1998 part 3
Azlan
"Semalam, you balik lambat. Kenapa?" kata Mina sambil potong roti.
"I lepak dengan Kimi semalam."
"Azlan, you're not 19 years old. You are 29 years old. Apa masalah lelaki zaman sekarang ni, tak reti-reti nak membesar?"
"Mina...I just hang out je..."
"You tau tak yang you tu cikgu sekolah? You sedar tak responsible you macam mana? You nak jadi another Luqman kalau you elected?"
Aku diam, hanya duduk dan makan sarapan pagi.
"Dah tak boleh nak lepak dengan kawan lagi dah?"
"Bukanlah tak boleh lepak, tapi hari ni kan weekdays? Lain la esok cuti ke, bolehlah you nak melepak. See, you lambat. Luqman dah masuk dulu bertanding kat by election Bukit Pagar."
"Tau."
"Bangang-bangang Luqman tu kan, dia pandai hidu opportunity. Bukan macam you, selalu blowkan peluang."
Takde mood aku nak bersarapan, aku terus je blah dari rumah. Pagi-pagi dah meleter Mina ni.
Tapi apa yang dia cakapkan tu, memang betul pun. Cuma, aarrrgghh bosan betul la benda-benda macam ni.
Aku masih tak boleh lupa ciuman Natasha semalam. Aku dah lama tak rasa happy macam tu. Ia mengingatkan aku masa aku sekolah dulu, masa dia dan Cindy masak spaghetti kat rumah aku tahun 1985 dulu.
Dia cium aku sebelum dia blah. Aku jadi susah nak lupakan dia. Kenapalah dulu kita break up? Kenapalah aku bodoh tak melawan semua tu dulu?
Aku dah jadi bosan dengan rutin hidup harian macam ni.
--
Kereta Natasha tiba di rumah Pengetua. Ada mesyuarat dari kalangan golongan pro-republikan.
Datuk Rahizan, Shahrizal, Tengku Ariffin, Tengku Aminah sudah duduk di kerusi.
"Mana Ace?" tanya Pengetua.
"Masa I sampai rumah dia, dia baru nak mandi."
Tangan Pengetua menggenggam marah.
"You told him today is an important meeting, didn't you?"
"Yes, Pengetua. Tapi ketuk pintu bilik dia pun makan masa setengah jam."
Shahrizal tersengih.
"Duduk, Nat."
Dari tepi, Mina menjeling ke arah Natasha.
"Excuse me?" tanya Natasha.
"Shooting Star Angel by Thierry Mugler?" tanya Mina.
"What? My perfume? Yeah."
Mina kembali fokus presentation yang dibentangkan Pengetua.
"Macam semua orang tahu, tahun 1998 ni adalah tahun paling penting. Kita ada pemilihan Parti Persekutuan yang dah dua kali tertangguh. Perlembagaan Parti mengatakan Presiden cuma mempunyai kuasa untuk menangguh dua kali. So, anything happened, I would happy to announce that we have a resourceful amount of money for National Revolution."
"What about us?" tanya Shahrizal selaku presiden parti Jujur.
"Menurut Parlimen, Dewan Rakyat akan bersidang kembali bulan 10 selepas Sukan Komanwel. Therefore, you sokong dulu usul undi tak percaya, Rahizan jadi PM, then you jadi TPM."
"Kenapa I jadi TPM? I ada 88 MPs, lepas tu 2 MP bebas, 2 MP ULAP sokong I. I ada 92 MPs yang sokong I. Kenapa Rahizan yang unproven ada 63 MPs yang jadi Perdana Menteri?" tanya Shahrizal.
"Sebab motion of no confidence, by practical, kalau dimulakan oleh ketua pembangkang, akan ditolak usulnya oleh Tuan Speaker. Sebab dalam conventional wisdom, kalau nak melancarkan undi tak percaya ke atas Perdana Menteri, perlu lancarkan dari parti sendiri. Are we clear here?" kata Pengetua.
"Loud and clear. Okay, I jadi Deputy."
"And about Bukit Pagar by-election....sampai pun dia ni."
Luqman terhegeh-hegeh masuk ke rumah Pengetua. Sudahlah terhegeh-hegeh, kakinya tersadung terlanggar kaki kerusi, dan dia terjatuh ke lantai.
Semua memandang Luqman yang terjelupuk jatuh. Natasha facepalm, Shahrizal pandang sinis, Mina jeling tajam, kemudian memandang ke arah ayahnya, dan Tengku Ariffin cuma naik kening. Rahizan geleng kepala dan Pengetua sekadar melepaskan nafas yang panjang.
"Luqman akan bertanding di Bukit Pagar, and I hope all of us can give support to him. Ingat, kita perlu menang by-election ni untuk kita mulakan our grand move. Dan Luqman, please jangan lambat lagi," kata Pengetua.
