1998 part 7
Azlan
Disebabkan mak mentua aku, Suzaine nak juga Mina kahwin versi Barat, jadi kami buat dua versi persandingan. Versi siang ialah versi garden wedding, dengan berpakaian Barat, dan versi malam pula ialah persandingan Melayu.
Disebabkan Suzaine ni anak saudara kepada Duta Besar Perancis ke Gelanggayu, Monsieur Gerard Martineau, maka ramai orang-orang kedutaan dari Perancis pun datang.
"Félicitations pour votre mariage, Mina!" kata Monsieur Gerard sambil bersalaman.
"Merci, oncle Gerard!"
"Félicitations, Alan!"
"Merci beaucoup."
Hadiah perkahwinan kami ialah satu keluarga dapat tiket final World Cup akan berlangsung di Stade de France. Uncle dia yang lain pulak tempah hotel di Nice, tempat pelancongan di French Riviera.
Sedap betul bersaudarakan duta besar Perancis ni.
Lagu Kiss Me dari Sixpence None The Richer berkumandang saat aku dan Mina melangkah masuk ke taman, dengan Jessica dan Donita menjadi gadis yang menabur bunga di karpet kami.
Mina pegang tangan aku, tapi tangan aku yang lagi sebelah, jarinya bersilang. Kalau jari bersilang ni, maksudnya, "tawakkal je la".
Sebelum upacara sarungkan cincin perkahwinan di depan orang ramai, aku sebenarnya masih tak yakin lagi yang aku ni akan berkahwin.
Tengku Ariffin, Suzaine, ibu aku dengan anak angkat kesayangan dia, Merlina, Aziz dan kekasihnya, Asmah, Bang Iz, Azham, Ali...semua datang.
Zizan pun datang juga.
Dan dalam kemeriahan tu, dari jauh aku nampak Natasha, melambai tangan sambil memandang aku. Aku melambai kembali, sebelum dia menuju ke arah Luqman yang sedang mengambil makanan.
"Bang Iz datang jugak!"
"Mestilah datang. Dulu masa tahun 1985 aku kahwin pun, kau datang."
"Dah 12 tahun dah. Ni anak-anak Bang Iz ke? Dah besar dah."
"Mestilah dah besar, takkan makin kecik pulak. Lan, aku minta maaf tau dengan kau sebab aku terpaksa pecat kau masa tu. Tapi sekarang pun, kau nampak okay."
"Saya faham, Bang Iz. Tapi nanti, kita jumpa lagi, Bang Iz."
"Enjoy percutian kau kat France," Bang Iz tepuk bahu aku, sebelum dia salam cangkuk dengan bagi aku cek RG50,000.
"Ini je aku mampu. Aku harap, kau bahagia, ok?" Bang Iz bisik ke telinga aku.
Dalam kemeriahan itu, tiba-tiba jantung aku berderau, aku nampak Tengku Mahkota, Tengku Norman.
"Congratulations Mina, tahniah! My favorite nephew is now married!" kata Tengku Norman.
Aku dah keras kejung dah ni. Takut orang-orang Pengetua nampak aku je.
"Azlan, uncle ada dengar banyak benda pasal kau, heh!" Tengku Norman hulurkan salam kepada aku.
"Tuanku dengar perkhabaran apa?"
"Come on, Lan! You are marrying my nephew. Rilek la!" Tengku Norman cucuk pinggang sambil bergurau dengan aku.
"Korang berdua honeymoon kat mana?" tanya Tengku Norman.
"France," kata Tengku Aminah.
"Oouu la la! C'est bien! Azlan, aku dengar kau ni minat bola. Sampai meletup kena bom kat Manchester."
"Boleh sikit-sikit, Tengku Mahkota."
"Mina, kau sound sikit laki kau ni. Panggil aku Uncle Norm. Aku uncle-in-law kau sekarang. Kau kat sana, boleh tak carikan jersi Ronaldo untuk aku?"
"Boleh, Uncle Norm."
"Nanti, apa-apahal, aku backup kau, Lan."
Apa maksud dia, backup aku? Tengku Ariffin dah berpaling tadah dengan Pengetua ke?
--
Paris
Ini kali kedua aku menonton Piala Dunia di negara orang. Kali pertama masa di Itali tahun 1990, masa tu dengan Natasha.
Rasanya semua orang root dengan pasukan Perancis memandangkan yang taja tiket penerbangan, hotel dan segala perjalanan ni ialah duta Perancis.
Mina kata dia minat Bixante Lizarazu, dan aku pulak cuma kenal Zinedine Zidane, Marcel Desailly dan Lilian Thuram sebab aku rajin juga layan Serie A ni.
Abang aku sorang je pakai baju Brazil. Lantak kau la.
Cuma aku harap satu la, tolong la jangan ada serangan bom macam kat Manchester dua tahun lepas. Aku ni baru kahwin, tak larat aku masuk hospital lagi.
