1998 part 8
Kira-kira 2 juta rakyat Majapahit turun ke jalan raya menuntut agar Presiden Sudarto meletakkan jawatan.
Pihak Tentera Nasional Majapahit pula menggunakan senjata untuk meleraikan rusuhan yang dicetuskan oleh mahasiswa.
Pengetua melihat ini dengan penuh minat. Masa rusuhan di Arroyo pada tahun 1986 pun, Pengetua sebenarnya ada campurtangan, walaupun minimal.
Tetapi Revolusi Nasional mulai merebak di beberapa negara Nusantara yang lain. Di Palembang, ibu negara Kundur, juga ramai rakyat mula memberontak. Begitu juga di ibu negara Hillary iaitu Temasik, juga ramai yang memberontak.
Di Gelanggayu masih lagi tenang, tetapi pemimpin Gerakan Melaut Merdeka, bersama pemberontak Acheh dan rakan-rakan al-Qaeda di Asia Tenggara sedang merancang mahu menakluk seluruh Nusantara dan mahu mewujudkan Khilafat Islammiyyah Nusantara.
Presiden Sukarjo, Presiden Majapahit dulu pernah menyerang Kundur, Hillary dan Tausmania dalam siri konfrantasi, serta pernah cuba menyerang Gelanggayu.
Tetapi Mejar Jeneral Yahya Atan bijak dengan menggunakan dana dari John F Kennedy untuk merasuah Jeneral Sudarto menggulingkan Presiden Sukarjo, seterusnya menjadi Presiden Majapahit.
Disebabkan itu, sejak peristiwa konfrantasi, kepentingan geopolitik Gelanggayu ialah mengembalikan semula seluruh Pentas Sunda di tangan mereka.
Golongan radikal dari al-Qaeda ini berkubu di pergunungan Bukit Tinggi dan mahu menakluk ibu negara Kundur, Palembang.
Sementara itu, penyatuan seluruh Pentas Sunda di tangan Gelanggayu akan memberi saingan kepada dua kuasa Asia, Kwantung dan Bharat, dan Ryukyu melihat Pentas Sunda yang bersatu di bawah Gelanggayu menguntungkan mereka.
Goryeo pula sebuah negara yang tersepit dalam zon konflik di Asia, tetapi bagus dari segi perindustrian dan teknologi.
Revolusi Nasional adalah idea Jeneral Yahya Atan yang menerima dana dari banyak pihak di Barat dan Ryukyu. Tetapi, pergerakan di Kundur semakin membimbangkan apabila mereka mensasarkan untuk menakluk Gelanggayu melalui Melaut.
Dan nampaknya, apa yang TNM buat sama saja patternnya dengan apa yang pernah Jeneral Yahya Atan pernah buat dulu - membakar premis perniagaan masyarakat Kwantung di Kota Betawi, dan menangkap mereka dan masuk dalam lori sebelum masuk ke hutan dan melakukan genocide.
Dengan Revolusi Nasional di seluruh Nusantara, maka seluruh Pentas Sunda akan huru-hara. Tetapi sekiranya Revolusi Nasional di Gelanggayu dapat diadakan secepat mungkin, keluarga al-Daulah digulingkan dan wujudnya Republik Gelanggayu, maka Gelanggayulah akhirnya menguasai Pentas Sunda ini.
--
Azlan
Selepas sebulan berbulan madu dan menonton Piala Dunia di Perancis, kami berenam pulang ke Gelanggayu dan mulakan semula pekerjaan selepas berehat panjang.
Aziz masih lagi tak puas hati dengan kekalahan Brazil dan mendakwa referee makan rasuah, serta pihak hotel Perancis meracuni Ronaldo sehinggakan tak dapat perform dengan baik di final.
Tetapi perginya aku ke Stade de France bukanlah niat aku untuk menonton bola, tetapi Tengku Ariffin mahu aku berjumpa dengan seorang ahli parlimen Perancis bernama Nicolas Sarkozy, yang merupakan kawan baik Tengku Ariffin.
Semasa di French Riviera, Mina memperkenalkan aku dengan seorang jutawan dari Switzerland tetapi tinggal di Monte-Carlo, Monaco. Dia merupakan salah seorang dari pemegang saham syarikat jam tangan mewah, Tissot dan memiliki saham dalam pasukan F1, McLaren Mercedes.
Apa yang aku nampak, Tengku Ariffin sedang mengambil kesempatan untuk mengambil alih tempat Pengetua, dalam keadaan Pengetua yang semakin tua.
Dan sebab itulah dia mahu menjadikan aku sebagai Acenya. Perkahwinan aku dengan Mina ini satu perkahwinan untuk merebut kuasa dalam kumpulan ini, sebab itulah berkali-kali Mina katakan pada aku, yang dia mahu bangkitkan aku.
Sebenarnya, aku tak cukup rehat memandangkan penerbangan dari Paris ke Wijayapura bukan main jauh. Tetapi Nat mahu jumpa aku di kedai vinylnya di Jalan Penaga.
