1998 part 5
Azlan
Satu hari tamat bekerja. Tali leher dicampak ke belakang seat. Tiba masanya aku menuju ke studio jamming Ali.
The Polka Dots tengah nak exam, semua fokus study. Jadi aku bersama dengan band Kimi. Beberapa lagu telah kami tulis bersama, dan kalau boleh kami nak masuk ke Positive Tone.
Kami tengah try nak buat "sound butter" macam produser mintak. Apa benda yang sound butter ni, aku pun tak faham sebab aku orang tua.
Aku tau butter makan dengan roti.
Jadi rupa-rupanya "sound butter" ni ialah bunyi seperti kumpulan Butterfingers, sebuah kumpulan grunge yang popular di Wijayapura.
Dunia dah lama move on dari grunge sejak Cobain mati tahun 1994, tapi Gelanggayu dah empat tahun masih nak grunge lagi.
Ternyata muzik eksperimental macam Incubus atau Placebo masih belum dapat menembusi market Gelanggayu sangat.
Disebabkan nak masuk market Gelanggayu, nama band Succubus Humungus pun terpaksa ditukar jadi nama Peanut Jelly.
Maka aku la kena main gitar memandangkan keyboard tak boleh nak masuk dalam muzik sound butter.
"Girl Friday, one two three!"
Ain't that hard to live alone
Ain't that far to be from home
Cause gravity can never pull me down
Calculate the days I've spent proscinating
God knows when
Grow in silence feverish or flu
And again it's me and myself and I
Fall on me!
Tiba-tiba pintu studio diterjah oleh seseorang. Semua terkejut memandang ke arah pintu yang terbuka. Semua nampak Natasha yang dengan baju pejabat, dengan high heel, terus tarik tangan aku.
"Jap, jap! Sabar la! Nak letak gitar ni!"
"Alan, I need you right now. This is important!"
"Okay, okay! Sorry guys!"
"Kau semua nak bet tak, apa benda yang important tu?" kata Kimi, kepada ahli bandnya.
"Tak gersang, terpancut dalam," kata Andy, pemain dram.
Semua berderai ketawa.
--
Azlan
"Hish, rilek la! Yang pergi tarik I sampai macam tu dah kenapa?"
"You kena tolong I, Alan. Mati I kalau I tak tahu handle ni. This is too big for me!" kata Natasha sambil terkais-kais briefcase.
"Nat, Nat, Nat! Listen here! Tarik nafas dalam-dalam. Relax. Be calm. I'm right here sekarang."
Barulah nampak tenang sikit. Kemudian dia hulurkan sekeping kertas.
"Surat layang ni, dah bersebaran kat semua kampung, kawasan orang Melayu, esok semua masjid lepas solat Jumaat!"
Aku dah baca 30 Dalil ni. Dan aku dah tau dari mana asal usulnya.
Kebanyakannya hyperbola dan takde bukti langsung pun. Contohnya gambar tunduk kat kubur Ataturk ni, entah-entah Presiden Turki ke siapa. Dari belakang mana nak nampak siapa.
Tapi yang membimbangkan aku ialah gambar lucah gay ni. Eh, aku nak bimbang, buat apa. Aku bukannya ada kaitan dengan geng ni lagi.
"What do you think, Alan?"
"Gerak somewhere else dulu. I fikir dulu."
Natasha memandu jauh sampai keluar sempadan Wijayapura. Dekat 50 kilometer juga dia drive.
"Sekarang, Luqman side mana?" tanya Azlan.
"I tak tahu nak suruh dia side mana."
"You guys can't stay longer kalau bersama Datuk Rahizan. Dia considered out dah. Macam ni je orang-orang Datuk Seri Azmi cantas dia."
"I don't think orang Azmi. I rasa Sayap Kuning."
Sayap Kuning? Kahkahkah. Sayap ibu aku ye lah. Tapi aku kena berpura-pura memandangkan aku tak nak Pengetua tahu tentang ni kerja ibu.
