
--
"Kau ni memang janji ahli politik la, Lan! Janji nak datang wedding aku, tapi Natasha je datang. Kejap, kenapa korang berdua datang bersama ni? Pasangan masing-masing tak tahu ke?"
Natasha letak jari di bibirnya, dan aku ketawa.
Ali dah geleng kepala.
"Jessica, kau dah besar, kau jangan jadi macam sepupu kau," kata Ali.
Aku pandang rumah Ali, agak besar, dua tingkat, corner lot.
"Berapa ringgit kau beli rumah ni?"
"RG350,000. Okay kan?" kata Ali.
"Sangat okay weh."
Petang-petang, Hidayah, isteri Ali, goreng keropok lekor. Dan ada disediakan juga rambutan yang sekarang tengah musim.
Rajin betul Ali, dia kopek satu-satu rambutan, simpan dalam tupperware dan letak dalam peti ais macam ni. Selalu aku makan gigit kulit je.
"Kau sekarang jadi model ke, Lan?" tanya Ali.
"Part time je lah. Aku masih lagi jadi cikgu sekolah."
"Confirm confirm la budak perempuan kat sekolah kau tu angau dengan kau!"
"Bukan budak je. Cikgu sekolah, mak budak sekolah, aku tiap hari dapat surat cinta. Sampai aku boleh simpan dalam satu kotak besar TV kau ni."
"Serius la? Tahap rock star dah kau ni, Alan!"
Aku dan Ali sedang menonton VCD.
"Kau tengah buat apa ni?" tanya aku.
"Tengah tengok wrestling. Ni Stone Cold tengah belasah Vince McMahon ni..."
Ali ni daripada dulu suka tengok wrestling, jadi aku diam je lah.
"Ali, aku nak tanya kau soalan?"
"Apa dia, tanya la."
"Macam mana kau boleh kenal bini kau ni?"
"Dia ni jiran kawan aku, Hafiz."
"Macam mana kau boleh kawan dengan Hafiz?"
Ali duduk menyandar, kemudian capai rokoknya.
"Aku jumpa Tok Aki masa aku kat masjid. Dia ajak aku pergi majlis ilmu kat rumah Pak Wan Radzi. Jadi kat situlah aku kenal Hafiz. Kenapa, kau kenal ke Hafiz ni?"
Natasha buat signal, suruh cut off the story pada Ali.
"It's okay, Nat."
"Apa dia?" Ali terpinga-pinga.
"Hafiz ni dulu roommate aku masa aku kat universiti dulu."
"Ye ke? Eh, jom la lepak sekali next time?"
Aku hanya senyum je lah. Biar je lah Ali tak tahu kisah ni.
Aku keluar sampul surat yang aku dapat hari tu.
"Kau tau tak apa jadi pada Paraporn?"
Ali berubah muka.
"Gila babi dia kena bunuh macam tu. Gaduh geng pun, tak pernah macam ni. Paling koman tembak je lah. Ini sampai gantung atas kipas macam tu."
Aku keluarkan gambar.
"Itu hari, ada orang hantar gambar ni pada aku."
Ali tengok tiga-tiga keping gambar Paraporn dibunuh.
"Siapa hantar gambar kau pada ni?"
"Kau tau kan aku dulu pernah gunakan Paraporn ni untuk..."
"Haa...haa, tau."
Kena kawal bahasa sebab takut Jessie dengar. Cakap pun slow je.
"Haa..."
"Bapak dia, ketua Sayap Kuning."
Ali terdiam.
"Kau cari pasal dengan geng Diamond Hijau, Gagak Merah, Jagindas, semua tu kau boleh settle lagi. Sayap Kuning, kau jangan main-main. Network dorang besar beb. Ni royal gangster. Kau kenapa buat benda bodoh macam ni, Lan? Serius, kalau dorang cari kau, aku tak boleh tolong kau, Bang Iz pun tak boleh nak tolong kau."