Disebabkan itu, malam-malam buta ni aku panjat pagar rumah Mina, dan berjalan ke main road dan menunggu kereta Natasha.
Natasha tiba di tepi jalan jam 11 malam. Aku masuk dalam kereta, terus dia mencium bibir aku.
"I miss you so much, Alan," dia terus menciumku dengan rakus.
"Sabar, we need to get out from here ASAP. Sebelum Mina or bapa mentua I sedar."
Lagu Exit Music For A Film dari Radiohead berkumandang dalam kereta, mengiringi perjalanan kami menuju ke sebuah chalet yang bernama Destination Unknown, yang terletak di Pulau Sentosa, dekat dengan Temasik.
Wake from your sleep
The drying of your tears
Today we escape, we escape
Pack and get dressed
Before your father hears us
Before all hell breaks loose
--
"Ni I nak cakap apa kat dorang kalau dorang cari I ni?" tanya aku.
"Cakap je la Sayap Kuning culik you," kata Natasha.
"Balik-balik Sayap Kuning. Bagi la alasan best sikit."
"Gerakan Melaut Merdeka?"
"Ngam. Dorang pun tengah cetus konflik di Kundur ni."
Dua-dua senyap.
"You pulak, macam mana? Karang orang cari mana you. You dah la isteri Gabenor Wijayapura."
"Sorry sikit ya, belum lagi jadi isteri. Sekadar bersekedudukan je."
"Does he good?"
"Tak pandai pun. You pernah dengar lagu Short Dick Man? Tiap kali dengar lagu tu, memang I tuju kat dia."
Aku gelak.
"So, you pernah la dengan Luq?"
"Since 1992 sampai sekarang ni, we only have twice. And I get bored."
"Ha?"
"Ya, dua kali je."
"So, nak jawab apa bila you hilang?"
"I dah beritahu dia, I nak jumpa cousin jauh I kat Copenhagen. Dia ha je, sambil menghadap game Resident Evil."
Kronik betul ketagihan game Luqman ni.
"You bawak passport ke nak pergi ke Temasik ni?" tanya Natasha.
"Ye lah, passport I ni belum keluar dari beg. Touchdown dari Paris je, lepas tu barang tak kemas lagi, terus jumpa you."
"I should ask you first, not just easily jump into conclusion," kata Natasha.
"Pasal apa?"
"Pasal kita break up la dulu. I tak tahu pasal Sayap Kuning, pasal Revolusi Nasional, pasal itu, pasal ini masa tu. Until I masuk dalam group Pengetua ni, lepas tu lepas ada photographer ambil gambar kita tu, baru I realized, yang you tak salah pun. You cuma bersalah dengan Adilah and Hafiz, however."
"I belum berani nak jumpa dia."
"Kalau I cakapkan pada dorang yang you nak minta maaf, boleh tak?" tanya Natasha.
"No, I don't think so. I masih belum boleh nak berdepan dengan dorang. Especially Adilah. I betul-betul hancurkan masa depan dia."
"Ala, sekarang pun dia dah jadi chief editor untuk Suara Gelanggayu, and dalam keadaan Revolusi Nasional ni, dia dah buka cawangan Suara Majapahit dah. Lagi power dari Crazy Mina you tu," kata Natasha.
Aku tahu pengaruh mereka berdua dah makin luas. Hafiz sekarang makin lama makin kaya. Portal berita Adilah pula makin lama makin popular.
Dan aku tergerak hati, mereka akan gunakan kekuatan ini untuk serang aku.
--
Hafiz
Keputusan pemilihan Parti Persekutuan telahpun aku uruskan dengan semua komputer-komputer aku. Orang-orang Datuk Rahizan semua aku buatkan mereka kalah.
Dengan keahlian sampai lima juta orang, mampu ke kira undi pakai tangan? Semua komputer aku dah setkan, sebagai apa yang diminta Tengku Mahkota.
Dan sebagai upahnya, aku akan dapat tanah berkeluasan 750 hektar berhampiran Kota Warisan, ibu negara baru Gelanggayu yang 98 peratus fasa pertama sudah siap.
Istana hinggap yang diberi nama Puncak Mustika terletak di bukit paling tinggi di Kota Warisan, dijangka siap tahun 2002. Projek tu Jimmy dapat tender. Istana berharga RG1.5 billion. Masyuk dia.
750 hektar tu aku nak bangunkan dan buat projek Media City, yang dicadangkan oleh Adilah. Sebab, Adilah fikir, bila Kota Warisan dah jadi ibu negara, mestilah banyak media nak buka office di Kota Warisan.
Jarak dari Wijayapura ke Kota Warisan ni ada la dalam 150 kilometer. Jauh juga nak travel tu.
Sebab tu airport baru dibina di tengah-tengah antara dua kawasan ni, untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi kawasan ni.
Luqman kini dilantik sebagai Naib Presiden Parti Persekutuan. Kenaikannya secara mendadak sering dikaitkan dengan duit bapak dia, tetapi rasanya funding bapak dia macam suku je kot sebenarnya.
Separuh funding dia datang dari Bukit Istana, selepas aku yakinkan Tengku Mahkota bahawa dia Perdana Menteri yang boleh dipegang kepalanya.