"Boleh jadi. Dorang punya psywar tactics ni, memang power."
"You rasa, macam mana?"
"I rasa, better you guys masuk team Azmi. Selamatkan Luq's ass. Pemilihan dah nak dekat. Walaupun jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tak dipertandingkan, tapi akan ramai orang-orang Datuk Rahizan akan dibuang dalam kerajaan."
"I takut Pengetua marah I..." kata Natasha.
"Pragmatism over idealism, Nat. Pengetua pun faham, ni mungkin Plan B or Plan C. Tak terkejut kalau ada sampai Plan Z pun. Pengetua memang macam tu. Matlamat menghalalkan cara."
"So, I suruh Luq pancung Datuk Rahizan?"
"Ya, dan suruh Datuk Mohd Nor tabur duit sikit. Beli sokongan MP. I think that's the only possible way."
"Thanks tau, Alan," terus dia cium pipi aku.
--
"Kita kat mana ni?" aku berjalan-jalan di sebuah jeti komuniti orang Kwantong di Sungai Buaya.
"I nak tunjukkan you restoran makanan Kwantong yang paling sedap!" kata Nat.
"Halal tak?"
"Alan, you pernah sleep dengan so many girls, okay? Tu semua haram."
"So, you suka buat benda haram?"
"Suka," tersengih Natasha, sambil tarik tangan aku.
Dia berjalan di jeti dengan berkaki ayam memandangkan dia hanya pakai high heel masa dia datang tadi.
"Cantik tak, tempat ni? I discover last year masa I drive sorang-sorang, lepas I gaduh dengan Luq."
"Gaduh? Sebab apa?"
"His lack of communication. Asyik menghadap game je."
Dah agak dah. Sampai ke sudah dia berperangai macam ni. Tahun depan dah nak umur 30 tahun tapi perangai masih macam 13 tahun.
"Lepas makan, kita balik lah. Lewat ni," kata aku.
"Kenapa?"
"Mina marah nanti. Semalam dia marah I sebab I balik lambat. I cakap I hangout dengan Kimi."
"Eh Crazy Mina ni, ada hati nak control Mat Danger pulak?"
"You panggil dia apa?"
"Crazy Mina. Nama tu popular kat budak-budak RPM masa sekolah dulu. Even budak KMW pun tau."
"I tak tahu."
"You tak tahu sebab you tu anti-sosial!"
"You pun control Luq jugak?"
"I control dia for his own good jugak, okay?"
"Mina pun boleh cakap macam tu."
"You lain. Dia Gabenor. Kalau dia tak buat apa-apa, tunggang terbalik seluruh Wijayapura nanti."
Aku ketawa. Macam schadenfreude pun ada tengok Pengetua yang pilih Luqman jadi Ace ni.
--
Lepas makan, Natasha beli buah berangan rebus, dia kopek kulitnya, dan suapkan ke mulut aku. Aku rasa janggal betul, sebab aku confused apa signal dia ni sebenarnya.
"Jap, Nat. You nampak tak, orang atas bumbung tu?" aku menunjukkan ke arah atas.
"Wait, where?"
"Shit, itu photographer!"
"What?"
Aku terus kejar dengan panjat bumbung.
"Alan! Alan! Bahaya la! Stop!"
Ternyata jurugambar ni memang professional. Dia boleh ambik gambar dari angle yang sukar, dan boleh berlari macam ninja atas bumbung papan ni. Entah macam mana aku terjatuh ke rumah keluarga yang sedang makan malam.
"Errr, sorry..."
--
"You ingat you ni James Bond ke? Tak pasal-pasal I kena ganti duit bumbung, duit meja, duit makan satu keluarga tu. Dah tau badan you tak boleh lari atas bumbung, dah buat tebiat, macam mana?"
Akibat selalu berlakon jadi model dengan bergaya macam James Bond, jadi aku pun perasan macam tu jugak.
Dah aku jatuh tergolek kat rumah orang. Mujurlah muka aku selalu keluar TV sampai keluarga tu kenal aku.
