1998 part 2
Faridah dan Mina duduk di meja paling hujung di restoran makanan Bharat Utara elit di tengah kota Wijayapura, D'Tandoor.
Sambil menunggu makanan sampai, mereka berbual tentang strategi mereka.
"Ibu, apa strategi ibu sekarang?"
"Pada ibu lah, yang penting Azlan boleh dapat naik. Kalau Rahizan jadi Perdana Menteri, Azlan takkan ada peluang untuk naik."
"Tapi Mina tengok Azlan tu masih lagi nak ikut cakap Pengetua. Walaupun dia dah kena buang daripada jadi Ace."
Faridah duduk menyandar apabila minuman mango lassi tiba.
"Kalau ikut pelan Pengetua, dia nak naikkan Rahizan, kemudian sebagai PM, dia nak gubal perlembagaan sebagai republik," kata Mina.
"Ibu nampak Pengetua ni dia dah mula hilang sabar lepas Azlan kena buang. Dia terpaksa pilih Luqman tu jadi Ace dia, walaupun sebenarnya Ace dia ialah Natasha. Sebab orang Gelanggayu ni tak boleh terima perempuan memerintah."
"Teruklah Luqman tu, ibu. Azlan lebih sesuai."
"Sebab tu ibu cadang kamu berbaik-baik dengan pakcik kamu tu. Walaupun ada orang-orang Wan Radzi di sekeliling dia, tapi kamu tu anak saudara yang dia sayang. Dia takkan apa-apakan Azlan, kalau Azlan kahwin dengan Mina."
"Uncle Norm memang dah cakap dia takkan kacau Azlan. Tapikan, Mina dengar, Adilah nak naikkan Luqman jadi Timbalan Perdana Menteri lepas PRK Bukit Pagar nanti."
"Biarkan. Luqman ni lemah, senang dikawal oleh Tengku Mahkota. Cumanya, kita kena biarkan Adilah buat move dia dulu. Yang penting, Mina kena kawtim dengan Natasha untuk selitkan Azlan dalam PRU akan datang, dengan Luqman tandatangan watikah pelantikan calon."
"Baik, ibu. Daddy kirim salam."
"Waalaikumsalam. Kau cakap dengan daddy kau, jangan risau pasal Azlan. Pandailah ibu susun dia nanti."
--
Azlan
Aku baru sedar yang aku tertinggal charger telefon bimbit aku di sekolah. Aku pandu ke arah sekolah, sambil memikirkan apa niat Mina buat macam tu.
Patut tak aku beritahu Pengetua yang Mina dan Tengku Ariffin membelotnya? Tapi ini melibatkan ibu. Ish, takkan aku nak ibu diapa-apakan pula.
Lagipun aku dah bertunang dengan Mina. Aku rasa biarkan je lah begini. Kalau Rahizan jatuh pun, bukan masalah aku pun.
Lepas aku ambil balik charger telefon aku, aku kembali ke kereta.
Aku baru nak start kereta, tiba-tiba Natasha ketuk cermin tingkap aku.
Wait, whaaaa...
"Alan, bukak pintu!"
Aku unlocked kereta aku.
"Hah? Dah kenapa naik kereta I ni?"
"Mana pergi kereta Jaguar you, hihihi!"
"Mina bawak."
Dia ketawakan aku.
"I boring la, jom tengok movie!"
"Takde hari lain ke?"
"Hari ni hari Rabu. Half price!"
"Nat, you tu girlfriend Gabenor. Karang kantoi keluar dengan I karang, sensasi nanti."
"Anak owner Global Screen Cinema tu kawan kelas I masa kat KMW dulu. I selalu je dapat VIP ticket. Jom lah."
"Hmm, ye lah. Nak tengok mana?"
"Matahari Petrogayu. Ada shopping mall baru kat situ. Jom lah! You drive sampai TAR (Transit Aliran Ringan) Kembara Jaya. Dari situ kita naik underground subway."
Punyalah kaya Petrogayu sekarang, sampai mampu bina bangunan tinggi dan ada shopping mall sendiri.
--
Kami tengok filem City of Angels, filem lakonan Nicholas Cage dan Meg Ryan. Kenapalah Natasha nak ajak aku tengok filem romantik macam ni?
"Bila last I tengok movie dengan you?" tanya aku.
"Pretty In Pink, Molly Ringwald berlakon."
"That long? I thought kita tengok Pretty Woman?" tanya aku pada Natasha.
"Nope, I tak pernah minat Richard Gere, okay. You tengok dengan skandal la tu," kata Natasha.
"I pun tak ingat I tengok dengan siapa, hahaha!"
Natasha beli popcorn, dengan harga RG8.50. Gila betul, dulu pop corn RG3 je.
