1999 part 4
Hidayah jemput Hafiz dan Adilah sempena majlis housewarming rumah Ali yang baru pindah ke Puncak Tropika.
Ali beli rumah ni cash, takde hutang bank, rumah dua tingkat, semi D, corner lot, siap furnishing. Tinggal masuk lap kaki je masuk rumah.
Disebabkan Ali ni peminat tegar snooker, dia beli table snooker dan letak di tingkat atas rumahnya.
"Yang kau beli table snooker ni, kau lawan dengan bini kau ke?" tanya Hafiz.
"Haha, main dengan budak-budak aku la. Kecik, budak-budak dia selalu main. Sekarang dah tak banyak dah pusat snooker. Semua nak buat cybercafe. Kau la ni, tapau semua!" kata Ali.
"Tu cara business function, bro. Budak muda sekarang mana main snooker lagi. Sekarang semua pergi cybercafe, lawan Half-Life. Tak pun main chat MiRC cari awek. Kau yang dah tua ni, move on je lah."
Adilah dengan tenang menyusun bola snooker dalam tiga segi.
"Nak lawan ke?" tanya Ali.
"Silakan," kata Adilah, capai sebatang kayu snooker sambil letak kapur kat hujung batang kayu.
"Kau tengok, cara gaya dia gosok kapur tu, macam dah pro," kata Ali. Ali pun capai kayu snooker.
"Fiz, bukak lampu table," kata Ali.
Ali memulakan pukulan.
"Berapa frame ni nak lawan?"
"Two out of three," kata Adilah.
"Lain macam bini kau ni, Fiz. Wei, jap, Dila, terror gila kau boleh masukkan bola tu angle camtu?"
Hafiz terkejut tengok skill Adilah bermain snooker.
"Saya dulu wakil Gelanggayu Sukan Asia Tenggara la, tahun 1989 masa Wijayapura jadi tuan rumah dulu," kata Adilah.
"Serious la?" kata Hafiz.
"Tak nampak ke medal pingat perak saya kat rumah tu? Saya kalah dengan peserta dari Arroyo, Gloria Fernandez."
"Awak selalu main kat mana?" tanya Hafiz.
"Kelab Kenanga, tempat Sayap Kuning lepak, di Hotel Pan Pacific tu."
"Wei, level lain la macam ni. Aku main kat kedai snooker shoplot je," kata Ali.
Adilah menang mudah. Ternyata Ali "out of her class".
Bukan Ali tak tahu Kelab Kenanga tu Adilah ni jumpa siapa. Dah dia sendiri tukang supply lada sulah, tepung, dan benda-benda serbuk putih yang lain kat kelab tu.
--
Hidayah masak masakan Air Putih, seperti roti jala serawa durian, ikan gelama masak sambal tempoyak, rojak buah dan sayur kangkung goreng udang kering.
Sambil tu, Ali pula sedang menonton pasukan bolasepak kegemarannya, Arsenal menentang Leceister City.
"Steady la, lawa Dennis Bergkamp assist!"
Ali menjerit atas sofa sambil pusing-pusingkan scarf team bola kegemarannya tu.
Hafiz pun bersyukurlah, Hidayah pun dah move on daripada dia. Hidayah cakap, Ali ni, walaupun suka buat benda gila, tapi hati dia baik.
Ali pun dah banyak berubah dah, sejak kahwin dengan Hidayah, dia dah jadi tone down sikit la buat kerja-kerja jalanan. Semua benda sekarang, Kecik yang handle. Ali memantau dari jauh.
Dan Ali dah tak sentuh benda haram dah. Berniaga benda haram pun dia dah tak buat dah. Dah bertaubat dah dari semua ni.
Dan paling penting, kata Dayah, Ali ni protective dan romantik. Lega la Adilah dengar, sebab Hidayah pun dah move on daripada suami dia.
Lepas makan dan habis tengok bola, Ali pun berehat dan tengok pokok bonsai yang dia baru beli.