"That guy dulu yang ambik gambar I dengan Cindy dulu!"
"You mean, masa you curang dengan I dulu?" kata Natasha, dengan nada annoyed dengan aku.
"Listen here. It was a set up. Balik dari hantar you kat airport, dia suruh I berhenti tepi, dan acukan pistol kat kepala I, suruh biarkan dia blowj0b I."
"Why she want you to do that?"
"I tak tahu. Sebab tu I kata this is all set up."
"Yang Mastura Rahim tu? Kenapa dia bj kat dalam tandas? And I dengar kat office Penghulu Pelajar pun ada. "
"I tengah nak berak. Tiba-tiba dia terjah toilet, yang nak bj I masa I tengah berak. Yang kat Penghulu Pelajar tu, tiba-tiba je Mastura terjah I."
"Euw, grossnya arwah cousin aku ni!"
Aku nampak papan tanda "Sempadan Negeri Wijayapura, Ibu Negara Gelanggayu" kemudian nampak simpang highway ke Bukit Besar.
"You masuk Bukit Besar jap?" kata aku.
"What for?"
"Masuk je. Later I explain."
Kejap lagi kereta Natasha masuk ke kawasan Bukit Besar, dan kereta tu pun belok ke jalan yang lain.
"Ahah! Dah tau dah siapa!"
"Siapa, Alan? I takut ni!"
"Sayap Kuning."
Natasha terus berhenti depan Restoran Haji Salleh. Tapi jam sudah pukul 11 malam, kedai pun tutup.
"Kenapa you cakap Sayap Kuning?"
"Orang Sayap Kuning ada satu sumpahan. Dia tak boleh masuk kawasan Bukit Besar."
"Why?"
"Some ancient curse. I pun dah lupa apa Pengetua pernah cerita dulu. Zaman Raja Gautama dulu."
"Kita nak tidur sini dulu ke?"
"Nat, I kena balik. Mampos I kena marah dengan Mina."
"Habis tu, you nak hantar I depan rumah Gabenor ke? Nak mampos kalau Luqman tahu? I dah letih nak drive ni."
"Habis tu, you nak tidur jugak-jugak?"
"Ada hotel murah kat situ."
"Serious la Nat?"
"Habis tu, you nak kena pelempang sulung Pengetua lagi, dengan hantar I depan rumah Gabenor?"
"I hantar you kat rumah your mom. And by the way, kenapa you tidur situ? Tak jadi buah mulut orang ke?"
"I memang cakap dengan semua orang yang I ni wife Gabenor. Tapi memang Luq ada cakap nak kahwin dengan I lepas dia jadi Menteri nanti."
Kemudian Natasha menangis.
"Nat, kenapa?"
"I never love him. At all."
"Then, kenapa you couple dengan dia?"
"Sebab I nak take back my dad's company from si Damian berdebah tu, and hidupkan projek Teluk Chendana tu. My dad fought all of his life for his business and his dreams! I won't let orang yang cuba rape I macam Damian tu, to rape my dad's company!"
Aku terkebil-kebil pandang dia.
"Nat, come here."
Natasha terus baring ke bahu aku, kemudian dia pandang mata aku.
"Do you still loving me?"
"Always."
--
Sejak kejadian kena tangkap basah dengan Adilah dulu, aku jadi trauma. Jadi, aku cakap pada Natasha yang aku tidur di dalam kereta. Biar dia sorang tidur dalam bilik.
Tapi tu la, dengan badan aku bau mi goreng babi ni, lepas tu dengan badan aku sakit badan sebab jatuh daripada bumbung, memang tak selesa la aku tidur sini.
Tak sangka Natasha masih ada perasaan pada aku. Betul kata Kimi, dia kata dia boleh nampak cakra elektrik antara aku dan Natasha.
Aku tak tahu apa kejadahnya cakra elektrik ni, tapi mungkin itu bahasa orang puisi untuk ada chemistry.
Dengan Nat, aku rasa selesa, walaupun dia kerap cari gaduh.