Aku bagi sikit je, tak banyak, sebab aku tak nak invest banyak sangat dengan crackhead macam mamat ni. Cuma aku nak kepentingan macam update software pejabat kerajaan, sistem internet, komunikasi, aku yang pegang. Dan beberapa buah cybercafe untuk anak-anak muda leka bermain game.
--
Merlina tongkat dagu dalam kelas bila mendengar pensyarahnya bercakap tentang marketing. Sekali sekala dia hampir terlelap kerana pensyarahnya banyak menggunakan jargon-jargon.
"Merlina, awak tidur? Ini nak masuk exam nanti!" kata pensyarah yang meninggikan suara.
"Miss Nuha, can I be frank with you?"
Miss Nuha berpeluk tubuh.
Merlina turun tangga, menuju ke pentas dewan kuliah.
"Miss Nuha bercakap tentang customer centric, lookalike audience. Tell me, Miss Nuha, katakan saya seorang customer, cuba jualkan saya pen Parker ni pada saya?" Merlina keluarkan pen dari koceknya.
"Well, ini adalah pen Parker. Ia merupakan ballpen dari teknologi yang terbaru dari Papermate. Parker adalah pen yang dakwatnya boleh kekal sehingga enam bulan."
"I'm not convinced," kata Merlina, peluk tubuh dan memandang tepat ke mata Miss Nuha.
Seluruh dewan jadi sunyi sepi.
"Kalau saya yang nak market pen ni, saya kata simple je. Saya tunjuk gambar ni," kata Merlina, yang menunjukkan gambar Alex Ferguson menandatangani kontrak dengan David Beckham.
"Zam, kau kenal siapa ni?" tanya Merlina kepada kawan kelasnya.
"Alex Ferguson dengan David Beckham."
"Kau nampak dia pakai pen apa? Pen Parker. Kalau kau nak jadi hensem macam David Beckham, kau pakai pen Parker. Cuba kau pegang pen ni."
Merlina hulurkan pen kepada Zam yang kebetulan memakai jersi Manchester United.
"Fuyoo! Macam David Beckham siot!" kata Merlina. Zam dah tersengih-sengih bangga bila dipanggil David Beckham. Kebetulan memang Zam ni gaya rambut belah tengah.
"Sekarang, kau nak tak beli pen ni agar kau dipanggil Zam Beckham?"
"Nak, aku nak beli!"
"Ka-ching! See, Miss Nuha, that's why saya rasa Miss Nuha ni walaupun jadi lecturer saya, tapi bab marketing ni, saya rasa saya lagi terror dari Miss Nuha," kata Merlina sambil masukkan pen kembali ke koceknya.
"Awak jangan kurang ajar dengan saya. Saya failkan paper awak."
"Takpelah, Miss Nuha. Kalau cikgu failkan saya pun, saya dah ada company saya sendiri. Bill Gates pun dulu dropout student, jadi billionaire juga."
"Awak ingat dengan attitude awak ni, awak boleh jadi billionaire?"
"Ya, Miss Nuha. Sebab kalau nak jadi billionaire, tak boleh jadi pak turut. Nak kena cakap orang memanjang. Tu jadi pekerja boleh lah. Saya akan jadi billionaire. Mark my words."
Merlina capai begnya, dan terus keluar dari dewan kuliah.
--
"Kau ni pun, kalau pun pandai, janganlah sampai kurang ajar macam tu Mer. Kita kena la low profile sikit," kata Faridah.
"Boring la kelas dia, Aunty Idah. Baik aunty je jadi lecturer. Baik saya je jadi lecturer. Dia tu suara dah la mendatar je. Lepas tu cakap banyak guna jargon. Tak boleh nak relate. Kita kalau nak marketing, kena faham psikologi market kita macam mana. Ini mengajar pun macam orang tua. Dasar andartu," kata Merlina.
"Kau kang mengata orang andartu, kau jugak nanti jadi andartu," kata Faridah.
"Aunty, ada jumpa dengan Mina tak? Nak borak dengan dia pasal iklan TV."
"Kau ada dapat job buat iklan ke?"
"Ada. Iklan Dashing, iklan deodorant lelaki."
"Modelnya kau dah jumpa ke siapa?"
"Dah jumpa lama dah."
"Siapa?"
"Azlan la. Dia kan hensem. Kalau dia jadi model iklan Dashing, confirm ramai beli."
"Ish kau ni. Ada ke anak aku kau nak buat dia berlakon iklan? Laki Mina tu. Karang dia tak kasi kau karang."
"Dia dah balik kan dari Perancis?"
"Ehhhh, dah balik dah."
"Pandai la saya cakap dengan Mina macam mana."
"Jom la kita pergi Wijaya TV kalau macam tu. Kalau dia marah, aku tak tau ek?"
"Takdenya marah. Ini untuk kebaikan karier politik Azlan jugak."
"Kau punya kemahiran berfikir di luar kotak ni lain macam la, Mer."
"Kita biar berfikir di luar kotak, jangan di luar otak."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top