Sedap jugak lagu Iris dari Goo Goo Dolls ni. Baru-baru ni nombor 1 dalam carta Radio Millennium.
Balik dari tengok movie, baru tahu yang TAR punya operasi sampai pukul 11 malam je. Ah, kereta aku kat car park stesen TAR Kembara Jaya.
Nak cari teksi ni pun satu hal, bukannya banyak pun. Kan best kalau kita boleh pesan teksi kat handphone je. Time macam ni mana ada teksi dah.
Jadi, kami berdua berjalan sampai di tepi laut, berhampiran dengan pelabuhan, tempat kami selalu lepak dulu masa remaja.
"Dah lain betul tempat ni, ya?" kata Natasha.
"Lain macam mana tu?" tanya aku.
"Sana sini dah tambak, ada construction."
"Boyfriend siapa Gabenor kat sini? Siapa yang approve semua ni? Haaaa!"
"Luqman tu nama je Gabenor, tapi semua benda I nak kena fikir."
"Jadi, you la yang approve projek ni? Haaaaa!"
"I have to. Kita perlukan dana untuk pilihanraya Bukit Pagar. Luqman nak bertanding kat situ."
"Dah jadi Gabenor pun, nak bertanding jadi Ahli Parlimen?"
"Dia nak jadi menteri."
Tersembur air mineral aku macam Triple H dalam geng Degeneration X kat wrestling tu.
"What? Menteri?"
"I know, right?"
"Kat kelas pun selalu tidur, ada hati nak jadi Menteri?"
Natasha hanya naikkan bahu. Aku hanya gelengkan kepala.
"I nak jadikan you jadi setpol Luq bila dia jadi Menteri Belia dan Sukan. Because you have a good reputation among youth. Maybe that's the best I can help?"
"Should Mina have to know about this?"
"Tak boleh. Dia rapat dengan Pengetua."
Aku mengangguk je, walaupun aku tahu dah cerita sebaliknya.
"Why you want to help me?"
"Dulu kan I pernah janji dengan you, walau macam mana pun kita break up, untuk yang ni, I akan tolong you. Dalam kereta Toyota Corolla putih you tu."
Aku tergelak bila dia sebut kereta lama aku.
"Ada teksi tu, jom naik!"
--
Aku hantar dia ke kereta dia di Alice International School.
"Ni semua you punya pasal. Tak pasal-pasal, kena naik teksi. Balik pun dah nak pukul 1 pagi. Ni kalau Mina tau I keluar dengan you, mampos I."
"Takut betul dengan tunang. Dulu curang dengan I, berani pulak?"
Aku dah facepalm. Dah kenapa kau tiba-tiba jinak-jinak merpati dengan aku ni, Natasha?
Aku keluar dari kereta, dan pandang padang sekolah depan aku. Ambik udara jap.
"You're having a good time?" tanya Natasha.
"Haven't feel like this, for a very long, long time."
Natasha senyum, kemudian dia rapat satu langkah ke depan aku. Dia pegang leher aku, sebelum memberi ciuman Perancis pada aku. Aku membalas lidahnya. Basah kucupannya.
"Woooo...."
"Good night, Alan. See you, when I see you."
--
"Serius la, bro?"
"Serius la. Dia cium aku beb!"
Kimi ketawa besar, sambil balut lagi.
"Macam ni la baru Mat Danger! Takde nak play safe je," Kimi ketawa. Celaka, budak 10 tahun lagi muda daripada aku gelakkan aku soal cinta.
"Sedap lagu ni. Band mana ni?" tanya aku.
"Primitive Radio Gods, sedap kan?"
"Kau buat aku rindu studio radio aku la."
"Bro ada ke studio radio?"
"Radio Universiti, sebelum bertukar jadi Radio Millennium. Dulu aku handle studio radio universiti."
"Radio Universiti dah skema dah sekarang. Pasang lagu nasyid je. Orang sekarang layan pirate radio je."
Nak kena orang kepala gila macam geng hackers jugak yang jaga studio radio.
--
Natasha
Oh, my God! What have I done? Nat, are you repeating 1985 kiss scene?
Is it guilty pleasure? Alan still layan I macam dulu. Dia tak macam Luq, he's so suave and cool. He knows how to play his move.
Jangan, Nat. Pengetua trust I with all of his life. Don't fall to him. It's just a nostalgic feelings. I kena stick dengan Luq no matter how idiot he is.
Lagipun, dia dah nak kahwin dah pun. I know, walaupun dia takkan happy dengan Crazy Mina tu, but this is so wrong. I hope dia lupakan je benda ni.
I cannot resist him. He's so good and smooth.
But, kalau benda ni Crazy Mina tahu, she will be freaking upset. Because no matter how hard she try to win Alan's heart, I still menang.