"Amacam, macam yakuza Ryukyu tak, bela bonsai?" tanya Ali pada Adilah. Adilah pula dah capai pen dan buku nota.
"Ali, Dila nak interview Ali untuk artikel Dila, boleh tak?" tanya Adilah.
"Interview apa ni?"
"Dila nak tanya pasal jampi sihir pengasih, Ali tahu tak?"
Ali terdiam. Sebab dulu pun dia pernah pakai khidmat yang sama.
"Boleh tak?"
"Boleh."
"Apa yang Ali tahu pasal jampi sihir pengasih ni?"
"Kalau tulis ni, jangan tulis nama aku tau."
"Okay, Ali."
"Dulu, ada satu bomoh dari Suvarnabhumi ni, nama dia Paraporn. Dia ni, semua orang pakai. Gangster, ahli politik, selebriti. Dia buat susuk, pendinding, penggerun, santau pun dia buat. Tapi dia paling mahir, pengasih. Orang yang guna dia ni, bila kena minyak dagu tu, akan terpukau, lepas tu kena rogol la."
Adilah cuba kawal emosinya. Dia tahu, cerita macam ni akan meletup.
"Tahu tak, premis dia kat mana?"
"Jalan nak pergi Bukit Kantan tu kan? Ada satu shoplot kalau belok kanan kan?"
"Taman Kantan Indah?"
"Fasa 2 tau."
"Dila tahu."
"Atas kedai tayar Goodyear. Depan pintu dia ada kain sami warna oren."
"Kalau ilmu pengasih, berapa bayarannya?"
"Kalau tahun 1993, RG10,000."
"Baik, terima kasih tau Ali."
--
Dalam kereta, Adilah text wartawannya bersama dua orang ahli Sayap Kuning untuk buat misi 2 in 1.
Wartawan Suara Gelanggayu, akan pergi ke premis Paraporn tu, buat-buat nak buat ilmu pengasih. Wartawan itu bawa duit dan bayar.
Wartawan itu akan merekodkan segala perbualan dengan pasang tape di dalam baju. Sebaik sahaja wartawan tu turun, orang Sayap Kuning akan datang dan bunuh Paraporn.
Dan beberapa hari kemudian, Adilah akan terbitkan laporan eksklusif tentang jampi pengasih, yang pastinya akan dilaporkan oleh media lain apabila berita tu meletup nanti.
Bagi Adilah, zaman sekarang ni, agensi berita bukan cari berita, tapi buat berita.
--
Wartawan Suara Gelanggayu, Hafizul Shaari ke premis yang dikatakan tempat Paraporn menjalankan aktiviti bomohnya.
Hafizul menyamar mahu menggunakan khidmat mahu menyihir seorang gadis untuk terpikat dengannya.
Hafizul mengetuk pintu. Seorang sami dari Suvarnabhumi memakai kain selempang berwarna oren kecoklatan, kepala botak, dengan background chanting mantra sami-sami dari sana.
"Welcome, lai lai lai...you mau perempuan tido sama you ka? Lai lai lai..."
Hafizul ikut sahaja sami itu ke biliknya.
Sementara itu, satu skuad penuh dalam van Vanette sedang duduk melepak depan kedai tayar dan menanti signal dari Hafizul.
"Harga berapa?"
"RG20,000 sahaja maa!"
"Haiya, kawan saya kata RG15,000 saja."
"Boleh la, boleh. Kasi diskaun, first timer boleh kasi punya. Cincai kira.
"Bola satu, over. Bola satu. Umpan sudah masuk dalam premis 5 minit."
Unit Sayap Kuning, lengkap dengan senjata pecah masuk rumah yang canggih, sudah menunggu di depan pintu.
"Alpha, Bravo, Charlie, masuk dalam."
"Roger that."
"Ini perempuan duduk mana?"
"Seksyen 8."
"Ooohh...okay okay..." Paraporn mengasapkan gambar Utada Hikaru.