"Okay."
"I don't want you to say okay. I want you to show up early. Please, malu sikit dengan Nat. Kau tu Ace kami."
Shahrizal dah ketawa bila Pengetua sebut 'Ace kami'.
Pengetua menjeling.
"Apa yang lucu, Shah?"
"Oh, takde apa, Pengetua. Carry on."
Berubah muka Shahrizal lepas kena sound dengan Pengetua.
"Pengetua, bila kita nak mula sebar propaganda Revolusi Nasional tu?" tanya Tengku Ariffin.
"July, sampai September."
"Sebab our family on vacation lepas Mina get married."
"Ipin, this is an important event."
"Yes, I know, but my only daughter's wedding is also an important event. Can we push til August? I think July is too early, and we might caught up."
Pengetua berfikir.
"Okay, August. But I won't come. I ada kerja lain masa wedding you tu, Mina."
"It's okay, I understand, Pengetua," kata Mina.
"Ingatkan I untuk hadiah wedding you."
"Okay, Pengetua."
"Our target untuk jatuhkan Datuk Seri Azmi, Belanjawan 1999."
Semua mengangguk.
"Okay, that's all for now."
--
"Conventional wisdom, my ass!" Shahrizal terus campak failnya ke meja pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen. Panas betul hati dia bila dia dengar kata Pengetua.
Tapi, kalau dia buat move, amat susah memandangkan Gagasan Ummah meletakkan syarat-syarat Islamik yang membuatkan parti liberal dan centre-left macam Parti Jujur akan terperangkap.
"Okay, aku TPM. Tapi kalau Rahizan belot, memang tau la aku ajar dia ni."
--
Tok Aki, Haji Syaaban, Nasrul, Fauzan, Hafiz dan Adilah pula bermesyuarat di pejabat FizzyTech.
"Macam mana dengan percaturan kita, Hafiz?" tanya Tok Aki.
"Setakat ini, Tengku Mahkota masih percaya pada Datuk Seri Azmi, tapi kesabarannya makin menipis," kata Hafiz.
"Hmm, kita kena yakinkan Tengku Mahkota yang Luqman je pilihan yang dia ada. Kalau dia sebut nama-nama lain, cakap pada dia, jangan. Mereka takkan dapat pengaruh yang macam Luqman dapat, berdasarkan apa yang Adilah sedang buat."
"Saya ada letakkan satu fake poll dalam portal saya, yang mengatakan siapakah calon Perdana Menteri idaman. Saya letak Datuk Seri Azmi 13 peratus, Datuk Rahizan 27 peratus, Shahrizal Hamdi 25 peratus, dan 35 peratus Luqman."
"Orang percaya ke nanti, Adilah?" tanya Nasrul.
"Dalam fake poll tu, saya letak demografi 21-30 tahun. Ini tulisan dalam portal saya yang saya dah print," Adilah menghulurkan kertas kepada semua ahli mesyuarat.
--
Luqman calon PM paling popular, menurut survey terkini
Gabenor Wijayapura, Luqman Mohd Nor muncul sebagai pendahulu calon Perdana Menteri paling popular, menurut survey terkini GelanggayuVotes.
Dalam 1,281 pungutan suara dari temu ramah dengan orang ramai, Gabenor Luqman nampaknya popular terutamanya dari kalangan pengundi muda dan pengundi wanita berusia 21-30 tahun.
Dalam undian survey tersebut, 35 peratus memilih Gabenor Luqman sebagai calon idaman Perdana Menteri, 27 peratus memilih Datuk Rahizan, 25 peratus memilih Shahrizal Hamdi sementara cuma 13 peratus sahaja yang kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim.
"Dasar beliau sebagai Gabenor dalam mengutamakan kebajikan wanita, seperti cuti bersalin enam bulan, cuti umum Hari Wanita serta melibatkan lebih ramai wanita dalam kerajaan adalah satu perubahan besar di dalam pentadbiran Wijayapura," menurut Amira Suriati Abdul Rahim, 20, pelajar tahun akhir komunikasi massa Universiti Wijayapura.
Selain itu, faktor Gabenor mesra dengan orang muda menyebabkan orang muda lebih selesa dengan Luqman berbanding pemimpin lain yang dianggap "tua dan sudah ketinggalan zaman".
Menurut Aizam Fazli, 19, dari Seksyen 16 Puncak Jaya, Gabenor Luqman merupakan pemimpin yang mesra bersama golongan belia, terutamanya mereka yang meminati permainan video.
"Ramai pemimpin tua melihat video games ni membuang masa, tapi kalau di Ryukyu, video games ni dah boleh dijadikan karier, macam atlet. Gabenor Luqman nampak peluang ini dan saya memang harap beliau jadi Perdana Menteri."