Tiba di Paris, kelihatan menara Eiffel di tengah bandaraya. Suasana sungguh meriah memandangkan banyak acara sempena Piala Dunia berlangsung.
Macam masa aku kat Rome dulu la, meriah macam ni juga. Piala Dunia kat Amerika aku tak pergi sebab jauh sangat dan masa tu aku tengah jatuh.
Lagu Ricky Martin, The Cup of Life dan lagu Dario G, Carnivale de Paris berkumandang di mana-mana ke mana sahaja kami semua pergi.
Berbanding masa aku pergi Itali, di Perancis senang sikit dapat makanan halal. Walaupun memang banyak makanan yang berasaskan babi dan alkohol, tapi Perancis ada ramai orang Islam. Rasanya dalam 10-15 peratus berbanding kat Itali yang macam rare gila.
Ada makanan Morocco, Tunisia, Senegal, dan Turki. Paris lebih kosmopolitan berbanding Rome, walaupun aku rasa London lebih majmuk.
Orang kata bandar paling kosmopolitan di Eropah ialah Amsterdam, tapi aku tak pernah pergi. Mungkin satu hari nanti aku akan pergi, mungkin lagi seronok kalau pergi dengan Ali atau Kimi.
Keadaan riuh gila di Champs-Élysées, jalan di depan dataran Place de la Conchorde, ketika perlawanan bolasepak antara Perancis dan Denmark.
Dan setiap kali bercakap tentang Denmark, aku teringat pada Natasha. Aku rindu bau perfume dia, aku rindu suara tone tinggi dia, aku rindu banter dengan dia, aku rindu segala-galanya dengan dia.
Aku tengok di jam sudah pukul 9 malam waktu Paris. Maknanya pukul 3 pagi di Gelanggayu.
Aku terus pergi ke pondok telefon, dan pecahkan seberapa banyak duit francs untuk aku call Natasha.
"Hello Cleopatra?"
"Bonsoir, Mark Antony."
"Apa pulak I Mark Antony ni. You dah tidur ke?"
"Not yet. Me and my mom tengah tengok France vs Denmark."
"Sini pun, tengah meriah. Just want to tell you, that I miss you."
"Alan, kat situ ada cybercafe tak? Kita chat je lah. Lagi senang. I tunggu you kat ICQ."
Aku berbual dengan Nat sampailah cybercafe tu tutup jam 12 tengah malam. Maknanya kat sana dah pagi dah. Dah la dia kena pikul biawak hidup bernama Luqman tu. Kesian la aku tengok si Nat ni.
--
Hafiz
Sementara semua orang tengah sedap menonton bolasepak Piala Dunia, aku dan Adilah melihat secara langsung perbualan ICQ antara natabdullah dan azlan69 dan kami berdua terhibur.
"Dorang betul-betul madly in love," kata Adilah.
Macam mana aku boleh pasang spyware dalam komputer Natasha? Sebab kan masa dia minta aku korek file Datuk Seri Azmi dulu, aku letak trojan horse dalam PC dia? Dan sekarang, semua perbualan ICQ mereka kami dah baca.
Stim siot bila baca chatsex mereka ni. Tapi semua ni kita simpan dulu. Bukan sekarang.
Sementara Adilah sedang khusyuk melayan perbualan erotik dua orang ni, dan screenshot untuk disimpan, aku pula sedang menelefon beberapa client aku dari negara-negara Komanwel, yang kebanyakannya akan datang ke Wijayapura untuk menyaksikan Sukan Komanwel.
Mereka semua akan tiba pada hari Rabu, 9 September. Hari Khamis mereka akan berehat, Jumaat upacara pembukaan Sukan Komanwel, semua orang pasti nak tengok (kecuali Ali dan Hidayah sebab besoknya mereka nak kahwin), dan Ahad, aku akan ke Wijayapura bersama Adilah, dan berehat di rumah Bukit Henderson yang aku beli dari Zizan, dan hari Isnin semua akan ke pejabat FizzyTech untuk aku dan Jimmy menjual semua patching Y2K, dari sektor kerajaan dan swasta, dari sektor industri, pertahanan, perdagangan, pertanian dan macam-macam lagi.
Jika aku berjaya semua ni, FizzyTech akan membesar menjadi syarikat IT dari Gelanggayu pertama yang mencapai status multi-billion company.
Dan menjelang 1999, adalah tahun yang paling terangsang bagi FizzyTech. Y2K bakal menjelma.
Untuk FizzyNet pula, kelonggaran regulasi daripada membenarkan operasi hingga 10 malam ke 24 jam, telah meningkatkan keuntungan sebanyak hampir 45%.
Gabenor Luqman pula makin suka kerana muncul generasi yang minat untuk bermain game. Game seperti FIFA 98, Half-Life, Starcraft, Crash Bandicoot, Metal Solid Gear, Star Wars Rogue Squadron, Resident Evil 2, Final Fantasy...