"Macam mana ni?"
"Kau pergi ke NASA, jadi angkasawan, pergi Planet Marikh. Duduk situ. Atau, kau bersedia je lah. Lan, trouble teruk kau ni. Buat benda tak nak fikir."
"Mana aku tau, masa kau buat macam tu kat Mas..."
"Lan, jangan cerita lagi benda ni. Aku sekarang dah kahwin, nak bina keluarga. Aku sekarang pun urus geng dari rumah je. Lagi satu, kalau Sayap Kuning cari aku sebab dia ekor kau, sorry beb. Sebab dorang ni kepala gila beb. Entah-entah yang bunuh ni, Sayap Kuning. Dia nak tunjuk kat kau, dia mampu buat apa."
"Tapi takkan kau tak boleh lawan depa ni?"
"Boleh je. Kau jadi Presiden Amerika, jadi Presiden Rusia, jadi Perdana Menteri Britain. Kau ada bom nuklear. Kau jadi Perdana Menteri Gelanggayu pun kau tak boleh lawan depa ni. Depa ni, dalam polis pun ada geng dia, dalam tentera ada geng dia, semua ada. Kau boleh hilang macam tu je, tau-tau, kau balik rumah dengan beg mayat."
"Apa aku kena buat?"
"Alan, aku tak tau. Kalau aku kat situasi kau ni, aku cakap terus terang, aku pergi Planet Marikh je. Dorang ni gangster tahap atasan bai. Kau try la cakap benda ni kat Bang Iz, dia pun geleng kepala tak nak tolong kau."
Kalau pailang besar macam Ali pun dia tak boleh nak buat apa, aku rasa aku tunggu masa je lah. Atau aku akan lawan dorang dengan apa yang aku ada.
"Tapi kan..." Ali jeling ke arah Natasha, sebelum berbisik dengan aku.
"Apa dia?"
"Kau kan suami Tengku Aminah, kenapa Sayap Kuning nak cari pasal dengan kau?"
Aku terbeliak dengan kata-kata Ali. Tapi aku tau, Tengku Norman pun rapat dengan Hafiz. Sebab tu aku masih tak yakin aku boleh rapat dengan pakcik mertua aku ni, walaupun Mina tu anak buah kesayangan dia.
--
Hafiz
Aku tengok Adilah tak berapa nak sihat sejak sehari dua ni.
"Kanojo, kanojo sihat ke tak ni?"
"Boleh la, cuma kerap loya sejak dua menjak ni."
"Nak saya call doktor?"
Dah kaya, buat apa nak pergi hospital. Call je la doktor datang sini.
"Hello, Dr Halimah. Hafiz FizzyTech. Ya, boleh bawa nurse datang ke sini? Isteri saya tak sihat sejak dua menjak ni. Baik."
10 minit kemudian, ambulans tiba dengan Dr Halimah berserta dua nurse memeriksa Adilah.
"Puan dah lama tak period, kan?"
"Ya, saya."
"Ada rasa macam sakit di payudara?"
"Ya."
"Nurse, keluarkan pregnancy kit. Check Puan Adilah."
Adilah pregnant ke?
"Encik Hafiz, encik Hafiz kena ikut kami ke hospital untuk pemeriksaan Puan Adilah."
--
Adilah dalam bilik pemeriksaan, dan aku kat luar ni dah ke hulu ke hilir, tak tahu nak buat apa. Beberapa minit kemudian, Jimmy datang ke hospital bersama isterinya, Tengku Khairunnisa, yang dah ada anak dua orang.
"Kau rilek je, Fiz."
"Aku panik ni. Aku takut Dila sakit ni."
"Alah, biasa je ni."
"Aku sayang dia."
"Ya, aku tahu. Kau duduk jap."
Dr Halimah keluar, dengan senyuman. Adilah pun senyum.
"Encik Hafiz, tahniah. Awak bakal jadi seorang ayah. Puan Adilah positive mengandung dua minggu."