Lima orang lagi standby bawah tangga. Tiga sudah tunggu depan pintu, menunggu Hafizul keluar.
Salah seorang daripada tiga tu dah bawa air Yasin, kalau-kalau ada yang tersampuk dengan jin belaan Paraporn.
"Ini air, you simbah depan rumah dia. Ini minyak, you letak di leher ka, bibir ka..."
"Okay...okay..."
"Mana duit?"
"Ini..." Hafizul menyerahkan sampul surat berisi RG15,000.
"Okay, cukup. Lain kali kalau mahu lagi, datang sini ya? Kasi tau kawan..."
"Okay, thank you!"
Sebaik sahaja Hafizul keluar dari premis, pintu tak sempat ditutup, sudah diterajang oleh seorang ahli Sayap Kuning.
"La illa haillallah, muhammadurasullullah! Amar ma'aruf nahi mungkar!"
Dengan satu hayunan besi crowbar ke kepala, Paraporn terus tumbang.
Seorang lagi lelaki mengheret Paraporn ke tepi, sementara yang lagi seorang mengambil duit dalam sampul surat.
Lima orang di bawah terus naik ke atas.
"Tolong...apa ini...tolong..." Paraporn merayu.
"Kau syirik!" terus diterajangnya perut Paraporn.
Dua orang naik tangga, dan tiga orang stay di bawah, sambil memerhatikan orang ramai.
Kawasan di sini bila malam, tak ramai orang yang lalu.
Paraporn disepak kemaluannya, kepala dan perutnya, kemudian dipukul dengan cota, crowbar dan besi. Seorang daripada tiga itu mengeluarkan rantai besi dari begnya, dan membelit leher Paraporn dan memangga rantai tersebut.
Paraporn kemudian diheret macam anjing, sebelum menggantungnya di atas kipas siling. Satu lagi mangga dipasang di tiang kipas siling.
Paraporn mula menggelupur sebaik sahaja meja depannya disepak kerana lehernya dijerut rantai besi.
Perutnya dikelar, diburaikan segala ususnya, dan dengan parang, mereka memotong kemaluannya.
"Smile, you're on Candid Camera!" kata seorang lagi ahli Sayap Kuning sambil mengambil beberapa foto.
Bilik menjampi Paraporn dibakar dan Unit Sayap Kuning memerhatikan kalau ada CCTV.
Ternyata walaupun Paraporn punya business ni masyuk, benda-benda keselamatan macam ni dia tak peduli sangat.
Seorang lagi ahli Sayap Kuning menyimbah bancuhan air dengan garam, kerana dipercayai ia menyeksa roh yang mahu meninggalkan badan.
--
Sami Suvarnabhumi mati dalam keadaan tragis - Suara Gelanggayu
Seorang sami berusia 53 tahun, yang dikenali sebagai Paraporn, mati dibunuh dengan kejam di premisnya di Taman Kantan Indah, berhampiran Puncak Jaya.
Mayatnya ditemui dalam keadaan tergantung pada rantai besi, dengan perut dan ususnya terkeluar dari badan.
Menurut Ketua Pengarah Siasatan Jenayah, IPD Puncak Jaya, Cif Inspektor Hassan Bakri berkata, polis mendapati perkara itu berlaku dua hari sebelum aduan bau busuk oleh pemilik kedai tayar di bawah premis milik mangsa.
Polis menyifatkan motif pembunuhan ialah bersifat dendam.
Menurut Cif Inspektor Hassan lagi, Paraporn telah mengamalkan ilmu sihir pengasih, menghasilkan minyak dagu, bertujuan untuk memperdayakan gadis, seterusnya menjadi mangsa rog0l.
"Dah ramai mangsa kena, jadi saya percaya, yang melakukan ini, mungkin ada berkait dengan mangsa rog0l akibat sihir yang diamalkan oleh pengunjung-pengunjung premis mangsa," kata Cif Inspektor Hassan lagi.
--
Azlan
"Bagi I satu alasan kat Mina hari ni, kenapa I lesap dua hari?" kata aku selepas perjalanan yang jauh dari Temasik.