Sementara itu, ada juga yang mengatakan sejak Luqman menjadi Gabenor, kenaikan tarif air amatlah tinggi dan membebankan akibat penswastaan Jabatan Bekalan Air.
Sementara cukai pintu dan cukai perniagaan turun, kenaikan harga utiliti ini membimbangkan pengundi.
"Saya harap harga air ni turunlah sikit, sebab ini keperluan orang ramai. Orang nak guna air di rumah, berniaga. Benda penting," kata Salam Abdul Ghafur, 27, seorang peniaga cendol di Seksyen 14 Puncak Jaya.
--
"Laporan ni nampak legit, walaupun fake," kata Nasrul.
"Kalau orang sekali baca ni, pakcik rasa orang percaya tak?" tanya Adilah.
"Hmm, sebab Dila sebut 21-30 tahun kan, nampak plausible. Tapi kalau keseluruhan, orang susah nak percaya," kata Nasrul.
"Dila, saya tak tahulah kalau awak boleh pujuk Gabenor Luqman, tapi boleh tak dia kerap ke masjid untuk photo op?" kata Fauzan pula.
"Saya akan cuba pujuk Natasha untuk berbuat macam tu. Walaupun akan nampak pelik," kata Adilah.
"Sebab, kalau buat macam tu, barulah akar umbi Gagasan Ummah yakin sikit nak tumbangkan Datuk Seri Azmi, dan memberi sokongan kepada Luqman," kata Haji Syaaban.
"Baiklah, saya akan ke pejabat Gabenor dan bertemu dengan Natasha untuk perkara ni," kata Adilah.
"Lagi satu, apa kata Datuk Mohd Nor pasal Luqman jadi Perdana Menteri? Dia bersetuju tak keluarkan duit?" tanya Tok Aki.
"Saya dah jumpa dengan Datuk Mohd Nor di Zurich. Dia tanya saya, kenapa saya beriya-iya nak anaknya jadi Perdana Menteri? Saya cakap lah dasar potongan cukai di Wijayapura ni, bagus. Tapi syarikat IT macam saya, banyak melabur di Teknojaya. Tapi Teknojaya bukan dalam wilayah Wijayapura. Lepas tu, saya ajaklah Datuk Mohd Nor, buat smart homes property di Precint 16, Teknojaya. Rumah pintar dengan keselamatan dan kelengkapan serba canggih menuju ke alaf baru. Dia suka, jadi sebab tu dia bagi green light untuk anak dia jadi Perdana Menteri," kata Hafiz.
"Okay, Hafiz, Dila. Kau berdua pasukan yang bagus. Aku percaya Pengetua pun sedang adakan meeting untuk langkah seterusnya," kata Tok Aki.
--
Natasha
Oh no, Alan dah nak kahwin dengan Crazy Mina. I feel sad and broken, but this is cruel reality that I must face.
Lately, I can't stop thinking of him. I know, this is so wrong. I wish Luq can buck it up. Jauh langit dengan bumi antara Luq and Alan.
Sepanjang I dengan Luq, tak pernah sekali pun dia masakkan I dinner, or breakfast. Sepanjang I dengan Luq, tak pernah sekali pun dia ajak berbual something yang bernas. I think we have lack of communication. I pun tak faham kenapa I setuju untuk terima cinta dia.
I guess sebab nak play along dengan game Datuk Mohd Nor je.
Semakin dekat dah nak Revolusi Nasional, semakin banyak Luq buat perangai. He creates a lot of headaches among us. Paling teruk sakit kepala, I la. Berpapan Panadol I kena telan.
Alan always come out with ideas. Dia proactive, he's smart, hardworking, and always focus. Dan paling penting, he always wear a very nice suit. Dia selalu nampak kemas.
Adilah belikan I CD Mariya Takeuchi, which dia cakap ini her favorite Ryukyu singer. Dalam banyak-banyak lagu, lagu Plastic Love yang paling I dengar.
I don't understand bahasa Ryukyu, tapi Adilah ada bagi translation lirik lagu ni.
Lagu ni mengisahkan seorang perempuan yang heartbroken, but still belonging dengan ex love dia, dan lepas tu next relationship dia semuanya fake, sebab true feelings dia hanya pada her first love.
Adilah cakap this song was so popular in Ryukyu in the 80s, jadi memang kena dengan jiwa I. And I'm crying so hard, as if I faham perasaan lagu ni.
I'm just playing games, I know it's plastic love.
--
Azlan
Aku memandu kereta membawa ibu pulang ke rumah. Dalam kereta, ibu diam sahaja, sambil melihat gambar ayah di dalam dompetnya.
"Kalaulah ayah kau terima je apa yang Pengetua rancang, tak perlu semua ni," kata ibu.