"Steady la, Hafiz. Anak kau ni, kalau pregnant time macam ni, ada jugak lahir time millennium ni," kata Jimmy.
Aku terus peluk isteri aku.
"Awak bakal jadi seorang ibu."
"Awak pula jadi ayah."
Aku terus cium dahi isteri aku. Rasa bersyukur, tapi berdebar.
--
Sejak Adilah pregnant, aku suruh dia duduk rumah dan tak ke office Suara Gelanggayu. Dan sebab itu, aku hire seorang doktor peribadi, seorang tukang masak khas untuk orang mengandung, dan pakar gynekologi untuk menjaga bayi aku supaya dia sihat dalam keadaan tip-top.
Bak kata lagu KRU, apa saja untukmu, tak mengira waktu, katakan saja, akan aku laksana, kau permaisuri bertakhta di jiwa.
Apa saja untuk isteriku, Adilah. Aku akan rela berkorban apa saja.
Dari segi keselamatan, Ali kini sudah jadi ketua pasukan keselamatan keluarga aku. Tak cukup tu, ayah Adilah, Pak Wan Radzi pun orang kuat Sayap Kuning.
Siapa berani langgar garisan macam si celaka tu buat pada Adilah, memang menempah maut.
Aku kena pergi Bukit Istana kejap. Tengku Mahkota panggil aku.
--
"Apa khabar bakal bapak orang?" Uncle Norm dengan baju Polo, datang memeluk aku.
"Baik, Uncle Norm."
Jimmy di belakang salam cium tangan pakciknya. Tengku Mahkota jemput aku untuk duduk.
"Begini, Hafiz. Ayahanda Uncle, Tuanku Sultan punya ulangtahun permahkotaan ke-20 dalam bulan depan. Jadi, Uncle Norm letak nama Hafiz sebagai senarai penerima pingat. Uncle letak Hafiz jadi Datuk Seri ya?"
Berubah muka aku.
"Susah nak bagi orang luar politik, tentera, polis atau perkhidmatan luar ni pangkat Datuk Seri ni, Fiz. Tapi pada aku, kau memang layak, sebab kau naikkan internet di seluruh Gelanggayu. Selain kau, abang ipar kau Saiful pun dapat Datuk Seri. Seronok la Pak Wan Radzi, dua-dua anak perempuan dia dapat pangkat Datin Seri," kata Jimmy.
"Betul ke ni, Uncle? Alamak, segan la saya, saya jual antivirus internet je."
Tengku Mahkota tepuk bahu aku.
"Jasa kau dan Adilah dalam menepis geng Rahizan sangat besar. Unit Cyber Sayap Kuning pun dah makin cekap mengesan orang-orang pengkhianat negara ni. Jasa kau besar, Hafiz. Tapi bulan depan bini kau boleh lagi datang kan?"
"Boleh cuma kena jalan slow-slow la."
Tengku Mahkota hulurkan aku cigar.
"Maaf, Uncle Norm. Saya tak hisap rokok. Atau arak. Atau apa-apa je."
"Dia ni straight edge, Uncle."
"Eh, dulu hisap rokok. Lepas tu berhenti."
"Jadi, apa yang buat kau ketagih?" tanya Tengku Mahkota.
"Raut wajah Adilah, dengan dendam terhadap si celaka tu. Lagi satu, Choki-Choki. Sejak Adilah mengidam Choki-Choki ni, dia makan satu, saya makan tiga."
Tengku Mahkota ketawa bila dengar aku suka makan Choki-Choki sebab bini aku.
"Jangan risau, kita main long game. Hari tu kau tau, bomoh yang dia pakai tu mati kena gantung?"
"Tau. Adilah beritahu saya. Dia yang rancang benda ni. Saya kata on je."
"Lagi satu, Jimmy, kau dah contact kawan Kurdistan kau ke belum?" tanya Tengku Mahkota.