"Cakap je lah, you jumpa Pengetua."
"No way. Mana logik. Semua orang tahu yang Pengetua tak nak jumpa I."
"Tadi, I jumpa sapu tangan Pengetua kat belakang kereta. Kelam kabut agaknya. Nah, tunjuk ni kat Mina, I think she recognize kot," kata Natasha.
"Yes! Ada la punca."
"Alan, you kenal Kimi tu, macam mana?"
"Kat studio jamming Ali. Si Jessie crush kat dia."
"Eh, haahlah, dah besar dah dia. Dulu masa I first time jumpa dia, dia umur dua tahun lagi. Nanti bawa I jumpa dia?"
"Takut dia beritahu Crazy Mina je."
"Ye tak ye. Bahaya!"
"Okaylah Nat, got to go. I see you when I see you."
"Okay Alan, I love you."
"Love you too."
Kami bercium Perancis sebelum berpisah.
Aku lega sebab ada sapu tangan ni. Barulah aku ada alasan yang kukuh.
--
Aku masuk rumah je, Mina terus sound aku.
"Ingat rumah ni hotel ke, nak suka-suka hati check-in, check-out?"
"Look, Mina. You've not going to believe this, but Pengetua ajak jumpa. Lepas rumah dia terbakar, dia nak escape from Gelanggayu. So I hantar dia ke Temasik."
"You drive? Kereta apa? Kereta you ada je depan rumah ni."
"Sewa kereta."
"Habis tu, dari sini ke sewa kereta, naik apa? Jalan kaki?"
"Naik teksi."
"Ooo, so you balik ni naik teksi la?"
"Haah, ni buktinya. Sapu tangan dia tercicir."
"Ha'ah, ni dia punya sapu tangan. Dah, you pergilah mandi."
"Okay."
"Sayang, ada surat untuk you. Ada kat tempat letak surat."
"Alright."
--
Selepas mandi, bibik Mina masak sambal ayam dan sayur baby kailan masak oyster sauce. Menyelerakan!
Mina senyum pada aku.
"Kenapa?"
"Macam mana Pengetua boleh nak okay dengan you? Wedding kita pun dia tak nak tunjuk muka," kata Mina.
"Dia dah desperate nak lari. Tempat tu, I tau pergi sebab dia pernah bawak I ke situ dulu."
"So, Pengetua kat Temasik la?"
"Ya, dia takut puak Sayap Kuning buru dia."
"Sejak Datuk Rahizan kena sack, susah dah kita nak berkumpul."
"Korang la. I dah lama dah tak join."
Bibik mencedokkan lauk ayam ke pinggan. Sambil tu aku membuka sampul surat tu.
Aku nampak gambar Paraporn mati digantung, dengan perutnya terburai.
Ada tiga gambar. Satu gambar upshot kepala, dua gambar perut terburai, dan ketiga, gambar penuh dia tergantung.
Ada sekeping kertas, dengan tulisan dari kolaj majalah, huruf-huruf yang tertulis, "I KNoW yOuR dARk SeCreTs. jUstiCe fOr 26!"
Terus aku mati selera makan.
"Sayang, what's wrong?"
"I got to go," aku terus meninggalkan ruang makan.
Kenapa ada orang hantar gambar Paraporn kena bunuh? Ya, memang aku guna khidmat ilmu pengasih dia masa aku guna-gunakan Adilah dulu, tapi siapa yang tahu ni?
Aku teringat kata Pengetua dalam kereta dua hari lepas yang ayah Adilah, Pak Wan Radzi merupakan ahli Sayap Kuning. Tapi kalau dia Sayap Kuning, kenapa dia lepak dengan Tok Aki? Bukan ke Tok Aki bersama puak republikan dan Pengetua masa aku angkat sumpah jadi Ace dulu?
Aku rasa Sayap Kuning tahu kes aku dan Adilah, dan mereka mahu menakutkan aku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top