"Apa maksud ibu?"
"Ye lah, kalaulah ayah kau terima je apa yang Pengetua rancang dulu, sekarang dia mungkin sudah semakin hampir jadi Perdana Menteri. Ye lah, dulu Pengetua pernah nak calonkan dia jadi ahli parlimen masa pilihanraya tahun 1974 dulu."
"Alan tau. Pengetua bagi dia cheque beratus ribu ringgit. Lepas tu, dia bakar je cheque tu. Masa tu dia tunjukkan cheque tu pada Alan."
"Ayah kau mesti tak pernah ceritakan kau perkara yang sebenar, kan?"
"Cerita sebenar?"
Ibu berkerut dan mendiamkan diri.
"Cerita apa, ibu?"
"Ayah kau sebenarnya dah kahwin dengan orang lain sebelum aku."
Aku terbeliak mendengar kata-kata ibu.
"Apa? Tapi bukan ke ibu cerita pada Alan dulu, yang ibu dan ayah mengembara seluruh Amerika bersama dulu? Macam mana ayah boleh kahwin dengan perempuan lain?"
"Aku dan ayah kau masa di Amerika dulu cuma kawan. Ayah kau dengan lifestyle rock and roll dia, dan aku pula pagi kerja kedai roti, malam kerja bar. Kami berdua lari dari kolej, malas nak belajar lagi."
"Ayah kahwin dengan siapa, ibu?"
"Datuk kau sebenarnya nak jodohkan aku dengan ayah kau, sebab masa tu Pengetua rapat dengan Tengku Aminul Rasyid, supaya senanglah ayah kau naik, tapi masa tu aku ada boyfriend. Aku diletakkan kolej yang berhampiran dengan ayah kau. Aku sebenarnya masa kecik dulu, aku selalu bergaduh dengan ayah kau."
Aku jeling lagi kepada ibu.
"Dengan siapa ayah kahwin?"
"Dengan perempuan dari Suvarnabhumi. Dan kau sebenarnya ada seorang abang."
"Aziz?"
"Aziz, bukanlah abang kandung kau. Aziz sebenarnya kandungan aku dengan boyfriend aku. Tapi boyfriend aku pengecut, dia tak nak tanggung apa yang dia dah buat. Dan demi nak lindungi nama baik datuk, Pengetua paksa ayah kau kahwin dengan aku."
"Ya Allah ya Tuhanku. Biar betul cerita ni? Ibu!"
"Tapi kau janganlah cakap pada Aziz, ya?"
"Baik, faham. Aziz tetap abang saya, walaupun bukan darah daging. Tapi, siapa boyfriend ibu yang tak guna tu?"
"Datuk Mohd Nor."
Aku terus brek kereta. Ibu terus menangis.
"Ayah kau kahwin dengan aku sebab dia terpaksa. Dan sebab Pengetua yang pisahkan dia dengan isteri dia di Songkhla. Sampai sekarang aku tak jumpa isteri dia, dan anak dia. Aku rasa bersalah pada ayah kau, dan rasa marah dengan Pengetua!"
"Kenapa sekarang baru ibu nak beritahu Azlan?"
"Sebab kau dah nak kahwin, jadi aku patut beritahu kau cerita yang sebenarnya."
"Tapi Azlan tengok ayah sayang ibu. Dia jaga je ibu dengan elok?"
"Sebab ayah kau seorang yang bertanggungjawab. Bukan macam Mat Nor sial tu! Dan sekarang, anak dia jadi Gabenor sebab Pengetua jadikan dia Ace."
"Ibu, ibu tahu ke pasal perancangan Pengetua?"
"Aku tahu. Dia mahu jatuhkan keluarga al-Daulah dan membentuk republik. Daripada zaman arwah ayah kau main catur lagi. Pengetua nak jadikan ayah kau sebagai Ace, tapi dia terlalu degil. Maka lepas itu, kaulah Ace dia. Sebab tu dia sumbat segala ilmu geopolitik kepada kau. Malangnya, lepas dia buang kau, dia naikkan anak si bedebah tu jadikan Ace."
Aku menatap mata ibu.
"Ibu...."
"Kau adalah Ace yang sebenar."
"Dah la, jangan cakap benda macam ni lagi. Kita tak dapat ubah benda yang dah lepas. Tapi kita ada masa sekarang dan masa depan."
Adakah Mina dan Tengku Ariffin berkomplot dengan ibu untuk jatuhkan Pengetua? Aku rasa baik aku biarkan sahaja, asalkan ibu tak apa-apa.
Nampaknya keluarga aku pun bakal berbesan dengan keluarga al-Daulah. Aku kenalah anggap yang keluarga al-Daulah juga adalah keluarga aku lepas aku kahwin nanti.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top