"Dorang tunggu Datuk Mohd Nor kat Istanbul untuk layanan istimewa," Jimmy senyum.
"Jeneral Yahya takde, bapak dia pun takde, lepas tu kita naikkan si Mr Bean ni jadi Perdana Menteri untuk kita senang control. Sempoi idea kau, Hafiz."
"Idea Adilah sebenarnya tu."
"Hafiz dan Adilah. Lethal couple, haha!" Tengku Mahkota senyum.
--
Helikopter Datuk Mohd Nor terhempas di Turki - Suara Gelanggayu
ISTANBUL - Billionair terkaya di Gelanggayu, pemilik syarikat Nadi Citra Corporation, Datuk Mohd Nor Abdul Rahman, disahkan terkorban dalam satu nahas helikopter di Laut Marmara hari ini.
Datuk Mohd Nor dikatakan sedang menuju ke sebuah pulau milik peribadinya berhampiran Pulau Sivri, 10 batu nautika dari pusat bandar Istanbul.
Helikopter malang itu terhempas di perairan laut itu berlaku pada jam 4 petang waktu Istanbul (9 malam waktu Wijayapura).
Datuk Mohd Nor merupakan ayah kepada Damian, CEO Nadi Citra dan Angkasa TV, dan Luqman, Gabenor Wijayapura.
--
Suasana murung menyelubungi keluarga Datuk Mohd Nor selepas peristiwa malang itu. Jenazahnya dibawa ke Gelanggayu untuk disemadikan di sini.
Damian terus duduk di kerusi, dan memanggil Luqman.
"Luq, ni wasiat daddy. Kalau kau nak harta kau ni, kau kena kahwin dengan Natasha."
"Hari tu dah tanya dah, dia kata dia belum bersedia."
"Baik kau cakap dengan dia betul-betul. Dia serius dengan kau, atau dia main-main. Harta abah ni ada dalam $25 billion. Jangan main-main, aku tak nak harta ni jatuh ke tangan orang sembarangan. Kalau tak, biar aku sendiri tanya dengan Mrs Birgitt. Dah kau bengap sangat, propose girlfriend sendiri kahwin pun susah."
Damian terus bangun, dan menuju ke masjid untuk majlis solat jenazah dan majlis pengebumian.
--
Adilah
Ya ampun, Jimmy! Mampos aku kalau Hafiz found out ni. Apasal hari tu kau lepas kat dalam?
Yang Jimmy babi ni dia boleh pulak berlakon cemerlang depan Hafiz. 'Tahniah, anak kau bakal beranak pada millennium.'
Anak kau la, setan!
Patut ke aku gugurkan anak ni? No way, kalau aku gugurkan, confirm la Hafiz ni salahkan doktor tu. Dia tu dah la overprotecting.
Macam mana ni ya? Kalau buatnya nanti dorang buat ujian DNA, macam mana?
Aku harap tak la. Eiii, bodohlah kau ni Jimmy! Menyusahkan aku betul!
--
"Aunty, macam mana dengan si Alan ni? Pening la saya," kata Ali sambil menggosok-gosok kepala botak ala Stone Coldnya.
"Sayap Kuning kejar dia?" kata Faridah sambil makan cucuk udang.
"Ye lah. Sayap Kuning tu...saya mana mampu nak lawan dorang kalau dorang apa-apakan Azlan, mana saya mampu tolong."
"Apa pulak dorang berani apa-apakan si Azlan tu? Surat nikah dia dengan Tengku Aminah Tengku Ariffin. Nak mampos dia langgar keluarga al-Daulah?"
"Eh, tapi bukan ke Tengku Ariffin side Pengetua?"
"Haaaa, itu yang kau tak tau. Aku yang susun deal ni dengan Tengku Norman. Tengku Norman dengan arwah bapak kau, rapat."
"Eh, bukan dia lagi rapat dengan Ipin ke?"