--
"Kanojo, dengar kata, Restoran Haji Salleh tu, restoran makanan asli Melayu Gelanggayu paling sedap kat Wijayapura," kata Hafiz, sambil memandu.
"Keluarga kita tak boleh masuk situ," kata Adilah.
"Family awak ada makan cabut tak bayar ke?"
"Bukan. Keluarga saya tak boleh masuk Bukit Besar. Pantang larang."
"Kalau langgar?"
"Muntah darah. Awak pun dah tak boleh makan situ dah, sebab awak dah kahwin dengan saya."
"Oooh, kan best kalau restoran Haji Salleh ni boleh delivery. Boleh makan kat rumah. Order nasik macam order pizza. Cuba kalau Haji Salleh ni buat website delivery makanan. Orang order ikut kat website je," kata Hafiz.
"Otak cyber-entrepreneurship betul awak ni. Bill Gates pun tak terfikir idea tu," kata Adilah.
"Mana awak tahu? Entah-entah dia tengah tunggu teknologi."
"Kita makan kat tempat lain lah, koibito. Saya nak makan telur gulung Ryukyu."
"Okaylah, kita makan restoran Ryukyu hari ni."
--
Azlan
"Busuk la bau you ni, Alan!" kata Natasha sambil tutup hidung.
Aku dah tak tau nak cakap apa lagi. Aku pun tak boleh blah dengan bau mi goreng babi ni.
"Kuat jugak bau babi ni," kata aku.
"Serius la you jatuh atas babi? Lepas tu duduk dalam kereta I? Satu kerja la I kena samak kereta I hari ni!"
"I thought you tak kisah makan makanan haram?"
"No, malam ni Luqman kena pergi tazkirah maghrib bersama penduduk kat masjid Taman Rafidah."
Tergelak aku bila dengar Luqman pergi tazkirah maghrib.
"Kita beli baju baru lah?" kata aku.
"Ha, kat situ ada kedai bundle. Sekarang dah trend, jual baju band lama," Natasha tunjuk ke arah sebuah kedai pakaian baju terpakai.
Aku beli jeans lama Wrangler, dengan baju Kraftwerk yang memang dah seasoned.
"Mampos la Mrs Susan marah I pasal disiplin," aku tengok jam dah pukul 9 pagi. Time masuk sekolah.
"Kenapa?" tanya Natasha.
"I kan cikgu sekolah."
"Kerja dengan I la."
"Gila ke? Nak kena pelempang Pengetua ke?"
"Tak, tak. I ada satu vinyl shop ni, kat Jalan Penaga. I funnel duit yang I get profits from kickbacks yang I dapat sepanjang I approve any project kat situ."
"Peh, korupsi gila!"
"Alan, if you're in power pun, you terpaksa buat macam tu. Orang tak nak dengar kita kalau kita tak bagi duit."
Kelakar juga dengar Natasha mewajarkan korupsi ni. Sama la macam aku mewajarkan aku dah start minum alkohol, sebab masa remaja masing-masing innocent, kan?
"Okay, sebelum you pakai baju ni, I nak you pergi shower, please. Tu, pergi 7-Eleven, beli shampoo and sabun, lepas tu pergi tumpang toilet, mandi. I pergi car wash kejap. Busuk betul bau kereta ni."
--
Selepas aku dan kereta dimandikan dengan wanginya (mujurlah ada perkhidmatan samak kat Bukit Besar), aku dan Natasha makan di Restoran Haji Salleh.
Teringat date aku dengan Nat bila makan di sini dan berjumpa dengan Datuk Seri Azmi dulu. Now, bila dah jadi pemain politik, semua dah macam diperalat-memperalat.
"Nah, pakai perfume ni," kata Natasha menghulurkan perfume Shooting Star Angel by Thomas Mugler.
"Bau perempuan ni."
"Takde apa la, bau sikit je."
Dulu masa couple, asal plan nak roadtrip je, tak jadi. Sekarang dah break, jumpa balik, gila babi punya adventure.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top