Forbidden love is so damn good.
--
Semasa mereka berdua sedang bercumbu di depan padang sekolah, ada kamera dari jauh mengambil gambar.
Jurugambar tu follow dari dalam TAR, dalam panggung wayang, dan masa lepak di pelabuhan.
Dua orang jurugambar tu kemudian menaiki sebuah kereta, sebelum ke satu rumah, dan mencuci gambar tersebut.
Jurugambar itu, kemudian memasukkan gambar-gambar itu di dalam sampul envelope, sebelum mereka ke peti surat pejabat Suara Gelanggayu.
Keesokannya, front desk Suara Gelanggayu mengambil semua surat-surat dalam peti surat pejabat.
"Puan Adilah..."
"Yes, Maria?"
"Ada surat untuk puan."
Adilah buka sampul surat tu, kemudian membelek satu per satu gambar yang ada dalam sampul tu.
Dia terus angkat gagang telefon, dan mendial.
"Hello, Roy. Mrs Adilah here. Yes, dah dapat gambar tu. RG 10k terus dalam bank account, okay?"
Adilah senyum sambil memandang gambar tersebut. Kemudian dia dial nombor sekali lagi.
"Koibito, tikus dah masuk perangkap."
Adilah tersenyum. Dua-dua dah masuk perangkapnya.
--
Hafiz
Jahat betul otak bini aku ni. Masa kami semua di barbecue di Barbados, dia sengaja pasang jarum halus dengan mainkan lagu-lagu 80an untuk Natasha bernostalgia dengan si lelaki sial tu.
Adilah ni mata dia tajam. Dia dapat nampak yang Natasha tak happy dengan Gabenor Luqman. Sepanjang vacation kami di Barbados tu, dia perhatikan sahaja gelagat Luqman dan Natasha.
Sementara Luqman asyik menghadap Gran Turismo, Natasha pula seorang diri dan Adilah cucuk jarum. Natasha sendiri kata yang dia cemburu dengan Adilah sebab Adilah nampak bahagia dengan aku.
Nostalgia ni best kalau dilayan, tapi kalau terperangkap di masa lepas, kau susah nak ke masa depan.
Adilah tahu, disebabkan Luqman ni tak boleh diharap, mesti Natasha cari si sial tu untuk idea. Dan disebabkan itu, Adilah mencucuk jarum halus dengan sengaja pasang movie The Breakfast Club, Pretty In Pink, pasang lagu Kylie Minogue.
Adilah percaya, observation dia masa dia ke Majlis Konvokesyen Universiti Wijayapura memang nampak semua ni. Dia tahu, Natasha masih cintakan si sial tu.
Dia perlu dinaikkan setinggi boleh, sebelum dia dipancung dan dihukum. Macam gilotin, kau kena tarik pemotong dulu ke atas sebelum nak pancung kepala.
This is what you get, when you mess with us. Polis karma akan tangkap kau, bersedialah!
Tengku Mahkota dengan aku dah kamceng. Dia ajak aku main golf, aku cakap aku tak reti main. Main guli aku tahu lah.
Dia kata guli untuk budak-budak. Big boys main golf. Di sini juga Tengku Mahkota perkenalkan aku dengan beberapa tauke bank, dan kroni-kroni dia.
Aku tanya juga Tok Aki pasal ni, dan Tok Aki cakap dia bersetuju dengan game ni. Kena pulak aku ni dilihat sebagai pedagang neutral yang tak sebelah mana-mana. Aku boleh masuk office Nadi Citra, aku boleh masuk Bukit Istana.
Lagipun, Tengku Mahkota ada tanya pada aku untuk hack komputer mereka. Pada aku, buat apa aku nak hack komputer dorang, kalau Adilah boleh hack fikiran Natasha dengan perasaan nostalgia?
Baru-baru ni, aku buat satu serangan spam gambar gay terhadap pejabat Datuk Rahizan. Dan dengan trojan horse, macam-macam details pasal bank, surat rahsia, bon kerajaan, dokumen, semua aku dah pegang.
Dan aku dah tahu siapa kepala di belakang semua ni. Dia mungkin pembunuh kejam tahun 1960an, tapi sekarang dah nak masuk 21st century la. Lagi dua tahun lagi, dah nak masuk millennium baru.
Pemikiran Jeneral Yahya Atan tu dah outdated. Dah lapuk, dah tak relevan!
Sejak serangan tu, Tengku Mahkota jual kepentingan telco Axis kepada aku, menjadikan aku pemegang 30 peratus saham syarikat telco tu.
Tok Aki suruh aku dan Adilah play along. Dia dari jauh hanya memantau sambil tengok orang petik kobis kat ladangnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top