Dan disamping itu idea isteri Jimmy untuk adakan segmen PlayStation di sebelah PC juga membolehkan orang untuk bermain PlayStation dengan harga RG3 sejam.
Kau fikir budak-budak ni cukup main sejam?
Satu cawangan cybercafe FizzyNet biasanya menjanakan pendapatan dari RG8k-RG12k setiap hari, RG15k kalau hujung minggu atau cuti sekolah.
Dan sejak Gabenor Luqman membenarkan operasi 24 jam, kami berjaya membuka lebih kurang 40 cawangan cybercafe FizzyNet di seluruh Wijayapura.
Paling rendah FizzyNet dapat sebelum tolak kos elektrik, air, pekerja, penyelenggaraan dan segala kos lain, RG116.8 juta setahun. Ini kalau semua dikira RG8k sehari, paling rendah.
Masa Hari Raya ketiga dulu, purata keuntungan kami (sebab semua budak dah dapat duit raya), ialah RG33k. Ada tempat sampai RG40k, tapi tu memang pack la orang. Siang malam orang main game.
FizzyNet takdelah untung sebanyak macam FizzyTech, tapi sedap juga untuk industri hiliran dalam bidang IT ni.
Sekarang korang dah faham kan kenapa aku dan Adilah nak sangat Gabenor Luqman jadi PM?
Luqman mungkin nampak bodoh, dan kitorang tahu dia dikawal oleh Natasha, tapi disebabkan dia jadi gabenorlah, keuntungan syarikat kami berlipat ganda.
Aku kena jumpa Tengku Mahkota dan Datuk Seri Azmi esok, yang Luqman adalah calon yang sesuai untuk Timbalan Perdana Menteri yang baru.
--
Esoknya aku dijemput untuk bermain golf bersama Tengku Mahkota dan Datuk Seri Azmi. Jimmy juga join.
Datuk Seri Azmi bersalaman dengan aku, tanpa dia tahu yang akulah Jenna Jameson yang bagi dia gambar-gambar gay Datuk Rahizan.
Sejak peristiwa tu, Zizan pun dah dipandang tinggi oleh ayahnya dan tidak hanya menjadi drebar atau mat despatch peribadinya sahaja.
Datuk Seri Azmi berpasangan Tengku Mahkota, sementara aku dengan Jimmy.
--
"Tinggal 3 bulan lagi menjelang Sukan Komanwel, Azmi. Baik tuan hamba cepat sikit," kata Tengku Mahkota selepas memukul bola tee.
"Tak lama lagi pemilihan Parti Persekutuan, akan patik selesaikan semua tu."
"Lepas ni mamposlah si bedebah Rahizan tu, dan kau akan ada Timbalan Perdana Menteri yang aku yakin, akan menjaga kepentingan kita semua."
"Siapa tu, Tengku Mahkota?"
"Luqman."
Datuk Seri Azmi terdiam.
"Bukan ke dia tu anak kepada Datuk Mohd Nor? Bukan ke Nadi Citra ni yang bankroll Datuk Rahizan?" tanya Datuk Seri Azmi.
"Tuan hamba pernah dengar lagu Iman Mutiara?" tanya Tengku Mahkota.
"Pernah, tengku mahkota."
"Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa, begitu juga kebijaksanaan dan kejahatan. Budak ni senang sikit kita nak control. Campak je video games, dia ralit la. Kita buat kerja kita terus."
"Tapi mestilah dia dipengaruhi oleh Datuk Mohd Nor?"
"Pasal Datuk Mohd Nor tu, biar Sayap Kuning yang akan fikirkan. Datuk Azmi tenang je."
--
Merlina seorang diri kunyah potato chips sour cream and onion sambil menonton perlawanan bola sepak antara England menentang Romania. Dia monyok kerana kedudukan masih lagi 1-0. Dia pakai jersi lambang tiga singa Umbro sambil menonton perlawanan.
"Come on, Beckham! Come on!"
Tendangan percuma David Beckham melewati palang gol.
Pertukaran pemain antara Teddy Sheringham dengan pemain muda yang begitu lincah, Michael Owen membuatkan Merlina berharap akan berlaku sesuatu.
"Yes, yes! Owen! Michael Owen!"
Walaupun Merlina ni penyokong Manchester United, dan Michael Owen ni pemain Liverpool, tetapi dalam hal Three Lions ni Merlina sokong semua pemain England.
Michael Owen menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-81.
Tetapi dia kembali bermuram apabila Dani Petrescu menjaringkan gol di saat akhir, menyebabkan Romania menang 2-1.
Dengan perasaan kecewa, dia menyanyi lagu Football Coming Home dari kumpulan Lightning Seeds.
Three lions on the shirt
Jules Rimet's still gleaming
Thirty years of hurt
Never stop me dreaming...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top