"Dia rapat dengan Ipin kalau bab-bab aktiviti. Main muzik, pergi travel, bercamping tu semua. Tapi kalau dengan Norman, Norman banyak berborak dengan bapak kau."
Ali berkerut dahi.
"Sebab tu masa Alan kena bom kat Manchester tu, Tengku Norman tuntut dengan Prince Charles suruh bayar ganti rugi. Sebelum keluarga al-Daulah bocorkan rahsia plan nak bunuh Diana tu."
"Serius?"
"Norman tu nampak je dia bengis. Tapi dia sayangkan keluarga dia. Ipin tu sungguh dia tak berapa nak ngam, tapi tu tetap adik dia. Mina tu anak buah kesayangan dia. Kalau jadi apa-apa pada Azlan, mampos Wan Radzi nanti."
"Macam tu rupanya."
"Nanti aku akan beritahu Pakcik Jamil macam mana nak selitkan kau dalam Sayap Kuning. Tapi ada akad dia, ada sumpah ba'iah dia. Dan kau tak boleh masuk Bukit Besar, depan dorang la. Kena pandai-pandai."
"Aduhhh, tu port Restoran Haji Salleh tu."
"Alah, benda tu acah je. Kononnya dulu kat dalam gua tu, Sultan Muzaffar tak nak orang korek harta dia tu. Dia cakap la Sayap Kuning tak boleh masuk situ."
"Aunty tahu ke kat situ ada harta?"
"Yang tahu pasal harta dalam gua tu, arwah Tun Iskandar, arwah bapak aku, Pakcik Jamil, dengan aku."
"Ada apa kat situ?"
"Kau bayangkan, emas, perak, permata, segala harta Raja Gautama ada kat situ. Dalam gua tu. Jadi, cerita sumpahan Raja Gautama tak boleh masuk dalam tu, Sayap Kuning kalau masuk kawasan tu, muntah darah, adalah cerita dongeng yang dicipta untuk Wan Demang tak merembat harta ni untuk digunapakai oleh orang lain. Senang cerita, nanti senang aku bawak kau ke situ."
"Saya?"
"Sebab kau keturunan Tengku Ishak, kau jangan lupa tu, Ali. Harta ni nanti, kau kena uruskan."
"Berapa semua nilainya?"
"Cukuplah kalau kau nak beli seluruh negara Itali."
Terbeliak mata Ali mendengarnya.
"Itali? Yang ada Roberto Baggio tu?"
"Kau tak pernah dengar ke pepatah zaman dulu, siapa yang memerintah Gelanggayu, tangannya mampu mencekik tengkuk pemerintah Venice? Venice kat mana?"
Terkebil-kebil mata Ali.
"Kaya gila Gelanggayu ni."
"Ada sebab kenapa Ptolemy panggil Gelanggayu ni bumi emas. Harta ni langsung tak terusik sampailah kami berempat jumpa ni. Selama ni keluarga aku survive sebab harta ni la. Nak harapkan duit Pengetua? Dia bagi ke Azlan je. Nak grooming dia jadi pemimpin ikut acuan dia."
"Jadi, tugas saya apa?"
"Kembangkan harta ni, dengan perniagaan underground kau tu, kemudian kau dengar cakap aku. Insya-Allah, jangankan Sayap Kuning, kau akan jadi orang yang paling kuat dalam dunia underground nanti."
Ali masih tak percaya harta Raja Gautama yang tersorok di sebuah gua celah bukit yang tersorok di sempadan Wijayapura-Geri itu ada harta yang sebegitu banyak.
"Patutlah Adilah dengan Hafiz takut nak masuk Bukit Besar. Saya ajak situ sebab nak makan kat Restoran Haji Salleh tu."
"Keluarga Wan Demang dah kena kencing. Kalau tak, anytime Tengku Ismail kena pancung, lepas tu Wan Demang jadi Sultan. Sultan Muzaffar dah fikir panjang dah kalau-kalau Tengku Ishak jadi apa-apa," kata Faridah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top